Khamis, Mac 22, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#6


Hari ini , Sir Jalal yang merupakan jurulatih kelab taekwondo UiTM mengenakan latihan asas yang berat buat semua ahli kelab taekwondo . Sebaik sahaja mereka dibenarkan berehat , tidak sampai 2 minit mereka sudah dipanggil semula masuk ke gelanggang . Sesudah itu , barulah Sir Jalal kembali memberi latihan taekwondo dari tali pinggang junior hinggalah ke tali pinggang yang paling senior . Mila , Fairuz , Hisham dan Rais antara yang lambat keluar dari barisan lantaran corak latihan mereka yang belum selesai . Arina , Elise dan Farah pula sudah terjelepok di satu sudut kerana keletihan . Mereka tidak menghiraukan segelintir siswa dan siswi yang turut ada memerhati mereka berlatih di luar gelanggang .

Aduh … ini bukan setakat nak keluarkan peluh , mahu aku kering peluh 2-3 dalam bulan lagi ni , ” rungut Elise lemah . Manik-manik peluh memenuhi wajah dan lehernya manakala bajunya pula sudah lama dibasahi peluh . Latihan asas yang dijalani pada mula-mula latihan menyebabkan perut mereka berasa sedikit tegang menjadikan Arina dan Farah hanya mampu menganggukkan kepala .

Aduh , letihnya …! ” Mila yang baru tamat latihan menyandarkan dirinya ke sisi Arina .

Wei , busuklah ! ” Arina menolak tubuh itu membuatkan Mila membaringkan dirinya ke pangkuan Arina pula sambil tergelak kecil . Arina sekadar membiarkan . Sepanjang perkenalan mereka , salah satu perkara tentang Mila yang mereka ketahui ialah tidak makan saman . Apa yang dia nak buat , dia akan buat tanpa menghiraukan orang lain !

Assalammualaikum . Pada ahli kelab yang belum bayar yuran bulan ni sila bayar ya ? Bukannya apa , ada yang dari masuk awal semester pun tak bayar lagi . Nanti bising pula si Fairuz kata aku tak buat kerja , ” umum Maria yang merupakan bendahari kelab teakwondo untuk semester ini .

Ha … dia sound kitalah tu . Tapi bulan ni memang aku sengkeklah , ” rungut Farah perlahan seraya memandang ke arah Elise .

Jangan pandang aku ek ! Aku memang clear yuran time nak grading .., ” cepat-cepat Elise membela diri sambil kata-katanya dipersetujui oleh Arina .

Mila , bila kau nak bayar ? ” siku Arina ke arah gadis yang terjelepok keletihan sepertinya juga . Mila hanya menjungkitkan bahunya selamba .

Eh , aku balik dululah . Level aku ada meeting malam ni , ” cepat-cepat Mila meminta diri secara tiba-tiba . Apa kenalah minah ni ! Asal sebut pasal yuran je mesti nak lari ! Relakslah !

Maria , kau ada masalah ke dengan Mila tu ? Aku tengok bila kau sebut pasal yuran dia asyik cabut je , kenapa ? ” tanya Arina kepada bendahari kelabnya ini pelik .

Dia memang bermasalah sikit . Dari dia masuk kelab ni dulu sesen pun dia tak pernah bayar , ” rungut Maria agak geram . Matanya masih tidak lepas-lepas memandang ke arah Mila yang terkocoh-kocoh meninggalkan gelanggang setelah memberi hormat kepada Sir Jalil , jurulatih mereka .

Dia tu sebenarnya part berapa ? Course apa ? ” tanya Farah pula .

La … sebaya kamu semualah . Banking , part 3 sebab dia ada ambil pra dulu ,

Huh ? ” Arina , Elise dan Farah agak terkejut lantas berpandangan sesama sendiri .

Ni mesti dia mengaku dia part 1 , kan ? Alah , tak payah hairan . Si Mila tu semua orang dia nak auta kalau boleh … jaga sikit ,

Patutlah aku pelik macam mana budak part 1 boleh dapat tinggal kat kompleks , ” Elise menggaru kepalanya yang tidak gatal .

Tak apa … minggu depan , kita serbu dia ramai-ramai , ” Arina mengenyitkan matanya lantas tersenyum nakal . Elise dan Farah menganggukkan kepalanya setuju .



Rabu, Mac 21, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#5


Sebenarnya , apa yang Zammir cakap sebelum ni .. apa yang Zammir sms sebelum ni … betul . Zammir berani cakap Zammir sukakan Reen sebab Zammir tau Reen ni Arina . But can I still call you Reen after this …? ” ah , buat kesekian kalinya Arina dibuai kenangan . Zammir … awak di mana sekarang ? Reen risaukan awak , Zammir ….

Oit , test dah habis … takkan menung lagi , kot ? ” siku Rafidah apabila melihat gelagat Arina yang masih seperti sebelum ujian . Diam , resah dan gelisah .

Tak ada apa-apalah, Ida …, ” Arina memaut bahu temannya ini erat . Meskipun Rafidah bukan sebilik dengannya , namun sejak bahagian 1 lagi mereka telah akrab dan berkongsi suka duka . Malah Rafidahlah yang kerap menemaninya bertemu dengan Muzammir di KL . Pada ketika semua teman meminta dia supaya berpisah dengan Muzammir setelah memperlihatkan kelakuan Zammir pada penghujung semester ini , Rafidah memujuknya agar terus bersabar dan memang dalam banyak-banyak  pandangan , Arina lebih menerima pandangan Rafidah . Pada dirinya , pandangan Rafidah lebih rasional dan tidak terburu-buru . Lebih matang dan tidak menyerabutkan fikirannya yang sedia kusut .

Ala … janganlah kerana Muzammir kau jadi pasif macam ni … Lusa kita dah nak balik rumah … apa nak diserabutkan minda tu lagi ? ” pujuk Rafidah yang amat maklum dengan apa yang melanda teman baiknya ini .

Tak serabut kau kata ? Dah sebulan lebih aku tandus macam ni … ok ke ? ” balas Arina lesu . Langkahnya diatur lambat-lambat . Dalam diam Arina akui dia benar-benar terluka dengan perbuatan Muzammir yang terus menyepi begitu . Walaupun disekelilingnya riuh dengan karenah teman-teman , Arina kesunyian sebenarnya . Sebelum berkenalan dengan Muzammir , perasaannya tidak pernah sesetia begini pada lelaki . Betapa dia menghargai kehadiran Muzammir sehingga memandang lelaki lain dengan sedikit perasaan yang istimewa , Arina sudah berasa bersalah . Entahlah … dengan Muzammir , segala-galanya baru . Azam baru , cinta baru , semangat baru , dan nama yang baru … Reen .

Kenapa Reen ? Entah , dia pun rasa senang dipanggil begitu . Hubungannya dengan Zammir tidak pernah sedingin ini . Penuh dengan gurau senda , tawa riang , usik mengusik , rajuk manja dan pelbagai rencam rasa bahagia . Jarang sekali mereka bertikam lidah kerana sikap Zammir yang selalu mengalah . Apakah kini Zammir sudah tidak mahu mengalah ? Tapi mengalah kerana apa ?

Sekali lagi Arina berfikir ….

Selasa, Mac 20, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#4


Kalau si Ita tau aku tuang meeting CESS malam ni , mati aku tau ! ” gerutu Arina agak marah . Anak tangga blok K dituruni laju namun berhati-hati .

Ala … apa kau nak risau , kan kau dah pesan pada Dura tandatangan attendence kau, ” pujuk Elise tidak mahu menambahkan lagi serabut di fikiran Arina .

Aku pun sebenarnya bukanlah nak pergi sangat meeting tu . Tapi malam ni sessi perkenalan senior junior course aku . Kau tau tak Elise berapa ramai junior ingat aku ambil Office Management , tak pun Banking . Tak pernahnya nak kata aku ni Civil Engineering , tu yang agak geram tu ! Macam nak perkenalkan diri dengan penuh bangga pula ! ” komel Arina sedikit kecewa . Lagipun , bukanlah ramai sangat batch Diploma Kejuruteraan Awam di UiTM Pahang . Batch mereka merupakan batch Diploma Kejuruteraan Awam yang kedua . Tidak ramai kalau nak dibandingkan dengan jurusan-jurusan lain yang terdapat di kampus UiTM cawangan ini !

Ala … lagi seronok apa kalau junior tak kenal . Kau pun bebas nak pergi mana-mana . Mereka pun tak adalah nak minta kau yang bukan-bukan . Kau juga yang selamat , ” tambah Mila yang entah dari blok mana munculnya menyertai mereka berjalan ke tempat latihan .

Eceh … tu semua nak sedapkan hati aku la tu . Tapi betullah apa yang kau cakap tu , Mila . Aku lagi selesa macam ni , depan junior ke , senior ke … aku selamba tak payah nak jadi formal . Tapi kalau Ita cari aku macamana , ek ? Mahu mati aku kena lecture dengan dia nanti , ” sekali lagi gadis ini diamuk resah .

Betul tu … tak payah jadi minah formal , ” Arina , Elise dan Farah memandang ke arah Mila yang asyik mencelah dari tadi . Bukanlah hendak memilih kawan , tapi Mila yang dikategorikan peramah tidak tentu pasal dan periang ini seperti menyembunyikan sesuatu . Tiada seorang pun daripada mereka bertiga yang tahu nama penuh Mila , asal dari mana , umurnya berapa , malah jurusannya pun sukar untuk diteka ! Yang mereka tahu , entah bila ketikanya , sejak Elise dan Arina mengikuti Farah ke kelas taekwondo sewaktu semester 3 dahulu , Mila selalu menyertai mereka . Dan yang peliknya lagi , Farah yang memang menyertai taekwondo sejak semester 2 pun tidak tahu siapa Mila sebenarnya !

Mila , kau tak pernah cerita tentang diri kau , kan ? ” tanya Arina membuatkan tawa gadis tinggi lampai itu terhenti .

Eh , kenapa ? Ada syarat ke nak kawan dengan kamu bertiga ni ? ” ah , ternyata dia masih mampu bergurau .

Tak adalah macam tu , Mila . Tapi sekurang-kurangnya aku tahulah siapa Farah , siapa Rina … tapi kalau orang tanya aku pasal kau , aku tak tahulah nak cerita apa . Kau duduk kompleks ke kolej pun aku tak tahu , ” jelas Elise berhati-hati kerana tidak mahu gadis itu terasa hati .

Alah … setakat itu . Oklah , nama aku Mila Suhana , aku course Office Management part 1 , bilik aku kadang-kadang di kolej , selalunya di blok B kompleks . Aku tak pakai cellphone , asal dari Klang , ok clear ? Dah boleh kamcing dah ? ” jawab gadis ini selamba . Cis , junior rupanya ! Lagaknya macam dah part 3 , entah ya entah tipu … hmm ! Kena siasat minah ni ! Entah apa yang disoroknya !

Oooo … minah setinggan rupanya kau ni , apsal dah best dapat tempat kat kompleks kau pergi duduk kat kolej ? ” giliran Arina pula yang bertanya .

Kawan-kawan aku banyak kat kolej . Lagipun aku dapat bilik untuk 4 orang , so faham-fahamlah kalau satu bilik tak ngam , kan ? Semuanya lain-lain course , lain part , kelas pun lain-lain so memang jarang jumpa , ” cerita Mila panjang-lebar dengan wajahnya yang bersahaja .

Kenapa muka kau ni nampak macam senior je ? Kau awet tua , ek ? ” tanya Arina lagi nakal membuatkan yang lain turut tergelak sepertinya .

Banyaklah , kau ! Kira awet muda apa aku ni . Title pun junior , freshie tu …, ” Mila membeliakkan matanya pura-pura marah .

Elele … terasa la tu . Relakslah , Mila …, ” Elise yang berjalan di sebelahnya segera memaut bahu Mila .

Eh , kamu semua ni tak marah ke aku selamba berbahasa ‘ aku-engkau ’ dengan senior macam kamu ni ? Almaklumlah , ramai senior aku kata aku ni wanted , kurang ajar tak panggil mereka Akak , ” tanya Mila kembali .

Apa pasal pulalah kami nak marah . Dalam taeokwondo ni yang membezakan warna tali pinggang . Patut time kelas kami panggil kau Makcik , tau sebab kau belt merah . Farah kakak sebab belt biru , aku dengan Rina lah adik … see the ceria color of our belt , kuning gitu ! ” jawab Elise senang . Memang mereka lebih selesa bersikap santai ketika menghadiri latihan taekwondo . Malah sekiranya ada yang memanggil mereka dengan gelaran Kakak , mereka lebih selesa membahasakan diri mereka dengan nama sahaja bagi mengelakkan jurang antara junior dan senior di dalam kelab ini .

Lagi satu kan , sebab apa kami tak kisah kau tak panggil kami Akak , sebab kau tu awet tua ! Lari wei , Makcik mengamuk ! ” mereka bertiga bertebaran melarikan diri dari dikejar Mila sambil tertawa girang menuju ke gelanggang ….



Isnin, Mac 19, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#3



Sudah beberapa kali Balqis cuba menggagahkan diri mencapai ubat di meja belajarnya . Namun usahanya masih sia-sia . Dalam keadaan yang masih sedar , Balqis tidak mampu untuk melihat dengan jelas . Segala-galanya kabur dan berpusing-pusing !

Ya ALLAH …! ” dalam kelemahan yang teramat , bibirnya tidak lupa mengingati Yang Esa .

Qis ! Ya ALLAH …! Salina yang mahu mengajaknya ke kelas segera menerpa sebaik sahaja dia membuka pintu .

Lina … sakit ! Ya ALLAH … sakitnya …! ” rintihnya kerana tidak tahan menahan sakit .

Itulah kau … bila sakit , diam aje ! Bukan nak beritahu ! Nasib baik aku teringat nak ajak kau pergi kelas . Mana ubatnya ? ” sambil mulut Salina mengomel matanya meliar mencari ubat milik teman baiknya ini .

Atas meja …, ” balas Balqis lemah . Cepat-cepat Salina mencari . Bila sudah panik , ubat depan mata pun tak nampak ! Kronik aku ni ! Sempat lagi Salina mengomel sendiri sambil menyuakan pil dari botol ubat kepada Balqis . Balqis segera menelan pil tersebut lalu meneguk air yang juga disuakan oleh Salina .

Nak aku telefon emak kau ke? ” tanya Salina lagi setelah melihat keadaan temannya yang beransur lega dan tenang .

Hmm …, ” Balqis hanya mampu menganggukkan kepalanya lantaran matanya sudah tidak larat dibuka . Salina segera menghubungi ibu Balqis . Selalunya memang begitu apabila Balqis sakit . Seboleh-bolehnya , dia memang tidak mahu menyusahkan orang lain . Tambahan pula ibunya yang memang selalu mengingatkan begitu walau apapun yang berlaku , jangan sesekali menyusahkan orang lain .

Mujurlah sakit migrainnya ini menyerang tidak sekerap sewaktu zaman persekolahannya dahulu . Namun , apabila sesekali ia menyerang , lebih-lebih lagi apabila musim ujian dan peperiksaan , sakitnya hanya ALLAH yang tahu !

Aku dah contact Mak engkau . Kita tunggu sampai family kau tiba , ok ?Salina menawarkan khidmatnya buat kesekian kali . Balqis sudah tidak mampu berkata apa . Hanya linangan air mata yang mengalir melalui matanya yang terpejam rapat itu yang menjadi tanda betapa dia berterima kasih kepada teman sekelasnya yang seorang ini .

Assalammualaikum , ” Norita yang baru pulang dari kelas memberi salam . Mukanya sedikit terkejut melihat teman sebiliknya terlantar lagi .

Dah lama ke Kak ? ” risiknya kepada Salina yang masih menunggu .

Lama juga … dekat setengah jam . Tengah tunggu family dia sampailah ni …, ” jawab Salina sambil mengilas jam di tangan .

Kalau Kak Lina ada kelas , pergilah . Kelas Ita dah habis . Malam nanti baru kena attend meeting , ” beritahu Norita setelah meletakkan buku-bukunya di atas meja belajarnya dan menanggalkan tudung .

Memang kena pergi kelas ni . Ada kuiz . Beside , kena inform Mr Raja tentang Balqis . Oklah , kirim salam pada family Balqis nanti , ya ? ” dengan hati yang berat , terpaksa juga Salina meminta diri . Norita hanya menghantar dengan pandangan melihat teman baik teman sebiliknya keluar dari bilik . Sesudah itu pandangannya kembali ke arah Balqis .

Mana Kak Balqis ? ” tanya Elise setibanya Salina di kelas .

Akak dari bilik dia lah ni . Itu yang lambat . Roomate dia seorang pun tak ada . Tengah tunggu-tunggu tadi , si Ita balik . Itu yang sempat pergi kelas ni . Kuiz macam mana ? ” terang Salina panjang lebar setelah melabuhkan punggung ke kerusi . Jarak kompleks kediaman menuju ke kelas sejauh 15 minit itu memang agak memenatkan !

Nasib engkaulah , Kak Lina . Mr Raja hendak buat kuiz sebelum habis kelas nanti , ” balas Farah sambil menghulurkan tisu kepada Salina yang tua setahun dari mereka .

Fuh , selamat ! ” cepat-cepat Salina menarik nafas lega . Tumpuan mereka kembali kepada pengajaran Mr Raja .



Ahad, Mac 18, 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine' sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatine capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi' .

Berikut adalah istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :

1. PORK - istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan.

2. SWINE - istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. HOG - istilah yang digunakan untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

4. BOAR - istilah yang digunakan untuk babi liar.

5. LARD - istilah yang digunakan untuk lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. BACON - istilah yang digunakan untuk daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. HAM - istilah yang digunakan untuk daging pada bahagian peha babi.

8. SOW - istilah yang digunakan untuk babi betina dewasa {jarang digunakan}.

9. SOW MILK - istilah yang digunakan untuk susu babi.

10. PIG - istilah umum yang digunakan untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg.

11. PORCINE - istilah yang digunakan untuk sesuatu berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.




Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Cerpen : KISAH HATI...#2


PLING ! Azlan tiba-tiba buntang matanya . Dia bingkas bangun lantas mengejutkan Muzammir di dek atas.
Mir ! Mir ! Bangun ! Dah dekat pukul 8 ni ! ” Azlan mencapai tuala dan terus mandi. Padanya , biar lewat ke kelas , janji dia datang dan sempat mengikuti rentak silibus pelajarannya.
Lan , cepat sikit ! Apa lama sangat ?
Aku baru masuklah ! ” jerit Azlan lantang. Mungkin telinganya berasa bingit apabila pintu bilik mandi itu diketuk bertalu-talu . Tidak lama kemudian dia keluar.
Hish , memekak betul ! ” Muzammir hanya tersengih lantas masuk ke bilik mandi . Dia tahu , marah temannya tidak lama . Setelah mandi dan bersiap-siap , Muzammir mencapai fail kuliahnya dan menunggang motornya ke kampus bersama Azlan .
Selamat pagi , Puan . Maaf , kami lambat , ” Muzammir terus mengambil tempatnya . Pensyarah wanita yang sudah biasa dengan karenah pelajar ini hanya menggelengkan kepala . Bukan baru semester ini dia mengajar kelas Muzammir , subjek-subjek selama 2 semester sebelumnya memang tidak pernah mengecewakan menyebabkan dia tidak kisah sangat tentang kelewatan 2 pelajar itu yang menyewa di luar kampus .
Diana menarik nafas lega . Nasib baiklah dia datang ! Kalau tidak … mati kerinduanlah Diana hari ini ! Dalam diam dia melirik ke arah jejaka itu yang mula menumpukan perhatian ke arah pembelajaran . He is such a good looking guy … but he is quite mysterious ! Muka pun garang semacam jer ! Tu yang ramai takut hendak rapat agaknya ! Ehehe … Diana tersenyum sendiri sambil pandangannya terarah ke jejaka itu . Muzammir Amri , kau benar-benar menggugat kekuatan hati ini !
How could u be so cruel, Honey...make me missing u so bad. Is there anything wrong with our relationship ? If it so..which part? My part or your part? Are u speechless or wordless when it come about this? It it is so, y? Don't make me feel such a damn feeling, Zammir!
Mesej itu dibaca berkali-kali sejak menerimanya minggu lepas. Kejamkah aku ? Benarkah ada yang tidak kena ? Salah akukah? Atau salah Arina ?
Muzammir faham...malah sangat maklum dengan kelukaan Arina pada ketika ini. Jarang benar Arina menghantar mesej-mesej begini melainkan dia marah atau mahukan Muzammir menghubunginya. Ah, terbayang-bayang gelagat buah hatinya ini. Tegas, berani dan agak manja ketika bersamanya. Walhal sebelum mereka bercinta, Muzammir menyangka Arina seorang gadis tomboy dan tiada sifat-sifat kewanitaan! Almaklum sajalah... ke sana sini dengan motornya. Tiada lesen memandu pulak tu! Attitude pun ganas semacam!
Biarpun mereka sudah saling mengenali sebelum ini, namun hubungan mereka bukanlah terjalin kerana kerap bersama. Tapi oleh kerana satu peristiwa yang sangat manis..dan tidak pernah terdetik ia akan terjadi dalam hidupnya. Memanglah dia pernah menonton filem You've Got A Mail, Down To You, 10 Things I Hate About You dan macam-macam lagi filem komedi romantik. Namun itu semua pada Muzammir tidak mampu menandingi detik-detik manis bermulanya hubungan di antara dirinya dan Arina.
" Muzammir Amri...hmm..can I call you Amri? "
" It's okay..you panggillah apa pun. I tak kisah, Reen, "
" Isk, takpelah. I call you Zammir je dah lah...Nanti apa pulak kata orang lain, mengada-ngada pulak I ni coz panggil you Amri, "
" No, it's okay.. Zammir pun suka you panggil I Amri..., "
" But I prefer Muzammir..., " terdengar tawa riang pecah di hujung talian membuatkan Muzammir kehilangan kata-kata. Ah, ada sahaja usikan empunya suara itu!
Entahlah...bila difikir-fikirkan semula bagaimana hubungan mereka bermula, hingga kini Muzammir tidak pasti mengapa Arina boleh melakukan semua ini. Mengusiknya melalui sms, suara yang manja di telefon yang tidak lekang dengan karenah nakalnya, pantas mengusik Muzammir apabila ada ruang.
Walaupun pada waktu itu Muzammir masih belum pasti siapa gerangan yang mengusiknya begitu, namun hatinya benar-benar terpaut. Jauh di sudut hatinya kuat mengatakan empunya suara itu adalah Arina. Hinggalah pada suatu hari, gadis yang menggelarkan dirinya Reen  itu mengakui siapa dirinya dan mengapa dia berbuat demikian. Entah bila saat dan ketikanya, Muzammir lega apabila mengetahui siapa Reen sebenarnya.
Arina jarang membebankan dirnya dengan rajuk yang panjang membuatkan dia berasa selesa dan selalu ingin memanjakan gadis itu. Walaupun kadangkala pelbagai masalah melanda jiwa, kehadiran Arina mengusir segala kesukaran itu.
Pada satu ketika, pernah dia berbual panjang dengan gadis itu. Dari waktu tengah malam hingga hampir waktu Subuh. Waktu itu, Arina mengaku dia baru mengalami kegagalan cinta pertamanya bersama seorang jejaka yang sangat disayangi. Nada suara yang bergetar diiringi sendu yang ditahan-tahan, Muzammir akui perasaan Arina kepada lelaki yang bernama Razman itu tulus dan ikhlas hingga tidak pernah cuba untuk berahsia dengan lelaki itu sedangkan Razman bersikap sebaliknya. Sayang sungguh Arina kepafa lelaki itu hinggakan hendak menyebut nama Razman pun hatinya menjadi begitu sayu. Semua yang didengarinya itu membuatkan Muzammir berfikir panjang selepas menghubungi Arina. Ah, adakah Arina akan menyayangi aku lebih dari cinta pertamanya itu? Terlalu parahkah luka gadis itu hingga dia takut untuk berfikir tentang cinta buat seketika? Benarkah Arina menyayanginya sepenuh hati dan perasaan? Atau itu semua terjadi hanya kerana paras rupa juga kerana sekadar melepaskan sepi di atas kekecewaannya yang lalu? Siapa Razman dalam hidup Arina? Hingga begitu tinggi kepercayaan Arina kepada lelaki itu? Adakah cinta kami ini setanding dengan kisah cinta Arina mahupun kisah cintaku yang lalu?
" Zammir, Puan Rita tanya tu, " siku Azlan keras apabila teman serumahnya itu tetap membisu sewaktu diajukan soalan oleh pensyarah mereka. Muzammir tersentak lalu terpinga-pinga melihatkan pensyarahnya yang terus memandang ke arahnya.
" Maafkan saya, Puan. I was loosing my concentration just now,  " suara pemuda ini jujur.
" It's ok, Muzammir. But please, don't do it again next time, " Puan Rita berkompromi dengan pelajarnya ini. Mungkin pelajarnya ini menghadapi masalah hingga tidak mampu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap syarahannya.
" Ok class, let's finish it here. See all of you in our next class, " ujar Puan Rita seraya mengemas alatan mengajarnya lantas keluar dari kelas.




Sabtu, Mac 17, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#1



LAGU ‘Cinta’ oleh kumpulan Flop Poppy berkumandang lagi membuatkan Arina tersenyum sendiri. Sejak kali pertama dia terdengar lagu itu , dia memang kepingin hendak mendengar lagu itu buat kesekian kalinya . Lagu yang ringan tapi bererti buat dirinya .
Tiba-tiba Arina mengeluh sendiri . Jauh di dalam ruang fikirannya , bayangan Muzammir menjelma . Ah… dia mengeluh lagi . Memang sejak akhir-akhir ini , dalam cerianya yang semakin pudar , Arina menjadi seorang yang terlalu pemikir .
 Tak tidur lagi , Rina ? ” entah bila teman sebiliknya ini pulang dari bilik Jasmin di tingkat bawah , Arina tidak perasan . Mungkin konsentrasinya lebih kepada apa yang berlegar di ruang fikiran . Hingga dia terlupa untuk mengendahkan perkara lain .
“ Eh , senyum-senyum pulak ! Yelah … engkau tu bukan ke jarang tidur lewat macam ni ? Malam minggu tu … lain lah cerita , ” celoteh Duratul Shazni sambil bertukar ke pakaian tidurnya .
“ Perli nampak ..? Hm … takde apa lah , Dura . Saja , coz aku baru lepas taip kad untuk Zammir ni , ” pandangannya kembali ke arah komputer peribadinya .
“ Hm … Zammir punya pasal , sanggup tak tidur malam . Kau tahu kan petang esok ada test QS ? ” Arina hanya menganggukkan kepalanya tanpa menoleh ke arah teman sebiliknya ini .
“ Kau kata … kau dengan Zammir dah ok . Tapi kenapa sunyi sepi ni ? Dia dah tak call kau lagi ke ? ” Arina menjungkitkan bahunya . Setelah material untuk kad Muzammir siap dicetak , tangannya mula melarik kertas yang telah dicetak itu dengan pisau . Ah , si kidal seorang ini ada sahaja kerjanya ! Getus Duratul Shazni setelah banyak pertanyaannya tidak bersambut .
Arina hanya tergelak kecil apabila Duratul Shazni terus menarik comforternya lantas memejamkan mata . Mungkin dia terasa hati dengan kelakuan Arina sebentar tadi . Serba-salah pula rasanya . Bukan dia tidak mahu menjawab . Tapi kalau boleh , pada ketika ini dia tidak mahu bercerita tentang Muzammir . Cukuplah sekadar dia masih mengingati Muzammir , tanggungjawabnya pada hubungan mereka dan hari-hari istimewa yang pernah dicipta bersama .
Hingga kini … sebenarnya Arina masih buntu dengan sikap Muzammir . Hendak dikatakan dia bergaduh dengan Muzammir … tiada pula ! Bila dia mendail nombor telefon Muzammir , lelaki itu masih melayannya seperti biasa . Tiada apa yang kurang dalam hubungan mereka kini . Cuma Muzammir jarang menghubunginya . Ah , bukan jarang sebenarnya malah tidak pernah lansung ! Seolah-olah Arina terlalu sukar untuk dihubungi . Seolah-olah 24 jam sehari sudah tidak cukup untuk Muzammir .
Sibuk sangatkah Muzammir kebelakangan ini ? Terlalu sibukkah hingga tidak mampu untuk meluangkan walau seminit dua untuk bertanya khabar tentang dirinya ? Mungkin musim ujian sekarang menghalangnya . Yelah … Arina sendiri pun minggu lepas hampir tidak menang tangan untuk menghadapi ujian yang bertimpa-timpa . Kadang-kadang sampai 2 ujian satu hari ! Pagi ujian Matematik IV , petangnya pula ujian Soil Mechanics . Tapi , selalunya keseluruhan warga Diploma Kejuruteraan Awam semester 4 ini lebih suka meminta supaya ujian dijalankan pada waktu malam . Mungkin suasana malam yang tenang dan nyaman lebih memudahkan mereka menghadapi tekanan yang bertimpa-timpa itu . Dan setelah hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar UiTM , Arina sudah biasa menghadapi tekanan seperti itu . Inilah hidup seorang pelajar universiti ! Sekiranya diri tidak sanggup menghadapinya , janganlah berani mengaku diri ini seorang yang tabah dan cekal menghadapi cabaran ! Cabaran fizikal atau cabaran mental !
Ah , walaupun semua itu membebankan , kehidupan aku masih berjalan seperti biasa ! Tapi mengapa pula bila musim ujian dan peperiksaan tiba , susun atur hidup Muzammir menjadi luar biasa ? Hingga menghubungi aku , teman wanitanya yang sudah lebih setengah tahun berkongsi jiwa dan perasaan dengannya menjadi sesuatu yang terlalu sukar ?
“ Sudahlah , Rina … dah lewat ni . Esok-esok ajelah kau siapkan kad Zammir kesayangan kau tu …, ” eh , belum tidur lagi si Dura ni rupanya ! Kus spirit ! Nasib baiklah aku takde sakit jantung !
“ Tak pelah … dah nak siap ni , ” Arina kembali mencurah kreativitinya ke dalam kad yang bakal dihantar pada Muzammir untuk month anniversary mereka yang kesembilan pada hari Ahad ini .
“ Rina , ” panggil satu suara sebaik sahaja pintu bilik mereka dikuak . Arina menoleh melihat gerangan gadis yang melangkah masuk itu .
“ Elise , kenapa ? ”
“ Aku nak pinjam kettle , boleh ? 
“ Alah … pinjam sajalah . Kau ni macam tak biasa pulak ! Tu ambil atas rak tu , ” balasnya mesra . Elise yang tinggal selang satu bilik dari biliknya juga gemar berjaga hingga awal pagi sepertinya . Sempat juga Elise menghampirinya memerhati apa yang dibuatnya .
 For Zammir , ” jawab Arina sebelum sempat Elise menyoal . Elise hanya menepuk bahunya sambil tersenyum . Ternyata teman yang sama-sama mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo juga berasal dari negeri yang sama dengannya ini amat maklum dengan riak mukanya .
“ Oklah , carry on … kau nak tidur terus ke lepas ni or lama lagi ? Kalau lambat lagi kejap lagi aku pulang kettle , ” tanya Elise lagi .
“ Lambat lagi kot …? Kau jengah ajelah …, ” Arina menghantarnya sampai ke pintu . Setelah kedengaran bunyi pintu Elise kembali ditutup , Arina kembali menghadap kerjanya .
 Eh , tak siap lagi ? ” entah bila Elise berdiri di sebelahnya , sedikit pun Arina tidak perasan . Berderau darahnya kerana agak terkejut . Elise hanya tergelak kecil .
“ Tu lah … kalau dah pasal Muzammir , tak ingat dah dunia sekeliling , ” usik gadis yang mengambil Diploma Pengurusan Bank ini setelah meletakkan cerek eletrik yang dipinjam tadi kembali ke tempatnya .
“ Elise , tiba-tiba aku teringat pulak . Kalau kau ke KL lain kali , aku kirim beli wallet yang aku suka tu , boleh ? 
“ Wallet yang macam dalam Cleo aku tu ke ? ” teka Elise sambil mengangkat keningnya .
“ Yeah , right ! Boleh ? ”
“ Ok , kau ingatkan tau masa aku nak balik nanti , ” pantas Elise bersetuju lantas kembali ke biliknya . Dan Arina kembali menyambung kerjanya …..



bersambung..

Terlintas Di Fikiran.. #4

Dilemma itu datang lagi..kali ini lebih hebat dari sebelum ini..entah bagaimana tangan ini masih gatal mahu menulis..fikiran ini masih nakal mahu berimiginasi..aduhhhhhhh..kacau betol la!Makanya sama2 kita saksikan gaya penulisan Cik Mendezz apabila berimiginasi..

Tungguuuuuuuuuuuuuu!! =P

Jom kita mandremkan lelaki kesayangan kita nak??

Cik Mendezz terbaca kisah ini dalam satu page di Facebook. Kisah yang mampu memberi pengajaran buat kita semua pada hari ini..Kisah bencana yang melanda seorang isteri kerana memberi suaminya makan darah haid dan air mani. Masya Allah!!

Lama benar saya tidak jumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih 7 tahun sejak kawan lama saya itu diarahkan mengajar di Johor . Kerana itulah , apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya berasa terlalu seronok.

"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya duduk.

"Tak adalah..biasalah cikgu..sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulum lah..kokurikulum lah..sukanlah.. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang!" balas Arifin.

"Tengok ni ustaz..baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang dipakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya pada Arifin tentang hajatnya menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak disampaikan.

"Orang rumah saya sakitlah, Ustaz," kata Arifin.

"Patutlah aku tengok muka engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun tak nak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kersi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

"Entahlah.." katanya perlahan..

"5 tahun lepas tiba-tiba sahaja badannya melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, di belakang..penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas," sambungnya lagi. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza ke serata hospital dan klinik. Namun ubat yang diberi oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa..doktor pun tidak tahu," tambah Arifin lagi.

"Dah pergi berubat kampung?" saya bertanya.

"Dah..tapi macam biasalah! Bomoh, cakap kena buatan orang..terceroboh kawasan bunian..sampuk..macam-macam lagi..Duit banyak habis..masa terbuang, tapi sakitnya tidak sembuh juga," jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh itu menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung dan kusut.

"Itu masih tidak mengapa Ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama..lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru, " tambah Arifin. Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkan secara berhadapan.

2-3 tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti dipenuhi darah beku.

"Tiap hari dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasihan betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu..

"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu,

Disebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang dihabiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktoe di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden," tambah Arifin.

"Insya Allah," balas saya. tapi saya mula berasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"

"Macam-macam ustaz. Tapi ada waktunya dia minta ampun dari saya. Saya tanya 'kenapa?' . Dia tak cakap, cuma minta maaf saja. Yalah..orang dah sakit memang macam tu, "kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

"Datang ya,ustaz. Saya tunggu," katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas Isyak.

"Jemput masuk ustaz," Arifin mempelawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok pula muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu dibuka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring menghadap ke dinding.

"Za, ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya Allah!Memang keadaan Niza sangat menyedihkan! Wajahnya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membonjol seperti bongkah batu yang membayang di permukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya ; "Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum itu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung,"

"Tak adalah, Ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

"Err.. dari mana datangnya bau yang......" soal saya, tapi tidak  sanggup nak menghabiskan kata-kata. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Oooo...mmmm...dari alat sulit dia, " kata Arifin perlahan.

"Keluar lendir bercampur nanah,"

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal seperti itu. Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala ditimpa penyakit begini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

"Sudah Ustaz..dengan mak dan ayah saya pun sudah,"

"Kalau macam tu, baguslah," kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar..bila saya menziarahinya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Illahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudia Arifin menelefon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz," katanya...

"Sekarang barulah saya tahu kenapa dia jadi macam tu,"

"Kenapa??" pantas saya bertanya...

"Sejak 2-3 malam yang lepas, dia minta ampun dari saya dan menceritakan segala-galanya," Arifin menyambung ceritanya ;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya,

Saya tanya, "Kenapa??"

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tidak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan itu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."

Saya tanya, bila masa awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lekai itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia meminta banyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan. "Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan, Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudah lah begitu, dia jadi perempuan....." kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sembarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya.

Selain itu saya mencadangkan  kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar untuk meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan suaminya terlebih dahulu. Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik awak relakan dia pergi. Saya tau ia susah nak dibuat, tapi keadaan memaksa,"

"Ampunkan dia?" Arifin bertanya kembali.

"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, Ustaz mahu saya maafkan dia?" tingkah Ariffin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

"Ya. Dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya berkata, yang lepas itu lepaslah. Lagipun Niza dah mengaku dosanya, jadi lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

"Takkan awak nak biarkan dia menderita?Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yassin 3kali dan ulangkan ibu Yassin {salamun qaulam mirrabbir rahim} sebanyak 7 kali.

"Buat malam ini juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa pun sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya sudah tidak bernyawa lagi.

"Tapi Alhamdulillah..sebelum dia pergi, dia sempat meminta ampun daripadasaya sekali lagi kerana menderhaka. Marah memang marah..tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian meminta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia,"

Namun demikian, kata Arifin..lendir dan nanah busuk masih mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki , berhati-hatilah dalam memilih isteri, jangan hanya memandang rupa. 


sumber : sini

P/S : Apabila dendam bermaharajalela..segalanya mungkin. Si isteri bimbang kehilangan menjadikan dia sanggup berbuat apa saja asalkan tidak kehilangan si suami. Manakala si suami pula sentiasa merasakan perempuan-perempuan di luar sana sentiasa lebih menarik dan hebat dari isterinya. Maka apakah kesudahan dilemma ini?

Khamis, Mac 15, 2012

Spontaneous Thursday.. #49

Biar sehebat manapun beribu penipuan..tewas jua dengan satu kebenaran..
Biar seangkuh mana beribu kejahatan..tumpas jua dengan satu kebaikan..
Kerana cahaya {kebaikan} itu lumrahnya menyinari kegelapan {kejahatan}..

Rabu, Mac 14, 2012

Semuanya serba tak Kena... Bila Kita..

Bila kita Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..

Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..

Pembesar..

Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata...
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush...
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"

sumber : sini

Isnin, Mac 12, 2012

Mengapa Perlu Kahwin??

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula. Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk, "Salah nak... sebenarnya gatal depan........"

sumber : sini

Akta 15..

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…

Hamid   : Kita nak kemana nie?
Rosni    : Tak kisah la.. mana-mana pun boleh
Hamid   : Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni    : Saya ok aje..

Apabila sampai di pantai mereka berdua tidak keluar dari kereta. Mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa, lama-kelamaan Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni. Nampaknya Rosni tidak membantah. Beberapa minit kemudian, Hamid menggerakkan tangannya beberapa inci ke atas, Rosni masih tidak membantah hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi. Rosni berkata dengan sopan… "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial.."
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu.

Hamid    : Maafkan saya..
Rosni      : Tak apa..

Lalu mereka pulang. Di rumah, Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15. Lalu dia membaca kandungannya, 

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

sumber : sini