Isnin, Mei 07, 2012

MALAYSIA NEGARA BERDAULAT!

Maka KAMI rakyat Malaysia ; BERIKRAR akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut ; berdasarkan PRINSIP-PRINSIP yang berikut : -


  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

P/S : Masih ingatkah kita pada ikrar kita sebagai rakyat Malaysia??Ataupun sudah ramai yang makin melupainya hingga sanggup bertindak kurang wajar mencemar kedaulatan negara dan tanah air kita sendiri??Malah ada yang berbangga dengan tindakan yang mengganggu ketenteraman tanah air kita sendiri dengan atas nama perjuangan dan mahukan keadilan. Bijaksanakah kita??Adilkah kita setelah berjaya menghuru-harakan negara sendiri??Renung-renungkan sejauh mana cinta dan kasihnya kita kepada tanah air kita. Wallahualam.. 

2 ulasan:

MAY [Nak balas komen]berkata...

dorg ni terpengaruh dgn budaya negare luar..

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@CIK MAY : sedih kan??Kalau rakyat kita sendiri yang mencemar kedaulatan negara kita sendiri..