Khamis, April 05, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#9


Entah berapa lama Arina bergelap begitu sehingga Dura pulang ke bilik . Dura memang  selalu begitu apabila pulang dari kampung . Setibanya di bilik dia hanya sekadar meletakkan barang lalu pergi ke bilik teman sekelas mereka yang lain . Memang kebanyakan rakan sekelas mereka diletakkan dalam satu blok yang sama yang menempatkan 2 orang pelajar untuk setiap bilik . Cuma ada yang berbeza aras , bilik dan sayap . Setiap sayap bagi setiap aras memiliki 16 bilik . Ini bermakna satu aras mempunyai 32 bilik . Kebanyakan pelajar siswi bahagian 4 ditempatkan di aras 2 dan aras 3 . Hanya segelintir ditempatkan di blok lain yang bloknya menempatkan 4 orang pelajar dalam satu bilik .

Wow , wallet baru . Lawanya , ” bisik Dura sendiri setelah ternampak wallet yang diletakkan di atas meja belajar teman sebiliknya .

Dah balik bilik dah ? ” tegur Arina agak sengau . Dura menoleh memandangnya .

Kenapa ni ? Kau gaduh dengan Muzammir ke ? ” soal Dura agak terkejut melihat mata teman sebiliknya ini yang sembab dan basah dek air mata . Lagipun Arina susah hendak menangis melainkan perkara yang dilalui benar-benar mengguris hati perempuannya .

Sikit . Tapi tak tahulah nak cakap macam mana . Biar ajelah … pukul berapa dah ni ? ” Arina mengilas skrin telefon bimbitnya . Lantas dia bingkas ke bilik air mencuci muka dan berwuduk untuk menunaikan solat Isyak . Selesai bersolat , dia mengambil Al-Quran di dalam almarinya . Dengan lafaz Bismillah , Arina membaca surah Fatihah , diikuti ayat Qursi lalu membaca surah Yasin . Airmata yang mengalir sepanjang bacaan diseka pantas . Di dalam hatinya hanya mampu berdoa agar Ar-Rahman menguatkan hatinya untuk melupakan apa yang didengarinya sebentar tadi . Selagi itu semua tidak berlaku di hadapan matanya , dia tidak akan mempercayai semua prasangka yang memusnahkan itu ! Ya ALLAH , berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini !

Kau dah check akaun kau ? ” tanya Dura sebaik sahaja Arina selesai mengaji dan meletakkan kembali naskhah Qalammullah itu ke dalam almari . Setelah hampir 2 tahun berkongsi bilik dengan Arina , dia tahu setiap kali Arina berduka , dia akan mengaji lebih lama dari selalu .

Belum , kenapa ? ” Arina menggantungkan semula kain telekung yang sudah dilipat .

Ida punya loan semester ni dah masuk , mungkin kau punya pun dah masuk … pergilah periksa esok , ” Dura memberitahu sambil mencapai tuala . 

Kawan-kawan kita yang lain , dah masuk ke ?

Belum … dia orang semua dah check . Cuma kau saja lah yang dia orang tak tahu lagi , ” 

Nantilah , aku check esok . Kalau aku balik bawa benda best-best tu , kira dah adalah , ” Arina berusaha untuk memaniskan mukanya . Memang selalunya begitu apabila duit pinjaman pelajarannya keluar setiap semester . Teman biliknya ini akan dibelanja makan .

Kau bertengkar dengan Zammir ke Rina ? ” tanya Dura lagi . 

Tak … it’s just I heard the rumour that he was going out with someone else , ” kali ini tangisnya dibuai sendu yang teramat .

Siapa yang beritahu kau ni ? Kau kata dah berbaik semula dengan dia . Tapi kenapa jadi macam ni ? ” Dura kembali berasa pelik . 

Aku tak tahulah , Dura … aku macam dah tak boleh nak baca dia sekarang . Bila jumpa , ok … Cuma dia tak call aku . Entah apa yang dia cuba sembunyikan , aku pun tak faham . Macam dah tak ada sifat lelaki dalam diri dia untuk berterus-terang dengan aku,” balas Arina dengan suara yang tersekat-sekat .

Siapa yang beritahu kau semua ni , Rina … bukan kau tak tahu ramai yang cemburukan hubungan kau dengan Zammir . Bersabarlah , khabar angin je tu , ” pujuk teman sebiliknya ini lembut .

Masalahnya , aku dengar dari Elise … dari Farah … macam mana aku nak tipu telinga aku sendiri yang aku dengar semua tu ? Farah dah ada boyfriend , Elise still not interested in love . How could I accused them , Dura ? ” Arina meraup mukanya bingung .
It’s getting late , Rina . Aku pun nak mandi . Kau tidurlah dulu , ” Dura turut pening melayan kebingungan teman sebiliknya ini . Arina hanya mengangguk lantas meletakkan kepalanya di atas bantal .
Malam itu , tidurnya tidak ditemani mimpi indah . Sebaliknya hanya rasa duka dan airmata yang tumpah buat kesekian kalinya kerana Muzammir Amri !


bersambung...

0 ulasan: