Selasa, Januari 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Wilayah!! =D

Sepatutnya semalam lagi program ini berlansung. Tapi tergendala pula disebabkan ada urusan yang melebihi masa sebelum itu. Dan program itu dibawa ke hari ini. Iaitu membeli barangan keperluan peribadi saya..{hehe!Apalaaaaaaaaahhh yang penting sangat tadi..rupa-rupanya!!} Hey..jangan lupa yeh kawan-kawan..shopping is the best therapy when we are in a deep stress..well, of course lagi stress lah bila yang kita nak tu over budget kita kan??Tapi pada Cik Mendezz..biar la sedikit dari tak ada langsung..hehe!

Makanya pada hari yang agak mendung-mendung tidak berapa berangin tengahari tadi melangkahlah Cik Mendezz dengan teman sepejabat menuju ke Pasar Seni yang juga dikenali sebagai Central Market. Ingatkan nak tapau tako tao..tapi tutup pulak kiosk depan KFC tu..makanya terus lah Cik Mendezz dan kawan Cik Mendezz menuju ke Watsons..

Kenapa Watsons??Tidak ke hypermarket ke..pasar malam ke??Mesti ada yang tanya kan??Cik Mendezz ada alasan yang tersendiri..

  1. Harga barangannya yang lebih murah berbanding di gedung lain ~ ada yang bezanya sehingga RM3 lebih murah!Kalau 5 barang, berapa RM kita dah jimat??? $$$$$$$!! 
  2. Watsons juga menawarkan mata terkumpul/rebate yang boleh ditebus setiap kali pembelian kita.
  3. Ada diskaun untuk ahli Watsons lagi!
  4. Promosi yang menarik..contoh..RM1 untuk item kedua..beli satu barang RM8.90, beli dua barang RM10.80 (macam shower gel yang Cik Mendezz beli tadi!)..Heyyy..gila kalau kau kata tak nak!!Dan macam-macam lagi lahhhh yang Cik Mendezz sukeee!!sukee!!sukeee!!Hehe!
  5. Susunan barangan peribadi yang teratur..sedap mata memandang..memilih..lagiiii mencapai..kehkehkeh! =P
  6. Juruwang-juruwang Watsons Pasar Seni ni dah kenal muka Cik Mendezz..sangat mesra dan ramah. Senyum..senyum..senyumm.. "Datang lagi ye Cik!!" Ye dik..Kau tak suruh pun memang akak kene datang dik!Toiletries tu kewajipan..bukan kehendak! =D
Dan inilah hasil belian wajib saya tadi..kalau ikutkan hati lagi banyak ni..tapi ku sabarkan aja..maklumlah..baru memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta..hehe!

These costs me below RM50.. =D
"Cik ada nilai tebusan sebanyak RM8.80 dalam kad ni..Cik nak terus tebus ke simpan??Sebab nilai mata terkumpul ni sah untuk dua tahun sahaja." beritahu juruwang itu sebaik sahaja kad ahli Watsons Cik Mendezz di imbas..wow..besh..maknanya shower gel percuma lahhh Cik Mendezz hari ni..hehe!Alhamdulillah.. =D

"Kasi tebus la dik..kalau simpan lama-lama kang lupa sama tak tebus nanti.." senyum meleret-leret Cik Mendezz!

Selesai urusan pembayaran, Cik Mendezz pun terus kembali ke pejabat. Ingatkan nak lepak jap di cafe tingkat dua Pasar Seni yang cosy tu..tapi kene kejar masa sebab ada mesyuarat pukul 2.30 nanti..huhu!

Heyy...tipu la Cik Mendezz ni!!Tajuk entry bukan ke  "Selamat Menyambut Hari Wilayah!! =D" ?? Ni apa sampai ke shopping la..promosi la..Watsons la!!GULP!!GULP!!GULPP!!Lupe laaaa...ni baru sedar diri balik ni!!Hihihi!

Ok..ok..kepada warga penduduk Wilayah Persekutuan..tidak kiralah dimana kamu berada..samada di Kuala Lumpur, Labuan mahupun Putrajaya..ada lagi ke yang lain??Ok..ingat-ingat lupa! =P
Selamat Hari Wilayah kepada kamu semua!!
Oiii..pada diri Cik Mendezz juga!!Hehehehhh!!Esok 01/02/2012 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur cuti ye..makanya bolehlah Cik mendezz bermalas-malas melayan perasaan..well..mungkin di rumah..mungkin juga bergadang di luar..hehe!

Dannnnnn..tak mahu tulis panjang-panjang lagi..sebab kejap lagi Vanilla Coklat dah nak mula..suka tengok Izara Aishah yang cantik menawan tu..makanya..jumpa kita di lain entry ok?? =D

P/S : Ada ke yang tak tahu apa itu tako tao??Sila rujuk gambar di bawah nye..sangat lazat dan ringkas!I loikee~~tapi tadi kiosk dia tutup!Ahh..lain kali! 






Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta

Beberapa hari ni Cik Mendezz asyik teringat-ingat lagu ni..sampai buat ringtone handphone..hehehe!Apsal eh??Apsal??Apsal??Lagi mau tanya kan??Hehe!

Cinta..definisinya berbeza-beza pada setiap manusia..ada yang menganggap ianya sekadar mengisi masa lapang..ada yang menganggapnya keperluan hidup lambang penuh kasih sayang..ada pula yang memperdagangkan cinta demi kepentingan materialisasi..ada pula yang memandang cinta itu sesuatu yang menyakitkan..ada juga yang merasakan cinta itu ertinya keikhlasan..kesetiaan..kejujuran..rasa tanggungjawab..INDAH..kerana dewasanya kita kerana cinta dan kasih sayang.. =)



Jejak-jejak langkahku..bagaikan lembaran waktu..
Apakah ku masih bisa terus melangkah..
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta..

Subhanallah..aku mencintainya..
Subhanallah..aku menyayanginya..
Dari ufuk timur hingga ke barat..
Selalu di hatiku..selalu di hati ku..




P/S : Cik Mendezz juga menyintai dia seadanya..biarpon  bibir menghambur marah biar pun mulut melafaz benci..mungkin pada Cik Mendezz pula cinta itu adalah sebenar-benar cinta apabila kita tidak mampu membenci biarpun dia telah menyakiti hati ini sesakit-sakitnya..damnn!Menci lah!! 

Isnin, Januari 30, 2012

Penakut!!

Malam ini Cik Mendezz dok layan lagu ni..sedey..tapi entahlah..samada si dia yang takut untuk berterus-terang pada yang patut tahu dan membuat keputusan ataupun Cik Mendezz yang tidak dapat menghadapi kenyataan yang dia hanya mampu berjanji dan memberi harapan.. =(





Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Engkau bukan milikku

Awan Nano Juara AJL 26

Adehhh...sipi-sipi jek ramalan Cik Mendezz semalam..rupa-rupanya Awan Nano oleh Hafiz yang merangkul gelaran juara..Alyah sekadar menjuarai persembahan terbaik..tapi memang sangat cantik bergaya ala-ala patung musical box..diserikan lagi dengan kehadiran Remy Ishak..Aduhhhh~~ memang teruja!!Cik Mendezz pon bersorak kat rumah..lupa sekejap yang Cik Mendezz tengah tak berapa nak sihat..hihihi!

Beribu Sesalan pula mendapat tempat kedua..diikuti Karma oleh Faizal Tahir ditempat ketiga..Semuanya hebat-hebat belaka..Sedetik Lebih yang dinyanyikan oleh Jack pon sangat-sangat mengesankan..

Hafiz..tahniah dengan kemenangan Awan Nano anda..memang Cik Mendezz tak perasan langsung Herman Tino jadi bapa dia..heheh!Rambut memang sama! =D



Juga tahniah pada lagu Beribu Sesalan yang mendapat naib juara..



Juga Faizal Tahir dengan Karma..I loike..



Alyah..sangat teruja dengan persembahan kamu..Kisah Hati memang sangat-sangat mengujakan..{errr..bukan Remy Ishak ke yg bikin saya teruja??}Kehkehkeh!




Kita nantikan pula AJL 27..siapa pula yang bakal mengungguli eh??

P/S : Pic yang santik2 ni sume ihsan pakcik google.. daa~~

Ahad, Januari 29, 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26..siapa juara??

Dari siang tadi dok menghadap sakit kepala yang apsal entah..sampai terpaksa batalkan niat mahu ke Stadium Putra Bukit Jalil bersama teman yang sudah mempunyai tiket AJL..malah Cik Mendezz siap temankan dia ke Summit USJ semalam nak ambil tiket dari kawan dia..tapi apa kan daya..daripada Cik Mendezz pening-pening lalat dikalangan pengunjung yang sesak tu nanti..baiklah tengaok dari rumah je..huhu!

Berdebar-debar Cik Mendezz menunggu AJL malam ni..siapaaaaalah bakal bergelar juara erk??Hehe!Cik Mendezz minat 3 buah lagu ni..

Lagu pertama.. paling suka.. 

KISAH HATI by ALYAH



Lagu kedua..suka jugak hehe..

BERIBU SESALAN by NING BAIZURA, JACKLYN VICTOR & SHEILA



Lagu ketiga..suka-suka aje..

GADIS SEMASA by YUNA



Harap-harap menang la salah satu lagu ni..tapi kalau lagu lain yang menang pun..tidak mengapalah..kerana lagu-lagu lain pun tidak kurang hebatnya..Apa-apa pun..goodluck untuk semua finalis! 

P/S : Cik Mendezz memang obses dengan lagu Kisah Hati oleh Alyah tu..sampai timeline FB dh jadi lagu ni..Hahahaahhah!!Jangan mare! =P





Jumaat, Januari 27, 2012

JANJI

Setiap orang berupaya untuk menabur lebih daripada 10 janji..
Tapi tak semua orang mampu dan mahu berusaha untuk membuktikan sesuatu sebagai menunaikan 1 daripada janji-janji tersebut..
Kerana tin yang kosong memang nyaring bila diketuk..best je bergendang..ringan pun ringan..
Cuba kita ketuk tin yang berisi..jenuh nak bagi berbunyi bila digendang..berat pula tu..
jadi apa pilihan anda??Yang berat atau pun yang ringan??
FIKIR-FIKIRKAN! =)

Khamis, Januari 26, 2012

Spontaneous Thursday.. #44 - ‘MENGHISAP PAYUDARA BOLEH MENYELAMATKAN WANITA’??

Berita ini diambil dari data berita antarabangsa BBC dan National Health Service. Berikut data yang diambil untuk mencegah kanser payudara dengan cara menghisap. Dalam waktu terdekat mungkin ada wanita yang mahu membayar orang terutama lelaki untuk menghisap payudara mereka??

Dalam BBC Top News Story :

Doktor berpendapat bahawa payudara wanita yang disedut secara teratur sangat bagus untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara.Diberitahu bahawa penghisapan payudara secara teratur akan menurunkan risiko yang cenderung menyebabkan berkembangnya kanser payudara.

Payudara harus disedut mungkin, hal ini dipercayai akan membantu perempuan melawan kanser payudara. Bagi para lelaki, silakan menolong pasangan anda, dengan menghisap payudara wanita sekarang dan bagi para wanita silakan saja lakukan terapi ini dan kamu seharusnya merelakan!

Pesanan ini dibuat oleh Department Kesihatan British dengan tema 'Melawan Kanser Payudara'.

Kalau anda percaya pada hasil penelitian ini maka {semua lelaki} jujurlah bahawa anda tentunya akan senang, jadi ikutilah cara-cara ini. Kalau perlu anda dengan rendah hati mengajukan diri untuk membantu para wanita demi menyelamatkan nyawa mereka dari penyakit kanser.

Bolehkah anda mengirim ini ke semua orang yang bertanggungjawab dan kepada para wanita agar menyedari risiko tinggi ini??Ini adalah salah satu bentuk keuntungan buat wanita yang sangat harus dilakukan untuk mencegah kanser. Ingat pesan doktor, "Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.". 

P/S : Kalau fakta ini tidak sahih pun Cik Mendezz memang teruja!!Kenapa teruja eh??GULPPP!!Hahaahahaah!! =P

Selasa, Januari 24, 2012

Room make over yang seterusnya..

Ahad yang lepas..Cik Mendezz telah dirasuk oleh jin make over sekali lagi..disebabkan jiwa ini sangat tergoda dengan tikar buluh yang cantik rekaannya tu..dan yang penting..MURAH ok??Hehe!Maka..Cik Mendezz pon TERRRRRbeli tikar buluh yang santekk ini!


Carpet yang dull ni akhirnya digantikan dengan tikar buluh yang meriah warnanya..hehe!
Oh ya..lagi satu..sebelum ni Cik Mendezz memang berperang dengan semut halus yang gembira melata di sana sini sampaikan kalau lauk sejuk sikit atas meja makan tu memang habis la dihurungnya..macam-macam mandrem dah Cik Mendezz hembus..dari Ridset ke Shieldtox malah Baygon hingga ke Morten..tak jalan gak..Akhirnya jalan penyelesaian dijumpai..puas meronda hypermarket mencari piring comel ni. Asik jumpa yang lebar jek!Sebaik sahaja sampai di rumah..Cik Mendezz biar je dulu..pagi tadi baru buat..tuang minyak masak dan letak di setiap kaki meja..Puas ati aku, semut!!Memang declare perang dah neh!Dah baper bulan aku makan hati dengan ko!


Tadaaa...piring plastik yang diisi minyak masak..pasni letak la lauk apa pon atas meja tu..dijamin tak kene hurung! =D
Ok..agak risau..pas ni mana pulak semut-semut ni nak serang hendap!!GULP!!Tata! =D

Jumaat, Januari 20, 2012

Pesanan Bonda.. #1

Assalammualaikum dan salam Jumaat readers..sekadar ingin berkongsi pesanan ibunda tercinta Cik Mendezz..Pada saat kesedihan menyelubungi diri beberapa hari yang lalu..bonda tercinta turut berasa gusar dan menghubungi saya..setiap kali mendengar suara dia, saya menangis..menangis..menangis..dan menangis..hiba sungguh rasanya ketika itu..hingga kepingin untuk berada dalam pelukan bonda pada saat itu juga!

Akhirnya, bonda menitipkan pesanan dengan suara yang lembut lagi menenangkan jiwa..dan pesanan itu membuatkan saya berhenti menangis dan kembali merenung fitrah alam..

"Apabila kita mengejar dunia, akhirat akan tinggalkan kita..
tapi apabila kita mengejar akhirat, dunia turut mengejar kita!
Biar apa pon orang cuba buat untuk menyakiti dan menyulitkan kita..
Ingatlah..hidup kita ini LILLAHITA'ALA..semata-mata kerana ALLAH!!"


I miss my mum so so soooo much! 

Khamis, Januari 19, 2012

Spontaneous Thursday.. #43 - Mei Ling

Mei Ling anak tunggal..menjelang Tahun Baru Cina ibubapanya pulang ke kampung. Mei Ling pula tidak dapat pulang disebabkan komitmen kerja. Apabila malam menjelma, pintu rumahnya diketuk oleh jirannya..

TOK!TOK!TOK!!!

Man : Mei Ling..i ada perkara nak cakap dengan u ni..boleh i masuk?
Mei Ling : Takpe ke??I seorang diri je kat rumah ni..
Man : Takpe..kejap je..
Mei Ling : Ok..masuklah..

Lalu jirannya melangkah masuk seraya menutup pintu.

Man : Dah lama i tunggu saat ini..sejak u pindah ke sini 3 tahun lepas..
Mei Ling : Eh..Man??U ok ke tak ni??
Man : I dah tak tahan dengan nafsu yang membuak-buak di dada i ni..
Mei Ling : Man!!Jangan!!
Man : Hehehe..sikit je..

Lalu diramas..di koyakkan..dibuka..DENGAN RAKUS SEKALI..kotak limau itu..


Man : Dah 3 Tahun Baru Cina u tak pernah pun nak bagi limau kat I..dah la  bapak u tokey buah!Memang I teringin tau!
Mei Ling : Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Heyyy...apa yang korang fikirkan haa?? =P

Rabu, Januari 18, 2012

KISAH IBU DAN ANAK

Sebagai seorang insan, mak terpanggil untuk menyebarkan satu kisah agar ia menjadi tauladan kepada kita semasa hidup ini.


Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenar), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenar), si Ibu, sudah tentu berasa senang dengan ajakan anaknya itu.

Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajipan menunaikan ibadah haji. Segala kelengkapan sudah disediakan. Ringkasnya ibu dan anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan memegang ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Kaabah (Bu, lihatlah Ka'bah) ". Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak menunjukkan respons, ia terdiam. Perempuan itu tidak melihat ke arah apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Dia bingung melihat raut wajah ibunya yang juga kelihatan kebingungan. Ibunya sendiri tidak faham mengapa dia tidak boleh melihat apa-apa selain kegelapan. Beberapa kali dia mengusap-usap matanya, tetapi apa yang dilihatnya hanyalah kegelapan. Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya sebelum ini. Beberapa minit yang lalu dia dapat melihat segalanya dengan jelas, tapi apabila memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita. 

Hasan bersolat di hadapan Kaabah memohon keampunan-Nya. Hatinya begitu sedih. Sesiapa yang datang ke Baitullah, mengharapkan rahmatNya. Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang bersungguh-sungguh, ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Kaabah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya mengerjakan haji pada tahun hadapan.

Bila sampai tahun berikutnya, ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa berulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Kaabah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak boleh melihat Kaabah. Hasan tidak patah arang, dia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap tidak boleh melihat Kaabah sebaik saja berada di Masjidil Haram, yang nampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.Begitulah keganjilan y ang berlaku pada diri Sarah, kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.

Hasan tertanya-tanya apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Kaabah, sedangkan di tempat lain, penglihatannya normal. Dia terfikir mungkin ibunya pernah membuat salah sehingga mendapat azab dari Allah SWT?. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu? Segala persoalan berkecamuk dalam dirinya.

Akhirnya dia memutuskan untuk mencari seorang alim ulama, yang boleh membantu permasalahannya. Kemudian dia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi.

Tanpa berlengah, Hasan bertemu dengan ulama yang dimaksudkan. Dia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengar dengan teliti dan kemudian meminta ibu Hassan menelefonnya sendiri. Anak yang berbakti ini pun pulang dan meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Si ibu iaitu Sarah pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.

Ulama itu kemudian meminta Sarah mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang berlaku padanya di masa lalu, sehingga dia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.

"Anda harus berterus terang kepada saya, kerana masalah anda bukan masalah kecil," kata ulama itu kepada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta masa untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, namun ulama itu masih tidak mendapat khabar berita daripada Sarah. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon, "Ustaz, sewaktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus ..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," katanya berterus-terang.

Ulama itu terkejut. Dia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian. "Waktu itu ...." sambung Sarah, "Saya banyak kali telah menukar bayi, kerana tidak semua ibu suka dengan bayi yang telah dilahirkan. Ada yang mahukan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan ganjaran wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka . "

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah ......" sampai hati wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. Bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.

Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkahwinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi. "Cuma itu yang saya lakukan," kata Sarah.

"Cuma itu?" tanya ulama terkejut. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi.
"Lalu apa lagi yang anda lakukan?" tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama "Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerjasama dengan tukang sihir." "Maksudnya?". tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati. "

"Ada sekali itu, seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam -dalam. Ianya keluar semula. Saya cuba lagi berulang-ulang. Akhirnya, kemarahan saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan. "
Mendengar kata-kata Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang anda lakukan?". "Masya Allah ....!!! Saya tidak boleh bantu anda. Saya angkat tangan". Ulama itu amat terkejut mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apatah lagi dia adalah wanita, yang mempunyai nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah berlaku dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Selepas tujuh hari ulama itu tidak mendengar khabar daripada Sarah, akhirnya dia menghubungi Sarah melalui telefon. Dia berharap Sarah telah bertaubat atas segala perbuatannya. Dia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Panggilan telefon itu dijawab oleh Hasan. Ulama menanyakan khabar Sarah.
"Ummi sudah meninggal dunia dua hari selepas menelefon ustaz," ujar Hasan Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan?". tanya ulama itu. Hasanpun akhirnya bercerita: Selepas menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa pengebumian Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk memasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorang pun para pengusung jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang.

Para hadirin yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh berlaku. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan keletihan kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berjaya digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja terdampar di tanah kering kontang. Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak mahu meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang lelaki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak kelihatan wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang labuh ke depan. Lelaki itu mendekati Hasan kemudian berkata kepadanya, "Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.
Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, dia berharap lelaki itu akan menunggu jenazah ibunya. dan berharap mahu menggali kubur untuk kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menoleh ke belakang, sehingga tiba di rumah," pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian dia meninggalkan tanah perkuburan. Belum sempat dia keluar dari kawasan perkuburan, terdetik keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dijilat api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa ke wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu.

Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahawa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar. Ulama itu mendengarkan dengan teliti dan sabar semua yang diceritakan oleh Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan akan beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu.

Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan bersungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Tidak berapa lama kemudian Hasan kembali mengkhabarkan ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya sewaktu hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Dia berharap, apa-apa perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

Semoga kisah benar masa kini dari Mesir ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua.



sumber : sini

Selasa, Januari 17, 2012

Auto atau Manual??

Melayan segment pagi di siaran HOT.FM pagi tadi sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja. Tertarik Cik Mendezz dengan issue "Wanita : Gear Kereta Auto atau Manual" setelah cadangan mengeluarkan lesen untuk pemandu kereta auto sahaja bakal berkuatkuasa tidak lama lagi.

Cik Mendezz sendiri boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan samada auto atau pun manual. Akan tetapi, Cik Mendezz lebih suka memandu kereta manual. Biarpun hari-hari meredah kesesakan lalulintas ibu kota Kuala Lumpur. Kenapa saya suka memandu manual??Selain kos penyelenggaraannya yang rendah, kos minyak yang kurang berbanding kereta bergear auto, kereta bergear manual lebih lancar di atas jalan raya. Yelah..Cik Mendezz dah biasa bermain clutch dan minyak tiba-tiba memandu kereta auto..memang berasa tidak kena. Hehe!

Pada ketika bilakah Cik Mendezz berasa betapa maskulinnya seorang wanita jika memandu kereta manual??Sudah semestinya ketika meredah lebuhraya dari lebuhraya Sungai Besi sehingga ke Jasin sebelum melalui lebuhraya AMJ menuju ke Muar..sebab pada hemat Cik Mendezz..kelajuan sesebuah kereta itu tidak semestinya bergantung pada jenama sebuah kereta..ia juga bergantung pada kecekapan si pemandu juga. Tidak guna memandu kereta Honda model terkini pon kalau dudk di lorong kanan dengan pemanduan 80km/j..Serius masa ni rasa nak lupa diri je maki empunya kereta-kereta hebat ni!Pheww~~ 

Apa pun..pada asasnya.. kereta bergear auto atau manual sama sahaja. Gear auto juga perlu diselaraskan mengikut permukaan jalan dan kelajuan yang kita mahu. Cuma jika memandu kenderaan auto..mungkin kita berasa sedikit selesa jika menghadapi kesesakan lalulintas yang tidak terjangka. Tidak la macam Cik Mendezz yang sudahnya dok dendiam free gear tekan brake. Tanda dah tak larat nak hadap kesesakan lalulintas yang teruk! Dan mulut juga mula menggumam sendiri mengeluarkan bahasa yang sangat indah di dengar. OPSS!!Hihihi! =P


Isnin, Januari 16, 2012

Taktik Baru Merogol!!

Dear readers..kindly share this info to everyone we love!

Menurut laporan polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 orang lelaki di sebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohynol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para doktor haiwan untuk "mencuci" haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rphypnol, sebagai dadah "dating" dan rogol.


Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan mampu mengingati apa-apa pun pada esok paginya, dan apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari pemerkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang untuk perlu menjalanani ujian air mani dan DNA. 

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Progesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.



Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar. Jangan biarkan minuman anda terbiar atau terlepas pandang!

Ahad, Januari 15, 2012

Mr Labuci

Lepas makan malam Cik Mendezz duduk di hadapan televisyen. Berbekalkan remote yang kejap ok kejap tak ok, Cik Mendezz memilih untuk menonton slot Cerekarama yang dah berapa minggu Cik Mendezz tak layan dek sebab leka melayari internet di malam minggu..hehe!

Slot yang sangat menarik untuk dikupas. Antaranya..idea Mr Mama memang ternyata idea yang tidak bagus terutama sekali dalam masyarakat kita yang sudah sedia maklum dengan tugas-tugas/tanggungjawab suami di dalam Islam itu sendiri yang mana tugasnya mencari nafkah untuk keluarga. Apabila si isteri yang mula menjadi ketua keluarga, power of money akan menyebabkan rasa hormat isteri pada suami akan mula luntur hari demi hari hinggalah suatu hari nanti isteri akan memandang suami itu sebagai beban {Cik Mendezz gelar 'biawak hidup'} dan akan merasakan dia boleh hidup sendiri tanpa seorang suami disisi.

Gambaran ibu mertua yang berkecil hati melihat anak lelakinya diherdik oleh seorang isteri adalah suatu pengajaran yang berharga. Pada si suami, biarpun keputusan untuk tidak bekerja telah dibincang bersama isteri, ini tidak bermakna anda perlu melepaskan tanggungjawab anda sepenuhnya kepada isteri untuk mencari nafkah keluarga. Mungkin bekerja dari rumah adalah lebih baik daripada mengharapkan isteri sepenuhnya. Macam yang kita lihat tadi, Zulaikha malu hendak membawa Malik ke majlis syarikat tempat dia bekerja kerana malu dengan keadaan suaminya yang tidak bekerja biarpun perkara ini telah sama-sama mereka persetujui. Mahukan anda para suami tidak menjadi kebanggaan isteri??Jika mahu dan sanggup, dipersilakan. =)

Yang kedua, budaya membodek dalam suatu organisasi. Uhhh~~ memang sangat memualkan menjadikan Cik Mendezz sangat bersetuju apabila isteri majikan Zulaikha menyatakan budaya membodek akan menyebabkan sistem suatu organisasi boleh terjejas. Bukankah lebih baik jika kita membodek dengan kebolehan kerja kita yang baik berbanding membodek dengan menjadikan diri orang suruhan yang tiada harga diri??Seperti Cik Mendezz sendiri, saya memang tidak tahu nak bodek majikan dengan cara membelikan dia sarapan pagi, ataupun cenderahati apabila pergi bercuti, mahupun sekadar masuk ke biliknya berbual kosong tanpa arah tuju. Saya lebih suka dinilai dengan cara saya bekerja. Itu lebih baik..kerana matlamat saya ke pejabat adalah untuk memperkembangkan karier ke arah yang lebih baik. Bukannya membina hubungan yang baik dengan cara yang tidak betul, tapi bila diberikan tugasan, hasilnya mengecewakan!

Oh tidak!!Biarpun saya akui masih ramai yang mengamalkan budaya ini di jabatan saya, dan kebanyakan mereka yang bersikap begini..suka membodek dan dibodek adalah golongan yang sudah berusia..dan cara bekerja??Hehehe..tidak perlulah saya nyatakan di sini..dan pesanan manja buat majikan saya, jika bodekan yang kamu harapkan dari pekerja-pekerja kamu, bukan kualiti kerja, jangan salahkan sesiapa jika jabatan kamu ini tidak mencapai matlamatnya!

Perkara yang terakhir yang Cik Mendezz suka dalam slot Cerekarama ini..owh..mestilah jahitan-jahitan labuci yang sangat cantik dan bergemerlapan itu!Membuatkan Cik Mendezz teringat dah lama betullaaaaahh Cik Mendezz tidak menjahit manik. Hehe!

Ok readers..itu pendapat Cik Mendezz untuk kisah Mr Labuci ini. Jumpa di lain entry..bye! =)

Khamis, Januari 12, 2012

Spontaneous Thursday.. #42

Sepasang kekasih datang ke warung Wak Jeman. Setelah duduk datanglah pelayan mengambil pesanan..

Pelayan : Ya Encik..nak makan apa?

Pelanggan : Ok bang..buatkan nasi goreng dua..yang 1 pedas...yang 1 lagi jangan pedas ye??Yang pedas nak nasi setengah, yang tak pedas nasi dilebihkan..yang nasi lebih tu , campur ayam tapi jangan lebih..yang nasi setengah tu campur ayam lebih..yang ayam lebih letak telur mata kerbau..yang ayam kurang letak telur dadar..yang pedas, ayamnya ada tulang ye bang!Yang nasinya banyak tu pula bang, tak perlu ada tulang, tapi kulit ayam kasi lebihkan ye??Yang guna telur mata kerbau tu kasi lebihkan bawang goreng..Ermm..satu lagi bang..jangan lama-lama ye??

Dan kemudian pelayan itu beredar menuju ke dapur lalu menyampaikan pesanan kepada tukang masak..

Pelayan : Wak Jeman..meja no 4 kat luar tu pesan nasi goreng 2..setiap pinggan tu dia nak 5 senduk cili api!

Kehkehkeh! =P

sumber : sini

Spontaneous Thursday.. #41

Tengah-tengah menyelongkar khazanah lappy Cik Mendezz yang semakin uzur tadi..Cik Mendezz membuka satu folder berisi hasil-hasil penulisan Cik Mendezz. Semua penulisan berupa cerpen ini Cik Mendezz tulis masa study dulu. Bila diteliti semula..ternyata gaya penulisan Cik Mendezz ketika itu kengkonon sweet je..duhh~~ hahaahahahah!! Makanya sekarang ini Cik Mendezz masih berkira-kira samada adakah bagus ianya dikongsikan di dalam blog ini atau pun Cik Mendezz baca sendiri aje lahhh..

Fikir..fikir..fikir..

Ok ke tak??Tak ke ok??

Boleh ke tak??Tak ke boleh???

Ahhhhhhhh!!Seganlah!!Ok..simpan dulu..tunggu buang tebiat mari baru Cik Mendezz publish..Tata! =P

Rabu, Januari 11, 2012

Wordless Wednesday..#20

Ok..it's a wordless Weds again ev1!!
dimana pada hari ini semua blogger akan letakkan foto di dalam entry mereka tanpa apa-apa diskripsi seperti yang dinyatakan di sini..
terpulang pd yg menilainya..enjoy! =D





sumber foto : sini

Selasa, Januari 10, 2012

Hati Seorang Wanita


1. SENSITIF ~ Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. CEREWET ~ Bukan bermaksud fussy  tidak tentu hala, cuma kadangkala ingin LELAKI mengikut kata-katanya.

3. HALUS ~ Ibarat sehelai sutera..cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan tercarik dan koyak. Walaupun seorang  WANITA memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. IKHLAS ~ Ikhlas seorang  WANITA tidak perlu diragui.

5. KORBAN WANITA sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi..termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami.  WANITA amat tabah.




6. PRIHATIN ~ Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. MANJA ~ Walaupun dia seorang  WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang  WANITA masih lagi tetap seorang  WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama  LELAKI, namun juga sesama kaum.

8. EGO WANITA yang terlalu sayangkan kekasih/suami sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan orang yang dicintai.

9. CINTA ~ Cinta pertama bagi  WANITA adalah yang paling dalam dan tulus.

10. SEKS ~ Seks bukanlah segala-galanya buat  WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu sahaja.  LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi  LELAKI adalah membimbing  WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Kisah Si Angkuh Bongkak

Di dalam al-Quran diceritakan perihal seorang lelaki yang diberi Allah kurnia berupa dua kebun anggur. Kedua kebun itu dikelilingi pohon-pohon kurma. Dan di antara dua kebun itu dibuatkan ladang, Dan dialirkan sungai di celah-celah kedua kebun tersebut. Kedua kebun itu menghasilkan buah yang melimpah ruah. Dengan tuaian besar setiap musimnya itu si pemilik kebun menjadi kaya-raya. Akan tetapi kekayaan yang dimilikinya tidak menjadikan lelaki itu rendah hati di hadapan Allah, apatah lagi mensyukuri kurnia Allah yang diberikan kepadanya. Pemilik kebun itu tidak mahu berterima kasih kepada Allah atas kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya. Dia lalu bersikap kufur {ingkar} dan melampaui batas.

Dia bahkan bersikap bongkak dan menafikan rahmat Allah atas kekayaan yang dimilikinya. Dia dengan sombong berkata sesamanya ; 

"Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta {yang lain}; lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa berbincang dengannya; Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai."
~Surah al-Kahfi ; Ayat 34~

"Dan dia pun masuk ke kebunnya {bersama-sama rakannya}, sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri {dengan sebab kufurnya}, sambil dia berkata : Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya."
~Surah al-Kahfi ; Ayat 35~

Dia bahkan menganiayai dirinya sendiri ketika berkata di kebunnya: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya." Lelaki kafir itu bahkan bertambah ingkar kepada Allah dengan menafikan adanya hari kiamat dan hari kebangkitan :

"Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku.."
~Surah al-Kahfi ; Ayat 36~

Keangkuhan si pemilik kebun itu bahkan sampai pada titik didihnya dengan ucapan keangkuhannya ;

"Dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku {sebagaimana kepercayaanmu}, tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini."
~Surah al-Kahfi ; Ayat 36~

Atas kekufuran{keingkaran} dan kebongkakan pemilik dua kebun itu, Allah menyegerakan hukumanNya kepada manusia itu :

"Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya {kerana menyesal} terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakan pada kebun-kebunnya, sedangkan kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya ; sambil dia berkata : Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan seusatupun dengan Tuhanku."
~Surah al-Kahfi ; Ayat 42~

Enam Perkara Yang Allah Sembunyikan..

Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu..

  1. Allah SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
  2. Allah SWT telah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat.
  3. Allah SWT telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat {yang lima waktu}.
  6. Allah SWT telah menyembunyikan hari kiamat {hari kejadiannya} di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Memutihkan Leher atau Bawah Lengan Yang Hitam

1. Sediakan bahannya iaitu..

  • kunyit
  • limau nipis
  • timun

2. Perahkan limau nipis.
3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.
4. Seterusnya, tumbukkan sedikit kunyit.
5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.
6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan tersebut pada bahagian leher atau bawah lengan. Biarkan selama 20minit dan bilas dengan air suam.


Ok readers..SELAMAT MENCUBA!! =)

Isnin, Januari 09, 2012

Suami Yang Beriman..

Suami yang baik dan beriman sama sekali tidak akan memburukkan isteri atau bercerita perihal kelemahan/kekurangan isteri kepada orang lain. Dia tidak akan berbuat begitu sama ada berpoligami atau tidak. Suami yang baik dan beriman juga tidak akan bermuka-muka dan membuat fitnah tentang isteri ataupun wanita yang bakal dikahwini..berani berterusterang dengan isterinya mengenai niatnya untuk berpoligami. Apabila wujud lelaki sebegini..ternyata dia bukan lah calon suami yang terbaik..apatah lagi untuk berpoligami..sesungguhnya lelaki seperti ini sangat tidak layak!

Setiap insan tidak sama..jika lelaki itu benar-benar seorang lelaki yang hebat, dia tidak akan memijak kepala orang lain semata-mata kerana niatnya hendak berpoligami. Jika sebelum kahwin si suami sudah bermuka-muka..dengan isteri lain katanya..dengan bakal isteri lain pula bicaranya..dimanakah titik persefahaman jika poligami itu berlaku nanti??Akan bahagiakan institusi kekeluargaan itu??

Fikir-fikirkan ye wahai para suami/lelaki yang berniat demikian.. 

sumber : diskusi sesama teman facebook

Ahad, Januari 08, 2012

Perhimpunan 901 - Laluan yang bakal ditutup pada 09.01.2012

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan-jalan terlibat yang akan ditutup esok bermula seawal 7pg ialah

a.Jalan Duta dari kedua-dua arah
b.Jalan Kuching
c.Bulatan Segambut
d.Jalan Khidmat Usaha
e.Jalan Ibadah
f.Jalan Dutamas
g.Jalan Persiaran Dutamas
h.Jalan Hikmat Usaha

Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

P/S : Agak2nya la kan..pukul berapa Cik Mendezz sampai Bukit Aman esok??Mau kuar uma kol bape??Adoiii!!

Sumber : Ben Ashaari ; Polis KL

Rabu, Januari 04, 2012

Room make over lagi! =D

Sepanjang hari di rumah..tiba-tiba teringat wall sticker yang Cik Mendezz beli minggu lepas di Danau Kota..setelah mengenal pasti sasaran..Cik Mendezz pon memula kan operasi..


Sasaran dikenal pasti!

Wall Sticker yang telah dipilih.

Agak renyah juga kali ini berbanding sessi sebelum ini. Apsal agaknya susah betul basic sticker ni tak mahu lekat..kena la Cik Mendezz adjust sikit penempatan rama-rama tesebut.. hehe! =P


Setelah hampir sejam menghadap..ini lah hasilnya!


Lihat dinding saya..ceria sudah!Hehe!

Teruja??Jom la buat!Selamat mencuba!! =D

New Year's Eve..Hellooooo 2012!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca tersayang.. {cheeewaahhhh lagi!}. Maafkan Cik Mendezz jika entry ini agak basi mengenangkan kita sudah menjelang hari ke 4 untuk tahun baru..bukannya apa..kepulangan Cik Mendezz ke kampung halaman kali ini tidak dirancang..tambahan pula komputer riba yang mula buat hal membuatkan Cik Mendezz beranggapan..lebih baik tak payah bawa daripada bawa tapi hati ni sakit!Hehe..ok..let's check it out!

Seawal pagi Sabtu Cik Mendezz bertolak ke Johor menemui ayahanda dan bonda tercinta di Muar, Johor. Perjalanan melalui tol PLUS bermula dari tol Sungai Besi yang sepatutnya memakan masa hanya 2 jam lebih menjadi hampir 3 jam disebabkan pergerakan trafik yang perlahan di Seremban dan juga kereta-kereta yang makan angin di lorong kanan lebuhraya AMJ sebaik sahaja Cik Mendezz keluar dari Tol Jasin..memang bikin hangin tau..nasib baik la kesopanan masih merajai diri..terpaksalah Cik Mendezz memintas mereka dari lorong kiri..adoii!!Kehkehkeh! =P

Setibanya di Muar..tak sampai setengah jam adinda-adinda Cik Mendezz pun sampai dari Segamat dan Nilai..terus masing-masing menggesa Cik Mendezz agar bersiap-siap. Rupa-rupanya dah rancang nak sambut tahun baru di Melaka. Alahai..baru pukul 3 petang..nak tunggu sampai pukul 12tengah malam..larat ke??Larat tak larat..dah terlanjur masuk kereta ikut mereka ke sana..layanzzz! 


Muka Rayyan yang sangat excited..Ini bukan parents dia yeh!


With my younger sista..Bella..


Cute isn't it??


Dataran Pahlawan..sangat hot sampai kene buka cardigan!


Pahlawan Wall Market


Rayyan dah boring..baru kol 8 lebih masa ni..


Almost 12..memang kaki berjalan la adik Cik Mendezz & her hubby neh!


After 12..semua org dok berpusu2 nak bayar parking kat mall..

Penat jek tunggu lama-lama..bunga apinya tak sampai 5minit kot??Badan pon penat..but it's ok..quality time with my siblings..hehe!


Me latest..hehe!
Ok readers..see u in d next entry then!