Isnin, Mac 19, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#3



Sudah beberapa kali Balqis cuba menggagahkan diri mencapai ubat di meja belajarnya . Namun usahanya masih sia-sia . Dalam keadaan yang masih sedar , Balqis tidak mampu untuk melihat dengan jelas . Segala-galanya kabur dan berpusing-pusing !

Ya ALLAH …! ” dalam kelemahan yang teramat , bibirnya tidak lupa mengingati Yang Esa .

Qis ! Ya ALLAH …! Salina yang mahu mengajaknya ke kelas segera menerpa sebaik sahaja dia membuka pintu .

Lina … sakit ! Ya ALLAH … sakitnya …! ” rintihnya kerana tidak tahan menahan sakit .

Itulah kau … bila sakit , diam aje ! Bukan nak beritahu ! Nasib baik aku teringat nak ajak kau pergi kelas . Mana ubatnya ? ” sambil mulut Salina mengomel matanya meliar mencari ubat milik teman baiknya ini .

Atas meja …, ” balas Balqis lemah . Cepat-cepat Salina mencari . Bila sudah panik , ubat depan mata pun tak nampak ! Kronik aku ni ! Sempat lagi Salina mengomel sendiri sambil menyuakan pil dari botol ubat kepada Balqis . Balqis segera menelan pil tersebut lalu meneguk air yang juga disuakan oleh Salina .

Nak aku telefon emak kau ke? ” tanya Salina lagi setelah melihat keadaan temannya yang beransur lega dan tenang .

Hmm …, ” Balqis hanya mampu menganggukkan kepalanya lantaran matanya sudah tidak larat dibuka . Salina segera menghubungi ibu Balqis . Selalunya memang begitu apabila Balqis sakit . Seboleh-bolehnya , dia memang tidak mahu menyusahkan orang lain . Tambahan pula ibunya yang memang selalu mengingatkan begitu walau apapun yang berlaku , jangan sesekali menyusahkan orang lain .

Mujurlah sakit migrainnya ini menyerang tidak sekerap sewaktu zaman persekolahannya dahulu . Namun , apabila sesekali ia menyerang , lebih-lebih lagi apabila musim ujian dan peperiksaan , sakitnya hanya ALLAH yang tahu !

Aku dah contact Mak engkau . Kita tunggu sampai family kau tiba , ok ?Salina menawarkan khidmatnya buat kesekian kali . Balqis sudah tidak mampu berkata apa . Hanya linangan air mata yang mengalir melalui matanya yang terpejam rapat itu yang menjadi tanda betapa dia berterima kasih kepada teman sekelasnya yang seorang ini .

Assalammualaikum , ” Norita yang baru pulang dari kelas memberi salam . Mukanya sedikit terkejut melihat teman sebiliknya terlantar lagi .

Dah lama ke Kak ? ” risiknya kepada Salina yang masih menunggu .

Lama juga … dekat setengah jam . Tengah tunggu family dia sampailah ni …, ” jawab Salina sambil mengilas jam di tangan .

Kalau Kak Lina ada kelas , pergilah . Kelas Ita dah habis . Malam nanti baru kena attend meeting , ” beritahu Norita setelah meletakkan buku-bukunya di atas meja belajarnya dan menanggalkan tudung .

Memang kena pergi kelas ni . Ada kuiz . Beside , kena inform Mr Raja tentang Balqis . Oklah , kirim salam pada family Balqis nanti , ya ? ” dengan hati yang berat , terpaksa juga Salina meminta diri . Norita hanya menghantar dengan pandangan melihat teman baik teman sebiliknya keluar dari bilik . Sesudah itu pandangannya kembali ke arah Balqis .

Mana Kak Balqis ? ” tanya Elise setibanya Salina di kelas .

Akak dari bilik dia lah ni . Itu yang lambat . Roomate dia seorang pun tak ada . Tengah tunggu-tunggu tadi , si Ita balik . Itu yang sempat pergi kelas ni . Kuiz macam mana ? ” terang Salina panjang lebar setelah melabuhkan punggung ke kerusi . Jarak kompleks kediaman menuju ke kelas sejauh 15 minit itu memang agak memenatkan !

Nasib engkaulah , Kak Lina . Mr Raja hendak buat kuiz sebelum habis kelas nanti , ” balas Farah sambil menghulurkan tisu kepada Salina yang tua setahun dari mereka .

Fuh , selamat ! ” cepat-cepat Salina menarik nafas lega . Tumpuan mereka kembali kepada pengajaran Mr Raja .



4 ulasan:

alyea [Nak balas komen]berkata...

nice one..boleh digilap lg ni..smoga jadi novelis terkenal nanti..amin..=)

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@alyea : Thanxs dear...dh lama tulis tp baru beberapa hari ni ada keberanian nk publish..
hehe..

OdahOne OdahOneBizz [Nak balas komen]berkata...

come on teruskan mnulis cik mendezz...xsabar nk baca episod seterusnya ni...cpt2lh publish...watak balqis tu ada kena mengena dgn u ker?

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@OdahOne OdahOneBizz : hehehe..ada..tapi bukan nama sebenar..hehehe! =P