Selasa, Jun 26, 2012

Suami ke Isteri Yg Pekak??

Sepasang suami isteri yg hidup saling sayang menyayangi antara satu sama lain...Setelah 20tahun berumahtangga si suami merasakan ada yg tak kena pd isterinya...Apa yg dikatakan oleh si suami perlu diulang berkali2 barulah si isteri menjawab....

“Isteri aku ni dah mula pekak kot” kata suaminya di dalam hati.

Dalam diam-diam, si suami berjumpa doktor untuk menceritakan masalah yg dihadapinya. ..

Suami : Tuan doktor,saya rasa isteri saya dah mula pekak laa
Doktor : kalau begitu, bawalah dia ke sini untuk diperiksa
Suami : Tapi doktor, saya takut menyinggung perasaannya kalau saya kata dia pekak.
Doktor : Encik buat ujian ini di rumah dulu... cuba berdiri lebih kurang 5 meter dari dia dan bercakap ketika dia membelakangkan encik.
Supaya dia tak dapat membaca pergerakan mulut encik. Kalau tiada jawapan dari isteri, bgtau yang dia ada masalah pendengaran. Lepas tu bawa datang ke sini....

Dengan semangat berkobar-kobar, si suami pun balik untuk menge’test’ isterinya yang tercinta...Setibanya di rumah, si isteri sedang asyik memasak...Setelah berdiri lebih kurang 5 meter di belakang isteri, si suami pun bertanya manja “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... senyap.. tiada jawapan...

Si suami merapatkan 1 meter kehadapan dan bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?” masih senyap... tiada jawapan....

Si suami kehadapan lagi 1m dan bertanya “yang yang, masak apa hari ni yang?”.... pun tiada jawapan...

Si suami mula risau isterinya betul-betul dah pekak....ditanya lagi setelah menganjak 1m kehadapan “yang yang, masak apa hari ni yang?”......
Begitu lah seterusnya sehinggalah si suami berada betul-betul 1m di belakang isterinya... .
dia bertanya lagi “yang yang, masak apa hari ni yang?”..... masih tiada reaksi dari si isteri....

Si suami dengan lembut menyapa bahu isterinya dari belakang dan bertanya dgn nada memujuk “yang yang, dari tadi abg tanya masakan ayang.... ayang tak dengar ker?” .......
si isteri berpusing mengadap si suami dan menjawab lembut “ abg, dah 5 kali saya jawab saya masak mee goreng kesukaan abang”...

sumber : sini

Isnin, Jun 25, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#48 - Episod Akhir

BAHAGIAN 47 | SELESAI

Assalammualaikum , ” bahunya dicuit membuatkan Arina tertoleh .

Zakuan ? Awak pun ada kat sini ? Bila sampai ? “ Arina tercengang-cengang . Seperti drama pula bila memikirkan peristiwa pagi ini . Sebentar tadi dia terserempak dengan kekasih lama. Sekarang Zakuan pula  di hadapan mata !

Saja saya buat kejutan untuk awak . Saya bertolak dari KL pagi-pagi tadi , ”  Zakuan tersenyum kacak . Eh , kenapa aku ni ? Tiba-tiba hari ini aku nampak Zakuan ni macam jejaka idaman ! Sebelum ni aku tengok dia biasa je ! Alamak , apakah yang telah melanda aku ni ?

Wajah Arina tiba-tiba merona menjadi merah . Hatinya menjadi tidak keruan . Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Zakuan malam tadi . Menjadikan dirinya semakin segan untuk bertentang mata dengan jejaka berkulit sawo matang itu .

Awak ok ke Rina ? ” Zakuan memandang ke arah gadis yang tiba-tiba malu untuk menatap wajahnya seperti selalu ketika berbual . Mungkin segan dengan pengakuannya malam tadi . Ya benar , dia berhasrat untuk memperisterikan Arina . Sudah lama dia ingin berbuat begitu . Cuma baru malam tadi hasratnya terluah . Kali ini dia tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada . Dia tidak mahu berputih mata jika Arina memilih untuk bersama orang lain kerana tidak tahu apa perasaan sebenar Zakuan kepadanya . Kerana tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada inilah dia bersungguh-sungguh memandu dari KL menuju ke Cameron seawal lepas solat Subuh pagi tadi . Dia ingin memberikan kejutan pada Arina . Dia mahu Arina tahu dia ikhlas . Dia mahu Arina tahu yang dia bersungguh-sungguh . Bukan sekadar berkata-kata !

Saya ok . Tapi .. ” tampak jelas gadis ini kelihatan tidak keruan . Arina seperti sudah lupa tujuannya ke ladang strawberi ini .

Awak segan dengan saya ? Atau awak tak suka dengan kata-kata saya di telefon malam tadi ? ” Zakuan masih mahu menduga . Arina membelakangkan jejaka itu . Wajahnya merah padam. Dia benar-benar segan dengan bekas pensyarahnya kini .

‘ Ah , aku suka dia ke ? Aku pun dah sayang kat dia ke ? ‘ Arina bermonolog sendiri .

Rina , kalau awak tak suka dengan apa yang saya cakap malam tadi , saya minta maaf . Tapi saya benar-benar maksudkannya , ” sambung Zakuan lagi setelah gadis itu masih berdiam diri .

Tak .. tak .. bukan Rina tak suka . Urmm .. Cuma terkejut , tak sangka .. dan .. entah .. macam-macam fikir .  Itu je , ” Arina menoleh memandangnya kembali .

Maknanya , Rina setuju kalau saya masuk meminang ? ”  wajah gadis cantik ini direnung sedalam-dalamnya . Arina kehilangan kata-kata buat kesekian kalinya .

Rina , ” Zakuan menggenggam jari-jemarinya erat . Cuba untuk meyakinkan gadis ini dia benar-benar ikhlas mahu memperisterikan Arina . Dan rasa ini bukan baru sehari dua , tapi sudah bertahun-tahun dia menahan gejolak rasa yang tidak keruan ini . Kalau Arina menolak , dia redha . Dia akan terima bahawa Arina tidak pernah sukakan dia . Tapi hari ini Arina tidah menolak , pada masa yang sama masih tidak menerima . Dia memilih untuk tidak menjawab pertanyaan itu menjadikan Zakuan benar-benar terseksa .

Zakuan , seharusnya sebagai seorang perempuan , Rina bahagia bila awak berniat begini pada Rina . Cuma .. ”   dan kata-katanya terhenti lagi .

Cuma apa Rina ? “ Zakuan segera mahukan jawapan . Arina diam . Suasana hening . Agak lama mereka begitu .

Cuma Rina takut jika Rina kecewa lagi . Itu sahaja . Rina tak pernah benci atau tak sukakan awak . Cuma Rina berhati-hati . Apa yang terjadi pada Rina sebelum ini benar-benar mengajar Rina untuk tidak mudah menerima cinta seorang lelaki . Sebab itu Rina diam malam tadi. Rina takut sangat-sangat kalau Zakuan pun macam lelaki yang pernah hadir dalam hidup Rina sebelum ini . Hanya sekadar untuk melukakan , mengecewakan ,” akhirnya terluah jua apa yang terbuku di dada Arina . Itulah yang punca dirinya menjadi kebal dan tegar untuk tidak mahu mengerti apa perasaan Zakuan kepadanya selama ini .

Zakuan menarik gadis ini rapat ke dadanya lalu dia memeluk gadis pujaannya ini erat-erat. Arina pula sekadar membiarkan . Arina memejamkan matanya . Cuba merasakan kedamaian di sebalik pelukan yang kemas dan menenangkan itu .

Saya ikhlas , Arina . Saya tidak bergurau . Saya bersungguh-sungguh . Saya harap awak sudi memberi saya peluang untuk membahagiakan awak . Mungkin ada lelaki lain yang pernah hadir dalam hidup awak sebelum ini dan melukakan perasaan awak , tapi percayalah ! Seboleh-bolehnya saya tidak akan melukakan perasaan awak , Arina , ”  bisik Zakuan perlahan namun jelas kedengaran oleh Arina . Arina berasa damai dan tenang . Dia membalas pelukan jejaka ini . Pelukannya juga erat . Ah , kenapalah tidak dari dulu ? Kenapa baru sekarang ? Kalau tidak sudah tentu hatinya tidak akan pernah terluka !

Tuhan tidak zalim , pada setiap dugaan ada kebahagiaan yang menanti , ’ kata-kata Yusnizah terngiang-ngiang di telinganya . Terima kasih sahabat ! Terima kasih Tuhan kerana akhirnya bahagia itu kembali menyinari hidupku ! Terima kasih Zakuan kerana akhirnya kau hadir untuk membahagiakan diri ini !

Hati ini masih ada namamu …
Jiwa ini masih mengharapkan cintamu…
Fikiran ini masih menyimpan setiap kenangan cinta kita , Zammir …
Lantaran itu adakalanya terlihat bayangmu berlegar di segenap ruang… kau sebut namaku…

Ternyata…cintamu masih berbekas di hati …
Namun… masih tidak dpt mengenepikan rasa curigaku…
Masih tidak dpt menghilangkan ketakutan yg pernah bertandang…
Masih tidak dpt mengusir penderitaan yg pernah menggila dlm jiwaku…
Masih tidak dpt melupakan betapa hancurnya hati ini tatkala dipersia-siakan…
Masih tidak mampu melenyapkan segala kesengsaraan yg pernah bersarang di minda , jiwa dan hati ini …

Maafkan aku kerana kembalinya hadirmu hanyalah sekadar melepaskan sepi….
Maafkan aku kerana sekadar melepaskan rindu…
Maafkan aku kerana sekadar ingin tahu sedalam mana cintamu lantaran diri ini sanggup kau persia-siakan…
Maafkan aku, Zammir…

Dan buatmu, Zakuan..terima kasih kerana kau ikhlas padaku..
Dan sesungguhnya inilah cintaku …
Cinta yang amat membahagiakan …
Cinta yang amat bererti …
Cinta yang terindah … tidak mungkin luput dari hati yang pernah kehilangan cinta …
Selamanya …


tamat..

Isnin, Jun 18, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#47


Sebentar lagi dia akan keluar untuk membeli apa yang hendak dibawa pulang ke Johor . Sebelum itu dia bersiap-siap ala kadar . Dia tidak bermekap hebat seperti selalu ketika dia hendak ke pejabat . Hanya sekadar solekan nipis . Rambutnya tidak diikat kemas seperti selalu . Hanya dibiarkan rambut ikal yang sudah melebihi paras bahu itu lepas bebas . Selepas mencapai tas tangan dan kunci kereta , Arina meninggalkan bilik dan menuruni lift menuju ke lobi . Hasratnya ingin ke ladang strawberi . Jika bernasib baik , bolehlah dia memetik sendiri buah strawberi yang akan dibawa pulang ke Johor lusa nanti .

Reen nak ke mana ni ? Boleh Zammir teman ? ” ah , lelaki ini muncul lagi ! Arina mengusap dadanya terkejut .

Awak ni manusia ke hantu ye ? Tiba-tiba saja awak muncul ! Saya tengah bercuti . Saya tak mahu diganggu , bye ! ” Arina bersuara tegas lalu membuka pintu kereta .

Reen , ” Muzammir menahan gadis ini dari menutup pintu . Arina tidak memandang dan hanya diam seribu bahasa . Dia tidak mahu lelaki ini hadir lagi dalam hidupnya ! Cukup-cukuplah kau menyakiti aku, Zammir ! Ya , mungkin sewaktu di awal perpisahan dahulu aku benar-benar mahukan kau kembali dalam hidup aku .. tapi bukan sekarang ! Kehadiran kau sudah tidak memberi sebarang makna lagi buat aku !

Reen .. kita bincang ok ? ” pujuk lelaki ini lagi .

Tiada apa lagi yang nak dibincangkan Muzammir Amri . Kalau nak bincang , kita sepatutnya bincang lebih kurang hampir 4 tahun yang lepas . Tapi you dah buat keputusan untuk berpisah . Jadi , tak eloklah kan nak bincang-bincang semula ni ? Sorry , I really have to go ! ” Arina menarik pintu keretanya kuat . Tidak dihiraukan muka lelaki itu yang berkerut menahan kesakitan tangannya akibat tersepit di pintu kereta yang ditarik kuat oleh Arina sebentar tadi .

Padan muka ! ” Arina mengomel sendiri sambil meninggalkan kawasan letak kereta hotel menuju ke ladang strawberi di bawah . Ah, apalah sangat kesakitan itu jika dibandingkan dengan kelukaan dan kekecewaan yang lelaki itu berikan sebaik sahaja mereka berpisah! Sedikit pun Muzammir tidak memberi diri mereka peluang untuk memperbaiki hubungan mereka. Malah dia mengambil jalan mudah menyingkirkan Arina dan memilih untuk bersama orang lain tanpa memikirkan perasaannya walau sedikit pun!

Bukan aku kejam, Zammir..aku Cuma tidak mahu kau lukai hati ini lagi. Cukuplah sekali itu sahaja berkali-kali kau sakiti hati ini! Walaupun hati ini belum dimiliki lagi buat kesekian kalinya, takkan pernah ada ruang lagi untuk lelaki yang bernama Muzammir Amri. Dan ianya muktamad!

Lebih kurang 15 minit kemudian , dia sampai di Strawberry Farm . Arina meletakkan keretanya di bahu jalan dan mula menuruni bukit yang landai menuju ke ladang strawberi itu . Pada masa yang sama , telefon bimbitnya berbunyi . Ah , siapa pula kali ini ? Hendak bercuti pun tak senanglah !

‘ Zakuan ‘ tertera di skrin telefonnya . Arina berkira-kira hendak menjawab atau tidak . Dari tadi tidak putus-putus lelaki ini menghubunginya . Apa yang penting eh ?

Hello , ” akhirnya dia menjawab juga panggilan Zakuan .

Rina , awak ok ke ? Kenapa lambat sangat jawab telefon ? ” suara Zakuan di hujung talian tampak risau .

Saya mandi tadi . Saya tau awak call , tapi ..

Lupa nak call balik ? ” sambut Zakuan seperti sudah tahu apa alasan gadis ini .

Tu la sebab mak saya pun telefon tadi , tu yang lupa , ” Arina menyisir ramburnya seolah-olah Zakuan berada di hadapannya .

It’s ok . Awak kat mana ni ya ?

Saya kat ladang strawberi . Baru je sampai ni .  Kenapa ?

Oh , awak tunggu sekejap . Nanti saya telefon awak balik , ” Zakuan terus memutuskan talian . Apa sajalah lelaki yang seorang lagi ini ?

Arina mengiyakan sahaja lantas kembali menuruni ladang strawberi itu . Wah , nasibnya kini baik ! Tidak seperti sebelum ini , tidak dapat memetik strawberi yang masak ranum kerana ramai pengunjung tatkala cuti sekolah ! Segar-bugar matanya melihat buah-buah strawberi yang masak ranum . Dan hatinya kembali damai ...



Sabtu, Jun 16, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#46


Reen , dah tak kenal Zammir lagi ? ” pemuda itu menyoalnya tenang . Arina menjadi tidak keruan . Dia agak menggelabah dan berusaha untuk tidak memandang jejak itu . Bertahun-tahun aku cuba melupakan kau , Zammir . Mengapa hari ini kau terpacul di sini ? Aduh !

Err.. I got another things to do . I see you then , ok ? ” cepat-cepat Arina meminta diri . Namun Muzammir lebih pantas mencapai tangannya .

Please Zammir . Kita dah tak macam dulu . Tak perlu awak nak tahan-tahan saya macam ni ok ?  Saya pergi dulu . Assalammualaikum , ” Arina menarik tangannya kembali pantas dan segera berlalu pergi . Muzammir menghantarnya pergi dengan sebuah pandangan . Ternyata gadis itu sudah tidak mahu bertemunya lagi . Perbuatan silamnya amat melukakan hati Arina . Maafkan Zammir , Reen . Kalaulah Zammir dapat putarkan kembali masa yang ada , takkan Zammir lakukan kesilapan begini !

Arina menghempas dirinya ke atas tilam . Kenapa dia juga ada di sini ? Macam mana dia boleh ada di sini ? Arina meraup mukanya resah . sesungguhnya selama ini dia mengharapkan lelaki itu kembali dalam hidupnya . Tapi mengapa bila lelaki itu di hadapan mata , dia menjadi tidak tentu arah dan berlalu pergi ? Ah , bodohkah aku ? Atau sebenarnya lebih baik begini ?

Arina mencapai tuala dan memenuhkan tab mandi dengan air suam . Tidak lama kemudian dia merehatkan dirinya sambil memejamkan mata . Fikirannya menerawang jauh entah ke mana . Muzammir Amri , kau dah lukakan hati aku ! Perasaan aku yang ikhlas kepada kau ! Kenapa kau kembali lagi ? Kenapa ?

Lama dia begitu . Air dalam tab yang pada mulanya suam dan menghangatkan kini sudah beransur menjadi dingin seperti salju . Arina membilas dirinya dan kembali ke tilam . Dia melihat skrin telefon bimbitnya . Terdapat panggilan yang tidak dijawab . Arina pantas mendail semula .

Mak , orang mandi tadi . Kenapa ?

…..

Tak , tak kerja pun . Cuti ,

….

Memang nak balik ke Segamat tapi lusa ,

…..

Ok , mak . Nanti jumpa eh ? I love you ! ” lafaz Arina manja . Dia memang jarang berhubung dengan ibunya . Namun itu tidak bererti hubungan mereka tidak mesra . Ah , ada baiknya dia pulang ke kampung . Percutiannya di sini sudah tidak aman lagi ! Muzammir telah mengganggu ketenangan yang baru hendak menyinggah di hatinya .

Dia melihat lagi satu panggilan yang tidak dijawab sebentar tadi . Hurmm..perlukah aku menghubungi Zakuan kembali ? Ada urusan apa dia menghubungi aku pagi-pagi begini ?

Hai lah Arina , dah ada yang suka , kau tak mahu pandang . Yang sudah sakitkan hati kau berkali-kali kau kenang-kenang ! ‘ detik hatinya membuatkan Arina tersenyum sendiri .


Khamis, Jun 14, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#45


Arina turun ke lobby hotel untuk menikmati sarapan pagi . Suasana pagi di Tanah Tinggi Cameron ternyata sangat dingin dan mendamaikan . Udara yang segar meredakan rasa gundah yang bersarang di hatinya . Ingatannya terarah kepada Zakuan . Apa maksud kata-katanya pada malam tadi ? Arina tidak pasti apa perasaannya pada Zakuan kini . Biarpun mereka berhubung kembali beberapa bulan lepas sejak terputus hubungan dari kampus , mereka baru rapat beberapa minggu yang lalu . Bagaimana Zakuan begitu pasti dengan perasaannya kepadaku ?

Arina meneguk teh o panas di cawan . Fikirannya menerawang jauh . Sangat jauh . Dia cuba mengimbas kembali pertemuannya dengan Zakuan . Sewaktu di kampus hingga kini .  Pada waktu bilakah mereka menjadi sangat rapat hingga Zakuan boleh jatuh cinta padanya ?

Do you have any idea how and why did us met again Arina ? ” persoalan dari Zakuan itu menerjah fikirannya kembali .

How ? Why ? “ Arina seperti kebingungan .

Sebab saya dah lama cuba untuk cari awak semula selepas awak habis belajar . Sebelum saya ke luar negara . Tapi saya tidak berkesempatan . Sebab itu saya cuba cari awak semula sekembalinya saya ke tanah air . Saya tak tahu kenapa . Tapi hati saya berdetik menyatakan saya perlu cari awak, Arina, ” kata-kata Zakuan terhenti di situ seketika .

Dan percayalah , saya sangat gembira bila saya dapat jumpa awak semula . Saya sangat-sangat bersyukur . Saya ingin awak tahu apa yang saya rasa , tapi saya tahu jika semua ini terlalu cepat , awak mungkin tidak boleh terima , ” sambung jejaka itu lagi tidak lama kemudian . Mungkin agak sukar untuk dia menyusun kata-kata memandangkan mereka sedang berbual di telefon . Bimbang jika Arina memutuskan talian jika semuanya kedengaran terlalu mendadak .

Ya-Allah ! Apa yang harus aku lakukan ? Bagaimana jika Zakuan juga seperti Muzammir? Aku benar-benar takut jika semuanya berulang kembali ! ‘ hati Arina merintih .

Bercutikah ? ” sapa satu suara mengejutnya dari lamunan . Arina mendongak melihat gerangan empunya suara . Speak of the devil !!! Ya-Allah ! Apa dia buat di sini ?


Selasa, Jun 12, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#44


Awak tak kerja esok ? Kenapa ? ” soal suara di hujung talian .

Saya tengah bercuti . Dari hari Sabtu lepas saya dah tiada di KL , ” Arina merenung ke jendela . Kedinginan malam di Tanah Tinggi Cameron menggigit tubuhnya . Sudah hampir 2 hari di sini , jiwanya yang merusuh beransur tenang .

Saya tak tahu pun awak pergi bercuti ? ” balas suara di hujung talian itu agak kendur .

Minta maaf , Zakuan . Saya pun tak rancang nak bercuti . Tapi tu lah , tiba-tiba tergerak nak bercuti. Nak ke sini pun tak rancang . Tau-tau sampai je , ” Arina memujuk jejaka itu lembut .

Sini di mana tu ya ?

Cameron ,

Berapa hari di sana ?

Tak pasti lagi . Mungkin lama , atau sekejap ,

Awak ok ke ?

Saya ok , Zakuan . Awak tak perlu risau ok ?

Tapi saya memang risau . Rina seorang diri saja di sana ?

Ya , seorang diri saja ,

Memang saya risau ! ” kata-kata Zakuan itu membuatkan Arina tergelak kecil . Beberapa bulan kebelakangan ini Zakuan semakin kerap menghubunginya . Sesekali pula mereka keluar bersama-sama . Hanya berborak santai . Tiada apa yang istimewa pada Arina . Tambahan pula mereka sama-sama tidak berteman menjadikan Arina hanya menganggap pertemuan mereka hanya pertemuan biasa .

Apa yang mengganggu fikiran awak sebenarnya Arina ? "

Kenapa awak tanya macam tu ? Saya ok . Cuma rasa ingin bercuti . Itu sahaja ,

Ada apa-apa yang mengganggu fikiran awak ? ” tanya Zakuan lagi .

Tiada apa-apa . Cuma beberapa hari ni rasa tidak bersemangat hendak kerja . Itu sahaja,” akui Arina akhirnya .

Ada orang masuk meminang ke ? Mak awak suruh kahwin ye ? ” usik Zakuan sambil tergelak kecil. Arina turut terkekeh-kekeh .

Kalau ada yang masuk meminang saya setuju aje lah . Lagi pun sekarang ni saya bukannya berkawan dengan sesiapa pun , ” balas Arina bersahaja namun masih tergelak .

Betul ? ””

Kalau betul caranya , kenapa mesti saya menolak , kan ?

Kalau saya yang masuk meminang ? ” Zakuan menduga .

Ada-ada sahaja awak ni Zakuan . Kalau awak nak kat saya , dah lama dah . Dari zaman saya jadi pelajar awak dulu . Bukan sekarang ni , ” Arina menjawab senang . Namun jantungnya agak berdebar. Zakuan ini pun kalau hendak bergurau , main petik sahaja !

Kalau saya yang masuk meminang Arina , bagaimana ? ” tanya Zakuan lagi . Kali ini lebih bersungguh-sungguh . Lebih serius nada suaranya . Ah sudah , betul-betul ke Zakuan ini ? Ataupun masih mahu bergurau ?

Zakuan , saya tak suka bergurau tentang perkara-perkara begini , ” jawab Arina tegas .
Saya tidak bergurau , Arina . Saya serius , “   dan kata-kata Zakuan itu membuatkan Arina terpana!


Isnin, Jun 11, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#43


Bercuti ? You nak bercuti ? ” Mr Danny memandang eksekutifnya ini pelik . Hampir 3 tahun Arina berkhidmat untuknya . Dia tidak pernah bercuti panjang . Sekadar sehari dua itu pun jarang-jarang . Tapi kali ini dia memohon untuk cuti selama seminggu !

Yes Sir . I’m a lil bit stress up . Need a rest . I memang dah lama nak bercuti tapi I tunggu Times Square settle . Now Times Square pun dah opening so I rasa tak salahkan I pergi bercuti ? ” Arina memaniskan mukanya . Sebenarnya dia pun tidak rasa ingin bercuti . Dia lebih selesa bekerja tanpa mengira siang dan malam seperti selalu tetapi 2-3 hari ini dia seperti tidak bersemangat untuk ke pejabat membuatkan dia berfikir ada baiknya dia bercuti seketika .

Ok, you tau I tak kisah asalkan semua kerja you settle sebelum you bercuti , ” Mr Danny menyemak borang permohonan cuti Arina seraya menurunkan tandatangan .

As usual , Mr Danny , ” Arina mengambil kembali borang cutinya yang akan diserahkan kepada Jabatan Pengurusan Sumber dan Manusia .

Enjoy your holiday . Balik office I mahu you bersemangat . Jangan makin moody pula ! ” sempat lagi Mr Danny mengusik . Menandakan angin majikan Arina sangat baik hari ini . Arina sekadar mengangguk sambil tersenyum pendek . Setelah menyerahkan borang cutinya dia kembali ke mejanya .

Berseri-seri nampak , cuti diluluskan ke ? ” Norel menegur dengan matanya masih memandang skrin computer di mejanya pura-pura tidak melihat .

Kau ni kan , memang mamarazzi tau ! Ye , lulus dengan jayanya ! Next week jangan kacau saya ye! ” balas Arina kembali juga dengan matanya yang terarah ke skrin komputernya kembali .

Tu la, pelik Cik Arina Zainal ni 2-3 hari ni . Masuk kerja ikut waktu pejabat pula . Selalunya awal !

Aku tak boleh tidur malam la beberapa hari ni , tu yang tak larat nak bangun awal .

Wah , kau keluar dating ye ? Satu lagi berita ajaib ni ! ” Norel tertawa kecil .

Ada-ada saja kau ye . Tak ada apa lah , ” Arina kembali menyambung kerjanya . Serba-sedikit fikirannya menerawang mengingati seseorang membuatkan tanpa disedari dia mengukir senyum .

Angau dah ni , ” usik Norel lagi .

Kerja beb , kerja ! ” Arina sudah merah mukanya diusik beberapa hari oleh teman sepejabatnya ini .


Ahad, Jun 10, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#42


Rancangan di televisyen pada malam ini tidak menarik perhatiannya . Arina menutup televisyen dan melangkah masuk ke ruang kamarnya . Teman-teman serumahnya masih belum pulang . Mungkin masih bekerja atau mungkin juga sekadar berlibur. Arina tidak ambil tahu .

Badannya direbahkan di atas tilam . Dia merenung kipas di siling . Fikirannya kosong . Dia tidak tahu apa yang mengganggu fikirannya sekarang . Yang pasti , dia terfikirkan sesuatu .

Sejak berpisah dengan Muzammir , hatinya kosong tidak terisi oleh mana-mana lelaki pun. Bukan kerana dia tidak sudi , Cuma bimbang terluka lagi . Daripada menanggung rasa yang tidak-tidak , ada baiknya jika dia memilih untuk terus bersendiri .

Akan tetapi , sampai bila aku harus bersendiri ? Tidak akan adakah lagi cinta yang seterusnya hadir dalam hidupku ? Bagaimana jika lelaki itu juga seperti Muzammir ? Semuanya indah pada mulanya namun akhirnya kecurangan dan kelukaan , curiga dan luka menjadi perhiasan hingga penghujungnya hanyalah derita sebuah perpisahan . Aku tidak sanggup melalui semua itu lagi ! Aku tidak mudah untuk menyayangi , tetapi jika hati ini sudah mula menyayangi , teramat sukar untuk aku lepaskan !

YA-ALLAH , di apakah penghujung cintaku kepada kaum adam ? Apakah rasa itu akan hadir kembali ataupun mungkin hilang sampai bila-bila ? Apakah aku masih mengharapkan Muzammir kembali dalam hidupku atau pun aku tidak pernah cuba untuk mencari yang lain ?

Arina berusaha memejamkan mata . Harapannya malam ini dia akan kembali bermimpi indah . Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi . Arina membuka matanya kembali seraya melihat apa yang tertera di skrin .

Sudah tidur ke tu Rina ? ’ oh , Zakuan rupanya .

I’m about to .. but not yet . Awak ?

Nak tidur juga . Tapi teringat nak sms Rina . Hehe !

Ada-ada sahaja awak ni eh ! =P ’

Can I call you within 2 minutes?

Please do. =)

Dan telefon bimbitnya berdering tidak lama kemudian . Agak lama mereka berbual hingga Arina tidak pasti pukul berapa dia terlena …


Sabtu, Jun 09, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#41


Hey , I met him again . This time , at Times Square right after I met Danny . What a coincidence , isn’t it Norel ? ”  beritahu Arina ketika mereka berkemas-kemas hendak pulang .

Siapa ? ” balas Norel pendek .

Zakuan , ” Arina mengemaskankan kemejanya yang sedikit tidak terurus .

Wah , ada jodoh tu ! Kau ni bukan senang orang jumpa macam tu je tau !  wajah Norel tampak terkejut .

Eh , apasal pulak ? Kau ingat aku ni apa ? Cat woman ? ” Arina terkekeh-kekeh .

Bukanlah , sebab kau tu kan asyik terperuk aja di pejabat ! Matahari belum timbul , kau dah dalam office . Bulan dah naik baru kau keluar pejabat , sebab tu aku cakap bukan senang orang nak jumpa kau . Kalau dia boleh senang jumpa , haa.. tak ke jodoh namanya ? ” terang Norel panjang lebar .

Banyaklah jodoh kau eh ? Dia tu bekas lecturer aku . Aku hormat dia ok ? Kalau betul dia nak kat aku , dari zaman study dulu tau , bukan sekarang ni ! ” tepis Arina lagi .

Eh , manalah tahu , masa belajar dulu dia takut orang cakap kau scandal dengan dia . Sekarang ni apa pun orang cakap tak lut apa , ” Norel masih tidak mahu kalah .

Aku tinggal kau karang baru kau tahu , nak ? ” Arina sudah tidak tahu mahu menjawab apa lagi dengan teman sepejabatnya ini lagi .

Itu lah kau , kalau dah tak tahu nak jawab apa mesti ugut nak tinggalkan aku tau ! Yelah , sekarang dah ada Zakuan , aku dah tak bermakna , ” Norel pura-pura merajuk lantas ketawa lagi gelihati .

Kau , sempat lagi eh ? Dahlah , jom , aku hantar balik . Jangan buat aku perasan . Aku tak tidur malam nanti ! ” Arina sudah beralah . Norel kalau mengusik memang tidak pernah kering ideanya !


Jumaat, Jun 08, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#40


Eh , Zakuan . Awak buat apa kat sini ye ? ” Arina agak terkejut melihat Zakuan tiba-tiba ada di sebelahnya . Zakuan tersenyum kacak .

Saya dah lama di sebelah Rina . Dari sebelum naik lif tadi . Awak saja yang tidak perasankan saya . Yelah , siapalah kita ni kan ? Nombor awak pun tak muncul-muncul di skrin telefon saya ni , ” usik Zakuan lagi membuatkan Arina menepuk dahi .

Ya-Allah , Rina betul-betul lupa la awak ! Ni nak makan pun baru teringat . Sibuk sangat-sangat ! Minta maaf ye ? ” Arina bersungguh-sungguh meminta maaf .

Sibuk betul awak ni . Tapi janganlah sampai lupa nak makan . Kesihatan tu perlu dijaga . Nanti kalau sakit siapa yang susah ? Jom saya belanja awak makan , ” bersahaja Zakuan memimpin tangannya menuju ke cafeteria membuatkan Arina sedikit gamam . Cepat-cepat dia menarik tangannya kembali .

Saya minta maaf sebab pegang tangan awak . Bukannya apa , takut Rina pengsan pula sebab tak makan-makan lagi ni , ” usik Zakuan lagi masih mahu berjenaka .

Hish awak ni ada-ada aje lah . Saya ok je . Kadang-kadang tu kalau sibuk sangat , dari masuk kerja sampai balik kerja tu sempat minum pagi je , tak pengsan pun ! ” Arina masih tidak mahu kalah .

Jangan selalu sangat , nanti kalau betul-betul pengsan , saya susah hati tau ! Sekarang ni awak nak makan apa ? Awak duduk je sini , biar saya belikan , ” pesan Zakuan bersungguh-sungguh . Arina menongkat dagu menyerlahkan kelakuan keanak-anakannya .

Apa-apa sahaja yang mengenyangkan . Tapi kalau boleh saya nak makan nasi goreng ayam dengan air kelapa muda , boleh ? ” Arina tersenyum-senyum .

Anything untuk tuan puteri . Tunggu sekejap ye , saya pergi beli , ”  Zakuan meninggalkan dia di meja makan dan berlalu ke gerai-gerai makanan yang terdapat di cafeteria Times Square ini . Tempat makan di sini agak sunyi dan selesa . Mungkin sebab sudah pukul 3 petang . Para pelanggan sudah beransur reda dan kembali ke pejabat . Suasana di cafeteria ini berbeza ketika hujung minggu atau cuti sekolah . Ada masanya tiada tempat duduk !

Ok , jom kita makan , ” ujar Zakuan setelah kembali dengan dulang berisi makanan dan minuman . Mereka mula menjamu selera sambil berbicara .

Zakuan , sejak balik dari Holland awak buat apa ye ?

Belum buat apa-apa lagi . Bulan depan baru mula kerja balik , ” jawab Zakuan seraya menyuap makanan ke mulutnya .

Oh , sebagai apa pula ya ?

Pensyarah di UM ,

Still in the same subject ?

Well , sort of , ” Zakuan mengangguk sahaja . Makanan mereka berdua hampir habis .

Zakuan , it’s so kind of you . Thanks for the lunch treat but I can't be long because I’m still at work . I have to go back to my office , ” Arina terpaksa meminta diri . Bukan dia tidak suka berborak lama dengan lelaki itu . Malah dia berasa amat selesa dengan Zakuan . Tetapi dia masih bekerja . Tidak elok rasanya mencuri tulang begini . Tambahan pula masih banyak kerja yang bertangguh di pejabat .

Tak apa , saya faham . Nombor awak , bila nak bagi ? ” cepat-cepat Zakuan mengingatkan . Arina seperti teringat kembali . Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya serta menghantarkan pesanan ringkas kepada jejaka yang berada di hadapannya ini .

Ok , ini nombor Rina  . Jumpa lagi ok , Zakuan . Assalammualaikum , ” Arina mula tergesa-gesa hendak meninggalkan ruang makan itu . Zakuan mengangguk faham .

Waalaikumussalam , jumpa lagi , Arina , ” Zakuan melihat gadis cantik itu berlalu pergi . Entah kenapa hatinya berasa girang apabila dapat bertemu gadis itu sekali lagi . Ada sesuatu tentang Arina yang menarik minatnya untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam . Tapi tidak berpeluang . Maklumlah , Arina agak pendiam ketika di kelas . Berbanding ketika di luar bersama teman-teman yang tidak sejurusan dengannya , keceriaannya terserlah . Namun ada masanya gadis itu kelihatan mengelamun jauh . Entah apa yang berada di fikirannya , Zakuan tidak dapat meneka . Hendak dirapatinya , bimbang mengundang curiga pada pelajar-pelajar yang lain . Dan kini , tiada halangan lagi untuk mendekati Arina . Melainkan gadis itu sudah berpunya !

Khamis, Jun 07, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#39


Now Arina , now . I want you to be at Times Square right now ! ” perlahan sahaja suara majikannya memberikan arahan namun penuh ketegasan di hujung talian . Arina yang masih dibebani senarai pesanan barang beberapa cawangan bowling yang masih belum selesai segera akur . Masalah apa pula yang melanda untuk set up di Times Square ini hingga memerlukan dia sentiasa di situ ? Dia hanya menguruskan bahagian tender dan pembelian keperluan untuk pembukaan cawangan bowling di situ . Selain itu bukan di bawah bidang kuasanya ! Ada-ada sahaja Mr Danny ni !

Manu , I nak ke site Times Square , kalau ada apa-apa I nak you yang call my handphone , don’t give them my number ok ? Thank you , ” pesan Arina pada telefonis sebelum meninggalkan pejabatnya . Manu segera akur . Dia faham mengapa Arina berpesan begitu . Ini kerana sebelum ini dia sewenang-wenang memberitahu nombor telefon peribadi eksekutif itu sehingga Arina diganggu panggilan pada lewat malam oleh pembekal-pembekal yang tidak kenal erti siang atau malam .

Miss Rina , nanti you balik office semula ke tak ?

It’s depend on how long Mr Danny want me to meet him , Manu . Will let you now , ” balas Arina ringkas sebelum berlalu pergi . Dia bergegas ke tempat meletak kereta . Segera dia menghidupkan enjin kereta dan memandu menuju ke Berjaya Times Square .
Jalan yang sedikit sesak di Bukit  Bintang sebelum sampai ke destinasi menguji kesabarannya . Tambahan pula keretanya yang berenjin manual , menyebabkan Arina pantas berdoa agar dia segera sampai .

Sorry Mr Danny , I’m a lil bit late . Anything urgent Sir ? ” ujar Arina sebaik sahaja sampai .

I just want to know who supply the carpet ? I don’t like the design , dear , ” Mr Danny menunjukkan carpet yang sedang dipasang oleh pekerja kontrak .

Oh , the carpet . I memang tak boleh nak cakap lebih-lebih boss .You know when we are talking about our GGM’s supplier ? ” Arina mengangkat kedua belah tangannya tanda tidak dapat berbuat apa-apa . Segala budget keperluan syarikat memang dibayar oleh GGM menjadikan serba-sedikit Arina agak tertekan apabila usahanya mendapatkan pembekal untuk sesuatu barang adakalanya ditolak mentah-mentah .

I see ! No wonder the carpet look like her ! Seriously , I hate the design ! Semua dah cantik , tiba-tiba carpet I buruk ! Huh ! ” dengus Mr Danny geram . Arina hanya tersenyum pendek . Gelihati juga sesekali melihat majikannya ini mengomel ! Tapi apakan daya , kuasanya juga terbatas menyebabkan ada masanya dia mesti akur tanpa sebarang bantahan .

It’s ok Arina , you may go back to the office now . I thought it was your supplier , so I want you to tell them that I don’t want this design but since it’s her supplier , ikut suka dialah ! I malaslah…semua benda dia mahu campur . Susah mahu kerja macam ni ! “ rungut majikannya yang berbangsa baba nyonya ini . La..ini je dia dok cakap urgent..urgent ? Aduh !

Ok , Mr Danny . Anything else before I’m going back to the office ? ” Arina seperti memujuk majikan utamanya ini sebelum dia pulang ke pejabat .

Nothing , if there’s any I’ll hello you as usual , ” Mr Danny memberitahu tanpa memandangnya . Arina sudah maklum sangat jika majikannya ini sedang marah . Memang dia tidak akan memandang wajah ketika bercakap .

Ok Mr Danny , later then , ” Arina cepat-cepat meminta diri dan meninggalkan ruang bowling yang masih dalam peringkat pembinaan itu . Tiba-tiba perutnya berkeroncong . Arina mengilas jam di tangannya . Ah , patutlah lapar ! Sudah pukul 3 petang ! Tengahari tadi dia tidak sempat hendak keluar makan kerana terdapat pesanan penting yang perlu diselesaikan segera untuk cawangan di Bukit Mertajam .

Arina menaiki lif dari tingkat 5 menuju ke tingkat 10 . Harap-harap masih ada makanan yang boleh dijamu . Telefonnya berbunyi .

Yes Manu , I’m still here . I’ll be back after I having my lunch ok ? Anything urgent ? ” Arina menjawab tegas sambil keluar dari lif . Setelah mendengar pesanan dari telefonis itu dia mengatur langkah menuju ke cafeteria .

Amboi , sibuk sungguh Cik Arina  ni sampai tak ada masa nak pandang kiri kanan ya ? ” tegur satu suara membuatkan dia tertoleh .