Sabtu, Oktober 20, 2012

KEHEBATAN DOA

Kali pertama bumi diciptakan, lalu bumi bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

" Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? " tanya para malaikat.

" Kerana belum dipaku, " jawab Allah singkat.

" Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb? " tanya malaikat lagi.

" Aku akan menciptakan gunung-ganang, " jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi ;

" Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku? "

" Ada! " jawab Allah. " Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi, "

" Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb? " tanya malaikat.

" Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api, " jawab Allah lagi.

" Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air? " sambung malaikat.

" Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus, " jawab Allah lagi.

" Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan  angin)? " malaikat bertanya lagi.

" Ada! Iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirKu, " demikian Allh SWT menjelaskan.

{Sumber : Hadith Kudsi}

P/S : Gunakanlah kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

Selasa, Oktober 09, 2012

NAFKAH ISTERI

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap {harta} yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakan sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya dan cara membelanjakannya.

2. Nafkah Perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz {di pihak isteri}.

3. Isteri keluar bekerja
*Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walau bagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam {menjaga} hukum-hukum agama.
*Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
*Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah {perbelanjaan} yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya {dengan bekerja}.
*Kerelaan seorang isteri untuk berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu-membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
*Diharuskan untuk membeuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
*Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut {seperti pengangkutan dan lain-lain}.

5. Kerja Sebagai Syarat
*Seorang isteri dibenarkan untuk meltakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan {setelah berkahwin}. Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
*Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluargga dan anak-anak.
*Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
*Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta.
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memiliki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan.
*Sesebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajipan bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah berlandaskan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
 *Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya {isteri}  atau diyakini tindakannya itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
*Demikian juga halnya ke atas isteri {tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan}, iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanta hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. 

Firman ALLAH SWT ; "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu {wahai kaum lelaki} isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu {suami isteri} perasaan kasih sayang dan belas kasihan.."
{surah Ar-Rum : Ayat 21}

Jumaat, Oktober 05, 2012

KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI

Soalan :


Assalamualaikum..Saya ingin bertanya.Apakah maksud terperinci nafkah suami kepada isterinya? Adakah kerana dia telah membeli barangan keperluan seperti makanan sudah cukup dinamakan nafkah? Adakah salah jika isteri meminta wang kepada suaminya untuk dirinya sendiri sedangkan suaminya tidak pernah memberi wang, alasannya dia telah membeli barangan keperluan semua. Adakah wajib suami memberi keluarga mertua sedikit sumbangan seperti wang ringgit atau sebagainya?Dan apakah hukumnya jikalau keperluan yang dibeli oleh si suami menjadi ungkitannya semula.Disini saya terlalu musykil, harap dapatlah memberi penjelasan.
Sekian terima kasih...

Jawapan :

Wajib suami memberi nafkah[1] kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. Firman Allah (bermaksud); "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan" (Surah at-Thalaq, ayat 7).

Di dalam hadis yang menceritakan Hindun (isteri Abu Sufyan) yang mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberi belanja yang mencukupi untuk isteri dan anaknya), Rasulullah berkata kepada Hindun; "Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya"[2] (HR al-Jamaah kecuali Imam at-Tirmizi. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi...). Hadis ini menunjukkan bahawa keperluan isteri juga diambil kira dalam kewajipan memberi nafkah kerana Nabi menyebutkan "ambillah kadar yang mencukupi". Kecualilah jika suami miskin, maka ia dituntut memberi nafkah mengikut kemampuannya dan isteri hendaklah redha dengan keadaan suami dan berpada dengan apa yang diberikan.
Ada ulamak menetapkan kadar tetap harian bagi nafkah yang wajib disempurnakan oleh suami untuk isterinya. Antaranya Imam Syafiie yang menetapkan; jika suami kaya; ia hendaklah memberikan 2 cupak sehari untuk makanan isterinya, suami sederhana; 1 1/2 cupak dan suami miskin; 1 cupak. Adapun jumhur (majoriti) ulamak, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, akan tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri.[3] Kemampuan suami boleh berubah, begitu juga keperluan isteri. Pada ketika suami melihat keadaanya lebih senang, ia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih. Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya. Di dalam al-Quran, Allah amat menekan para suami agar melayani isteri dengan baik untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Firman Allah (bermaksud); "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik" (Surah an-Nisa', ayat 19).

Mungkin kita boleh meletakkan tahap-tahap bagi perbelanjaan dengan merujuk kepada tahap-tahap maslahah manusia yang diputuskan ulamak iaitu tiga peringkat;
Pertama; (tahap keperluan paling atas); iaitu keperluan daruriyat.
Kedua; keperluan hajiyat.
Ketiga; keperluan tahsiniyat.

Keperluan daruriyat ialah yang boleh menyebabkan kerosakan hidup jika tidak diberikan. Ini merangkumi makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang asas. termasuk juga keperluan ilmu khususnya ilmu agama kerana tanpanya akan rosak kehidupan di akhirat. 
Keperluan hajiyat ialah yang bawah dari daruriyat, iaitu yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan hidup, tetapi membawa kepada kehidupan yang susah, sukar dan menderita. Contohnya; perabot-perabot rumah yang asas, peralatan dapur, pakaian yang lebih sedikit dari keperluan daruriyat tadi dan sebagainya. 
Keperluan Tahsiniyat ialah yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan dan tidak juga membawa kesusahan hidup, cuma kewujudannya boleh menambah keselesaan hidup.

Balik kepada soalan yang ditanya, jika suami puan miskin, puan hendaklah berpada dengan apa yang diberinya untuk keperluan pertama (daruriyat) atau keperluan kedua (hajiyat). Jika suami puan berada, bolehlah puan meminta lebih dari itu. Suami pula hendaklah meraikan isteri jika ia mampu demi mengekalkan keharmonian rumah tangga. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda (bermaksud); "Allah mengasihi seorang lelaki yang bertolak ansur bila menjual, bila membeli dan bila menuntut (hutangnya)" (HR Imam al-Bukhari dari Jabir). Dalam riwayat lain; "...bertolak ansur ketika membayar hutang dan menuntut hutang" (HR Imam at-Thabrani dari Jabir). Walaupu hadis ini menyentuh jual-beli dan hutang-piutang, tetapi ruh tolak ansur yang disarankan Nabi tidak ada salahnya untuk kita amalkan di mana-mana sahaja dalam kehidupan terutamanya dalam perkongsian hidup suami isteri. Maksudnya, suami bertolak ansur dalam melayani permintaan isteri dan isteri pula bertolak ansur dalam menuntut haknya.  

Mengenai pemberian kepada mertua, tidaklah wajib suami memberi nafkah atau belanja untuk mertua sekalipun mertua miskin, kecualilah atas ihsan darinya sahaja. Jika ia mampu, eloklah ia memberinya kerana itu juga boleh mengukuhkan lagi kasih-sayang dengan isteri. Mertua yang miskin dan tidak mampu berkerja, ia wajib dinafkahi oleh keluarganya sendiri (iaitu bapa atau anak-anaknya), bukan menantunya. Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu-bapanya (tanpa menjejaskan hak suami) dan begitu juga untuk menafkahi mereka. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah, ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulamak berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu. Adalah harus isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu-bapanya sekalipun tanpa izin suami, namun eloklah ia meminta izin sebagai tanda menghormati suami. Jika suami menghalang tanpa sebab, tidak dikira nusyuz jika isteri melanggarinya.

Mengenai suami mengungkit pemberiannya kepada isteri, jika dengan niat yang baik seperti untuk memperingatkan isteri supaya taat kepadanya kerana ia telah pun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami (iaitu memberi nafkah mengikut yang termampu) supaya isteri membalasnya dengan melaksanakan tanggungjawabnya pula (iaitu taat dan melayani suami), ungkitan sebegitu tidaklah dilarang, malah ada ketikanya perlu dilakukan. Adapun jika ungkitan semata-mata untuk menyakiti hati isteri, tidaklah harus dilakukan kerana ia menyalahi pergaulan yang yang disuruh oleh Allah dalam ayat tadi.

Wallahu a'lam.

Nota;

[1] Memberi nafkah bermaksud mencukupkan keperluan hidup merangkumi makanan, pakaian dan keperluan-keperluan lain (at-Tahwir wa an-Tanwir).
[2] Lafaz bahasa Arabnya ialah "Bil-Ma'ruf", al-makruf bermaksud; mengikut kebiasaan masyarakat setempat iaitu berdasarkan pengamalan yang diterima oleh orang ramai di sesuatu tempat selama ia tidak bercanggah dengan ketetapan Syariat (at-Tahwir wa an-Tanwir).
[3] Sebenarnya terdapat tiga pandangan ulamak dalam menetapkan ukuran yang hendak dipakai bagi menentukan kadar nafkah yang sewajarnya bagi isteri;
A) Pandangan pertama; hendaklah dilihat kepada keadaan suami (kaya, miskin atau sederhana). Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafiie dengan berdalilkan ayat di atas.
B) Pandangan kedua; dengan melihat keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dengan berdalilkan hadis Hindun di atas.
C) Pandangan ketiga; dengan mengambil kira kedua-dua sekali iaitu keadaan suami dan juga keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Ahmad berdalilkan ayat dan juga hadis di atas iaitu dengan memadankan kedua-duanya. Pandangan inilah yang kita pilih di atas kerana ia meraikan kedua-dua dalil di atas.

(al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat).      

Rujukan;

1. Tafsir al-Qurtubi, Surah at-Talaq, ayat 7.
2. At-Tahwir wa at-Tanwir, Syeikh Muhammad at-Tahir ibnu Asyur, Surah at-Talaq, ayat 7.
3. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat.
4. Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi.. 
sumber : SINI

Khamis, Oktober 04, 2012

Our Women Are Queens!!

A British man came to Sheikh and asked..

British man : Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man? 

Sheikh : Can you shake hands with Queen Elizebeth??

British man : Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizebeth.

Sheikh : Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

Then the British man asked the Sheikh..

British man : Why do your girls cover up their body and hair??

The Sheikh smiled and got two sweets. He opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British..

Sheikh : If I asked you to take one of the sweets which one will you choose??

British man : The covered one.

Sheikh : That's how we treat and see our women..

Selasa, Oktober 02, 2012

Jika Hakikat Pernikahan kerana..


1. Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk-NYA. Dan ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH....

Realitinya kite ketika ini di nombor berape?

Hukum Menziharkan Isteri

Zihar pada segi istilah syarak, ertinya suami yang menziharkan juzuk tubuh badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya. Namun demikian tidaklah sampai jatuh talak sehingga menyebabkan pasangan suami isteri itu mesti bercerai tetapi hukuman tetap dikenakan bersabit dengan kesalahan tersebut. Allah SWT telah berfirman :

"Orang-orang yang menziharkan isterinya di  antara kamu, (menganggap isterinya sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan seseungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

"Allah sekali-kali tidak menjadikan di dalam rongganya, dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Di tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri,"

Jatuhnya hukum zihar itu apabila telah memenuhi empat rukun :
  1. Suami yang sah.
  2. Isteri yang sah (belum bertalak atau isteri yang sudah tertalak tetapi masih dalam talak raj'I iaitu isteri yang masih di dalam iddah)
  3. Orang yang diziharkan dengan isterinya itu (adalah mahram suami).
  4. Lafaz zihar sama ada secara terang-terangan atau sindiran, melalui tulisan atau bahasa isyarat kepada orang bisu dengan syarat isyarat itu boleh difahami.
Siapakah mahram suami itu? Ada empat peringkat yang mana boleh berlaku muhram dengan suami yang melibatkan jatuhnya hukum zihar iaitu :

a. Secara nasab atau keturunan
  1. Ibu kandung suami.
  2. Nenek (opah) kandung suami.
  3. Anak saudara perempuan suami termasuk anak saudara kakak atau abang suami.
  4. Anak saudara perempuan dari pihak isteri. Ia juga tidak boleh disamakan dengan isterinya walaupun pada zahirnya suami tiada pertalian darah dengannya tetapi dalam hal ini anak saudara tersebut telah menjadi muhram sementara kepada suami sebabnya suami tidak boleh mengahwininya yakni memadukannya dengan isterinya selagi hayat isterinya masih ada. Hubungan muhram ini kan terputus sebaik sahaja suami itu bercerai hidup atau bercerai mati dengan isteri tersebut, setelah itu barulah suami itu boleh berkahwin dengan anak saudara perempuan isteri.
  5. Cucu saudara perempuan suami.
  6. Adik beradik perempuan suami, ini termasuklah adik beradik kandung dan adik beradik tirinya sama ada sebelah ibu atau bapa sahaja.
  7. Ibu saudara suami.
  8. Anak kandung suami isteri.
  9. Anak suami (anak tiri isteri).
  10. Anak isteri (anak tiri suami).
b. Muhram berambil-ambilan.

Muhram boleh berlaku melalui perkahwinan bapa dengan seorang perempuan. Perempuan yang dimaksudkan itu ialah ibu tiri. Mana-mana perempuan yang menjadi ibu tiri kita, dia adalah muhram dan haram dinikahi serta ditegah menyerupakan isteri dengannya.

Tapi mesti dengan satu syarat, seorang suami itu mestilah telah mempunyai ibu tiri sebelum dia dilahirkan ke dunia lagi. Hanya ibu tiri yang ini saja tidak boleh disamakan dengan isterinya.

c. Muhram secara ridha' (susuan)

Berlakunya hukum zihar apabila suami menyamakan anggota lahir isteri dengan nenek susuan (ibu susu kepada ayah atau ibu suami), kerana semasa ayah atau ibu suami menyusu kepada ibu susunya, ia belum lahir ke dunia.

Tidak berlaku zihar jika suami menyamakan anggota isteri dengan ibu susuan suami kerana semasa suami menyusu dengan ibu susuannya, suami itu sudah lahir ke dunia. Begitu juga tidak jatuh zihar sekiranya menyamakan isteri dengan adik beradik perempuan sesusuan, anak saudara sesusuan, ibu saudara sesusuan sama ada keluarga dari sebelah ibu susu ataupun ayah susu.

d. Ibu Mertua

Muhram juga boleh berlaku melalui nikah. Di mana apabila seseorang lelaki itu menikahi seorang wanita, ibu isterinya telah menjadi ibu mertua suami. Kedudukan ibu mertua kepada suami adalah seperti ibunya juga.

Kalau seorang suami itu memiliki 2. 3 atau 4 orang isteri, maka dia telah mempunyai 2, 3 atau 4 orang ibu mertua. Katakanlah pada suatu hari, suami telah menceraikan isteri keduanya. Walaupun dia telah bercerai dengan isterinya tetapi hubungan suami dengan ibu mertua keduanya tetap kekal selagi hayat masih ada. Dia telah menjadi muhram kekal. Kedudukan ini samalah dengan cerai mati.

Perlu diingat.. 2, 3 atau 4 orang isteri itu jangan sekali-kali kita samakan dengan mana-mana ibu mertua kita yang lainnya kerana ia boleh menjatuhkan zihar kepada isteri.

PENJELASAN TENTANG LAFAZ ZIHAR.
Lafaz zihar beraku kerana berapa ramai manusia yang menanggung dosa zihar berkaitan dengan kecuaian ketika melafazkan kata-kata kepada isteri.

Adapun lafaz zihar yang membawa kepada zihar ke atas isteri amat mudah berlaku. Sealunya di awal perkahwinan suami suka menatap wajah isterinya, maklumlah baru berkenalan. Ketika itu semuanya dipandang indah. Tanpa disedari terkeluarlah kata-kata, "Muka Ayang ni saling tak tumpah macam muka ibu abang, " . Isteri yang jahil tersenyum bangga menerima pujian suami.

Kadang-kadang tu, bila saja anak perempuannya lahir tak habis-habislah orang memuji kecantikannya Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak dipuji demikian.

Untuk lebih meyakinkan lagi isteri pun sibuklah bertanya kepada suami, "Abang, betulkah rupa saya ini macam rupa anak kita?" "Ya," jawab suami ringkas. Sepatah perkataan "Ya" sudah cukup menjatuhkan hukum zihar ke atas isteri kerana suami telah menyerupakan isteri dengan anak kandungnya.

Begitu juga perumpamaan antara isteri dan ibu atau muhram suami, sedarkah kita bahawa dengan kata-kata pujian ini boleh menyebabkan dosa besar terhadap suami kerana menyamakan wajah isteri dengan wajah ibu atau muhramnya.

Punca berlakunya itu kadangkala bermula dari kesalahan isteri sendiri. Mulut terlalu peramah tanya itu ini sehinggalah tidak disedari terlafaznya kata-kata zihar dari suami.

Katakanlah, seorang anak perempuan yang baru lahir ada saja mewarisi baka ibu dan ayah atau datuk neneknya. Boleh jadi bibirnya serupa dengan bibir ibunya atau mukanya seiras dengan muka ibunya. Akibat dari itu kadang-kadang bila seorang suami melihat isterinya tercetuslah di hatinya kata-kata ; hidung isteri aku ini macam hidung anaknya,"

Belum jatuh zihar itu kalau baru terdetik di hti kerana syarat zihar itu dengan berlafaz. Jadi sebagai suami kenalah berhati-hati bila melihat tubuh usteri. Sekiranya ada yang serupa dengan ibunya atau ibu saudaranya atau dengan anak perempuannya mahupun lain-lain mahram suami, jangan sekali-kali dilafazkan dengan mulut.

Kalau hati membenarkannya biarkan ia tersimpan di hati. Kalau dilafazkan maka akan berlakulah zihar ke atas isterinya dan lafaz yang sperti ini adalah lafaz yang nyata.

Erti Zihar itu ialaj kata-kata yang menyerupakan seluruh anggota badan isteri dengan anggota badan orang-orang yang muhram suami, seperti mulut, mata, kepala, hidung, bibir, muka, tangan, perut, pusat, kaki, dan sebagainya.

Anggota-anggota yang menjadi perhiasan seperti rambut, bulu ketiak dan sebagainya termasuk anggota batin seperti jantung, hati, akal, air mata, air liur, peluh dan sebagainya, kalau disebut, ia tidak termasuk dalam lafaz zihar.

Demikianlah perkara-perkara yang menjadi syarat-syarat atau rukun dalam menjatuhkan hukum zihar ke atas seorang isteri. Oleh itu, suami hendaklah berhati sungguh-sungguh dalam hal ini kerana apabila isteri telah terzihar, perbuatan itu adalah satu kesalahan, satu dosa dan kemungkaran.

Kalau tidak disedari, akan membawa kepada kerosakan dan kecelakaan rumahtangga. Dari dosa yang satu itu, ia akan membabitkan lain-lain dosa hinggakan apabila dosa-dosa itu berpanjangan, rumahtangga boleh porak-peranda. Tidak ada keberkatan dan tidak ada rahmat daripada Allah swt. Akibatnya, kalau sampai mati tidak kita sedari, masuk nerakalah kita.

Suami yang telah menziharkan isteri itu disamping melakukan dosa dan kemungkaran, suami adalah dilarang oleh Allah swt mencampuri gauli isterinya, Kalau sekiranya suami tidak menyedari tentang telah berlakunya zihar, suami pun menggauli atau mensetubuhi isterinya, suami telah melakukan satu dosa kerana melanggar larangan Allah swt. Ini lah yang dikatakan dosa yang bersambung-sambung.

Kerana itu, apakah yang mesti dibuat oleh seseorang itu sekiranya dia telah menziharkan isterinya? Apakah caranya hendak rujuk kembali daripada perbuatan itu. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang budak sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan,"

Dan di dalam firman yang berikutnya, Allah berkata lagi :

"Barangsiapa yang tidak mendapat budak (hamba) untuk dimerdekakan, maka wajiblah atasnya (suami) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Mala siapa yang tidak kuasa, wajiblah atasnya memberi makan 60 orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya. Dan itulah hukum-hukum Allah dan orang-orang kafir ada baginya siksaan-siksaan yang amat pedih. "

Melalui ayat di atas dapatlah difahami turutan denda yang dikenakan. Untuk membayar denda tersebut, suami itu tidak boleh memilih mana-mana dia suka.

Katalah dirasakan mudah untuk membeli beras mengikut kadar yang telah ditetapkan. Cara ini adalah salah, sebaliknya setiap yang bersalah mestilah mengikut susunan denda yang telah ditetapkan oleh Allah.

Syarat yang pertama sekali, memerdekakan seorang budak atau hamba. Syarat ini sudah tentulah tidak boleh dilakukan pada hari ini kerana perbudakan atau perhambaan sudah tidak ada lagi. Dengan sendirinya syarat pertama ini menjadi mansuh. Mala seorang suami itu mestilah menjalani syarat yang kedua.

Syarat yang kedua pula iaitu dia mestilah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sebelum dia menghabiskan puasa dua bulan berturut-turut ini, dia belum boleh menggauli atau mensetubuhi isterinya.

Tidak boleh puasa itu tertinggal walau satu haripun dalam turutan 60 hari itu. Misalnya kalau di hari yang ke 57 iaitu si suami diserang sakit, lalu tidak berpuasa, dia wajib mengulangi kembali puasanya dari awalnya. Puasa yang sebelum itu dikira batal dan dia mesti mengulang kembali puasa itu bertolak dari mula.

Kalau dia berpuasa juga hingga memudaratkan kesihatan diri (termasuk juga memudaratkan diri dengan menanggung bersangatan nafsu syahwat) maka bolehlah dia beralih kepada syarat ketiga.

Syarat yang ketiga pula iaitu membayar 60 cupak beras kepada 60 fakir miskin yang layak menerima zakat fitrah. Jika tidak mampu memberi sekali gus, bolehlah diansur-ansurkan. Misalnya, hari ini dia keluarkan 5 cupak beras untuk 5 orang fakir miskin. Hari akan datang dia beri lagi 10 cupak kepada 10 orang fakir miskin lain. Begitulah keadaannya sehingga selesai tuntutan tersebut. Setelah tamat segala pembayaran maka barulah boleh digauli isteri seperti biasa.

Nanti ada pula orang akan berkatam kalau hukuman sudah terlalu berat hingga tidak dapat hendak dilaksanakan, maka lebih baiklah ceraikan saja isteri itu. Allah amat murka kalau suami menceraikan isterinya sebagai mengambil jalan singkat untuk menggantikan hukuman denda yang mesti dibayar itu.

Allah tidak sekali-kali tidak membenarkan demikian, kerana penceraian yang Allah galakkan atau yang Allah redhakan ialah penceraian yang wajib atau sunat. Sudahlah dosa pertama tidak ditebus, ditambah pula dengan dosa menceraikan isteri.

Tidak gugur hukum kifarah walaupun suami menceraikan isterinya dengan talak satu (dengan harapan agar dapat rujuk kembali). Kalau dirujuk kembali setelah tamat iddahnya maka jadilah pergaulan keduanya sebagai zina. Berlipat kali gandalah dosa yang dilakukan selagi denda yang pertama belum dijelaskan.

Hukum zihar tidak akan berlaku, sekiranya isteri yang menziharkan suami. Misalnya, isteri yang melafazkan, muka abang macam muka ibu atau lain-lain lafaz yang menyerupakan suami dengan lain-lain yang menjadi muhramnya.

Maka, di dalam membina rumahtangga bahagia, suami isteri mestilah berhati-hati di dalam mengeluarkan kata-kata. Isteri jangan suka bertanya itu ini mengenai peribadinya jikalau ada persamaan dengan ahli keluarga suami atau muhram suami. Bimbang kalau suami terlepas cakap mengakibatkan jatuhnya hukuman zihar. Kadang-kadang kerana kelancaran mulut isteri, suami pula yang menjadi mangsanya.

sumber : sini