Isnin, Jun 18, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#47


Sebentar lagi dia akan keluar untuk membeli apa yang hendak dibawa pulang ke Johor . Sebelum itu dia bersiap-siap ala kadar . Dia tidak bermekap hebat seperti selalu ketika dia hendak ke pejabat . Hanya sekadar solekan nipis . Rambutnya tidak diikat kemas seperti selalu . Hanya dibiarkan rambut ikal yang sudah melebihi paras bahu itu lepas bebas . Selepas mencapai tas tangan dan kunci kereta , Arina meninggalkan bilik dan menuruni lift menuju ke lobi . Hasratnya ingin ke ladang strawberi . Jika bernasib baik , bolehlah dia memetik sendiri buah strawberi yang akan dibawa pulang ke Johor lusa nanti .

Reen nak ke mana ni ? Boleh Zammir teman ? ” ah , lelaki ini muncul lagi ! Arina mengusap dadanya terkejut .

Awak ni manusia ke hantu ye ? Tiba-tiba saja awak muncul ! Saya tengah bercuti . Saya tak mahu diganggu , bye ! ” Arina bersuara tegas lalu membuka pintu kereta .

Reen , ” Muzammir menahan gadis ini dari menutup pintu . Arina tidak memandang dan hanya diam seribu bahasa . Dia tidak mahu lelaki ini hadir lagi dalam hidupnya ! Cukup-cukuplah kau menyakiti aku, Zammir ! Ya , mungkin sewaktu di awal perpisahan dahulu aku benar-benar mahukan kau kembali dalam hidup aku .. tapi bukan sekarang ! Kehadiran kau sudah tidak memberi sebarang makna lagi buat aku !

Reen .. kita bincang ok ? ” pujuk lelaki ini lagi .

Tiada apa lagi yang nak dibincangkan Muzammir Amri . Kalau nak bincang , kita sepatutnya bincang lebih kurang hampir 4 tahun yang lepas . Tapi you dah buat keputusan untuk berpisah . Jadi , tak eloklah kan nak bincang-bincang semula ni ? Sorry , I really have to go ! ” Arina menarik pintu keretanya kuat . Tidak dihiraukan muka lelaki itu yang berkerut menahan kesakitan tangannya akibat tersepit di pintu kereta yang ditarik kuat oleh Arina sebentar tadi .

Padan muka ! ” Arina mengomel sendiri sambil meninggalkan kawasan letak kereta hotel menuju ke ladang strawberi di bawah . Ah, apalah sangat kesakitan itu jika dibandingkan dengan kelukaan dan kekecewaan yang lelaki itu berikan sebaik sahaja mereka berpisah! Sedikit pun Muzammir tidak memberi diri mereka peluang untuk memperbaiki hubungan mereka. Malah dia mengambil jalan mudah menyingkirkan Arina dan memilih untuk bersama orang lain tanpa memikirkan perasaannya walau sedikit pun!

Bukan aku kejam, Zammir..aku Cuma tidak mahu kau lukai hati ini lagi. Cukuplah sekali itu sahaja berkali-kali kau sakiti hati ini! Walaupun hati ini belum dimiliki lagi buat kesekian kalinya, takkan pernah ada ruang lagi untuk lelaki yang bernama Muzammir Amri. Dan ianya muktamad!

Lebih kurang 15 minit kemudian , dia sampai di Strawberry Farm . Arina meletakkan keretanya di bahu jalan dan mula menuruni bukit yang landai menuju ke ladang strawberi itu . Pada masa yang sama , telefon bimbitnya berbunyi . Ah , siapa pula kali ini ? Hendak bercuti pun tak senanglah !

‘ Zakuan ‘ tertera di skrin telefonnya . Arina berkira-kira hendak menjawab atau tidak . Dari tadi tidak putus-putus lelaki ini menghubunginya . Apa yang penting eh ?

Hello , ” akhirnya dia menjawab juga panggilan Zakuan .

Rina , awak ok ke ? Kenapa lambat sangat jawab telefon ? ” suara Zakuan di hujung talian tampak risau .

Saya mandi tadi . Saya tau awak call , tapi ..

Lupa nak call balik ? ” sambut Zakuan seperti sudah tahu apa alasan gadis ini .

Tu la sebab mak saya pun telefon tadi , tu yang lupa , ” Arina menyisir ramburnya seolah-olah Zakuan berada di hadapannya .

It’s ok . Awak kat mana ni ya ?

Saya kat ladang strawberi . Baru je sampai ni .  Kenapa ?

Oh , awak tunggu sekejap . Nanti saya telefon awak balik , ” Zakuan terus memutuskan talian . Apa sajalah lelaki yang seorang lagi ini ?

Arina mengiyakan sahaja lantas kembali menuruni ladang strawberi itu . Wah , nasibnya kini baik ! Tidak seperti sebelum ini , tidak dapat memetik strawberi yang masak ranum kerana ramai pengunjung tatkala cuti sekolah ! Segar-bugar matanya melihat buah-buah strawberi yang masak ranum . Dan hatinya kembali damai ...



2 ulasan:

odahonebizz [Nak balas komen]berkata...

oic dh nak ending rupanya...sorilh dh tlepas beberapa episod coz busy yg memanjang...xpe bleh catch up balik...hope happy ending bkn yg anti climax..hoho

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@OdahOne OdahOneBizz : samala..kite pon bzzzzzzzzzz la ni..smpi kengkadang tu auto publish ja..
huhuhu!