Selasa, Mei 08, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#24


Malam ini Arina tidak dapat melelapkan mata biarpun sudah beberapa ketika dia meletakkan kepalanya di atas bantal kekabunya yang empuk dan selesa . Ingatannya kepada Muzammir sungguh kuat . Wahai hati , sabarlah..jangan ingat lagi pada dia yang tidak tahu menghargai , memang aku sayangkan dia tapi apa gunanya sayang ini jika semakin hari ianya semakin tidak bererti buat lelaki itu?

Arina berkalih mengiring ke kiri . Tidak lama kemudian dia berkalih ke kanan . Dan selepas itu dia menelentang memandang ke siling . Lampu di bilik sudah dipadamkan . Teman sebiliknya Dura pula sudah lama dibuai mimpi .

Sesungguhnya dia masih tidak tahu di mana silapnya hingga Muzammir berbuat begini . Membiarkan dia termanggu-manggu tanpa jawapan . Sampai hati Muzammir mempermain-mainkan perasaan aku yang sehabis ikhlas padanya ! Apa salahku ? Sesungguhnya aku benar-benar tidak tahu !

Sebelum ini , ketika Elise mengatakan dia ternampak akan Muzammir , Arina masih antara percaya dengan tidak . Biarpun Arina berasakan jika dia tidak duduk di atas katil sewaktu Elise menceritakan peristiwa itu , mesti dia sudah terjelepok ke lantai . Lemah semangatnya apabila mendengar Muzammir berkelakuan seperti itu .

Zammir … berterus-teranglah ! Nyatakanlah apa salah Reen ? Kenapa sampai begini sekali Zammir sanggup lukakan hati Reen ? Siapakah perempuan itu ? Kenapa Zammir sanggup tipu Reen … menafikan pertanyaan Reen ? Malah Zammir tidak mahu mengaku Zammir keluar dengan dia ? Kenapa Zammir ?

Jika pada hari itu Reen lega bila Zammir menafikannya , namun pada hari ini hati Reen sakit , Zammir ! Hati Reen sakit bila Zammir sanggup bermain sumpah demi meraih kepercayaan Reen sedangkan itu hanya helah Zammir untuk melepaskan diri dari rasa curiga Reen ! Itu yang Reen kesalkan !

Apa kurangnya diri Reen hingga Zammir sanggup memberi ruang kepada perempuan lain? Di mana jahatnya Reen sehingga Zammir tegar untuk menafikan apa yang Zammir lakukan ? Kenapa Zammir ? Kenapa begini jadinya hubungan kita ?

Reen akui , berjauhan dari Zammir pada musim kuliah adalah kelemahan diri Reen yang sangat nyata . Tapi … apakah kelemahan itu sudah cukup kuat untuk Zammir mengetepikan Reen sebegini rupa ? Apakah kerana kelemahan itu maka Zammir turut menjadi lemah dan tidak kuat untuk menghadapi dugaan pada saat kita berjauhan ?

Arina bangkit dari katilnya lalu berjalan menuju ke tingkap . Dia membuka tingkap lalu merenung langit malam yang mendung . Ah , mendung-mendung langit hitam tanpa bintang pada malam ini , mendung lagi hatinya yang menanggung luka dek perlakuan Muzammir ! Entah apa yang lelaki itu lakukan sekarang . Lenakah tidurnya setelah memperlakukan aku begini ? Bahagiakah hidupnya apabila aku semakin jauh dari ingatan ? Muzammir Amri …

Arina dibuai rasa sedih yang teramat . Airmatanya menitis satu persatu tanpa dipinta . Ingatannya yang kuat pada Muzammir begitu menyayat hatinya . Dulu , apabila dia katakan pada Muzammir ; perempuan lebih tabah menghadapi dugaan perasaan , Zammir nafikan sekeras-kerasnya . Tapi mengapa Zammir tidak membuktikannya ? Kenapa Zammir tidak mengaku sahaja lelaki memang tidak mampu untuk menghadapi dugaan perasaan ? Kenapa Muzammir ? Kenapa?

Kau tamak , Muzammir ! Itu yang sebenarnya ! Kau sangat tamak dalam memberi dan menerima cinta ! Tak puas dengan satu , kan ? Kalau tidak , dari awal lagi Zammir akan mengaku dan tinggalkan dia kalau betul Zammir sayangkan Reen ataupun sebaliknya bukan ?

Kenapa Reen bagitahu pada Zammir bila Yazid datang balik dalam hidup Reen ? Dan juga lelaki-lelaki lain yang ingin mengisi hati Reen , Reen abaikan ? Sebab Reen tidak tamak , Zammir! Reen tak macam tu !

Pada Reen , cukuplah pada Zammir Reen luahkan segala-galanya . Cukuplah pada Zammir Reen kongsi segala-galanya . Tapi Zammir lain … dan Reen memang tidak faham mengapa Zammir jadi sebegini rupa !

Zammir , kita bukan budak-budak lagi ! Zammir adalah seorang lelaki yang dikategorikan matang jika Zammir sanggup menanggung risiko atas setiap perbuatan Zammir sendiri . Fikir sendiri Zammir , adakah Zammir cukup matang ? Kalau betul , fikirkan : cukup bertanggungjawabkah perbuatan Zammir pada Reen dan setiap apa yang Zammir lakukan ?

Pada Reen , Zammir tidak matang apabila bertindak begini . Zammir menyembunyikan apa yang Reen patut tahu dan menafikan apa yang benar ! Zammir masih tidak mampu untuk membuat keputusan untuk diri Zammir ! Zammir masih tidak pasti tentang apa yang Zammir mahu hingga Zammir menjadi sebegitu tamak dan ingin menang dalam mempermainkan perasaan orang lain … perasaan Reen ! Sampai hati awak , Zammir ! Sampai hati awak !

Tipu sunat , bohong sunat .. bukan Reen tidak pernah dengar semua perkataan bodoh itu! Perkataan-perkataan yang wujudnya dari kaum Adam yang tamak , tidak bertimbangrasa dan tidak matang ! Juga dari kaum Adam yang mementingkan kepentingan diri mereka tanpa memikirkan perasaan orang lain !

Akhirnya Arina tersedar sendiri , silapnya hanya satu . Dia hanya memandang Muzammir dari satu sudut sahaja . Muzammir Amri seorang lelaki yang baik . Muzammir Amri seorang lelaki yang bertimbang rasa . Muzammir Amri kasihnya hanya kepada Arina seorang sahaja !

Dia tidak pernah hendak memandang lelaki itu sebagai seorang antagonis . Pandai putar belit . Pasang perempuan sana .. layan perempuan sini . Menipu dia begini .. menipu perempuan lain begitu .. langsung tidak pernah terfikir !

Ah ! Gila aku jika terus bertanya tanpa ada jawapan ! Aku mahukan jawapan ! Aku berhak tau ! Bentak Arina di dalam hati . Rasa sedihnya kini bertukar menjadi amarah . Dia mesti bersemuka dengan Muzammir !



0 ulasan: