Jumaat, April 06, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#10


Eh , Kak Balqis dah balik ? Ingatkan dah tak mahu balik UiTM dah …, ” usik Norita riang . Cepat-cepat dia meletakkan bagasinya lalu bersalam dengan Balqis .

Dari petang tadi Akak dah tiba . Kenapa Ita tiba lambat ? ” tanya Balqis pula .

Pekeliling , biasalah Kak . Ala-ala Pudu juga ! Kalau dah ramai students kita yang balik , bas 15 minit 1 pun tak cukup ! Eh , Akak dah makan ke ? Nanti sakit lagi , susah pula . Ke nak sambung cuti lagi ? ” kata-kata Norita hanya di balas dengan tawa girang . Memang dia dan Norita selalu saling usik-mengusik . Malah dalam bilik seramai 4 jumlah ahli itu , hanya mereka berdua terserlah akrab meskipun berlainan negeri , usia dan jurusan . Mungkin sikap ambil berat yang terserlah pada Norita membuatkan Balqis sudah menganggap Norita seperti adiknya sendiri .

Ita pergilah mandi dulu . Lepas sembahyang Maghrib , kita makan di kafe , ok ? Kali ni , biar Akak yang belanja , ” jawab Balqis akhirnya .

Ok . Eh , ni budak 2 orang ni mana ? Dah tak ingat nak balik ke ? ” soalan itu dimaksudkan kepada 2 lagi teman bilik mereka yang jarang menampakkan muka di bilik . Kadangkala tidur pun di bilik kawan mereka yang lain . Tujuan pulang ke bilik tidak lebih daripada mandi dan bertukar pakaian .

Shima dengan Asmah ke ? Dah balik . Tapi macam biasalah ke bilik kawan masing-masing . Entah apa yang dicari tak tahulah Akak , ” jelas Balqis lagi sambil mencapai pencuci muka dan berus gigi .

Biarlah mereka tu , Kak . Mereka tu menolak tuah … UiTM ni meletakkan pelajar pelbagai jurusan dalam satu bilik sebab dia nak kita ni saling bergaul , ambil tahu secara kasar tentang jurusan yang berlainan dengan mereka . Tapi mereka tak mahu ambil peluang tu . Rugilah mereka , ” Norita turut mencapai tuala dan bakul peralatan mandinya menuju ke bilik air bersama Balqis .

Hmm … betul tu , Ita . Masa inilah kita nak kenal hati budi , nak tambah kenalan baru , kan ? Bukannya apa , nanti kalau apa-apa terjadi , tak adalah terpinga-pinga . Macam Akak sekarang ni , tak bawa ubat gigi . Bila dah tahu hati budi kau ni memang baik , mesti Akak boleh minta ubat gigi kau sikit , kan ? ” tanya Balqis seraya tergelak kuat .

Hish , Akak ni ! Itupun nak tanya ! Ambil sajalah …, ” Norita yang sudah mula mencuci muka turut berderai tawanya seperti Balqis .

Kena beritahu . Kalau tak dah kes mencuri pula nanti , ” balas Balqis lagi .

Akak ni ada-ada ajalah , ” Norita hanya mampu menggelengkan kepala . Ternyata sewaktu sihat , Balqis memang seorang yang menghiburkan . Ada sahaja akalnya untuk mengusik teman-teman . Kak Salina pun selalu berkata begitu . Namun tatkala migrainnya menyerang , hanya ALLAH sahaja yang tahu azab yang ditanggung oleh Balqis !


0 ulasan: