Selasa, Oktober 09, 2012

NAFKAH ISTERI

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap {harta} yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakan sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya dan cara membelanjakannya.

2. Nafkah Perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz {di pihak isteri}.

3. Isteri keluar bekerja
*Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walau bagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam {menjaga} hukum-hukum agama.
*Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
*Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah {perbelanjaan} yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya {dengan bekerja}.
*Kerelaan seorang isteri untuk berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu-membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
*Diharuskan untuk membeuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
*Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut {seperti pengangkutan dan lain-lain}.

5. Kerja Sebagai Syarat
*Seorang isteri dibenarkan untuk meltakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan {setelah berkahwin}. Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
*Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluargga dan anak-anak.
*Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
*Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta.
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memiliki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan.
*Sesebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajipan bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah berlandaskan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
 *Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya {isteri}  atau diyakini tindakannya itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
*Demikian juga halnya ke atas isteri {tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan}, iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanta hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. 

Firman ALLAH SWT ; "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu {wahai kaum lelaki} isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu {suami isteri} perasaan kasih sayang dan belas kasihan.."
{surah Ar-Rum : Ayat 21}

2 ulasan:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail [Nak balas komen]berkata...

keputusan yg sgt bagus.harapnya perlaksanaannya dpt ditingkatkan oelh pejabat agama.jgn dilambat2kn kes2 berkaitan wanita teraniaya =)

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail : Kebanyakan para suami menafikan hak nafkah isteri yang bekerja..
sudah lah hak nya dinafikan..suami ambil kesempatan pula atas pendapatan isteri..
ini tidak adil buat para isteri yg bekerja..sebab tu kita up post ni..