Jumaat, Oktober 10, 2014

Belanjawan 2015

Hari ni our beloved Prime Minister bentang belanjawan untuk 2015. Agaknya apalah pengumuman yang baik untuk penjawat awam terutamanya kami golongan pembantu tadbir ni. Risau..resah..gelisah..semua ada!

02/10/2014 dah umum minyak naik.Naik minyak dah kami  sekejap..buat kerja pon ati tak senang.Macamana nak tambah lagi pendapatan kalau barang naik harga lagi. Sekarang ni Cik Dezz hari-hari kerja.Sabtu Ahad pon buat kerja sambilan. Malam aje berehat. Hari Isnin datang pejabat badan lesu sebab hari Ahad punya letih kerja sambilan tak habis lagi. Kalau tak boleh nak cope gak tak tahulah masa mana lagi nak selit untuk kerja sambilan kedua..ada tak kerja yang boleh buat sambil tidur??Kalau ada cantek ar tu..

Kuda besi ni pon sesekali je mandi.

#MohLaKitaBkojoSekueknyoooo!!

Jumaat, Oktober 03, 2014

Salahkah??

Seawal pagi tadi bertolak ke pejabat dengan bekalan undercover. Bekalan yang bekasnya pakai buang dan tak payah bawak balik. Senang keje..senang nak proceed modus operandi. Modus operandi apa??RAHSIA!Hehehe!

Sampai di pejabat..parking motor dah penuh.Aku pon main selit je la mana yang motor aku muat nak selit. Then terus bergegas kejar lift naik tingkat 12.Dalam tengah bergegas  tiba-tiba..alamakkkk..ternampak seseorang yang errrr...ehem-ehem!!Hahahahahah! Ok..tak bercinta tapi pernah rapat..feeling macam bercinta tapi complicated..Tapi..tapi..tapi..hahahahahah! Adoi!!Ok..no details!

So..dalam jam nak dekat ke 8.15 tu aku perlahankan langkah dengan harapan dia sempat naik lift dulu aku pon tak perlu lah malu-malu alah dengan perasaan "kalau tak tegur dia kata aku sombong kalau aku tegur dia kata aku nak ngorat dia". Tapi bila sampai kat lift lobby tengok dia terpacak lagi. Adoiiii...

So..aku tak nak fikir banyak..aku tegur..muka buat-buat biasa walaupon hakikatnya tebal jek rasa. Apa yang aku malu sangat lah dengan dia ni..

"Assalammualaikum.."  Aku tegur dia .

"Waalaikumussalam.. Lama tak nampak??" Dia toleh sekejap dan tengok lampu lift kembali.

"Ah ah..menyorok.." Hehe..boleh aku jawab gitu??

Thanks to Allah lift pon sampai.Sambung lagi berbasa-basi dalam lift..sambil borak tu aku macam rasa-rasa terdengar satu lagu..

Tidak salah rasanya
Andai ku memuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini telah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu..aku rela berputih tulang..

Duhhh..handphone siapalah ni??Macam kena-kena jek lagu tu dengan kami..(erk??)

"Balik kampung ke raya haji?"

"Ah ah..balik. Halfday hari ni." Ok..jujur..ni la modus operandi aku arini..nak lari dari office!Hehe!

Aku call it off since dah sampai level office aku.

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain..

Laa..bunyik lagi lagu ni!Mana datang ni??Aku pon on screen handphone aku.

CISSSSS!!!Mesti aku tertekan mp3 player masa aku off screen tadi.Mujur lah sayup-sayup je! Aii malu tau!!Aaaaaaa!!


Rabu, September 24, 2014

Khasiat Garam

Ehhh..terlepas pandang pulak nak update blog beberapa hari ni. Dengan rutin harian yang semakin sibuk walaupun di hujung minggu. Badan pun mula rasa letih..lesu..lenguh-lenguh. Aku suka borak dengan seorang kakak senior kat office aku ni. Kami panggil dia Kak As. Dia ni memang suka amalkan petua-petua traditional untuk kesihatan dan kecantikan. Kalau bab-bab ni memang dia tegas. Jangan lawan! Tengok dia pon maintain je walaupun dah 4 series ateee berani ke nak melawan??Hehehe!

Aku pon mula la mengadu kat dia yang aku mula lenguh-lenguh badan macam lah kerja teruk sangat. Jadi dia pun picit-picit mana yang aku cakap lenguh-lenguh dan sakit tu. Kak As cakap mungkin badan aku banyak toksin. Cuba rendam air garam kasar. Lagipun garam ni kan salah satu sunnah nabi. Tak ada ruginya kalau mencuba. Dapat pahala lagi ada kan!

Aku pon teringat yang aku memang dah lama tak buat. Sebelum ni rendam pakai garam masak tu je..tapi Kak As kata cuba pakai garam kasar. Tengok apa kesan dia. So..balik kerja tadi aku pun pergi cari, dan akhirnya jumpa ni...

Saiz paket dekat sekilo. Harga tak sampai RM10!!
Aku pun ikut arahan kat paket ni dan rendam kaki sambil tonton tv. Lepas setengah jam kulit kaki pon dah lembut so memang perfect time untuk home pedicure. Best je rasa kaki..especially kat tumit..rasa nak jalan jengket-jengket jek!Hahahahahah!! Memang relaxing! Badan pun rasa lega!

Kak As pesan untuk mula-mula ni buat directly seminggu. Rendam kaki tu..buang toksin-toksin dalam badan. Lepas tu boleh lah nak selang-selang hari. Jom cuba!

Rabu, September 17, 2014

What's for lunch??

Luncheon tadi semua muka dah boring.Mek Na pandang aku..aku pandang Wanie..Wanie pandang Kak Elly. Aku dengan Mek Na dah ada bekalan makanan untuk tengahari.. pulak dah kirim makan kat Noli. Kak Elly macam biasalah dia tak kisah pon ada makan ke tidak tengahari.

Tiba-tiba Mek Na bersuara teringin nak pekena Milo Dinosaur. Cik Dezz pon jadi  pulak! GLUPPP!!!

Jadi tanpa dirancang kami berempat pun makan tengahari di Murni Discovery Cheras. Murni ni sebenarnya banyak cawangan. Tapi kalau  dari office kami cawangan Cheras la yang terdekat. Menu pun menarik..yum!!Yumm!!

Wanie dan Cik Dezz

Cik Elly dan Mek Na

Arini takde mood nak order air buah berlyer2.Order air lain.

Wanie punya lamb chop

Menu air buah-buahan yang super cantik dan rasa superb!

Alamatnya menu bekal tengahari masing-masing jadi menu dinner la. Tortilla ayam!Hehe!

Selasa, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia!!

Ok..it's midnight and I can't sleep.. I don't know why or what's going on.. Hai mata..lelaplahhh..esok nak kerja!

Yes..tomorrow is a public holiday but I have to work..Selamat Hari Malaysia!! Semoga Malaysia bangkit dari malapetaka yang menimpa kita..semoga tanah air kita akan terus berada dalam redha Illahi! Aamiinnn...

#MalaysiaTanahTumpahDarahKu!

Isnin, September 15, 2014

Apam Balik Abang Pick-up Yang Thorrrbaekk!

Hari ini Cik Dezz busy sungguh. Rasa macam tak menang tangan nak buat semua kerja. Mana tak nya..diri sendiri pun kena buat ETK..lepas tu kene buat pulak kerja rakan setugas yang bercuti hari ni..kalau tak flow kerja sangkut.KPI pon ke laut nanti..

Disebabkan sibuk punya pasal maka tak sempatlah Cik Dezz nak lunch. Memang ingat nak power nap je tengahari sebab letih berfikir. Mujur pagi tadi sarapan homemade lamb chop..jadi memang tak lapar sangat lah tengahari tadi.

Tapi..tapi...tapi...apabila Asar menjelang dan kerja masih banyak..owh nooooo..mula la otak ni terfikir nak makan macam-macam.Mode arini pulak mode malas nak masak balik kerja..so pergi lah menjengah khabar tokey apam balik depan masjid Lake Garden ni. Memang sedap apam balik dia..cukuppppp rasa..manis..lemak..kacang..coklat..semua cukup. Abang ni kalau bulan Ramadhan dia meniaga kat kampung baru sebab rumah dia kat situ. Rumah kaler oren kalau tak silap..penah cari Ramadhan tahun lepas kat bazaar Kg Baru.Hehehe!

Tokey bz jadinya snap curi aje la!Hehe!
Abang ni mula meniaga luar entrance office Cik Dezz sejak setahun lepas. Masa mula-mula dia meniaga hari-hari Cik Dezz dengan officemate tapau apam balik kat dia. Mula-mula dulu ada perasa jagung..kacang..coklat..dan mix. Setelah berbulan mengelak dari godaan bila ke pick-up dia hari ini dah ada perasa baru..cheese..cheese..cheese..owh my favorite! Tapi tadi Cik Dezz beli perasa kegemaran Cik Dezz coklat + kacang. Lain kali lah try perasa cheese.

Lagi satu tentang Abang apam balik ni selain rasa apam balik dia yang sedap tu ialah dia ni memang meniaga stail orang Arab. Bunyi je azan dia terus tinggal kedai dia pergi solat. Yelah..kan ustaz dah pesan..nak makan ni bukan sekadar tengok makanannya..tapi tukang masaknya..sebab tu semua akan jadi darah daging kita..sebab tu nk usha mamak pon kene tengok tukang masaknya macam mana..baru senang hati..tenang jiwa..ehhh..terpanjang lagi entry ni.Later erk..daa!

Ahad, September 14, 2014

Hujung Minggu Yang Pantas!

Semalam Sabtu..arini dah Ahad..dan hari dah pun malam.Wowww..cepatnya masa berlalu. Dah lama sangat dok terperuk aja kat rumah hujung minggu..nowadays melihat dunia luar sikit.Harap-harap hasilnya bagus dan memberansangkan..juga menggembirakan.Looking forward!

Anak saudara yang terbaru..bila nak jumpa ni..gambo dah berkeping-keping kat whatsapp...peluk tak lagi!Aduhhhh..adik-adik lain dah balik dah rumah mak jenguk anak saudara.Mak long aja yang belom...huk!

Jumaat, September 12, 2014

Syukur Alhamdulillah!!

Sesungguhnya Jumaat ini Jumaat yang berkat..orang-orang lama kata baroqah..baru sebentar tadi adik ketiga Cik Dezz selamat melahirkan anak pertama.Bertambah lagi seorang anak saudara..hero-hero junior dalam keluarga Haji Ladin.

#AKU BERSYUKUR!!

Ziarah

Alhamdulillah.. Finally it's Friday..Cuti sekolah pon dh mula..balik kerja tadi tengok jalan pon jem semacam.Info trafik pulak maklum ada treler terbalik.Entah kat mana entah la mangsa jem nanti..nasib la aku merempit jek pergi kerja..jadi takde lah nak pening fikir-fikir jem ke tidak jalan-jalan di ibu kota ni.

Tapi tengahari tadi kene fikirkan jugak jalan mana yang jem..jalan mana yang clear..gara-gara ofizmate; Wanie, Kak Asmah dan Mak Buyung Noli berhajat nak ziarah ofizmate ; Mama Ayuzie yang cuti bersalin.Tambah pulak tasking jadi supir...waduhhhh..memang kene betol-betol la pilih jalan. Sian Mek Na tinggal kat ofiz..ingat tak sempat tadi sebab last week lepak rumah mama lambat kami sampai ofiz.

Mama Ayuzie ni masalahnya satu jek..dia risau kalau orang datang rumah dia kelaparan.So dia mesti kalut nak masak macam-macam walaupon sebelah tangan kendong baby..seblah  tangan pedang sudip..salute!!Hehe!

So..kami berempat bertolak dari pejabat lebih kurang 12.30 tghari.Dalam 25minit sampai dah rumah Mama Ayuzie.


Wanie tolong mekap kek minyak Mama Ayuzie

Nasi Ayam yang akhirnya licin kami kerjakan. Hahahahahah!


Kek Minyak yang yummy!!



Mak Buyung Noli yang teruja bau baby!

Setelah lebih kurang 2 - 3 kali tambah nasi..plus makan kek, kami kembali ke pejabat. Alhamdulillah.. jalan clear. Laju je tekan pedal minyak kereta Wanie. Dia pulak tidur di seat penumpang.Cisss!!

Great day.. Fantastic Friday! IM LUVVING IT!!

Khamis, September 11, 2014

Spontaneous Thursday #53 : Happy Belated Birthday!!!

Pejam celik..pejam celik..sekejapnya dah Khamis..event yang tertangguh semalam diteruskan..which is celebrating our office colleague belated birthday.. Cik Ta 15/07..Wanie 11/08..

Punca kelewatan adalah disebabkan tuan punya badan cuti bersalin.Sanggup tunggu depa naik keje nak sambut punya pasal!Hehe!

Homemade birthday cake by Mama Ayuzie.


Belated birthday ladies. Left : Wanie..Right : Cik Ta



Selamat hari lahir para sahabat..Semoga persahabatan ini kekal hingga ke jannah! Aamiinn.. =)

Rabu, September 10, 2014

This is my Wednesday!

Kind of hectic today..tapi takde lah sampai jadi chaos.. Beban kerja makin bertambah means less time for my android during work.But guess what..Im luvving it!Hehe..sekejap jek dah petang..sekejap jek dah Rabu..

Tapi dalam aku menyukai hari yang berlalu pantas ini..kadangkala aku lupa yang mati itu kian menghampiri..sepantas hari yang telah berlalu hari ini!

Wordless Wednesday... #25


Selasa, September 09, 2014

Adaptasi Cerita Melayu vs Adaptasi Cerita Mandarin.

Aku suka baca novel..bercita-cita nak menulis novel..tapi mak tak bagi..banyak tulisan-tulisan "berangan" aku dulu mak aku bakar sebab dia kata buang masa.Agaknya kalau dia nampak masa depan novelis-novelis sekarang ni mesti dia menyesal gila dok bakar dulu..hehe! Tapi tak apalah..perkara dah lepas..hidup mesti terus.
Sekarang..masih mencari rentak nk menulis seperti dulu.Cuma mungkin penceritaan akan lebih serius kali ini..doa-doakan la ehh..hehe!


Cerita melayu sekarang banyak diadaptasikan dari novel.Sejujurnya..aku suka..tp tidak la dok follow setiap episod..expected ending..but still entertaining. Takde la cliche macam drama-drama bukan adaptasi. Satu penulis ni je aku mmg minay gila dan aku tunggu kot ada produser yang berani nak adabtasi novel dia..he is Ramlee Awang Mursyid..kalo ada lah yang berjaya adaptasi novel dia "Laksamana Sunan".."A.D.A.M"..dan lain-lain novel suspense thriller dia tu..wow!Mesti best!



Cerita yang aku terjebak kat channel Shuang Xing ni lain pulak kisahnya.Masih adaptasi..tapi adaptasi dari komik.Aku tau pon pas Google-google cari info..hehe! Aduhh..sweet-sweet jek cerita dia..memang relax dan santai..tapi arini dah last episod. 22 episod jek.Tajuk dia Chocolat..yes without 'e'.



Ok..jujur..follow sebab pada aku watak utama dia si mamat macho ni memang handsome dan bergaya..in every way untuk character dia dalam cerita ni..hikhik! Apsal la aku taste sangat dengan watak-watak ketua gangster dan badboy kalau melayan tv..tapi in my real life tak berkenan pulak orang-orang gini..hehe!Maybe sebab tu orang cakap..hidup ni tak seindah cerita novel..tak seindah mimpi..dan untuk menjadikan mimpi itu pasti..kita mesti sedar dari mimpi!

#Ehhhh..panjang pulak entry ni!


Masihkah ku diingati..

Assalammualaikum.. Lamanya tak update..just dok mengusha page kawan2 bloggers yg lain.Life are definitely a battle..banyak betol cabaran yg aku lalui..
Suka duka..pahit manis..jatuh bangun..namun itu semua mengajar erti kebangkitan..kekuatan seorang perempuan.
Ketenangan..itu lah yg paling manis dan indah yang aku miliki kini.Sesungguhnya janji Allah itu pasti..aku bersyukur!

Isnin, Mac 03, 2014

Minggu Ini Minggu Konflik!

Drama..drama..drama!Banyak betol konflik minggu ni..


  • Abang Jebat dh tunjuk tattoo kat Mas..xtau la apa reaksi Mas lepas ni.. {Bukan Kerana Aku Tak Cinta}
  • Dahlia dah mengaku pada Aariz Daniel yang dia dah tau kisah silam suaminya. Si Syafiq pulak yang Cik Dezz geram sangat neh..kemain jauh dia berangan nak dapat Dahlia..amboihhh! {Jodoh Itu Milik Kita}
  • Si Zahrain pulak baru nak berbahagia dengan Nurul Husna tapi terbantut pulok sebab kene kaco dengan Adira..{Projek Memikat Suami}
Owhhh..owhhh..owhhh..konflik sungguh jiwa Cik Dezz memikirkan apa kesudahannya..ni lah payoh kalo dok melayan drama semedang..hehe!

Khamis, Januari 23, 2014

Spontaneous Thursday.. #52

Kebelakangan ni kelihatan media semasa terutama akhbar dan laman sosial seolah-olah tidak segan silu dan tidak sensitif apabila menayangkan mangsa-mangsa jenayah kejam dan kemalangan jalan raya..sekurang-kurangnya hormatilah perasaan ahli keluarga terdekat mangsa..

show some respect!!!

Cuba bayangkan salah seorang ahli keluarga kita yang melalui semua itu {mintak dijauhkan!} apakah perasaan kita jika aib jenazah mereka disebarkan??Ke tak pernah fikir??Hurmmm...

Rabu, Januari 22, 2014

Wordless Wednesday.. #23

Owhhh..lamanya tak berWordless Wednesday..my #1st WW for 2014! =)


Berbengkel-bengkel! =)

Selasa, Januari 21, 2014

It's been a long while!

Assalammualaikum dan salam sejahtera..hari yang ke-21 untuk 2014. Tiada apa yang istimewa melainkan anjakan masa demi masa.

Buat masa sekarang ni tiada apa yang menarik dalam hidup Cik Dezz..melainkan..

  1. Abang Jebat dalam 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'
  2. En Muka Ketat dalam 'Projek Memikat Suami'
  3. Harith dan Tengku Adam Mukhriz dalam 'Ariana Rose' {novel The Wedding Breaker is much2 better!}
  4. Aariz Danial dan Dahlia dalam 'Jodoh Itu Milik Kita'
  5. Arka Raja Haji yang mengisahkan zaman Kesultanan Johor-Riau arahan Datin Paduka Suhaimi Baba.
Dan sedang xsabar2 menunggu kemunculan new season of



Fuh..sanggup ni xkeluar ari keje sebab komited kt semua ni. Kalo tertinggal tu memang xsenang duduklah..except Ariana Rose sebab dah baca novel dia.Hikhik!

Ok..itu je nak kabo..till the next post! =)