Selasa, Mac 20, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#4


Kalau si Ita tau aku tuang meeting CESS malam ni , mati aku tau ! ” gerutu Arina agak marah . Anak tangga blok K dituruni laju namun berhati-hati .

Ala … apa kau nak risau , kan kau dah pesan pada Dura tandatangan attendence kau, ” pujuk Elise tidak mahu menambahkan lagi serabut di fikiran Arina .

Aku pun sebenarnya bukanlah nak pergi sangat meeting tu . Tapi malam ni sessi perkenalan senior junior course aku . Kau tau tak Elise berapa ramai junior ingat aku ambil Office Management , tak pun Banking . Tak pernahnya nak kata aku ni Civil Engineering , tu yang agak geram tu ! Macam nak perkenalkan diri dengan penuh bangga pula ! ” komel Arina sedikit kecewa . Lagipun , bukanlah ramai sangat batch Diploma Kejuruteraan Awam di UiTM Pahang . Batch mereka merupakan batch Diploma Kejuruteraan Awam yang kedua . Tidak ramai kalau nak dibandingkan dengan jurusan-jurusan lain yang terdapat di kampus UiTM cawangan ini !

Ala … lagi seronok apa kalau junior tak kenal . Kau pun bebas nak pergi mana-mana . Mereka pun tak adalah nak minta kau yang bukan-bukan . Kau juga yang selamat , ” tambah Mila yang entah dari blok mana munculnya menyertai mereka berjalan ke tempat latihan .

Eceh … tu semua nak sedapkan hati aku la tu . Tapi betullah apa yang kau cakap tu , Mila . Aku lagi selesa macam ni , depan junior ke , senior ke … aku selamba tak payah nak jadi formal . Tapi kalau Ita cari aku macamana , ek ? Mahu mati aku kena lecture dengan dia nanti , ” sekali lagi gadis ini diamuk resah .

Betul tu … tak payah jadi minah formal , ” Arina , Elise dan Farah memandang ke arah Mila yang asyik mencelah dari tadi . Bukanlah hendak memilih kawan , tapi Mila yang dikategorikan peramah tidak tentu pasal dan periang ini seperti menyembunyikan sesuatu . Tiada seorang pun daripada mereka bertiga yang tahu nama penuh Mila , asal dari mana , umurnya berapa , malah jurusannya pun sukar untuk diteka ! Yang mereka tahu , entah bila ketikanya , sejak Elise dan Arina mengikuti Farah ke kelas taekwondo sewaktu semester 3 dahulu , Mila selalu menyertai mereka . Dan yang peliknya lagi , Farah yang memang menyertai taekwondo sejak semester 2 pun tidak tahu siapa Mila sebenarnya !

Mila , kau tak pernah cerita tentang diri kau , kan ? ” tanya Arina membuatkan tawa gadis tinggi lampai itu terhenti .

Eh , kenapa ? Ada syarat ke nak kawan dengan kamu bertiga ni ? ” ah , ternyata dia masih mampu bergurau .

Tak adalah macam tu , Mila . Tapi sekurang-kurangnya aku tahulah siapa Farah , siapa Rina … tapi kalau orang tanya aku pasal kau , aku tak tahulah nak cerita apa . Kau duduk kompleks ke kolej pun aku tak tahu , ” jelas Elise berhati-hati kerana tidak mahu gadis itu terasa hati .

Alah … setakat itu . Oklah , nama aku Mila Suhana , aku course Office Management part 1 , bilik aku kadang-kadang di kolej , selalunya di blok B kompleks . Aku tak pakai cellphone , asal dari Klang , ok clear ? Dah boleh kamcing dah ? ” jawab gadis ini selamba . Cis , junior rupanya ! Lagaknya macam dah part 3 , entah ya entah tipu … hmm ! Kena siasat minah ni ! Entah apa yang disoroknya !

Oooo … minah setinggan rupanya kau ni , apsal dah best dapat tempat kat kompleks kau pergi duduk kat kolej ? ” giliran Arina pula yang bertanya .

Kawan-kawan aku banyak kat kolej . Lagipun aku dapat bilik untuk 4 orang , so faham-fahamlah kalau satu bilik tak ngam , kan ? Semuanya lain-lain course , lain part , kelas pun lain-lain so memang jarang jumpa , ” cerita Mila panjang-lebar dengan wajahnya yang bersahaja .

Kenapa muka kau ni nampak macam senior je ? Kau awet tua , ek ? ” tanya Arina lagi nakal membuatkan yang lain turut tergelak sepertinya .

Banyaklah , kau ! Kira awet muda apa aku ni . Title pun junior , freshie tu …, ” Mila membeliakkan matanya pura-pura marah .

Elele … terasa la tu . Relakslah , Mila …, ” Elise yang berjalan di sebelahnya segera memaut bahu Mila .

Eh , kamu semua ni tak marah ke aku selamba berbahasa ‘ aku-engkau ’ dengan senior macam kamu ni ? Almaklumlah , ramai senior aku kata aku ni wanted , kurang ajar tak panggil mereka Akak , ” tanya Mila kembali .

Apa pasal pulalah kami nak marah . Dalam taeokwondo ni yang membezakan warna tali pinggang . Patut time kelas kami panggil kau Makcik , tau sebab kau belt merah . Farah kakak sebab belt biru , aku dengan Rina lah adik … see the ceria color of our belt , kuning gitu ! ” jawab Elise senang . Memang mereka lebih selesa bersikap santai ketika menghadiri latihan taekwondo . Malah sekiranya ada yang memanggil mereka dengan gelaran Kakak , mereka lebih selesa membahasakan diri mereka dengan nama sahaja bagi mengelakkan jurang antara junior dan senior di dalam kelab ini .

Lagi satu kan , sebab apa kami tak kisah kau tak panggil kami Akak , sebab kau tu awet tua ! Lari wei , Makcik mengamuk ! ” mereka bertiga bertebaran melarikan diri dari dikejar Mila sambil tertawa girang menuju ke gelanggang ….



0 ulasan: