Seawal pagi tadi , Azlan sudah keluar bejumpa dengan kekasih hatinya . Siapa lagi kalau bukan Zulia teman sekelas mereka . Teman rumahnya yang lain pula ada yang masih tidur dan ada yang tidak pulang sejak malam tadi .
Muzammir menggeliat lesu . Bosannya hari ini . Tambahan pula dia tidak mempunyai apa-apa perancangan . Selalunya , apabila dia tidak pulang ke kampung , dia berjalan-jalan di sekitar bandaraya KL . Tiada apa yang dicari sebenarnya . Hanya sekadar menjamu mata melihat bandaraya yang tidak pernah serupa dari hari ke hari . Ada sahaja perkara baru yang muncul . Ada sahaja trend baru yang menjadi ikutan .
Pemuda yang berbadan agak sasa ini turun dari katil mencapai tuala lantas masuk ke bilik air . Mungkin ke KLCC lagi minggu ini . Seperti minggu-minggu yang lalu .
“ Niza tak balik minggu ni ? ”
…..
“ Tak mengapalah , Mak Cik . Kalau dia telefon nanti bagitahu dia Rina call , ok ? ”
…..
“ Ok , terima kasih Mak Cik . Assalammualaikum , ” dan gagang diletak setelah salamnya bersambut . Kenapa pula Niza tak balik minggu ni ? Dia banyak field work bulan ini agaknya . Arina menggumam sendiri . Ibunya seawal pagi tadi sudah keluar . Ada mesyuarat katanya . Rini macam biasa bila hujung minggu begini , pasti keluar bertemu teman lelakinya . Adik-adiknya yang lain pula menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah .
Arina mengeluarkan beberapa keping cakera padat yang dipinjam dari Elise dari begnya berserta dengan kertas-kertas warna . Di dalam mindanya pelbagai idea menerjah masuk tanpa diundang . Arina tersenyum sendiri . Pasti Muzammir gembira dengan apa yang bakal dibuatnya ! Namun entah bagaimana , dalam keghairahan melahirkan kreativiti , hatinya berasa kurang enak . Mengapa agaknya ? Apakah sesuatu telah menimpa Muzammir ?
“ Entahlah … saya just jalan-jalan je . Tak plan pun nak ke mana-mana . Diana buat apa kat sini ? ” balas Muzammir mesra . Maklumlah , sudah hampir 2 jam dia mundar-mandir seorang diri . Tidak sangka pula boleh terjumpa dengan rakan sekelasnya . Meskipun sewaktu di dalam kelas mereka jarang bertegur sapa , itu tidak bermakna mereka tidak saling mengenali .
“ Well … berjalan-jalan juga . Tapi … tak sangka pula boleh jumpa Zammir kat sini , ” Diana menjawab girang . Wajahnya yang sebentar tadi agak suram terus bercahaya setelah bertemu dengan pemuda itu . Pemuda yang sememangnya bertahta di hatinya ; Muzammir Amri Mohamad .
“ Saya pun tak sangka boleh jumpa Diana kat KLCC ni . So , nak ke mana lepas ni ? ” Muzammir meneruskan bicara . Sekurang-kurangnya hilang bosannya hari ini .
“ Emm … tak tahu lagi . Zammir ? ” soal gadis itu kembali .
“ Still tak tahu juga , ” Muzammir meraup rambutnya sambil tersenyum simpul .
“ So , do you mind to accompany me ? Lagipun kita tak ada plan apa-apa , kan ? ” cadang Diana senang . Dalam hatinya berbunga harapan agar Muzammir sudi menemaninya .
“ Our first destination ? ” tanya Muzammir tanda setuju dengan pelawaan teman sekelasnya ini .
Lagu-lagu telah dipilih lalu Arina menyusunnya sebaik mungkin dalam satu senarai . Satu demi satu lagu disalin dari cakera padat ke kaset . Begitu asyik dia memperlakukannya sehingga hampir-hampir Arina terlupa untuk menyediakan juadah tengah hari . Selesai kerjanya menyiapkan kaset itu , Arina bergegas ke dapur memasak nasi dan lauk . Kemudian dia kembali menyiapkan kerjanya .
2 ulasan:
nak wt entry & blogging via phone mmg leceh sikit kan cik mendezz...anyway xbest nak baca cite sekat2 nak tunggu cik mendezz habis tulis & baca semua sekali...hoho...tamak betul
@OdahOne OdahOneBizz : Memang dah siap pun cerpen ni..
cuma Cik Mendezz sengaja post chapter by chapter..
sabarrrr~~~ heheheeh!! =P
Catat Ulasan