Isnin, April 23, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#20

BAHAGIAN 19 | BAHAGIAN 21

Nanti kita pergi Genting sama-sama ok ? Reen pun tak pernah ke sana kan ? Best..Reen pun sukakan adventure..memang sesuaila kalau Zammir bawa ke sana ! “ cadang Muzammir girang. Arina cepat-cepat mengangguk setuju .

Bila ? Bila ? Nak pergi ! Nak pergi ! ” sambut Arina keanak-anakan . Muzammir tergelak kecil . Arina tersipu-sipu lantas memandang ke tempat lain . Alamak..terlepas laku pula !

Apa kes kau senyum sorang-sorang ni haa ? “ cuit Rafidah membuatkan lamunan Arina melayang pergi . Nazri turut memerhatikannya .

Jauh mengelamun tu . Nyaris nak tinggalkan Genting ye Rina ? ” usik Nazri pula . Aduh..macamana pula aku boleh berangan di depan mereka ? Malunya !

Kau dah penat sangat eh ? Jom lah kita balik bilik . Aku pun dah mengantuk . Boleh kan Nazri ? Sehari suntuk kami berjalan tadi , ” Rafidah yang memang lemah-lembut tutur bicaranya berkata sopan . Nazri menurut sahaja seraya menyelesaikan bil makanan mereka dan menghantar 2 gadis ini ke bilik .

Terima kasih , Nazri , ” ucap Rafidah diikuti Arina sebaik sahaja sampai di pintu apartment .

Sama – sama . Esok pagi saya datang bawa sarapan sekali . Lepas tu saya hantar awak berdua ke Puduraya ok ? ” balas Nazri mesra . Rafidah mengangguk sahaja . Dia menutup pintu sebaik sahaja Nazri beredar . Arina melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu .

Eh , tadi bukan main tak larat kau masa makan . Sampai ke Siam mengelamun . Ni boleh pula bermalas-malas di sofa . Kenapa tak mandi terus ? ” Rafidah memandangnya pelik .

Aku bukannya apa..kau tengoklah aku pakai apa ni … tu yang tak tahan lama-lama di luar tadi . Terpaksalah mengelamun sampai ke Siam sebab tak mahu kacau kau berjiwang dengan Nazri , ” usik Arina seraya tertawa terkekeh-kekeh . Lupa sebentar akan konfrontasi antara dia dengan Muzammir petang tadi . Rafidah menepuk bahunya geram .

Arina melangkah menuju ke balkoni . Dia menikmati keindahan malam . Langit-langit yang penuh dengan bintang-bintang yang bertebaran di langit mengundang damai di hatinya . Namun keindahan itu tidak lama . Fikirannya kembali pada peristiwa petang tadi. Sesungguhnya Arina masih berasa serabut dan bingung apabila teringatkan air muka Muzammir yang sangat tenang petang tadi. Dan baru dia perasan , pertemuan mereka petang tadi tidak seperti pertemuan mereka yang sebelum ini. Muzammir seperti tidak teruja mahu berjumpa dengannya . Dan Arina tidak pasti samada dia bodoh atau pun apa yang telah merasuki dirinya kerana dia seperti dapat menerima pengakuan Muzammir .

Peristiwa demi peristiwa yang janggal dan pelik ketika mereka bersama Muzammir sebelum ini muncul sedikit demi sedikit menerjah fikiran yang mula ligat berfikir . Dan Arina cuba menafikan . Cuba meyakinkan dirinya itu semua hanya illusi . Ia bukan sesuatu yang pasti . Dan walau perit macamana pun Arina rasakan kini , sudah 8 bulan mereka bersama .

Akhirnya Arina memutuskan , kata-kata Elise itu hanya dugaan … hanya menduga kepercayaan Arina kepada Muzammir.

‘ YA-ALLAH .. seperti selalu , tidak jemu aku berdoa. Kau kuatkanlah hatiku kepada Muzammir Amri , dan Kau kuatkanlah hatinya kepadaku ! Kuatkanlah jodoh kami berdua ! Satukanlah kami berdua YA-ALLAH ! Kau tabahkanlah diri kami menghadapi dugaan ketika berjauhan . Lindungilah kami dari bala bencana, YA-ALLAH ! Aminn Ya-Rabbal Alamin , ‘

bersambung..

Ahad, April 22, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#19


Telefon bimbit Rafidah berbunyi setelah hampir 1 ½ jam mereka sabar dalam penantian . Cepat-cepat gadis itu menjawab .

Dah sampai ?

……..

Kat mana ? ” kelihatan Rafidah tercari-cari .

………

Oh … ok , ” Rafidah mengorak senyum bila terlihatkan lelaki itu melambai-lambai dari seberang jalan .

Jom , Rina , ” sekali lagi mereka mengangkat bagasi melintasi jalan .

Hai , ” sapa Nazri ramah .

Hai , kenalkan kawan Ida , Rina , ” cepat-cepat Rafidah memperkenalkan . Cepat-cepat Arina menghulur tangan untuk berjabat tangan . Memang menjadi tradisi dirinya berjabat tangan sewaktu perkenalan pertama .

So , kamu berdua ada nak pergi mana-mana lagi ke ni ? ” tanya Nazri sebaik sahaja mereka menaiki van pemuda itu .

Kami ni dari pagi tadi dah berjalan . Rasanya , esok sambung , kot ? ” balas Rafidah seraya menoleh ke arah Arina yang duduk di belakang . Arina hanya tersenyum hambar . Pada wajahnya terpancar kepenatan yang teramat disebabkan seharian berjalan dan ditambah pula dengan masalahnya bersama Muzammir .

Kalau macam tu , kita terus ke Genting , setuju ? ” cadang Nazri senang . Arina menangguk setuju tanpa banyak soal . Van yang dipandu pemuda itu mula bergerak pantas meninggalkan bandaraya yang penuh hiruk-pikuk yang tidak pernah reda itu .

Perjalanan menuju ke Genting memakan masa hampir 2 jam disebabkan oleh kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur . Tiba-tiba Arina tersenyum sendiri memikirkan pakaian yang dibelinya tadi . ‘ Hmm … patutlah tergerak hati aku nak beli baju sejuk tadi ! ’ bisik hatinya tiba-tiba berasa lucu .

Van mula bergerak menaiki bukit menuju ke destinasi . Permukaan tanah yang semakin tinggi dari aras laut menjadikan sedikit demi sedikit tubuh Arina digigit kesejukan . Arina mengusap-usap kakinya yang hanya memakai skirt paras lutut .  Perjalanan menuju ke Genting jauh berbeza dengan kesesakan kotaraya Kuala Lumpur – lapang dan mendamaikan juga semakin dingin ! Biarpun jalan menuju ke tanah tinggi itu berpusing-pusing dan agak curam, Nazri kelihatan cekap mengendalikan van yang dipandu. Rafidah pula hanya diam dan tidak banyak bercakap. Betul kah sudah lama dia mengenali lelaki ini ? Tapi kenapa seperti tiada butir bicara yang dibualkan ?

Ok..kita dah sampai ! ” suara girang Nazri menyentak lamunan Arina yang agak mengelamun. Arina memandang sekeliling. Tiada apa yang menarik perhatiannya selain rasa dingin yang menyegarkan dan berasa ingin sangat untuk berehat.

Sebelum check in, kita makan dulu lah ok? Di sini susah nak cari makanan kalau dah lewat-lewat sangat. Kedai-kedai di sini tutup awal. ” beritahu Nazri lagi. Mereka keluar dari kenderaan Nazri. Ariana mengeliat sedikit setelah agak lama berasa dalam kenderaan . Badannya sudah mula berasa lenguh-lenguh. Oh, cepatlah check in..tak makan pun tidak mengapa ! Tapi di sini sejuk ! Kalau tidak makan nanti kelaparan pula di tengah malam nanti !

Boleh tak kami check in dulu. Nank letak barang-barang..tak larat lah nak bawa ke hulu ke hilir ni, ” Arina memandang tepat ke muka Nazri memohon pengertian . Nazri lekas bersetuju dan membawa mereka ke apartment hotel tempat dia selalu bermalam bersama teman-temannya di kala hujung minggu. Nazri membiarkan 2 gadis ini menyelesaikan urusan mereka bermalam di apartment hotel terlebih dahulu.

Mari saya tolong bawa barang-barang kamu berdua ,” ringan tulang Nazri membawa bagasi Arina dan Rafidah lantas mengikut mereka menaiki lif menuju ke bilik . Longlai rasanya melihat bilik tidur yang selesa . Mula lah dia berasa malas hendak kembali ke bawah untuk menjamu selera . Tapi nanti apa pula kata Rafidah . Rafidah kelihatan seperti tidak mahu berdua dengan Nazri. Dia lebih selesa jika Arina menemaninya. Maka setelah meletakkan barang-barang dan sekadar membawa wallet masing-masing, dengan berada terpaksa Arina menuruti langkah Nazri dan Rafidah menuju ke kedai makan.

Banyak seloroh Nazri sepanjang mereka makan . Seperti dia bersungguh-sungguh ingin menawan hati Rafidah. Namun Rafidah pula seperti endah tidak endah . Dia hanya sekadar mengiyakan. Arina pula cepat-cepat menghabiskan makanan. Tidak mahu lama-lama di kedai makan. Kedinginan semakin menggigit-gigit tulang sumsumnya . Iya lah..biarpun kini dia lengkap berjacket namun kakinya masih memakai skirt denim paras lutut ! Memang dia tidak tahan dan berasa sangat kalah dengan kesejukan melampau di tanah tinggi ini !


Roti John Mendezz

Hari minggu kembali lagi!Minggu lepas Cik Mendezz ada buat simple breakfast..tapi tak sempat nak kongsi..menu yang ringkas dan boleh disediakan untuk sarapan pagi atau pun minum petang..no worries..pasti kenyang!Kecuali yang tukang makan tu perut pendekar..spesis menggigil kalau sehari tak makan nasi..memang tak kenyang!Hehe!

Ok..jom kita tengok cara-cara penyediaannya! =)

Sosej dan kepingan daging burger - defrost 


Telur, cili padi, bawang merah dan bawang putih


Roti whole meal


Kepingan daging dicampur dengan telur, garam dan serbuk perasa.



Pukul sehingga daging hancur dan sebati.

Sosej, bawang putih, cili padi dan bawang merah dihiris kecil.


Masukkan kesemua bahan ke dalam telur dan daging tadi . Gaulkan sehingga rata.


Sendukkan telur tadi ke dalam kuali dan ratakan .

Tepekkan roti.

Telur yang masak akan melekat pada roti.

Paling-palingkan roti hingga masak begini.

Dah siap. Tambah sos cili, mayonis dan thousand island.

BAHAN-BAHAN
1 keping daging burger - dinyahbeku
1 batang sosej - dinyahbeku dan dipotong kecil
3 biji telur
5 tangkai cili padi {lebihkan kalau suka pedas!} - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/4 ulas bawang merah - dihiris
Roti gandum penuh/Roti putih
Sedikit garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam
Sos cili, mayonis, sos thousand island

CARA MEMASAK
  1. Kepingan daging yang telah dinyahbeku dipukul bersama 3 biji telur.
  2. Perasakan dengan sedikit garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  3. Pukul sehingga sebati dan daging hancur. {jika daging masih kasar pun tidak mengapa.}
  4. Masukkan sosej, cili padi, bawang merah dan bawang putih yang telah dipotong kecil/dadu ke dalam campuran telur dan daging tadi. Gaulkan.
  5. Panaskan kuali. Masukan 2 sudu minyak/sedikit butter.
  6. setelah minyak/butter panas, sendukkan campuran tadi dan ratakan dalam kuali. {pastikan saiznya tidak melebihi saiz roti.}
  7. Tepekkan roti di atas campuran telur yang sedang masak itu hingga ia melekat ke roti.
  8. Paling-palingkan sehingga telur dan roti garing.
  9. Angkat dan letakkan sedikit mayonis, sos thousand island dan sos cili.
  10. Lipat 2 dan sedia untuk dimakan.
**Nisbah satu kepingan daging : 3 biji telur
**jika tiada bawang merah pun tidak mengapa. Yang penting bawang putih kerana ia menaikkan lagi rasa daging disamping menghilangkan rasa hanyir daging.
**jika telur masih berbaki simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais untuk dimasak lain kali.

Sesuai di hidangkan panas bersama minuman kegemaran. Cik Mendezz suka makan sambil minum kopi o!Hehe!Selamat mencuba! =)

Sabtu, April 21, 2012

Wanita Akhir Zaman..

Ya Allah..
Aku ditakdirkan lahir sebagai wanita akhir zaman..
Saban hari mencuba..
Menjadi wanita solehah..
Namun aku sering kufur dengan nikmatMu..
Meski dalam gelap aku masih tercari-cari arahku..

Ya Allah..
Dalam kesenangan duniawi..
Aku sering terlupa pada keperitan Zinnirah..
Mempertahankan cintaMu yang satu..
Sedangkan aku begitu tegar..
Membiarkan cinta padaMu layu..

Ya Allah..
Dalam kesamaran dangkalnya iman..
Aku tidak pernah mengambil peduli..
Tentang bagaimana sejarah Asiah..
Yang telah membuktikan iman bukan penjara jiwa..

Ya Allah..
Dalam takdirMu..
Aku mencuba lagi untuk menjadi..
Teman pendamping persis Siti Khadijah..
Namun aku hanya seorang wanita akhir zaman..
Yang ada kalanya terlupa..

Ya Allah..
Teguhkanlah rasa cintaku padaMu..
Jadikanlah aku hambaMu yang tidak pernah melupakanMu..
Sentiasa berpegang pada sunnah RasulMu..
Menjadi anak yang berbakti kepada ayah dan ibu..
Dan juga seorang isteri yang taat kepada suami..
Semoga wanita akhir zaman ini sentiasa dekat denganMu..

sumber : sini


***

Zinnirah : seorang gadis tawanan perang dari Rome yang memeluk agama Islam dan pernah menjadi hamba kepada Umar Al-Khattab sebelum beliau memeluk agama Islam.

Asiah : isteri kepada Firaun

TOLOOONNNGGGGG!!!!!!Godaan dia sangat hebat!

Sekarang ni ice blended fever kan??Dengan BLACK PEARL yang sangat tempting!Cubaan pertama Cik Mendezz yang buat Cik Mendezz ketagih sampai sekarang adalah masa Cik Mendezz balik kampung halaman di Segamat, Johor. Masa tu menyinggah sekejap kat hypermarket baru sebab nak belanja barang dapur dan sebab parents nak balik tengok rumah..dannnnnn sebab nak survey persediaan untuk majlis..hehe!

Perisa pertama yang Cik Mendezz cuba adalah Bandung Blog..uhhh~~ memang sangat nyaman! Pulak masa tu tengah panasss berdenting..rasa pengap dah kepala ni..bonda Cik Mendezz pilih perisa Choc Blog dan Ayahanda Cik Mendezz pilih perisa Cincau Blog..


Oleh sebab ke hausan yang terlampau, memang xsempat snap la pic minuman ni..sempat snap pix kt kedai jek masa tengah que..hihihi!

Then bila balik KL..dok fikir..mana nak cari menatang ni!Dadah apa dia letak dalam ramuan pearl tu sampai Cik Mendezz memang dok teringat-ingat jek!Nak dijadikan cerita..kebetulan Cik Mendezz bermalam di rumah teman sepejabat Cik Mendezz..dia ni orang utara..satu hari housemate dia yang sama-sama kerja dengan kami ada hal..jadi kami pun balik kerja sendiri naik bas..Member Cik Mendezz dok cakap..

"Sat gi aku mo singgah CM sat naa nak beli eachkaq.." banyak kali dia ulang tapi Cik Mendezz tak paham-paham lagi apa dia cakap. Iyakan ajelahhh sampai kami dah sampai CM..Rupa-rupanya dia maksudkan menatang ni haa...


It's Each A Cup!Aaaaaaaa....awatlaaa hang segan sangat nak sebut penuh-penuh Jue oiiii!!Bila dah tengok kedainya baru la paham..hehe!Di CM ada..di Sogo ada..Sunway Piramid pon ada..Wangsa Walk pun ada..fuhh..memang susah nak lari dari godaan yang hebat neh!

Almond Oreo + Pearl & Choc Oreo + Pearl
Tapi tidak mengapalah..Cik Mendezz akan berusaha untuk menepis dugaan yang hebat ni buat seketika..badan Cik Mendezz ni memang cepat kembang kalau dah menghadap ais..apatah lagi ais blended dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya!Semoga usaha Cik Mendezz berjaya..lagi-lagi hendak menyahut seruan incik hubby yang dok bising-bising Cik Mendezz dah xmo melawo untuk dia dah..aduhh..bukan itu niat dinda, kanda..maafkan dinda!!  Each A Cup ini yang menggoda-goda adinda!!Rasanya yang mantop membuatkan adinda susahhhh nak lupa!

Ada-ada je alasan kalo dah kemaruk tu eh??Kehkehkeh!

P/S : Belum cerita lagi kes kempunan tak abes sebab tak cuba lagi burger kaw-kaw yang Cik Epal promote tu..huwahhhhhhhhhhhhhhhhh!!Nanti ko!Tunggu lah serangan Cik Mendezz!! =P


Cerpen : KISAH HATI...#18


TOINGG !!!!!!!! Terbeliak mata Arina melihatkan apa yang terpampang di cermin kaunter tiket bas itu .

TIKET KE SEGAMAT HARI INI HABIS DIJUAL !

Ya ALLAH … Ida , apa kita nak buat ni ? ” tanya Arina kalut . Menyesal pula dia kerana tidak membeli tiket setibanya dia ke Pudu sebelum mereka berjalan-jalan tadi ! Tapi selalunya tiket memang tidak pernah habis . Itu yang menyebabkan Arina tidak pernah risau . Namun hari ini … ah , sudah nasib kami malang agaknya !

Ni Zammir punya pasallah ni ! ” rungut Arina lagi geram . Kalau tidak kerana terlalu memikirkan masalah dengan lelaki itu , mesti tidak jadi begini ! Tiba-tiba sahaja aku jadi pelupa !

Arina akui , kehadiran Muzammir benar-benar mempengaruhi hidupnya . Maka , bila dia mendengar cerita seperti ini , Arina terus jadi bingung , jadi macam tidak betul , jadi pelupa dan rasa semuanya serba tidak kena …

Kau tunggu , aku call Zammir . Mana tau , dia boleh suggest nama hotel yang murah-murah di KL ni untuk kita bermalam , ” pantas tangan Arina mendail nombor telefon Muzammir .

Telefon bimbit yang berdering di atas meja segera didapatkan oleh Muzammir yang baru keluar dari bilik air .

Hello ,

Zammir , Reen ni …,

Kenapa tak balik lagi ? ” tanya Muzammir dengan nada mendatar . Walaupun rasa amarahnya masih belum reda dek tindakan Arina hari ini namun dia masih risau akan diri gadis itu yang kadangkalanya terlalu berani .

Tiket balik Segamat dah habis ni , Zammir tolong Reen …,

Tak tahu ! ” pintas Muzammir pantas . Biar Arina rasa marah sepertimana yang dia rasa hari ini !

Tak tahu dahlah ! ” pantas Arina meletak gagang telefon awam itu . ‘ Huh , ingat aku teringin sangat hendak minta tolong kau ?! Kalau tak kerana terdesak , tak ingin tau ! Macam ni nak jaga aku seumur hidup ?! ’ gumam Arina geram .

Zammir still marah pada aku . Elise kat kampus . Kawan-kawan aku yang lain pun di kampus . Any suggestion ? ” suara Arina akhirnya . Rafidah teragak-agak . Nampaknya terpaksa juga dia berjumpa dengan Nasir , teman internetnya yang sejak awal tadi ingin dielak-elakkan ! Tapi macam mana kalau Arina tak setuju ? Buatnya Nasir itu lelaki yang tidak boleh dipercayai , bukankah teraniaya mereka nanti ?

Tak mengapalah . Kita try contact kawan aku , ” giliran Rafidah pula yang mendail di telefon awam itu . Setelah berbicara seketika , kelihatan wajahnya agak lega .

Dia dari Rawang . So , lambat sikit , ” beritahu Rafidah yang turut kepenatan sepertimana Arina .

Kalau macam tu , handphone kau kita beli esok . Kita tunggu kawan kau di luarlah . Ramai sangat orang kat sini , rimaslah ! ” cadang Arina pantas lantas mengangkat bagasi mereka keluar dari perhentian bas Puduraya yang penuh sesak itu .

Waktu itu , jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam . Ini bermakna sudah hampir setengah jam mereka menunggu . Rafidah sudah resah . Tambahan pula orang lalu-lalang sudah berkurangan , menjadikan mereka berdua menjadi perhatian . Walaupun Arina turut resah sepertimana teman baiknya ini , dia berusaha untuk menyembunyikannya . Moga-moga , walau apapun yang terjadi , taekwondo yang dipelajari selama di UiTM mampu membantu !

Betul ke kau kenal dia , Ida ? ” tanya Arina apabila melihat teman baiknya ini kalut dibuai resah .

Kenal , kau jangan risaulah . Dia kata nanti dia bawa kita sewa hotel di Genting ,

Genting ?! Gila apa ?! ” hampir-hampir Arina terpekik .

Ya , Genting . Dia selalu lepak Genting masa weekend , so dia tahulah hotel mana yang murah , hotel mana yang mahal , ” cepat-cepat Rafidah menjelaskan .

Oh … ok , ” perlahan-lahan Arina menarik nafas lega . Rafidah berusaha untuk tenang . Memberitahu Arina bahawa inilah kali pertama dia bertemu Nasir adalah tidak sama sekali ! Elok-elok mereka bermalam di atas katil yang empuk , terus kena bermalam di tepi jalan pula jadinya nanti disebabkan Arina tidak mahu mengikut ! Jauh disudut hatinya , dia berdoa agar Nasir tidak menganiaya mereka . Ah , Arina ada taekwondo , apa dia nak risau !


Rabu, April 18, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#17


Memang benar , selama ini Arina tidak pernah bertanya seberani ini kepadanya . Dia faham sikap Arina yang tidak suka dikongkong , maka Arina turut bersikap tidak suka mengongkong . Sebaliknya Arina meletakkan sepenuh kepercayaan kepada dirinya selagi Muzammir tidak membelakangkannya . Dan … apabila Arina bertindak begini , apakah sudah hilang kepercayaan Arina terhadap dirinya ? Ah , terseksa betul jiwanya jika sangkaannya benar !

                “ Elise yang bagitau Reen , dia nampak Zammir minggu lepas . Reen tak tahu nak buat apa . Sebab tu Reen naik KL jumpa Zammir , ” jelas Arina dengan suara yang semakin kendur .

                “ Betul , Reen . Zammir tak keluar pun minggu lepas . Tanyalah Lan kalau Reen tak percaya ,

Demi ALLAH , Mir ? ” Arina memandang tepat ke wajahnya meminta kepastian buat kali terakhir . Tidak tahulah Arina jika lelaki itu sanggup menggunakan nama Tuhan demi menutup kesalahannya tapi dia perlu soal demi untuk meyakinkan dirinya bahawa Muzammir yang dikenalinya masih Muzammir yang dulu … Muzammir yang menerima dia seadanya .. yang menyayangi dia sepenuh jiwanya … dan tidak pernah berusaha memandang perempuan lain . Itu yang penting !

Demi ALLAH , Reen . Zammir tak tipu , ” jawabnya tenang . Berdosakah aku melakukan sumpah ini demi untuk menyelamatkan keadaan ? Melihat wajah Arina , dia pasti Arina masih kecewa . Kecewa yang tidak dapat digambarkan oleh Muzammir sendiri .

Kenapa Zammir dah lama tak call Reen ? ” tanya Arina lagi cuba menahan sendu yang ditahan-tahan sejak tadi .

Pointer Zammir jatuh teruk semester lepas , Reen … Zammir kena all out this semester to improve it  , ” Muzammir masih bersahaja . Ah , benci betul Arina melihatnya ! Seolah-olah dia tidak berbuat salah langsung ! Jauh di sudut hati , Arina percaya dengan kata-kata Muzammir walaupun jika semua itu bukan hakikatnya . Dan … Arina percaya dengan riak air mukanya . Tapi entahlah ! Bila ditanya  tentang pointer , mengapa sudah lama Muzammir tidak menghubunginya , jawapannya benar-benar mengecewakan !

Sampai tak ada masa nak call Reen lagi ? ” soal Arina lagi dengan suara yang lebih perlahan . Entah mengapa Arina  terasa hati kerana apabila Muzammir  mengabaikan dia begitu , dirinya terasa seperti dilupakan … diketepikan … diperkotakkatikkan perasaan … seolah-olah selama mereka bersama Arina telah mengganggu hidup Zammir  … pelajaran Zammir  … sedih betul hatinya .

Zammir target 4 plat semester ni . Sebab tu Zammir sibuk dengan kuliah , pergi library , lab work … sampai Zammir betul-betul tak ada masa nak hubungi Reen , ” ah , alasan semata-mata ! Itulah yang bermain di ruang fikiran Arina setelah diperdengar jawapan oleh Muzammir .

Kalau betul Muzammir ingin menumpukan perhatiannya pada pelajaran , tidak mengapalah … aku redha … aku tidak kisah selagi tujuannya masih ke arah itu … namun jika haluannya berubah arah … demi ALLAH , dia akan menjadi lelaki kedua yang takkan aku maafkan dunia dan akhirat …!!! 


Selasa, April 17, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#16


Aku minta maaf pasal dalam kelas tadi , Lan . Aku betul-betul kusut , ” suara Muzammir akhirnya sebaik sahaja dia meletak gagang .

Tak apalah , aku faham . Cuma yang aku tak faham apa yang kau takut sangat nak jumpa girlfriend kau tu ? Jumpa ajelah … bukan ke kau dah lama tak jumpa dia ? ” ternyata apa yang mengusutkan fikiran Muzammir sebentar tadi tidak dapat dibaca oleh Azlan .

Aku rasa macam dah kantoi dengan Reen ni ,

Pasal apa ? Bila ? ” Azlan bertanya terkejut . Memang dia tahu ada masanya Muzammir keluar bersama kawan-kawan perempuannya yang lain namun hubungan itu hanyalah sekadar hubungan teman biasa . Tidak pernah lebih dari itu . Tidak tahulah Azlan kalau pengakuannya itu sekadar hendak melindungi karenah nakalnya dari teman-teman rumahnya !

Kau ingat tak minggu lepas yang aku kata aku terjumpa Diana masa aku pergi KLCC ? ” tanya Muzammir kembali .

Hah , kenapa ? ” berkerut dahi Azlan mengingati apa yang berlaku minggu lepas .

Masa pergi Kino , kawan Reen , Elise nampak kami . Masa tu pulak aku tengah tahan Diana yang nak terjatuh , so nampaklah macam aku tengah peluk dia . Baru je aku nak explain pada Elise , dia dah hilang macam tu je , ” adunya lagi membuatkan Azlan terangguk-angguk faham . Barulah dia mengerti mengapa Diana seperti marah-marah ketika dia dan Zulia menemuinya di ruang legar depan Vincci pada hari Sabtu lepas .

Habis sekarang ni , kau nak buat apa ?

Jumpa Reen lah . Kau tolong bawa balik beg aku ni , boleh ? ” terus Muzammir meletakkan begnya di bakul motosikal Azlan .

Kau nak explain macam kau explain pada aku ni ke ? ” tanya Azlan seraya tersenyum .

Aku belum sedia nak mati lagi . So , pandai-pandailah aku nanti , ” Muzammir masih sempat bergurau . Bukanlah maksudnya yang Arina akan mencekik lehernya hingga dia tidak bernyawa setelah mendengar penjelasannya , cuma kali ini dia benar-benar tidak dapat menjangka tindakan susulan Arina sebaik sahaja mendengar semua itu .

Oklah , kau selesaikanlah elok-elok , Zammir . Aku doakan kau kat rumah moga-moga kau selamat , dipanjangkan umur , ” balas Azlan pula . Kelakar pula rasanya melihat Muzammir kalut begitu . Resahnya bagai mahu ke medan perang sahaja !

Jadi ke Zammir datang ? ” tanya Rafidah yang sekadar mengikutinya . Arina hanya mengangguk .

Kalau macam tu , aku tak nak kacaulah . Kau selesaikan masalah kamu berdua ni elok-elok , ok ? Aku pergi Kinokuniya dulu . Nanti apa-apa hal kau cari aku kat sana . Takpun , aku cari kau kat sini . Mana-manalah , ” cadang Rafidah akhirnya . Sekali lagi Arina hanya menganggukkan kepalanya dan melihat Rafidah menaiki eskulator menuju ke aras yang lebih tinggi .

Arina sedar , kini dia  harus menjadi seorang yang kuat dan berani menyuarakan apa yang terbuku kerana seharusnya tiada rahsia antara kami . Dan pada dirinya , apa yang Elise nampak itu bukanlah sesuatu yang masih boleh dipandang ringan ! Berjalan dengan perempuan lain dengan penuh daring . Walhal , dengan dia pun jangan haraplah Muzammir  hendak jalan mesra seperti itu . Itulah yang amat Arina sedihkan . Bila memikirkan bahawa Muzammir telah  memberikan dia harapan yang sangat tinggi dan bahagia tapi pada masa yang sama kasihnya juga pada orang lain . Siapalah yang tahu kalau-kalau kasihnya lebih dari kasih Zammir terhadap dirinya . ‘ AKU TIDAK BOLEH TERIMA !!!!!!!!! ’ rintih hatinya yang dihantui perasaan yang saling berbaur . Antara marah , sayang , benci dan rindu .

Dalam asyik Arina melayan perasaannya sendiri , tiba-tiba dia merasakan ada seseorang menghampirinya membuatkan pandangan Arina terdorong ke kanan . Ah , akhirnya kau tiba juga , Zammir . Sudah lama Reen menunggu supaya segala-gala yang terbuku di dada ini terjawab jua !

Hai , ” Muzammir tersenyum kacak . Namun Arina tahu , senyuman Muzammir hari ini adalah senyuman yang sengaja dibuat-buat . Bukan ikhlas seperti selalu .

Hai , ” balasnya antara dengar dengan tidak . Sempat juga dia memerhati penampilan Muzammir yang berjersey yang warnanya sama dengan blaus yang dipakai Arina . Sejuk sedikit hatinya yang diledak oleh api curiga . ‘ Sekurang-kurangnya , naluri kami masih bertaut ! ’ bisik hatinya sedikit lega .

Kenapa ni ? Tiba-tiba naik KL tak beritahu Zammir , alih-alih nak jumpa je . Terkejut Zammir dibuatnya , ” tanya Muzammir tenang . Arina memandang kembali ke wajah itu . Wajah yang begitu tenang dan pura-pura tidak memahami air muka Arina yang sudah merah padam menahan rasa .

Reen tak tahu dari mana nak mula , tapi Reen mesti tanya . Or else , sampai bila-bila pun semua ni tak terjawab , ” akhirnya Arina memulakan bicara .

Apadia ? Tanyalah … kalau boleh , Zammir jawab , ” pujuk Muzammir masih tenang . Dia tahu dari air muka Arina , gadis itu benar-benar marah dengan sikap sambil lewanya sejak kebelakangan ini . Malah untuk berjumpa Arina hari ini pun , jiwanya menjadi resah tidak menentu . Macam-macam perkara yang muncul di fikiran menjadikan dia semakin gentar untuk bersemuka dengan gadis pujaannya ini .

                “ Cakap pada Reen … Zammir takde keluar last weekend ? ” Muzammir menggelengkan kepalanya . Sewaktu memandang Muzammir dan bertanyakan hal itu , memang Arina rasa mukanya panas betul . Terasa seperti hendak keluar asap dari mulut dan telinga ! Nasib baik dia teringat dia tiada bersangkut-paut dengan baka naga !

                “ Habis tu … siapa pula yang member Reen nampak minggu lepas ? ” Arina mula menyinga . Sudahlah dia terpaksa menunggu lelaki itu sehari suntuk ! Bila ditanya , Muzammir bersikap tenang dan tidak sedikit pun tergugat . Seolah-olah semuanya telah diketahui . Mengenai tembelangnya yang sudah pecah atau kehadiran Arina ke KL .

                “ Betul , Zammir tak keluar pun minggu lepas … tanyalah housemate Zammir kalau Reen tak percaya , ” jawab Muzammir dengan nada suara yang mendatar . Arina merengus seraya memandang ke tempat lain . Sakit hatinya mendengar jawapan Muzammir itu ! Agaknya kalau tangan Arina diletak ke kiri dadanya , mesti degupan jantung Muzammir yang pantas dapat dirasakan .

                “ Betul …, ” Muzammir menyatakan sekali lagi apabila Arina terus diam membisu .

                “ Betul …? ” Arina bertanya sekali lagi .

                “ Reen tak percayakan Zammir ? ” tanya Muzammir yakin seolah kata-kata itu mampu mematikan kata-kata gadis di hadapannya yang sedang diselubungi rasa curiga yang teramat .

                “ Bukan Reen tak percaya . Dua-dua Reen percaya ! Elise kawan Reen ! Zammir boyfriend Reen ! Sebab tu Reen cuba berlaku adil … dengar dari kedua-dua belah pihak ! Kalau Reen tak percayakan Zammir , dah lama Reen serang Zammir tak tentu pasal ! ” ah , terserlah betul kekecewaan pada riak wajah Arina . Tidak tergamak rasanya untuk Muzammir menceritakan segala-galanya .

                “ Ha , mana awak nak pergi ? Beranilah , Reen belum habis cakap lagi … kalau Zammir pergi juga , Reen meraung kat sini sebut-sebut nama awak ! Lantak ! ” kata-kata itu membuatkan Muzammir membatalkan hasratnya untuk beredar .

                “ Reen tak pernah tanya Zammir macam ni , kan ? ” ya , dalam diam Muzammir mengakui bahawa Arina tidak pernah seberang ini kepadanya . Kata-katanya tidak pernah mengugut seserius ini . Walaupun masih rendah nadanya , ia benar-benar mengesankan , benar-benar membuatkan Muzammir serba-salah . Namun dia masih cuba berlagak tenang . Betapa pantasnya degupan jantungnya ketika itu , hanya ALLAH sahaja yang tahu !


Ahad, April 15, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#15


Hello , Zammir … kat mana ni ?

Zammir on the way kelas ni . Reen kat mana ?

Kat Sungei Wang . Zammir habis kelas pukul berapa ?

Pukul 4 , kenapa ? ” eh , buat-buat tak tahu pula !

Okay , Reen tunggu sampai pukul 5 kat KLCC . Zammir datang ke tak datang ke , Reen tunggu juga . Reen nak jumpa Zammir , ” ternyata Arina sudah tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang terbuku di dada .

Nantilah , Zammir cuba . Tapi Zammir tak boleh janji , tau ? ” suara di hujung talian itu seperti teragak-agak .

Apasal pulak tak boleh janji ? Sebelum ni sanggup ponteng kelas datang jumpa Reen . Ni tiba-tiba tak boleh pulak , ” balas Arina sinis namun masih mampu mengawal nadanya .

Oklah , macam ni , Zammir nak masuk kelas ni . Nanti Zammir sms . Tu pun kalau dapat jumpalah . Setuju ? Tapi pukul 5 awal sangat , pukul 6 la , ok ? ” pujuk Muzammir seolah-olah dapat meneka mengapa kekasih hatinya bertindak begitu .

Ok , pukul 6 . Reen tunggu . Bye … study elok-elok , ” sempat juga Arina berpesan .

Ok , ” dan talian diputuskan . Muzammir melintasi koridor menuju ke bilik tutorial lambat-lambat . Berderau darahnya mendengar suara Arina sebentar tadi . Ah , ada-ada sahaja yang dilakukan oleh Arina !

Pelbagai persoalan yang menyesakkan ruang fikirannya kembali bertandang menjadikan Muzammir tiba-tiba dibuai amarah . Namun , mestikah kemarahan itu ditujukan kepada Arina sahaja ?

Kau nak ke mana tu ? Dah sampai kelas ni , ” siku Azlan apabila Muzammir tidak masuk ke kelas sebaliknya terus melangkah . Bagai tersedar dari khayalan , Muzammir berpatah semula lalu mengambil tempat di dalam kelas tutorialnya .

Kau ni kenapa , Zammir ? Macam tak betul je aku tengok hari ni ! Apa yang tak kena ni ? Kau kena marah dek lecturer ke ? ” soal Azlan bertalu-talu .

Aku lagi sanggup kena marah lecturer hari ni , tau tak ?! ” bisik Muzammir keras membuatkan Azlan semakin tertanya-tanya . Macam berat je masalahnya !

Apasal ?

Reen tengah tunggu aku sekarang ni , ” beritahu Muzammir akhirnya . Dia meraup mukanya lesu . Entahkan kesal entahkan marah tidak dapat Azlan menekanya . Yang pasti , air muka teman serumahnya ini bertukar menjadi keruh dan tidak bermaya seolah-olah ada bencana yang bakal menimpa .

Habis tu , kenapa ? Kau tak gembira ke dia buat surprise macam ni ? ” tanya Azlan lantas tersenyum . Hai , memang romantiklah kekasih Muzammir yang ini ! Malangnya Azlan tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya .

Kau boleh tak jangan nak sindir aku ?! ” hampir-hampir Muzammir menaikkan suara menyebabkan semua pandangan terarah kepadanya . Cepat-cepat Muzammir mengangkat tangan tanda meminta maaf lalu pura-pura mengeluarkan barang dari beg sandangnya . Azlan diam tidak terkata !

Macamana ? ” tanya Rafidah yang ternanti-nanti .

Zammir lambat lagi . Pukul 6 . Teman aku beli baju dulu , boleh ? ” Arina memaniskan mukanya seperti anak-anak kecil . Rafidah menarik telinganya .

Hish ! Tengah sedih-sedih pun boleh buat lawak ! Ok lah , jom , ” mereka masuk kembali ke kompleks membeli-belah tersebut lantas menemani Arina membeli pakaian . Setelah memilih blaus lengan pendek berwarna coklat bersama sehelai skirt denim paras lutut , Arina pantas membayar dan mengenakan pakaian itu ke tubuhnya . Sesudah itu barulah mereka menaiki teksi menuju ke KLCC .

Setibanya di KLCC , 2 gadis ini menuju ke sebuah restoran makanan segera untuk mengisi perut mereka yang memang kosong sejak pagi tadi . Sesudah itu barulah mereka kembali bersiar-siar di sekitar Suria KLCC yang turut menjadi salah satu mercu tanda ibu negara ini .

Pelbagai ragam manusia yang dapat diperhatikan . Ada yang begitu asyik membeli-belah , ada yang asyik bergambar . Tidak ketinggalan juga yang bermadu kasih . Yang lain-lain pula sepertinya , asyik memerhatikan gelagat manusia .

Akhirnya Arina mendapatkan sebuah telefon awam lalu segera menghubungi Muzammir buat kali kedua .

Reen balik pukul berapa ni ?

Eh , Zammir . Reen baru tiba , kan ? Apasal Zammir sibuk sangat nak tanya bila Reen nak balik ni ?! Yang Zammir ni nak datang ke tak jumpa Reen ni ? ” ternyata Arina benar-benar marah dengan sikap sambil lewa Muzammir kali ini . Kenapa Muzammir macam tidak sabar pula hendak Arina pulang ke Johor ?

Oklah … Reen tunggu ya ? Kejap lagi Zammir tiba ,

Reen tunggu kat level 2 . Bye , ” Arina terus meletak gagang . Di dalam fikirannya , pelbagai prasangka melanda . Dan semua yang difikirkan itu menjadikan gadis ini bertambah sedih dan terhiris . Bila difikirkan betul-betul , meskipun dia berasa sangat terluka , namun tiada yang lebih melukakan dari kehilangan seorang lelaki yang sangat Arina sayang !




Sabtu, April 14, 2012

Akhirnya!! =D

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers!Sorry...sorry..sorry!!Setelah beberapa minggu Cik Mendezz terseksa online via phone..barulah hari ini berkesempatan untuk pulang ke rumah dan online via lappy tersayang..hikhik! =D

Minggu lepas Cik Mendezz sempat la melawat blog Mak Dara via line ofiz yang sangat lemau berkerim dan dibenci ramai tu..sempat lah tinggalkan link kt post tu sebelum sessi promosi tamat. Happy.. {link blog pon paling bawah sekali!!Ok la..dari tak sempat langsung!} Kehkehkeh!Terima kasih banyak-banyak Mak Dara..jasamu dikenang-kenangggggg selalu..

Akan tetapi..disebab kan via phone..makanya sesiapa yang dok blogwalking dan follow Cik Mendezz sepanjang Cik Mendezz via phone tu..Cik Mendezz cuma sempat komen-komen dan silent reader je la sebab via phone kan limit fungsinya..barulah hari ini terhegeh-hegeh nak follow balik..to my dearest followers..thanx you so so much..do support my writing especially my episodes of novel ok?Hikhik!

Ok..nak memfollow-follow dan blogwalking lagi..Yahhh!!Yahhhh!! =D