Ahad, Mei 06, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#22


Nak air , ” pinta Arina ke arah Elise yang turut kepenatan sepertinya .

Kau ni , minta je tau . Bawa tak mahu ! gomel Elise geram namun masih sudi menghulurkan botol mineral kepada Arina . Arina hanya tersengih nakal .

Alah … kau ni . Dengan aku pun nak berkira . Cuba kalau si Ezuan tu yang minta , terus je beri . Tak ada tanya-tanya pun kenapa tak bawa air sendiri , ” sempat lagi Arina mengusik dalam membela dirinya . Peluh yang meleleh-leleh dek latihan taekwondo tadi diseka pantas .

Dia lainlah . Pelaburan jangka masa panjang ! ” gadis kelahiran Kuala Lumpur yang menetap di Johor ini masih mahu membela diri menyebabkan Arina dan Farah terkekeh-kekeh menggelakkannya .

Elise … nak air sikit , boleh ? ” pinta satu suara membuatkan Elise sedikit kalut . Bimbang kalau-kalau pemuda itu memasang telinga .

Hmm … panjang umur kau , Ezuan ! ” tawa yang semakin reda sebentar tadi kembali berderai .

Aku memang panjang umur pun . Kenapa ? ” jawab Ezuan selamba lantas meneguk minuman yang dihulurkan oleh Elise .

Tak adalah . Baguslah kau panjang umur … kalau tak , mesti aku kerinduan nak tengok aksi kungfu kau lain kali , ” mengekek-ngekek Farah selepas mengusik pemuda itu menyebabkan wajah Ezuan merah padam . Ditambah pula hilai ketawa Arina menyebabkan wajah cerahnya agak kemerahan .

Kamu semua ni ada-ada sahajalah ! ” Ezuan berusaha untuk mengawal rasa bengangnya . Memang sebelum mempelajari taekwondo di UiTM , dia pernah mempelajari sukan tinju tomoi menjadikan pada mulanya pergerakannya agak janggal ketika mempelajari taekwondo .

Dahlah Farah, janganlah asyik nak menyakat si Ezuan ni . Nanti kalau dia merajukkan susah . Kita juga yang rindu …, ” gesa Elise selamba .

Aku dengan Farah memang rindu . Tapi dengan aksi kungfu dialah … tapi ada orang tu , rindu pada orangnya lah kan , Farah ? ” sekali lagi berderai ketawa 2 gadis yang lincah sewaktu latihan ini .

Hish , berkias betullah kamu ni Rina , Farah . Pening aku ! ” Ezuan hanya tergelak kecil . Sudah malas dia hendak melayan . Bukan dia tidak tahu yang tiga gadis itu memang gemar saling mengusik antara satu sama lain ! ‘ Ini mesti kes hendak menyakat Elise biar Elise malu dengan aku ! Kasihan Elise , ’ bisik hati Ezuan tidak mahu memikirkan sangat gelagat mereka .

Elise kelihatan sudah tidak keruan . Perempuan 2 orang ini , kalau hendak menyakat memang dah tak pandang kiri kanan ! Biarpun Ezuan masih samar-samar dan tidak dapat menangkap maksud sebenar kata-kata Farah dan Arina , namun usikan mereka membuatkan dia berasa tidak tentu arah . Elise sebenarnya seorang yang sangat pemalu dan berasa sangat rendah diri dengan lelaki . Entah mengapa , Arina sendiri tidak pasti . Walhal Elise seorang yang sangat bergaya , cantik dan pada dia Elise juga seorang yang sangat memahami dan mudah mesra . Perkara sebaliknya berlaku apabila dia berada di hadapan lelaki yang diminatinya , hendak mengangkat muka pun dia tidak berani . Butir bicaranya juga jadi tidak tentu arah .Hai lah Elise , macamanalah Ezuan nak faham ni !

Ok , semua masuk gelanggang semula ! ” laung Sir Jalal lantang . Cepat-cepat mereka kembali ke gelanggang taekwondo . Sir Jalal tidak garang , tetapi dia seorang jurulatih yang tegas . Setiap langkah-langkah diajar dengan penuh tegas namun penuh kesabaran .

Diam . Semua ternanti-nanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut jurulatih mereka ini biarpun mereka semua maklum latihan sudah berakhir .

Ok , lepas ni kita akan buat sesi cooling down untuk mengelakkan kekejangan otot selepas latihan . Hari Khamis ini kita jumpa lagi ,” sesudah memberitahu , Sir Jalal terus mengetuai mereka membuat sesi cooling down . Selepas itu Sir Jalal membenarkan mereka bersurai . Latihan setiap Selasa dan Khamis ini memang ada masanya menguji kesabarannya . Lebih-lebih lagi Ezuan yang masih terpengaruh dengan buah tinju tomoi yang pernah dipelajarinya .

Thank you Sir , jumpa lagi Khamis ni ! ” ucap Elise sambil tersenyum-senyum . Entah apa yang disenyumkan sangat itu Arina tidak pasti . Akhirnya mereka mencapai sepatu masing-masing dan meninggalkan gelanggang .


0 ulasan: