Sabtu, Jun 16, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#46


Reen , dah tak kenal Zammir lagi ? ” pemuda itu menyoalnya tenang . Arina menjadi tidak keruan . Dia agak menggelabah dan berusaha untuk tidak memandang jejak itu . Bertahun-tahun aku cuba melupakan kau , Zammir . Mengapa hari ini kau terpacul di sini ? Aduh !

Err.. I got another things to do . I see you then , ok ? ” cepat-cepat Arina meminta diri . Namun Muzammir lebih pantas mencapai tangannya .

Please Zammir . Kita dah tak macam dulu . Tak perlu awak nak tahan-tahan saya macam ni ok ?  Saya pergi dulu . Assalammualaikum , ” Arina menarik tangannya kembali pantas dan segera berlalu pergi . Muzammir menghantarnya pergi dengan sebuah pandangan . Ternyata gadis itu sudah tidak mahu bertemunya lagi . Perbuatan silamnya amat melukakan hati Arina . Maafkan Zammir , Reen . Kalaulah Zammir dapat putarkan kembali masa yang ada , takkan Zammir lakukan kesilapan begini !

Arina menghempas dirinya ke atas tilam . Kenapa dia juga ada di sini ? Macam mana dia boleh ada di sini ? Arina meraup mukanya resah . sesungguhnya selama ini dia mengharapkan lelaki itu kembali dalam hidupnya . Tapi mengapa bila lelaki itu di hadapan mata , dia menjadi tidak tentu arah dan berlalu pergi ? Ah , bodohkah aku ? Atau sebenarnya lebih baik begini ?

Arina mencapai tuala dan memenuhkan tab mandi dengan air suam . Tidak lama kemudian dia merehatkan dirinya sambil memejamkan mata . Fikirannya menerawang jauh entah ke mana . Muzammir Amri , kau dah lukakan hati aku ! Perasaan aku yang ikhlas kepada kau ! Kenapa kau kembali lagi ? Kenapa ?

Lama dia begitu . Air dalam tab yang pada mulanya suam dan menghangatkan kini sudah beransur menjadi dingin seperti salju . Arina membilas dirinya dan kembali ke tilam . Dia melihat skrin telefon bimbitnya . Terdapat panggilan yang tidak dijawab . Arina pantas mendail semula .

Mak , orang mandi tadi . Kenapa ?

…..

Tak , tak kerja pun . Cuti ,

….

Memang nak balik ke Segamat tapi lusa ,

…..

Ok , mak . Nanti jumpa eh ? I love you ! ” lafaz Arina manja . Dia memang jarang berhubung dengan ibunya . Namun itu tidak bererti hubungan mereka tidak mesra . Ah , ada baiknya dia pulang ke kampung . Percutiannya di sini sudah tidak aman lagi ! Muzammir telah mengganggu ketenangan yang baru hendak menyinggah di hatinya .

Dia melihat lagi satu panggilan yang tidak dijawab sebentar tadi . Hurmm..perlukah aku menghubungi Zakuan kembali ? Ada urusan apa dia menghubungi aku pagi-pagi begini ?

Hai lah Arina , dah ada yang suka , kau tak mahu pandang . Yang sudah sakitkan hati kau berkali-kali kau kenang-kenang ! ‘ detik hatinya membuatkan Arina tersenyum sendiri .


0 ulasan: