Rabu, Mac 21, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#5


Sebenarnya , apa yang Zammir cakap sebelum ni .. apa yang Zammir sms sebelum ni … betul . Zammir berani cakap Zammir sukakan Reen sebab Zammir tau Reen ni Arina . But can I still call you Reen after this …? ” ah , buat kesekian kalinya Arina dibuai kenangan . Zammir … awak di mana sekarang ? Reen risaukan awak , Zammir ….

Oit , test dah habis … takkan menung lagi , kot ? ” siku Rafidah apabila melihat gelagat Arina yang masih seperti sebelum ujian . Diam , resah dan gelisah .

Tak ada apa-apalah, Ida …, ” Arina memaut bahu temannya ini erat . Meskipun Rafidah bukan sebilik dengannya , namun sejak bahagian 1 lagi mereka telah akrab dan berkongsi suka duka . Malah Rafidahlah yang kerap menemaninya bertemu dengan Muzammir di KL . Pada ketika semua teman meminta dia supaya berpisah dengan Muzammir setelah memperlihatkan kelakuan Zammir pada penghujung semester ini , Rafidah memujuknya agar terus bersabar dan memang dalam banyak-banyak  pandangan , Arina lebih menerima pandangan Rafidah . Pada dirinya , pandangan Rafidah lebih rasional dan tidak terburu-buru . Lebih matang dan tidak menyerabutkan fikirannya yang sedia kusut .

Ala … janganlah kerana Muzammir kau jadi pasif macam ni … Lusa kita dah nak balik rumah … apa nak diserabutkan minda tu lagi ? ” pujuk Rafidah yang amat maklum dengan apa yang melanda teman baiknya ini .

Tak serabut kau kata ? Dah sebulan lebih aku tandus macam ni … ok ke ? ” balas Arina lesu . Langkahnya diatur lambat-lambat . Dalam diam Arina akui dia benar-benar terluka dengan perbuatan Muzammir yang terus menyepi begitu . Walaupun disekelilingnya riuh dengan karenah teman-teman , Arina kesunyian sebenarnya . Sebelum berkenalan dengan Muzammir , perasaannya tidak pernah sesetia begini pada lelaki . Betapa dia menghargai kehadiran Muzammir sehingga memandang lelaki lain dengan sedikit perasaan yang istimewa , Arina sudah berasa bersalah . Entahlah … dengan Muzammir , segala-galanya baru . Azam baru , cinta baru , semangat baru , dan nama yang baru … Reen .

Kenapa Reen ? Entah , dia pun rasa senang dipanggil begitu . Hubungannya dengan Zammir tidak pernah sedingin ini . Penuh dengan gurau senda , tawa riang , usik mengusik , rajuk manja dan pelbagai rencam rasa bahagia . Jarang sekali mereka bertikam lidah kerana sikap Zammir yang selalu mengalah . Apakah kini Zammir sudah tidak mahu mengalah ? Tapi mengalah kerana apa ?

Sekali lagi Arina berfikir ….

5 ulasan:

the puffy clouds [Nak balas komen]berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
OdahOne OdahOneBizz [Nak balas komen]berkata...

wah! makin climax cite ni cik mendezz...ayuh teruskan lagi

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@the puffy clouds : suke!!suke!!sukee!!

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@OdahOne OdahOneBizz : Hehe..blom klimax lg..bru pengenalan watak je ni...hehe!

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.