Rabu, Jun 06, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#38


Waalaikumussalam , ya saya ? ” Arina melihat wajah lelaki yang menegurnya ini agak lama .

Ya Allah , En Zakuan ! Apa Encik buat kat sini ? Norel , ini bekas pensyarah aku masa aku belajar kat Pahang dulu ! ” laju Arina berjabat tangan seraya memperkenalkan lelaki ini kepada teman sepejabatnya .

Ish , tak payah la berencik-encik dengan saya , panggil Zakuan saja . saya pun dah tak mengajar dah sekarang ni , ” jawab bekas pensyarahnya ini merendah diri . Arina tergelak kecil .

Oh , kalau dah tak mengajar , Cik Zakuan buat apa ya sekarang ni ? Eh , maaf , Zakuan,” Arina berasa janggal memanggil bekas pensyarahnya begitu . Pelayan datang mengambil pesanan Zakuan .

Saya baru balik dari Holland . Baru habis sambung belajar . Arina buat apa di sini ? ” Zakuan memerhatikan gadis berambut ikal ini . Malam-malam begini masih kemas berbaju pejabat. Mungkin rutin kerjanya sangat sibuk hingga lewat begini baru habis kerja .

Rina kerja kat bangunan sebelah ni dengan dia . Tapi kami lain-lain department , ” jawab Arina santai . Norel pula sekadar membiarkan . Segak juga bekas pensyarah Arina ini . Tapi cara dia memerhatikan Arina tidak seperti pensyarah pun . Berseri-seri macam ada hati dengan Arina .

Ada pejabat ye dalam shopping complex ni ? ” tanya Zakuan hairan .

Ada , pengurusan komplek ni ada macam-macam bisnes . Kami uruskan bahagian bowling  Tu yang tak cukup masa 8 jam . Selalu kerja tak macam orang , ” seloroh Arina berjenaka . Zakuan tertawa juga sepertinya .

Akhirnya pesanan mereka tiba . Mereka menikmati makanan sambil berbual-bual . Perbualan mereka lebih terarah kepada kehidupan mereka pada masa kini . Zakuan memang ada mengajar subjek di kelasnya sewaktu pengajian dahulu . Seorang yang santai dan sangat bertolak ansur . Tetapi memandangkan Arina seorang yang pendiam di kelas , dia memang jarang berbual dengan pensyarahnya ini . Ironinya , mereka sering bertembung di luar kuliah . Ketika minum di café , ketika keluar ke pekan . Semuanya tidak dirancang dan sangat-sangat kebetulan . Itu yang menjadikan secara tidak langsung mereka mesra di luar kuliah . Dan adakalanya mengundang salah faham pada pensyarah-pensyarah lain apabila sesekali terlihat mereka bersama .

Malam semakin lewat .  Perbualan yang rancak terpaksa ditamatkan memandangkan esok masih hari bekerja . Biarpun waktu kerja Arina bermula pada pukul 9.45 pagi , namun dia sudah terbiasa hadir ke pejabat seawal 8 pagi kerana kerjanya tidak pernah putus-putus .

Zakuan , minta maaf . Terpaksa minta diri . Kami dah lewat . esok pun hari kerja , ” ujar Arina berat setelah mengilas jam di tangannya berkali-kali .

Oh , saya yang patut minta maaf , ok . tak mengapa , malam ni saya belanja . Bukan senang nak jumpa begini , ” balas Zakuan senang .

Terima kasih . Kalau jumpa selalu ni habis la awak . Saya ni kuat makan . Tengoklah , malam-malam macam ni pun macam-macam saya makan ,” seloroh Arina lagi membuatkan mereka tertawa lagi .

Alahai , tak apa . Macam saya tak kenal awak , Rina . Tapi sebelum tu , ” kata-kata jejaka itu terhenti di situ .

Ya ? ” Arina sudah bersiap-siap hendak beredar dengan Norel .

Boleh kita bertukar nombor telefon ? ” Zakuan tersenyum kacak .

Oh , boleh . Awak bagi nombor telefon awak pada saya . Nanti saya text . Bukannya apa, Rina tak ingat lah nombor Rina , ” Arina tersipu-sipu . Yang sebenarnya , dia memang sukar untuk menjawab nombor yang tidak dikenali . Lebih baik dia simpan dahulu nombor Zakuan maka tidaklah dia teragak-agak untuk menjawab panggilan lelaki itu nanti.

Apa lah awak ni Rina , nombor telefon sendiri pun tak ingat ! ” usik Zakuan seraya memberikan nombor telefonnya pada Arina .

Ok , did save the number . Will text you my number , Zakuan . Good night , ” jawab Arina sopan sebaik sahaja Zakuan memberikan nombornya . Dia meninggalkan kedai makan itu bersama Norel menuju ke tempat letak kereta di basement pejabat mereka .

Lain macamlah dia tengok kau ! ” tegur Norel sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta Arina .

Apa yang lain ? ” balas Arina pelik .

Macam syahdu je … ” Norel tersenyum mengusik .

Ah kau , ada-ada aja lah . Dia tu dulu kan pensyarah aku . Dia memang tengok orang macam tu lah , ” Arina menghidupkan enjin kereta manualnya .

Dia tak tengok aku macam tu pun ? ” duga Norel lagi .


Norel , aku tinggal kau kat sini karang ! ” gertak Arina pura-pura garang . Norel hanya tergelak-gelak . Kereta Arina menderu laju meninggalkan kawasan pejabat mereka..


0 ulasan: