Rabu, April 04, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#8


Rona-rona jingga kemerahan mula memenuhi penghujung langit tanda hari sudah benar-benar senja . Arina baru sahaja sampai ke pintu bilik asramanya . Dia bergegas mengeluarkan kunci lalu memasukkannya ke dalam tombol lantas memutar kunci . Setelah meletakkan barang-barangnya di dalam bilik , dia bergegas ke bilik Elise .

                “ Eh , dah balik ? ” Elise yang kebetulan juga baru tiba hanya tersenyum kelat. Alamak … dia marah betul ke ni ? Pelbagai rencam gundah menerjah masuk ke fikirannya .

                “ Elise , sebelum kau marah aku , aku minta maaf ok ? Aku betul-betul perlukan cd-cd kau untuk material hadiah aku for Zammir , ” Arina hanya tersengih-sengih . Namun Elise terus memerhatikannya tanpa sepatah kata .

Dah mandi , Rina ? ” tanya Elise akhirnya .

Belum … aku pun baru tiba , kenapa ?

Actually aku ada sesuatu nak beritahu kau , tapi takpelah … kau mandilah dulu , ” sambung teman seasramanya ini lagi kedengaran agak serba-salah . Apa pula yang tidak kena dengan Elise ? 

Ok , as your wish . Aku mandi dulu . Tapi janji , lepas ni beritahu aku , setuju ? ” Arina cuba mengenepikan segala syak wasangka yang menerjah fikirannya . Kenapa dengan Elise ? Dia terjumpa Harry ke masa dia ke KL ? Maklumlah , walaupun sudah 2 tahun Elise dan Harry berpisah , hingga sekarang inipun dia masih belum melupakan cinta pertamanya itu . Ada masa-masanya , Elise masih menangisi perpisahan mereka disebabkan hadirnya insan lain dalam hidup lelaki itu . Mungkin kerana itu Elise serba-salah . Mungkin Elise memerlukan nasihatnya . Hai , entahlah !

Lama Arina berada di dalam bilik mandi . Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi air pancuran di bilik mandi sebelah . Mungkin Elise agaknya . Namun Arina memilih untuk berdiam diri membiarkan Elise bersendirian seketika . 

Bagaimana hendak aku katakan pada Arina ?  Di manakah silapnya kerana sebagai seorang teman yang selalu mendampinginya , aku lihat bibir Arina tidak pernah lekang dari senyuman setiap kali mengenangkan Muzammir . Kesalnya tidak pernah berkesudahan seandainya dia melukakan hati Muzammir . Patutkah aku menyatakan apa yang aku nampak demi memaksa Arina membuka mata atas sebab apa sekian lama Muzammir berdiam diri ? Elise masih diamuk resah yang tidak berkesudahan . Kalau dia menceritakannya , apakah reaksi Arina ? Apakah dia akan dituduh sengaja merosakkan hubungan Arina dan Muzammir ? Adakah apa yang bakal diberitahu membantu atau memusnahkan ? Elise resah sendiri memikirkan apa yang berlaku selepas ini !

Benar … memang benar Arina mengakui ada masanya bibirnya berat untuk melafazkan maaf seandainya dia berbuat silap . Ada masanya dia sengaja menyembunyikan rasa cemburunya demi egonya dan demi kerana tidak mahu Muzammir tahu betapa dia memerlukan Muzammir . Walaupun kadangkalanya cemburunya melampau-lampau , tidak pernah dilampiaskan kepada Muzammir semata-mata kerana dia tidak mahu Muzammir berasa lemas dan terkongkong . Semua rasa cemburu hanyalah diluahkan kepada Rafidah dan Elise seandainya dia berada di kampus dan kepada Yusnizah seandainya dia pulang ke kampung . Zammir … silapkah apa yang Reen telah buat ini ? Apakah kerana jarang menunjukkan rasa cemburu maka Muzammir berasa dirinya tidak disayangi dan tidak diambil tahu ?

Setelah berpakaian , Arina mengambil wuduk lantas segera menunaikan solat maghrib yang semakin suntuk . 

Ya ALLAH , Kau ampunilah segala dosaku , ibu bapaku , adik beradikku , saudara-maraku , Muzammir Amri Mohamad dan seluruh keluarganya , guru-guruku , jurulatih-jurulatihku serta seluruh umat Islam di dunia ini . Kau berikanlah kami kekuatan , kecantikan , ketabahan , kesejahteraan jasmani dan rohani , zahir dan batin . Permudahkanlah segala urusan pembelajaran kami dan pekerjaan kami . Murahkan rezeki kami dan lanjutkanlah usia kami , Ya ALLAH , ” bisik hatinya di dalam sujud yang terakhir .

Ya ALLAH , seandainya Zammir untukku , dan aku untuknya , kau kuatkanlah hatiku kepadanya dan begitu juga dia . Terbitkanlah rasa rindu antara kami . Tabahkanlah hati kami menempuhi segala dugaan yang melanda hubungan kami , Ya ALLAH … kerana hingga kini dia masih dihatiku …. Amin ,” bisik hatinya dalam sujud yang terakhir lagi lantas menduduki tahiyat akhir . Selesai memberi salam , sekali lagi dia memanjatkan doa . Sejuk rasa hatinya yang kacau . Hilang sebentar segala serabut yang melanda . 

Selesai melipat telekung dan sejadah , Arina kembali ke bilik Elise . Elise juga baru membuka telekungnya . Dia memandang ke arah Arina lantas mengulum senyum . Arina sekadar membalas hambar . Persoalan yang pada mulanya agak mendesak jiwanya kini semakin tenang .

So , Elise … apa dia yang kau nak beritahu aku tadi ? ” tanya Arina tanpa berdolak-dalih lagi . Sekali lagi Elise mengeluh .

Aku tak tahu dari mana aku patut mula . Untuk beritahu atau tidak pun aku tak pasti , ” Elise mula menyuarakan keluh resahnya .

Apa dia , Elise … beritahu ajelah , aku tak kisah … buruk sangat muka kau tu aku tengok bila dah macam tu , ” Arina masih mampu untuk berlawak .

Semalam … aku dengan member aku ke KLCC , cari wallet Vincci yang kau nak tu … yang ni kan ? ” Elise mengeluarkan beg kertas kecil yang tertera perkataan Vincci di atasnya . 

Cis , kau ni … suspennya ! Aku ingatkan apa tadi ! Thanks , Elise …! ” temannya senegerinya ini dipeluk erat sambil tergelak riang . Elise turut tergelak , tapi tidak seceria Arina .

Ada lagi ceritanya , Rina …, ” katanya lagi setelah Arina meleraikan pelukan . 

Hah , apadia ? Kau ternampak Harry ke ? ” matanya sudah sibuk membelek wallet yang disukainya itu . Elise hanya tersenyum kelat .

Hmm … betullah tu . Kalau tak , takdelah muka kau kelat macam tu ! Nanti aku bayar kejap lagi , ok ? Terima kasihlah , Elise . Pandai kau cari , ” teka Arina sambil tersenyum lebar buat kesekian kalinya .

Kau dengar dulu , Rina . Hari Sabtu hari tu , aku ke KLCC cari wallet yang kau nak ni . Aku keluar dengan Farah , Naim and Hanim . Masa kat Kinokuniya tu aku nampak ada seorang mamat tu tengah jalan dengan awek , ” Elise terhenti buat seketika .

Ok , then ?

Aku ingat aku salah orang , so … aku follow that couple untuk confirmkan apa yang aku nampak . Bila dia nampak aku , terus dia split dengan girl tu . Cis , aku ingat dia tak kenal aku , kenal lagi rupanya ! ” sambung Elise lagi agak marah .

Habis tu ? ” Arina bertanya tidak sabar . Kasihan Elise , sudahlah hendak melupakan Harry bukan satu perkara mudah baginya ! Ternampak pula Harry keluar dengan perempuan lain !

Bila mamat tu nampak aku , dia pun buat macam dia tengah keluar seorang … macam takde orang teman . Yang girl tu pula , pandai sangat agaknya … terjengah-jengahkan mamat tu ! Konon nak cover line la tu ! ” cebik Elise lagi .

Siapa yang kau nampak ni , Elise … cuba kau berterus-terang aje dengan aku kan senang . Aku pun takdelah nak pening kepala nak fikir siapa dia , ” Arina masih tenang meskipun jauh di sudut hatinya berdoa agar lelaki itu bukanlah orang yang dikenalinya .

Kau rasa aku nampak siapa ni ? ” Elise masih mahu berteka-teki .

Siapa ? ” Arina mula berasa lain . Eh , kenapa tanya aku pulak ni ? Jangan-jangan …

Kau agak siapa ?

Siapa ? Harry ? Tak pun boyfriend Farah , Jimmy ? ” Arina berasa semakin tidak sabar .

Hai , korang ! ” Farah yang baru tiba memandang mereka . Farah merupakan teman sekelas Elise dan biliknya berhadapan dengan bilik Elise .

Hai , tiket lambat ke ? ” balas Arina ramah .

Yup , lambat . So , Elise , have you told her or haven’t you ? ” tanya Farah tiba-tiba kepada Elise .

Tengah nak beritahulah ni … dah klimaks dah ni , kau pulak terjah , ” Elise menjawab agak berat .

Girls … please lah beritahu siapa yang korang nampak hari Sabtu tu . Aku dah blur ni … no idea at all ! ” Arina sudah malas hendak berteka-teki . 

Aku tak sanggup nak beritahu , Rina . Aku takut kau salah faham …,

Jadi … kau cuba nak cakap yang korang nampak Zammir ? Was Zammir the guy? Is that true , Elise ? ” Arina memandang ke arah teman-teman senegerinya ini . Elise memandang ke arah Farah dengan air muka yang sukar untuk Arina gambarkan . Akhirnya Elise hanya mampu menganggukkan kepalanya lemah dan serentak itu juga wallet di tangannya terlepas lalu jatuh ke lantai . Arina mengambil wallet itu lambat-lambat sambil curi-curi menyeka air matanya hampir menitik . Mujur rambutnya yang panjang melindungi perbuatannya itu .

Dia keluar dengan siapa , Lise ? Describe me more about that girl , please ? ” ah , akhirnya terjawab juga persoalan mengapa lelaki itu terus menyepikan diri selama ini . Zammir … sampainya hati Zammir buat Reen macam ni !

About that girl , kau tak perlulah ambil tahu , Rina . Yang penting , lelaki itu Zammir . Memang aku nampak dia … kecuali kalau Muzammir tu ada kembar seiras ke , atau pelanduk dua serupa , mungkin lelaki itu bukan Muzammir . Rina … I’m so sorry for telling you this because I have too … kami tak sanggup tengok kau bermati-matian mempertahankan hubungan sedangkan Zammir bersenang-lenang dengan perempuan lain ! ” Elise kembali menghampiri temannya ini . Kenapa Zammir , kenapa ? Reen rasa betul-betul macam kena panah petir … rasa gelap bila Elise kata lelaki tu ZAMMIR !!!!!!!!!! Reen benar-benar kecewa ! Reen rasa tertipu bila Reen call , Zammir kata Zammir sibuk dengan kuliah yang baru bermula beberapa hari . Sudahlah begitu , nombor telefon baru Zammir pun hendak harap Reen telefon Azlan barulah Reen tahu ! Kalau tidak , jangan haraplah ! Hancur betul hati Reen mendengar semua ini , Zammir ! Hancur berderai!!! Tiba-tiba Reen semakin terasa jauh dengan Zammir . Dan betul-betul rasa kehilangan….

Aku balik bilik dululah , girls . Kejap lagi aku bagi duit wallet ni , ok ? Thanks …, ” cepat-cepat Arina mahu beredar .

It’s ok , Rina . Take your time , ” balas Elise memerhatikan Arina beredar .

Sekembalinya Arina ke bilik , dia terus berbaring . Airmata yang bergenang sejak tadi dibiarkan mengalir tanpa sendu . Hanya sebuah tangisan yang sepi . Hanya jiwanya sahaja yang menangis hiba . Mujur Dura berada di bilik teman sekelas mereka , maka tidak perlulah dia menjelaskan apa-apa . Ah , Zammir … benarkah apa yang aku dengar sebentar tadi ? Meskipun Elise bersungguh-sungguh mengatakan memang lelaki itu Zammir dan ekpresi muka lelaki itu menyebabkan dia berasa tidak syak lagi tapi aku masih bingung , masih termangu-mangu mendengar cerita tu kerana aku betul-betul tidak percaya Zammir sanggup melukakan aku hingga ke tahap menduakan kasih sayang aku ! Aku betul-betul sedih , bingung , geram , dan aku jadi seseorang yang betul-betul pelupa . Aku rasa hendak menangis semahu-mahunya , tapi aku tidak mampu ! Kerana aku masih tidak tahu apa sebenarnya . Samada itu Zammir atau orang lain pun aku tidak pasti …

Bersyukur aku ke hadrat Illahi kerana pada 14.06.2002 ini nanti Insya ALLAH genap 8 bulan kami bersama . Tapi sayang seribu kali sayang kerana buat pertama kalinya month anniversary kami tidak seperti yang aku harapkan . Aku sangkakan aku hendak buat sesuatu atas usaha aku sendiri , maka aku pulang ke Johor semata-mata hendak buat sesuatu yang istimewa . Setelah berhempas-pulas maka siaplah 2 buah kaset di mana satu kaset aku dubbingkan lagu-lagu yang aku tujukan khas buat Zammir dan yang lagi satu aku rekodkan suara aku sendiri sebagai halwa pendengaran Zammir yang kononnya tidak tahan asyik berjauhan denganku  . Dan yang terakhir sekali , aku buat sebuah buku kecil yang aku tuliskan sebuah puisi yang sempoi dan bersahaja . Lepas sahaja siap semua itu , aku tidak sabar-sabar aku hendak bagi dia …

Tapi kini … tiada apa yang aku rasakan . Hanya perasaan hampa dan kecewa !


bersambung...

0 ulasan: