Ahad, Mei 27, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#35


Kau ok ke tak ni , Rina ? ” sapa Elise yang entah dari mana munculnya .

Kenapa kau tanya macam tu ? ” Arina yang asyik melayan perasaannya di tepi padang seperti tersentak dengan persoalan dari teman yang agak baik dengannya ini .

Tak adalah … aku , Farah , Mila malah kawan-kawan kau yang lain pun perasan yang kau sekarang ni dah tak berapa nak ceria . Dulu , kalau kau jalan-jalan mesti dengan kawan-kawan taekwondo kita , tak pun kawan-kawan sekelas kau , member-member secretary kau tu … Tapi sekarang ni , ke mana-mana pun seorang je aku tengok . Nak jumpa kau pun macam payah sekarang ni . Tak kau berkurung dalam bilik sepanjang hari , kau melepak kat tepi padang macam hari ni . Latihan taekwondo pun kau dah tak attend ! Hei , where’s our Rina ? ” bahu gadis itu dipaut erat . Arina sekadar membiarkan seraya tersenyum pahit .

Aku malu , Elise …, ” jawabnya pendek membuatkan dahi Elise berkerut tanda hairan .

Malu ? Pasal apa pula kau nak malu tiba-tiba ni ? ” soalnya tidak lama kemudian .

Kau tahukan yang aku selalu nasihat kawan-kawan course aku yang bermasalah ?

Hmm … kenapa pula nak malu ?

Kau tak faham lagi rupanya . Macam ni lah , biar aku terangkan , boleh ? ” Arina tergelak lucu melihat wajah temannya yang asyik berkerut itu .

Aku selalu nasihat pada kawan-kawan aku , kalau putus cinta jangan menangis , buka mata kau , banyak lagi yang ada dalam hidup selain cinta ! Jangan kau ingat jantan curang tu , entah dia ingat kau entah tidak ! Cari je orang lain ,

Ha , tu aku ingat ! Sebab kalau tak silap aku , memang kau yang cakap macam tu pada aku , kan ? ” sampuk Elise pantas menyebabkan mereka tertawa kecil .

Tapi kan , Elise … entah kenapa bila semua ini jadi pada diri aku sendiri , aku marah ! Aku tak boleh terima aku boleh nak nasihat orang macam tu ! Tak adil aku paksa orang lain buat perkara yang aku sendiri tak mampu buat ! ” bentaknya tiba-tiba . Elise beralih tempat duduk lalu melabuhkan punggung di hadapannya . Arina sekadar memerhati .

Kenapa kau mesti malu , Rina ? Jawapan kau jujur , ikhlas dan tak hipokrit …, ” Elise mendongak memandang langit petang yang cerah . Di satu sudut padang , kelihatan segelintir pelajar siswa sedang memanaskan badan untuk bermain bola sepak .

Maksud kau ? ” giliran Arina pula yang pelik mendengar kata-kata gadis itu .

Sebelum aku kenal kau , kawan-kawan aku yang lain kebanyakannya meyakinkan aku bahawa Harry akan kembali dalam hidup aku . Kami akan bahagia seperti dulu membuatkan aku mengharapkan ia akan terjadi meskipun hakikatnya takkan begitu , ” Elise menghela nafas santai .

Tapi nasihat kau macam petir , tau tak Rina … macam arus letrik , tersentap aku … kau buat aku sedar realiti tak selalunya indah . Bukan semua cinta itu membahagiakan , ” pandangannya kembali ke arah Arina .

Itu dulu , Elise … sewaktu aku yang mengambil keputusan untuk meninggalkan seorang lelaki . Sekarang lain , aku ditinggalkan … aku dikecewakan ! Tambahan pula jiwa aku ni kau sendiri maklum , sentimental . Ah , kalaulah kau tahu apa yang aku rasa , Elise … balkoni level hostel kita yang jadi tempat rasmi aku berbual dengan Zammir di telefon pun aku tak berdaya nak pandang ! Apatah lagi bilik aku , Elise … tempat aku menulis diari aku yang semuanya hanya tentang dia , tempat aku buat kad untuk dia , tempat aku pilih pakaian untuk aku pakai sebelum berjumpa , tempat aku melihat gambar-gambar kenangan aku dengan dia …, ” airmata yang bergenang segera diseka . Suasana padang bola pula mula meriah dengan kehadiran para siswa dan siswi yang lain . Ada yang melihat permainan bola sepak , ada juga yang berjumpa dengan kekasih hati , tidak ketinggalan juga yang ingin bersantai dengan rakan-rakan sepertimana Arina dan Elise . Ah , Arina melepaskan keluhan . Berat sekali dirasakan !

Cuba kau tengok siswa-siswa yang main bola di tengah padang tu , ” gesa Elise tiba-tiba membuatkan Arina mengalih pandangan .

Kenapa ? Apa yang tak kena ? ” tanya Arina pelik .

Ha , bila kau tengok secara rawak macam ni , boleh kau teka yang mana jantan , yang mana lelaki ? Yang mana setia , yang mana yang curang ?

Gila ! Ingat aku ni pakar psikologi ke apa ? ” Arina menolak bahu Elise lembut seraya tertawa kecil . Elise juga turut tertawa sepertinya .

Ha … itulah maksud aku , Rina . Kau tak boleh nak salahkan diri kau atau Zammir dalam hal ni . Terimalah ketentuan ALLAH itu seadanya . Masa kau kenal dia , mana kau tau perangai baik dia , perangai buruk dia . Dia jantan ke , dia lelaki ke , bukannya kau tau sangat walaupun kau pernah satu sekolah dengan dia , kan ? ” Elise memandang Arina dengan satu senyuman yang benar-benar ikhlas Arina rasakan .

Terima kasih , Elise …,

Kaulah sahabat baik aku , kan ? ” sampuk Elise seolah-olah tahu apa yang mahu dikatakan Arina seterusnya membuatkan Arina tertawa girang lantas menganggukkan kepala tanda mempersetujuinya . Pandangan mereka mula beralih ke arah para siswa yang sedang seronok bermain bola di tengah padang .

Eh , ada seorang lah aku tengok . Memang lelaki , memang setia ! ” ujar Arina tiba-tiba membuatkan Elise tercari-cari .

Mana ? Siapa ? ” tanya Elise tidak sabar .

Tu , yang pakai baju putih dengan short merah line kuning tu , ” mata Elise segera menuruti telunjuk Arina .

Weh , siot kau! Itu Ezuan! " Elise segera bangkit mengejar Arina yang sudah berlari-lari anak meninggalkannya. Arina tergelak riang. Kegirangannya kembali terserlah! 

0 ulasan: