Sabtu, Julai 15, 2017

Set Bersalin Superb!!

Ramai yang bertanya..selain memakai #PremiumBeautiful corset,  apalagi yg diamalkan oleh ibu2 yg #berpantang selepas #bersalin untuk kembali mendapatkan badan yang kembali #kurus dan lebih #langsing dari sebelumnya..awok2 semua para #ibu dan #suami ..ini lah rahsia dia.. #SetPantang 1st class kami.. #PremiumBeautifulCorset + #JamuHerbaMaharani + #BioSeleza ! Masih tercari2 #SetBersalin anda atau isteri anda? Hubungi Cik Dezz naa..boleh PM.DM.WA.TELEGRAM Cik Dezz 017- 355 6174
Atau direct link WA
http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Selasa, Julai 11, 2017

Dah boleh solat macam biasa!

Semalam Cik Dezz ada cerita kan perkembangan #positif officemate Cik Dezz setelah amalkan #MinKaffe ?

Kawan Cik Dezz ni pernah jatuh masa kerja pada pertengahan tahun lepas. Biasalah tugas pencari fail..ada masanya kene juga panjat rak yang tinggi tu utk capai fail2 yang dicari. Kesan dari jatuh tu dia tak boleh bangun beberapa minggu kerana kesakitan yang teramat sangat di bahagian #pinggang .. kakinya berasa #kebas dan lutut kanannya turut mengalami kecederaan. Doktor memang beri dia Sijil Kerja Ringan period by period disebabkan kecederaannya itu..

Pada mulanya dia ambil #MinKaffe utk #energybooster ..rupanya selain itu dia dapat rasa kebas2 di kakinya mula berkurangan. So slowly dia dh boleh #solat macam biasa..sebelum ni dia solat duduk kat kerusi je..

#Alhamdulillah ..Cik Dezz tumpang gembira dengan perubahannya..

Ada jugak ke yg masih #sakitkepala atau #migrain ketika menunaikan #PuasaEnam ?? Dapatkan #KopiGaramBuluh #MinKaffe anda dari Cik Dezz ye! Boleh PM.DM.WA.TELEGRAM Cik Dezz 017- 355 6174

Atau direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Sama2 kita pelihara dan perbaiki kesihatan kita!

#Hugs & #kisses ..
Your #PremiumBeautifulExpert
Cik Azura Mendezz

Khamis, Julai 06, 2017

Pressure Ke Nak Cari Second Income?

Masa memula dulu join Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd a.k.a SHOM semata2 sebab nk beli produk SHOM dgn harga member.. Cik Dezz daftar Disember 2015. Masa tu Fadhluhartini Muftah yang tolong register.
Seronok la sebab dapat beli #MarineEssenceShampoo #BVAlfalfaConcerntrate #JamuHerbaMaharani #MinKaffe #GarlicTablet and so on dengan harga member.. #PremiumBeautiful mmg dah beli  since 2012..  pastu tgk maybank2u ada masuk sikit2..tgk penyata dari SHOM.. walhal beli ja.. bukan beratus pon sekali beli.. itu pon SHOM bagi.. kalo beli banyak mesti dapat banyak kan? Dapat rebat lagi.. siapa nak bagi?

Tapi memula tu dok fikir pasal modal.. target and so on..  mesti pressure ni.. so diam aje la..tak berani nak tanya.

Then macam tu aje la sampai beberapa bulan lepas Cik Dezz tanya betol2 pada Tini how to join.. igtkan kene ada certain figure utk modal tapi tak pon.. rupa2nya banyak plan yang fleksibel! !Point dari memula join SHOM pon xluput..elok je x berusik!

Terus Cik Dezz join SHOM under Team #TheDiamondCircle.. Cik Dezz dibimbing  daripada hanya pakai sendiri better dok share kebaikan produk di IG , FB & Blog.. dan macam2 tips perniagaan..we keep supporting each even ada yg tak pernah bersua muka.. best sgt!

Betol awok..RM50 je! Dah boleh start bisnes.

RM50 tu bukan bayar pada Cik Dezz pon. Tapi bayar untuk diri sendiri. Kelebihan:

(+) Bonus masuk dalam akaun sendiri
(+) Ada payslip yang sah untuk urusan bank
(+) Setiap kali beli barang untuk diri sendiri atau beli untuk 'clients' anda, dapat kumpul point.
(+) Setiap barang ada point
(+) Point akan terkumpul & menaikkan 'Bonus Percentage'
(+) Point takkan hilang sampai bila2, tiada istilah point berkurang bila redeem & tiada istilah redeem points��
(+) Point terkumpul atau keahliaan anda boleh diwarisi anak.

Nak lebih info? Wasap Cik Dezz 0173556174

Rabu, Julai 05, 2017

Dugaan Melanda Lagi..

Arini dah macam join acara walkathon.. pagi2 tadi dah jalan kaki hampir 2km..then tengahari mujur la adik polis Sheikh Ali Safwan tolong towing motor sampai bengkel.. kalo tak menolak lagi la jawab dia.. selesai urusan bengkel download app uber tetiba bateri nak kong.. Allahu.. sempat msg En Husband nk naik lrt aje la jawab dia. Then dari bengkel kt bulatan loke yew tu menapak ke stesen lrt hang tuah.. more kilometer to go.. sampai kat kinrara tgk kereta En Husband tak ada.. hp dah mati.. no option.. paksa gak jalan kaki p nuju ke ofiz En Husband.. plan dah sampai guard house IPD nanti nk minta maklum kedia.. tapi baru je nak sampai simpang ofiz dia tgk kereta dia baru keluar.. bila dah dpt on hp kat rumah baru boleh baca reply En Husband "Tgh meeting".. alahaii.. mujurlah pakai PB td.. xde la sakit pinggang dok sakan berjalan almost 6km arini.. tapak kaki aje la mintak urut.. jgn cramp pg esok sudah ler..

Yang motor punya cerita pulak.. Cik Dezz dah raya sakan dia pon nak raya! Geram betol! Baru nk rasa bonus SHOM Isnin ni.. motor Cik Dezz dah cop sesiap duit raya dia! Grrr..

So  sementara nk tgu motor keluar bengkel Isnin ni.. kita p la keje macam zaman bujang2 dulu.. nek public transport..

Sekian luahan arini.. semoga perkara baik  berkunjung tiba..rasa mcm bertimpa2 dugaan sejak puasa aritu..

Selasa, Julai 04, 2017

Apabila bercerita tentang persahabatan..

Dah lama kisah ini terperap dalam draft blog Cik Dezz..since 2012..buat sahabat..you know who you are..even kita dah tak macam dulu..kenangan bersama tetap abadi di dalam ingatan..

Bila bercerita tentang persahabatan..saya rindukan seseorang yg pernah berkongsi suka-duka dengan saya bertahun lamanya..bermula dengan perkenalan yang ringkas sewaktu bekerja di sektor swasta dahulu dan ianya menjadi mesra hari demi hari. Kami senang bersama..kekecewaan..kegembiraan..suka duka..semuanya dikongsi bersama..sama nakal..sama degil..kadangkala sama-sama keras hati tapi kami cuba untuk tidak merajuk terlalu lama..hehe!

Apabila dia tidak pulang ke rumah kerana pergi bercuti atau pulang ke kampung...atau mungkin sekadar menyelesaikan urusan kerja di pejabat..dan mungkin kerana tidak bertemu di rumah kerana berselisih waktu kerja..kami berhubung melalui telefon..sms..dan maya. Apabila saya sakit..dia jaga waktu makan ubat saya.. dan begitulah sebaliknya..kadangkala seronok masa sakit sebab dia buat bubur sedapppp...dan masakan dia memang sedap-sedap..Dia memang seorang sahabat yang menghiburkan..ada masanya juga memeningkan kepala..namun itu lah erti persahabatan..walau apa pon..segala suka duka dikongsi bersama..gelak ketawa..tangis hiba..semuanya dengan dia..kami memang rapat..tambahan pula kami sebaya..semuanya mudah untuk dikongsi bersama..

Ada masanya kami sama-sama ambil cuti/mc kerana tiada mood nak bekerja..mandi air terjun..ada masanya ke shopping complex..paling selalu kami berkaraoke..hehe!Bila-bila masa kami rasa ingin melepak ke kedai mamak..kami on je..walaupun hanya secawan teh tarik..sesekali kami cuci kereta sama-sama.pendek kata..susah senang kami kongsi bersama..

Namun..setelah erti persahabatan itu saya dalami..setelah erti persahabatan itu saya lalui..konflik yang kecil telah memisahkan kami..dia memilih jalan hidup dia..dan saya tetap dengan keputusan yang telah saya buat..keegoan menjarakkan kami..sifat keras hati menjadikan masing-masing tidak mahu mengalah..dan kami saling menyalahkan..menyebabkan ia berkesudahan dengan kesedihan yang masing-masing cuba sembunyikan.

I miss our moment..i miss her jokes..i miss her cook..i miss her anger..ada masanya dia menceceh seperti mak nenek..tapi saya hanya sekadar gelak dan buat-buat tak layan. Namun saya tahu dia tahu yang saya akan ikut nasihatnya..cuma cepat atau pon lambat..

Entah di mana dia sekarang..terlalu banyak untuk dikongsi dan diceritakan..mungkin jika kami bertembung dimana-mana selepas ini..dia akan pura-pura tidak mengenali saya..atau mungkin juga kami berpelukan erat dan menangisi kebodohan masing-masing yang menjadikan persahabatan kami terkorban begitu sahaja..

Sejak dia tiada dalam hidup saya..saya belajar untuk hidup seorang diri..saya takut dengan gelaran sahabat..saya risau jika saya kehilangan sahabat buat kesekian kalinya..sahabat bukan lah sekadar seorang insan yang biasa-biasa dalam kehidupan kita..adakalanya biarpun dia biasa-biasa sahaja..dia mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..biarpun adakalanya kami berselisih pendapat..itu perkara juga biasa..perkara apa yang tiada jalan penyelesaian??Yang penting tolak ansur..

Adakah kami masih menyalahkan sesama sendiri hingga kini??Saya tidak tahu..yang saya tahu saya ingin mengetahui khabarnya..saya ingin kami bermaaf-maafan biarpun mungkin selepas ini hubungan kami takkan sama seperti dulu..i miss her.. =(

Makbulnya Doa Seorang Ibu

Dahulukala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat. Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh.

Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu.
Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke Mekah. Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.

"Anakku!" kata ibunya pada suatu malam.
"Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati.

Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi, berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi.

Sekarang ibunya tinggal sendirian di rumah dengan deraian air mata. Hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya yang tak memperdulikan nasihatnya itu.

"Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih.

"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya. Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan."

Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.

Anaknya pada waktu itu telah sampai di Mekah. Dengan giat sekali ia mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada suatu malam yang buta, terjadilah satu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya ini telah diekori oleh tuan rumah.

"Ah, cilaka aku jika aku tidak mencari akal," kata pencuri di dalam hati, "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri."

Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya orang yang sedang berzikir. Dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sambil menuding-nuding orang yang sedang berzikir.

"Pencuri, pencuri..... " teriaknya keras sekali.

Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang yang disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja memberi hukuman kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pencuri itu di hadapan umum.

"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja di sepanjang jalan.

Sewaktu arakkan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuri itu kepada pegawai raja:

"Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah begini: Inilah balasannya kalau orang durhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu!"

Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang dituduh itu.. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.

Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah dia mendengar ibunya sedang beroda:

"Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah."

"Datanglah ke sini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki," jawab anaknya.

"Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.

"Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba telah dipotong."

"Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya.

"Tuan, janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta," jawab anaknya.

Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan, tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

"Ibu...... maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang telah mengalami nasib seperti ini, Ibu, hamba merasa berdosa kepada ibu, maafkanlah ibu."

Ibunya yang setelah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu berkata:

"Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi."

Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama. Demikian nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang tua yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu.


Set Berpantang First Class!

Ramai yang bertanya..selain memakai #PremiumBeautiful corset,  apalagi yg diamalkan oleh ibu2 yg #berpantang selepas #bersalin untuk kembali mendapatkan badan yang kembali #kurus dan lebih #langsing dari sebelumnya..awok2 semua para #ibu dan #suami ..ini lah rahsia dia.. #SetPantang 1st class kami.. #PremiumBeautifulCorset + #JamuHerbaMaharani + #BioSeleza ! Masih tercari2 #SetBersalin anda atau isteri anda? Hubungi Cik Dezz naa..boleh whatsapp/pm/dm/telegram di 0173556174 !

Keep The Doctors Away!

Setiap pagi sebelum pergi kerja Cik Dezz akan ambil 2 biji #GarlicTablet ..dah smpi ofiz baru breakfast..Alhamdulillah..angin dalam badan dah berkurangan..xdelah rasa lesu dan malas nak buat kerja. After dinner Cik Dezz makan #GarlicTablet
lagi 2 biji.. Pemakaian #PremiumBeautiful membantu proses #detox dan pembuangan #toxin dengan lebih berkesan..jangan lupa juga minum air putih sebanyak mungkin..sekurang2nya 3 liter sehari!
Macam Cik Dezz 3 liter ni takat kt ofiz ja..hihihi!

Jom amalkan..lebih baik mencegah daripada merawat kan? :-) :-) :-)

PM.DM.WA.Telegram Cik Azura Mendezz di 0173556174 atau Direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Lawati dan follow juga IG Cik Dezz mendezzpbeautifulexpert & mendezzpbexpert tauuu..happy reading..happy healthy!

Isnin, Julai 03, 2017

Promosi Hebat Min Kaffe Kembali Lagi!

Tawaran hebat kembali lagi awok2 sekalian..beli 24 kotak #MinKaffe dapat percuma #LimitedEdition #Termos sempena #25thAnniversarySHOM !!

Eh 24kotak #minkaffe..banyak? Tak banyak..

Sebulan 3 kotak.. Wifey n hubby minum sama2☕☕..4bulan 12 boxes...

Lg 12 kotak.. Letak Kat office masing2..minum dengan rakan2 office.. Hadiah pd mak ayah.. Ni nak Ziarah Raya.. Boleh bawakan Hadiah..

Sama2 kita enjoy khasiat Min Kaffe!!Dapatkan dari Cik Dezz laju2 tauu di 0173556174..Cik Dezz bagi special price!Haa..double promo terus!

Direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Ahad, Julai 02, 2017

Found My Perfect Kitchen Helper!

Semalam Cik Dezz rasa nak cuci tungku dapo yang bertahun dok cuci x mahu tanggal tu..ni Cik Dezz share hasilnya..

Senang je..cuma 3 langkah mudah ;
1. Sapukan cecair #EziCleanDishwash ke kotoran degil.
2. Biarkan seketika.
3. Kemudian gosok la dengan berus gigi lama ke..dengan berus periuk ka..

Mcm Cik Dezz x berapa nak rajin nak sental beria..gosok gitu2 je..so dapat macam ni pon dah rasa happy sangat..tak sangka la boleh tanggal..seblom ni dah mcm2 jenama Cik Dezz cuma x mau dia tanggal..ohhh, I'm the happiest woman in the kitchen! :-) :-) :-)

Dapatkan #EziCleanSeries dan #EziCleanDishWash anda dari pengedar anda Cik Azura Mendezz di 0173556174

Direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/