Ahad, Februari 26, 2012

Sambal Goreng Kentang dan Ikan Bilis

Kebiasaannya pada hujung minggu memang Cik Mendezz akan masak di rumah. Tapi sejak akhir-akhir ni selera nak makan kurang..jadi masakan pun yang ringkas-ringkas sahaja. Bukannya apa, bimbang kalau dah masak beria-ria nanti tak habis. Bila duduk seorang ni memang Cik Mendezz suka nak masak..mencuba resipi-resipi baru..tapi memang tau dah bila nak makan sorang-sorang ni makan KFC pun tak habis. Hehe!

Ini antara menu yang Cik Mendezz suka masaklah kalau dah tak ada selera nak makan..confirm makan banyak! Kadang-kadang makan macam tu je!Hehe!


Ikan bilis dan kentang yang dihiris nipis siap digoreng. 


Sambal yang tengah ditumis. Haa..berasap-rasap kuali haihh!


Sambal goreng yang dah siap di masak. Bon Appetite! =D
BAHAN-BAHAN
2 genggam ikan bilis
2 biji kentang yang dihiris nipis
27 batang cili kering digunting dan direbus untuk dibuang biji (kalau tak suka pedas kurangkan..tapi pastikan angkanya ganjil)
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 keping asam keping
garam, gula dan serbuk perasa(Cik Mendezz guna jenama Faiza)

CARA MEMASAK
1. Goreng kentang dan ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan
3. Tumis dengan sedikit minyak dan biarkan sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
4. Setelah bahan tumisan pecah minyak, masukkan asam keping dan biarkan seketika.
5. Akhir sekali masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaulkan hingga rata. Angkat dan hidangkan. Bolehlah dimakan bersama lauk pauk lain.


Senangkan??Selamat mencuba! =D

Me and Tutti Frutti!!

Entry ini mungkin agak basi sebab Cik Mendezz ke sana lebih kurang 2 minggu lepas pada tarikh 11/02/2012 bersama si dia yang sudah lama tidak ketemu. Namun disebabkan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan dan menghilangkan mood berblogging buat seketika, entry ini tertangguh.

Ok..kami pergi ke Tutti Fruitti Wangsa Walk yang terletak di Wangsa Maju pada petang Sabtu. Eloklah..cuaca pun tengah panas berbahang, memang sesuailah nak makan aiskrim yogurt ni..hehe!



Sebelum masuk

Pix your flava..owh itu tgn si dia  ye!Mukan saye! =P

Pix your toppings

Pix your fruit.

Pandangan sisi

Pandangan atas

Incik Tutti Frutti

Cik Mendezz

Alahamdulillah..Selesai..yang makan habis tu Cik Mendezz!Hehe!


Memang seronok la dapat makan aiskrim yogurt ni..lagi-lagi dengan incik kan..memang lazat je rasa..terima kasih incik..nanti belanja lagi!Abes la Cik Mendezz makin sihat pasni..kehkehkeh! =P


Lepas jenjalan si dia bagi Cik Mendezz ini..Bracelet  & brooche..
Owhh..sangat suka!! <3
 Ok..jumpa di lain entry..bye! =)

Sektor Kerajaan VS Sektor Swasta..SBPA..Kek..dan macam-macam lagi!

Terlebih dahulu sebelum memulakan entry, Suka Cik Mendezz ingatkan ini adalah pendapat/luahan peribadi dan tidak berunsurkan politik ataupun mana-mana kesatuan yang berkenaan!Hehe!

Di sana sini tengah sibuk bertiup pasal keputusan SBPA..perbincangan isu ini yang sudah berlangsung dan tertangguh perlaksanaannya sejak Jan2012 begitu menguji kesabaran para penjawat awam. Terutama sekali mereka yang menjawat jawatan yang rendah (N1 - N17). Mana taknya..gaji belum naik..belum selaras apa pun harga barang dah naik mencanak-canak. Sampai nak beli barang dapur sekarang ni pun dah tak boleh suka-suka nak capai..semuanya kena bersukat..semuanya kena berhemah. Ada juga yang bukan sekadar berhemah..tetapi ikat perut!

Masing-masing mengeluarkan pendapat. Ada yang suka..ada yang tidak berpuashati..Cik Mendezz sendiri masa tandatangan borang opsyen SBPA sebelum ini berasakan ketidakadilan yang sangat ketara..hendak menangis pun ada..mana tidaknya..gaji pokok kami disamakan dengan junior kami. Memang sampai rasa nak berhenti kerja..dan nak kembali ke sektor swasta dan bekerja dengan penuh hardcore macam dolu-dolu. Hehe! Nampak sangat merajuk kan??

Sedikit sebanyak Cik Mendezz berharap cadangan dan perjuangan SBPA diharapkan berjaya..kos sara hidup di ibu kota Kuala Lumpur yang kian mendesak sudah tidak mampu dinikmati dengan serba-selesa lagi. Tidak perlu lah Cik Mendezz terangkan dengan lebih lanjut luahan hati yang berbuku ni..hanya yang melaluinya sama-sama yang akan faham mengapa penjawat awam begitu terdesak untuk meminta kenaikan gaji sebegini.

Kita sedia maklum bahawa CUEPACS adalah salah sebuah organisasi yang memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam dengan berkesan secara berterusan. Maknanya siapa CUEPACS ni??Yes..pejuang hak penjawat awam/sektor kerajaan. Akan tetapi ada juga yang menganggap CUEPACS memperjuangkan hak pekerja bawahan semata-mata hingga mempersoalkan mengapa CUEPACS tidak memperjuangkan nasib pekerja sektor swasta.

Cik Mendezz sendiri sebelum berkhidmat dalam sektor kerajaan..bertahun-tahun jugalah berkhidmat dalam sektor swasta. Bermula sebagai pembantu peribadi selama setahun di sebuah syarikat penerbitan, diikuti pengalaman 3tahun sebagai eksekutif dalam precurement/purchasing di sebuah syarikat multi business, dan setengah tahun sebagai pegawai khidmat pelanggan di syarikat penyiaran "Macam-macam Ada" . Kemudian barulah menginjak langkah ke sektor kerajaan. Kenapa pilih sektor kerajaan biarpon sektor swasta menjanjikan kemewahan pada Cik Mendezz??Hanyalah satu..biarpun rezeki itu ditentukan Tuhan, pada masa yang sama Cik Mendezz juga tidak mahu mengecewakan ibu bapa yang berharap sangat agar ada anak mereka yang kerja kerajaan. Maka menurutlah saya berhenti dari sektor swasta dan memulakan khidmat dalam sektor kerajaan. Saya tinggalkan kegemilangan itu dan memulakan dari bawah sekali lagi.

Apa yang Cik Mendezz ingin kongsikan disini, ya, bekerja dalam sektor swasta memang memerlukan ketahanan mental yang sangat tinggi..persaingan sangat sengit..berlumba-lumba kita berusaha mempertonjolkan prestasi terbaik kita kepada majikan kita kerana kita tahu, majikan kita di hadapan mata..kita akan terus dinilai oleh jabatan pengurusan sumber manusia tempat kita dan ganjaran yang diberi adalah sangat-sangat setimpal dan ianya berlaku dengan kadar segera. Kenaikan gaji tahunan, bonus tahunan, bonus prestasi kerja, percutian syarikat dan pelbagai insentif lagi diberikan bergantung kepada prestasi syarikat setiap tahun. Dan kenapa semua ini mudah??Ya..kerana majikan kita yang mementukan berapa kita berhak dan patut dapat berada dihadapan mata. Dia yang mengeluarkan wang syarikatnya untuk membayar pekerja-pekerjanya. Mungkin dia seorang Datuk..atau Dato'..atau mungkin juga Tan Sri..dan mungkin juga seorang yang tidak mempunyai gelaran. Tapi dialah yang menentukan apa yang anak-anak buahnya akan dapat setimpal dengan komitment mereka di syarikat yang dia usahakan.

Berbanding setelah bertukar ke sektor kerajaan. Sistem perkhidmatan menjadi berlapis-lapis berbanding berada di sektor swasta. Biarpun komitment kerja adalah sama seperti sewaktu bekerja di sektor swasta, tetapi kita dinilai oleh pelbagai peringkat..pelbagai aras penilaian..peperiksaan sudah tentu..KPI..NKRA..SKT..dan macam-macam lagi biarpun sudahnya yang sampai kepada majikan teratas kita iaitu Perdana Menteri mungkin hanyalah carta ringkas sesebuah kementerian tentang prestasi kerja - MENCAPAI/TIDAK MENCAPAI SASARAN KERJA TAHUNAN.

Apabila sistem perkhidmatan menjadi berlapis-lapis, ibarat kita membawa secawan air yang penuh beribu batu jauhnya. Apabila kita sampai di penghujung, adakah masih airnya penuh atau mungkin sudah kurang atau habis langsung??Mungkin pada awal perjalanan airnya sangat sejuk dan nyaman tapi apabila sampai ke destinasi ia sudah menjadi suam dan tawar..itu metaforanya apabila bekerja di sektor kerajaan. Jadi penilaian secara telus mungkin sukar biarpun tidak mustahil.

Kenapa ramai penjawat awam golongan bawahan yang berasa kecewa dengan SBPA pada peringkat awal perlaksanaannya??


Kita lihat kek ini..ibaratkan ia adalah bonus untuk setiap pekerja sebuah organisasi. Bagaimanakah cara ia dibahagikan supaya ianya adil dan saksama??Adakah majikan mendapat manisnya (ising) sementara pekerja hanya mendapat kek semata-mata??Mesti tampak tidak adil bukan??Atau apakah majikan yang berada di atas itu mengambil 1/3 daripada keseluruhan kek dan selebihnya baru dibahagikan kepada pekerjanya yang ramai??Atau lebih bahagia semuanya jika kek ini dipotong-potong samarata untuk semua ahli organisasi di semua peringkat agar sama-sama merasa yang sama banyak agar tiada rasa cemburu dan irihati pada hari kemudian??



Apakah kek yang diibaratkan bonus sebanyak ini layak dikongsikan oleh 4000 golongan atasan??


Berbanding kek yang sebanyak ini dikongsikan oleh 1.3juta penjawat awam golongan bawahan??

Sekarang ini mengertikah kenapa SBPA ini memerlukan penambahbaikan??Mengapa ia mendatangkan kemarahan hampir semua golongan bawahan sektor kerajaan??Sekarang kamu faham bukan??

Harapan Cik Mendezz..pada 12 Mac 2012 nanti, pengumuman Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak adalah pengumuman yang membahagiakan dan memuaskan hati semua pihak. Semoga penambahbaikan itu bukan setakat untuk sesetengah golongan, tetapi merangkumi segenap lapisan perkhidmatan kerajaan Malaysia. Insya Allah.. =)

Sabtu, Februari 25, 2012

Quotes of love..

When you truly love someone..
Mistakes will never change your feelings..
Because only the mind that gets angry..
The heart still cares.. 

Ahad, Februari 19, 2012

Personaliti melalui jenis darah

Sebenarnya entry ni dah lama ada dalam draft post..tapi hari ini baru ada kesempatan untuk publish. Barulah Cik Mendezz tahu melalui darah juga kita boleh menilai personaliti seseorang. Jom kita tengok! =)

1. Jenis DARAH A adalah Petani (Farmers).
Mereka yang berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi asas : 
Berhati-hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial dalam kehidupan.

Kadar Toleransi :
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau :
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis(bimbang/terlalu berfikir) terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walau hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja :
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2. Jenis DARAH B adalah Pemburu (Hunters).
Mereka yang berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa yang orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun mereka sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas : 
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara teknikal.

Kadar Toleransi :
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lalkukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau :
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Seseorang yang 'expressive' , 'cool' dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar 'mood' seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja : 
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar meneriba arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3. Jenis DARAH AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists).
Mereka sukar untuk dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadangkala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas :
Sangat praktikal, bangus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi : 
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa silam :
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Berjiwa sentimental, selalunya 'cool' dan 'steady', tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi 'moody' sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja :
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu mebuat 'follow up' sebelum projek kerja diselesaikan.

4. Jenis DARAH O adalah Pejuang (Warriors)
Mereka 'outgoing', 'expressive' dan 'passionate' . O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas : 
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis(yakin) dan bertenaga.

Kadar Toleransi :Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa depan dan masa lampau : 
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Keupayaan mereka bekerja : Keupayaan menumpukan perhatian bergantung kepada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Sumber : Sini


P/S : Cik Mendezz berdarah jenis A..ayahanda Cik Mendezz dan si dia berdarah jenis O. =)

ALLAH : MENGAPA BERPALING DARI-KU?

Cik Mendezz terbaca tulisan ini beberapa minggu yang lalu yang dikongsikan oleh teman sekampus Cik Mendezz di laman facebooknya. Sesungguhnya..hati yang penuh persoalan ini sangat tersentuh dan insaf membacanya. Tetapi lumrah kita manusia..mudah lupa..dan tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Kita sangkakan iman kita sudah cukup kuat untuk menepis godaan demi godaan. Tapi rupa-rupanya, masih senipis kulit bawang rupanya tahap keimanan kita ini.

Tulisan ini diinterprasikan berdasarkan HADITH-HADITH QUDSI yang diceritakan oleh Ibn Husain dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim & At-Tirmidzi serta Ibn Hibban.

Dalam beberapa hadith Qudsi Allah berfirman :

Demi kemuliaan dan kebesaran - KU..
Dan juga demi kemurahan dan ketinggian kedudukan  - KU di atas Arsy..
AKU akan mematahkan harapan orang yang BERHARAP kepada selain AKU..

..Akan  AKU pakaikan kepadanya pakaian kehinaan di mata manusia.
..AKU singkirkan ia dari mendekati  - KU , lalu  AKU putuskan hubungan  - KU dengannya.

Mengapa ia BERHARAP kepada selain  AKU ketika dirinya sedang berada dalam kesulitan,
Padahal sesungguhnya kesulitan itu berada di tangan - KU
..Dan hanya  AKU yang dapat menyingkirkannya.

Mengapa ia BERHARAP kepada selain  AKU dengan mengetuk pintu-pintu lain,
..Padahal pintu-pintu itu tertutup?
Padahal hanya pintu  - KU yang terbuka bagi siapa pun yang berdoa memohon pertolongan dari  - KU.

Siapakah yang pernah mengharapkan  AKU menghalau kesulitannya, lalu  AKU kecewakan?

Siapakah yang pernah mengharapkan keampunan  - KU..
Kerana dosa-dosanya yang besar, lalu  AKU putuskan harapannya?
Siapakah pula yang pernah mengetuk pintu  - KU lalu tidak  AKU bukakan?

AKU telah mengadakan hubungan langsung..
Antara  AKU dengan angan-angan dan harapan seluruh makhluk   - KU.
Akan tetapi, mengapakah mereka bersandar selain  AKU?

AKU telah menyediakan semua harapan hamba-hamba  - KU.
Tetapi mengapa mereka tidak puas dengan perlindungan  - KU?

Dan  AKU pun telah memenuhi langit  - KU..
Dengan para Malaikat yang tidak pernah jemu bertasbih kepada  - KU,
Lalu AKU perintahkan mereka..
Supaya tidak menutup pintu antara  AKU dengan hamba-hamba  - KU.
Akan tetapi mengapa mereka tidak pernah PERCAYA kepada firman-firman  - KU?

Tidakkah mereka mengetahui..
Bahawa sesiapa pun yang ditimpa oleh bencana yang  AKU tutunkan,
Tiada yang dapat menyingkirkannya kecuali  AKU?
Akan tetapi mengapa  AKU melihat..
Ia dengan segala angan dan harapannya itu selalu BERPALING dari  - KU?

Mengapakah ia sampai tertipu oleh selain  AKU?

AKU telah memberikan kepadanya segala KEMURAHAN  - KU..
Tanpa ia harus meminta terlebih dahulu.
Ketika semua itu  AKU cabut kembali darinya,
Lalu mengapa ia tidak lagi memintanya kepada  - KU untuk segera mengembalikannya?
Tetapi sebaliknya meminta PERTOLONGAN kepada selain  AKU?

Apakah  AKU yang MEMBERI sebelum diminta,
Lalu ketika diminta kembali tidak  AKU berikan?

Apakah  AKU ini bakhil sehingga dianggap bakhil oleh hamba  - KU?

Tidakkah dunia dan akhirat itu semuanya MILIK  - KU?

Tidakkah semua rahmat dan kurnia itu berada di tangan  - KU?

Tidakkah dermawan dan kemurahan itu adalah sifat  - KU?

Tidakkah hanya  AKU tempat bermuaranya semua HARAPAN?
Dengan demikian, siapakah yang dapat memutuskannya dari  - KU?

Dan semua yang  AKU berikan tidak akan mengurangi KEKAYAAN  - KU..
Meskipun hanya sebesar debu.
Bagaimana mungkin kekayaan yang begitu sempurna akan berkurang,
Sedangkan  AKU mengawasinya?

Sungguh, alangkah celakanya orang yang terputus dari rahmat  - KU.

Alangkah kecewanya orang yang berlaku MAKSIAT kepada - KU
Dan tidak merasa AKU memerhatikannya

Dan tetap juga melakukan perbuatan HARAM seraya tidak berasa malu kepada  - KU..

sumber : sini

Sungguh..Hati Cik Mendezz sangat-sangat tersentuh membaca semua ini..sambil terfikir..mengapa begitu mudah kita lupa..mengapa begitu mudah kita berpaling dariNYA??Mengapa begitu mudah kita berputus asa dengan rahmatNYA..sedangkan Allah memberi sesuatu nikmat itu tanpa kita minta pun..

EMPAT GOLONGAN LELAKI YANG AKAN DITARIK MASUK KE NERAKA OLEH WANITA

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka  yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. AYAHNYA 
Apabila seseorang  yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?Adakah kau mengajarnya bersolat dan saum? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. SUAMINYA 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka. 
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 

3. ABANG-ABANGNYA 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 

4. ANAK-ANAK LELAKINYA 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 
(p/s; Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...." !!!

Sabtu, Februari 18, 2012

KEKASIH HALAL..

Kenapa saya mahu menjadi kekasih halal berbanding sebagai seorang kekasih??


  1. Segala yang menjadi punca dosa akan menjadi antara punca pahala kita. - Sebelum halal, berdua-duaan dan bersama adalah zina dan punca zina berbanding setelah halal ia menjadi antara punca pahala. Dugaan yang paling besar buat pasangan  kekasih pada masa kini adalah berdua-duaan tanpa melakukan apa-apa, kan??Setiap belaian wanita/lelaki untuk pasangannya yang halal adalah ganjaran pahala berbanding  kekasih tidak halal..setiap perbuatan kita bersama menghampiri ke arah dosa.
  2. Berita yang mendukacitakan buat  kekasih  akan menjadi sebaliknya jika dia adalah  kekasih halal. - Jika  kekasih halal mengandung, ianya berita gembira dan dianggap rezeki serta kurniaan Allah berbanding  kekasih yang tidak halal, ianya berita sedih, dianggap malapetaka dan mampu menjadi punca pergaduhan malahan perpisahan kerana tidak mahu terbelenggu dalam masalah itu. Dan banyak lagi perkara-perkara yang buruk yang datang di kemudian hari..Nauzubillah..
  3. Keberkatan hidup yang menjamin ketenangan emosi. - Kita yakin dan pasti dengan setiap langkah kita bersama pasangan berbanding jika belum halal.
  4. Setiap tindakan  kekasih halal  sentiasa mendapat redha dan restu orang tua berbanding jika kita belum halal.
  5. Menjamin hak seorang isteri/suami jika pasangan mereka memperlakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. 
  6. Hubungan  kekasih halal dipenuhi dengan tanggungjawab masing-masing berbanding pasangan yang tidak halal. Di mana hubungan bersikap nafsi-nafsi (kau hal kau dan aku hal aku) menjadikan pasangan mungkin bersikap lepas tangan jika sesuatu ketidakjangkaan berlaku. Siapakah yang selalunya menjadi mangsa keadaan jika ini berlaku??Wanita yeh..lelaki jarang..malahan, sangat jarang!
Sebagai seorang wanita..kita mencari jaminan hidup. Kita berpegang pada janji. Kita juga antara golongan yang mudah teraniaya. Saya bukan seorang pejuang hak asasi wanita. Cuma saya tidak suka jika nasib seorang wanita itu ditindas. Saya percaya berbuat baik akan dibalas baik. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang kuat hatinya. Juga bukan mudah untuk kita wanita bangkit dari kelukaan yang menyakitkan. Namun saya tetap yakin dan percaya bahawa setiap penghujung derita dan dugaan adalah bahagia. Dan definisi bahagia bagi setiap manusia adalah berbeza-beza. Akan tetapi tidak mengapa..asalkan ianya masih berlandaskan iman, tidak menyalahi hukum agama, terserah kamu. Saya juga wanita biasa..yang berusaha merubah diri ke arah yang lebih baik..lebih diberkati..lebih diredhai..Wallahualam.. =)

Khamis, Februari 16, 2012

Spontaneous Thursday.. #48

Assalammualaikum dan selamat petang..dah hampir seminggu Cik Mendezz tiada mood untuk online..facebook ke..blogging ke..apa ke..semuanya kerana tiba-tiba datang dugaan yang tidak disangka-sangka..di mana ia menuntut jalan penyelesaian dalam kadar yang SEGERA. Selagi tak selesai perkara yang satu ni..selagi itu lah Cik Mendezz stress..

STRESS!!STRESS!!STRESS!!

Dah berhari-hari stress..sampai nak makan pun lupa..dah 4-5 hari macam ni..Sampai malam tadi goreng spaghetti pun lupa letak garam!Duhh~~ teruk la penangan stress kali ini!Pheww~~

Kita acapkali menghukum orang lain tanpa sedar..mereka begitu..dia begini..Dan kini..apa bila giliran kita yang melalui semua itu..baru kita sedar, apa yang telah kita lakukan..dan kita berazam untuk memperbaikinya agar hari-hari yang mendatang akan lebih baik.

Dan kadangkala..kita menginginkan sesuatu itu hadir dengan cara yang indah..tetapi Allah menduga dengan memberikan apa yang kita mahu dengan cara yang kita tidak pernah mahu..menjadikan sesuatu yang sepatutnya mendatangkan kebahagiaan kini berbaur dengan tekanan dan sesalan..

Apakah penantian ini akhirnya berpenghujung??Apakah penghujung saya??Akan kah semuanya berakhir dengan baik dan bahagia biarpun permulaannya hanyut dan jauh??Saya tidak tahu apa yang bakal menanti di hadapan..

Namun harapan saya, dugaan yang hebat ini dapat kami tangani sama-sama..supaya kami akan sama-sama belajar dari kesilapan yang lalu..berazam memulakan hidup yang lebih bertanggungjawab dan penuh ketenangan setelah sekian lama keresahan menghantui diri biarpun rasa cinta dan kasih yang ada itu teramat dalam..

Keresahan itu yang menabur garam dan pasir dalam dugaan ini..pertengkaran..buruk sangka..curiga..kecewa..marah..cemburu dan lara meresap hari demi hari menjadikan ada masanya tiada gunanya mempertahankan lagi..Namun masih rasa itu tidak mahu pergi..biarpun berkali-kali kami cuba..biar pun berkali-kali saya lari..Nah..sekarang..semuanya dihadapan mata!!

Berdoa..berdoa..berdoa!!

Semuanya akan baik-baik sahaja..permulaan yang lara ini akan berakhir dengan kesudahan yang baik..selepas ini, hubungan yang penuh keresahan ini diharapkan bakal berisi dengan rasa tanggungjawab dan masa depan yang pasti lebih baik!!

Amin..amin..amin!!

Saya positif..berusaha menangani tekanan itu sampai kini..satu fasa penuh suka duka telah kami tempuhi..kini kami berada di fasa yang seterusnya..menanti lagi untuk sedikit waktu..dengan penuh tekanan dihimpit dari semua sudut..Tidak mengapalah..saya redha..ini bahagian kami..yang penting, kami belajar dari kesilapan dan kekhilafan dan tidak membiarkan pegajaran ini berlalu sepi. Dan setelah fasa ini selesai, mungkin selepas itu baru Cik Mendezz baru boleh kembali tersenyum dan menarik nafas lega..Ya Allah..hikmah dugaanMu sangat besar dan baik!!Biarpun ketika ia datang..saya hilang arah!!Kuatkan hati aku, Ya-Allah..kuatkan hati kami!!Agar selepas ini kami bahagia dan tenang menuju ke jalanMu..Amin.. =)

P/S : Kini saya benar-benar mengerti kata-kata "Biar hina di mata manusia..asalkan tidak hina di mata Yang Esa.." Syukral..semoga kami tabah dan redha menghadapi hari-hari yang mendatang!Ok..dah azan Maghrib..jom kita menunaikan tanggungjawab! =)

Isnin, Februari 06, 2012

Isteri Tua Gasak Madu Di Tepi Jalan!!

GULP!!Dah lama Cik Mendezz tak bapa akhbar online..tiba-tiba bila tengok isu utama Metro hari ini, Cik Mendezz tergamam seketika. Lagi cerita madu kena gasak. Apa reaksi anda sebagai masyarakat apabila membaca berita sebegini??Tersenyum sambil mnggeleng kepalakah??Atau pun laju sahaja mulut berkata, "Padan muka perempuan ni!Siapa suruh ambil suami orang!" ataupun "Apahal la paper ni..dah tak ada cerita lain ke??"



Pandangan peribadi Cik Mendezz..kalau Cik Mendezz di tempat isteri pertama, memanglah marah kot??Tapi nak bergaduh sampai tak pandang kiri kanan memang tidaklah! Mungkin sebagai isteri pertama, kita marahkan si suami kerana merasakan cintanya sudah beralih arah..kita diketepikan!

Tapi sedarkah kita wahai para isteri, jika benar si suami sudah tidak mencintai kita lagi, kita tidak akan berkongsi kasih dengan cik 'madu kesumat' kita itu..sebaliknya dengan tidak semena-mena kita bergelar janda/ibu tunggal, baru lah si suami kahwin lain..dan baru lah itu benar-benar tanda si suami tidak cintakan kita lagi!Logik bukan??Tapi saya pasti ramai yang berkata, "Ahhh..kau tak kahwin lagi, senang lah kau cakap!Esok-esok kau dah kahwin, kau rasa apa yang aku rasa baru kau tahu kenapa aku gasak perempuan ni!!" ya betul, saya belum berkahwin. Dan kita perempuan ini lumrahnya lebih dikuasai emosi hingga kadangkala kita abaikan akal yang waras.

Dan isteri kedua {atau isteri-isteri yang seterusnya!OPSS!!} pula..mungkin secara mentalnya mereka sudah bersedia menghadapi semua ini. Mungkin si madu merelakan sahaja bila 'Kak Yong' naik hantu seraya mengamuk semahu-mahunya. Atau mungkin juga dia menjangkakan semuanya akan baik-baik sahaja menjadikan dia sendiri tidak menjangkakan semua ini akan terjadi. Mungkin dia juga seperti si suami, ingin kan sebuah perdamaian dan suasana rumahtangga berpoligami yang harmoni. Dan yang pasti, gelaran yang akan terima adalah tidak lain tidak bukan, "PERAMPAS!!!Perempuan tak tahu malu!!Kau dah tak ada lelaki lain??Kenapa kau kacau rumahtangga aku??" dan macam-macam lagi!

Kita mungkin tidak tahu, tiada perempuan pun yang benar-benar sanggup bermadu, biar pun Allah menjanjikan payung emas di syurga nanti di atas keredhaan mereka berkongsi suami ketika di dunia. Mungkin isteri kedua ini juga seperti itu. Kita tidak tahu apa yang dia lalui hingga biarpun ramai lelaki yang hadir dalam hidup dia, masih suami kita ini dipilihnya. Saya sendiri tiada alasan yang kukuh yang mampu hendak menyokong mereka-mereka yang tidak menjadi isteri pertama ini. Akan tetapi, hasil pemerhatian saya sendiri, kebanyakan yang berpoligami ini lebih selesa jika mereka tidak tahu siapa madu mereka {biasanya yang mahu begini adalah isteri pertama!} biarpun rasa ingin tahunya membuak-buak. Dan isteri kedua pula biasanya berpegang pada, "Kalau kakak tak kacau saya, saya takkan kacau dia.." sedangkan dia tak tau kalau Kak Yong dengar apa yang dia cakap tu memang sure kene sepuk lagi..kehkehkeh!

Wahai para isteri, saya sangat maklum, bercinta sebelum dan selepas berkahwin tidak pernah sama. Jika tiada ikatan perkahwinan, cinta itu sekadar cinta nafsi-nafsi yang tiada arah juga rasa tanggungjawab. Berbanding cinta selepas perkahwinan, penuh tanggungjawab dan perancangan masa depan itu tampak pasti dan lebih meyakinkan. Akan tetapi, siapa kita untuk menjangka apa yang bakal terjadi di masa hadapan??Dan siapalah kita hendak menafikan hukum Allah yang menghalalkan poligami itu sendiri??

Manakah yang lebih diterima agama??Si suami berpoligami atau bebas bersama mana-mana perempuan sesuka hatinya hingga kita sendiri risau untuk bersama dengan suami kita??

Apakah layak isteri baru suami anda digelar perampas kerana pada pandangan saya dia tidak merampas, dia hanya berkongsi kasih dengan isteri pertama. Melainkan isteri pertama ditalakkan, baru betul isteri baru itu perampas!

Dan, sampai bila kita harus menyalahkan perempuan lain yang berkahwin dengan suami kita sedangkan yang bersalaman dengan wali wanita yang hendak dijadikan isteri itu adalah tangan suami kita sendiri??Tidak bersalah langsungkah suami kita di dalam hal ini??Terlalu dungukah dia hingga lurus bendul menikahi perempuan lain tanpa ada niat ingin memperisterikannya??Alahaii..lupa lagi kan?? 

Si suami juga memikirkan hala tuju hidupnya. Jika dia benar-benar suka dan sayangkan perempuan lain hingga bersama isteri pun sudah banyak terbayangkan cik 'madu kesumat' daripada wajah isterinya, mengapa mesti dia duduk diam sahaja sedangkan wanita yang disukai itu halal dinikahi..dan tiada halangan untuk dinikahi! {Well..mungkin terbayang amukan isteri pertama..mungkin juga terbayang dihayun parang oleh bakal mertua isteri baru!}. Tapi apa sahaja yang di dalam dunia ini tiada cabaran kan?? Selagi boleh disahut, mengapa tidak??Mengapa membuatkan wanita itu menerima kamu jika kamu sekadar berniat mempermain-mainkan perasaannya??Bukankah itu lebih menambah dosa-dosa yang sedia ada??

Apakah kita rela dibohongi oleh suami kita sendiri ke mana dia pergi berbanding kita tahu dia ke mana dan bersama siapa jika dia tidak bersama kita??Mungkin itu juga tujuan si suami ini apabila dia berniat menemukan isteri-isterinya ini. Dia sekadar mahu berlaku jujur setelah 2 tahun menyembunyikan siapa yang berkongsi kasih dengan isteri pertamanya. Dia cuba mewujudkan suasana poligami yang harmoni biar pun dia sedar perempuan-perempuan Melayu ni bukan macam perempuan-perempuan Arab yang selamba dan redha sahaja bila si suami bawak pergi makan angin sama-sama..kan??


P/S : Confirm pas ni cakap, "Mesti Cik Mendezz ni tengah bercinta dengan suami orang!" Well..kene tengok lah nanti dengan siapa saya berkahwin, baru kita cakap ok?Wallahhualam.. =)

Pagi yang mendamaikan.. =)

Selamat pagi readers & haters! Entah kenapalah eh lepas Subuh tadi mata ni tak boleh pejam pula. Cik Mendezz pun konon-konon merenung ke luar jendela menikmati suasana pagi..tengok lampu isyarat persimpangan rumah Cik Mendezz menuju ke lebuhraya Bukit Jalil - Sungai Besi..amboiii..tenangnya..lapang sungguhlah disebabkan tiada kenderaan yang bersesak-sesak hari ini..cuba kalau hari bekerja??Mau senak mata pagi-pagi kalau terus jengah ke tingkap! {memang itulah perkara wajib yang saya buat sebelum keluar rumah sebelum mencari rezeki - jengah di tingkap tengok jam ke tak!Hehe!}


Lengang je jalan ni kan??Kalau hari kerja..macam-macam ada!
Selepas sahaja menikmati keindahan di waktu pagi tadi..Cik Mendezz pun menjengah dapur. Sambil-sambil menyediakan sarapan pagi Cik Mendezz selesaikan laundry yang dalam mesin basuh malam tadi. Selamat dah bersidai. 

Jemput-jemput kentang cicah sambal kicap pedas + nescafe O panas. Hehe!
Lepas bersarapan, Cik Mendezz bersidang kembali melayari internet. Hehe..sebenarnya ada laundry yang kene settle lagi ni..nak kene lipat..gosok..urrmm~~ urrmm~~ kejap lagi lah eh..kenyang lagi ni..hihi!

P/S : Ini entry di kala pagi yang sengal!Ok..sambung di lain entry.. =D

Runtuhnya Sebuah Dosa..

Sempena Maulidur Rasul ni banyak jugak eh drama-drama yang penuh pengisian Islam..suka Cik Mendezz menontonnya..kalau sinetron-sinetron indon dan Filipina juga Amerika Latin tu diganti dengan drama-drama macam ni kan bagus??Secara tak langsung generasi kita yang dok khayal dengan hiburan semata-mata sekurang-kurangnya terisi juga jiwa mereka dengan pengetahuan yang sebegini. Bukannya apa..Cik Mendezz sedih juga melihat generasi sekarang..mereka memang akalnya bijaksana..tapi kebanyakannya berjiwa kosong kerana ibu bapa mereka sendiri lebih mementingkan pengisian ilmu dunia dari ilmu akhirat. Sebab tu macam-macam gejala sosial yang tidak terjangkau alak fikiran kita berlaku pada masa kini..hinggakan guru-guru sekolah kalau setakat anak murid mengandung ke apa ke..dah tak kisah dah..dah lali..cuba kita masa zaman sekolah dulu..ado??Nampak cikgu disiplin dengan rotan panjang dah berterabur lari tak cukup tanah. Setiap kali nak buat perkara jahat..teringat pesanan ustaz/ustazah..jadinya, fikir banyak kalilah sebelum nak buat perkara-perkara tak elok..

Berbalik pada drama Runtuhnya Sebuah Dosa yang Cik Mendezz tonton tadi. Drama arahan Erma Fatima yang berkisarkan kisah berbeza dua buah keluarga sebelum dan selepas menghadapi bencana keruntuhan tempat tinggal mereka. Memang sangat-sangat menginsafkan melihat pembawa-pembawa watak seperti Datuk Aziz Singgah, Beto Kusyairi, Remy Ishak, Tizz Zakiah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali dan beberapa watak lain yang Cik Mendezz tak berapa kenal..hehe..

Dari kisah itu kita sendiri dapat membezakan bagaimana perbezaan pengetahuan dalam agama memberi impak cara mereka menerima sesebuah musibah. dan sejujurnya Cik Mendezz memang tak boleh blah sungguh la dengan kekasih baru Tiz Zakiah yang datang terus meratap meratip macam orang tiada arah tu..rasa kalau Cik Mendezz la yang koma kat situ memang Cik Mendezz nak sedar awal sebab nak lempang jek  mamat tu lelaju..aduhhhaaiii~~  tak boleh dibuat laki langsung bak kata mak-mak kita!Kehkehkeh!

Bila difikir-fikirkan balik..kalau generasi sekarang pun dah macam ni parahnya perangai..macamanalah zaman anak-anak Cik Mendezz nanti..kot la esok-esok dapat incik suami pun ala-ala nak modern style je..uhhh~~ risoo teman!Biarlah kurang harta..jangan kurang akhlak. Biarlah juga tiada pangkat tapi janganlah tiada agama..Cik Mendezz sendiri yang sekolah agama dulu pun ada masa tersesat jalan..hilang arah tuju..bagaimana pula yang tiada asas agama langsung??Ke mana arah mereka hendak kembali jika jalan itu tidak pernah diketahui??Nauzubillah..semoga semuanya akan baik-baik sahaja..semoga generasi-generasi kita yang bakal mendatang akan lebih diberi penekanan dalam pengisian jiwa..pengisian rohani..bukan duniawi semata-mata..Amin.. =)


Ahad, Februari 05, 2012

Cinta dan Benci..




Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
Telah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga


Tak kuat ku menahanmu mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja..tak pernah merindu..


Sungguh aku tak bisa..sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu..sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa..sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang kurasa


Apakah kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi
Telah lama ku menantimu..diam sendiri menunggu..
Setengah hati mencinta..ku sakit karenamu..


Sungguh aku tak bisa..sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu..sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa..sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang kurasa..

Salam Maulidur Rasul!! =)

Assalammualaikum dan salam maulud readers..pada waktu Cik Mendezz menulis ni jam baru 15 minit melepasi tarikh 5 Februari 2012Masihi bersamaan 12 Rabiul Awal 1433Hijrah di mana tarikh ini merupakan tarikh keputeraan baginda Rasullullah SAW. 

Apakah program anda setiap kali maulidur rasul menjelma eh??Cik Mendezz esok tak ke mana pun..kat rumah sahaja mungkin..ada beberapa orang teman sepejabat pula akan menyertai perarakan maulidur rasul di Masjid Putrajaya esok. Mesti meriah kan??

Masa Cik Mendezz di zaman persekolahan dulu..ni cerita masa sekolah rendah dulu ye..bila nak dekat maulud je mesti cikgu-cikgu yang terlibat dengan anjuran program maulud mesti panggil Cik Mendezz dan rakan-rakan sekelas yang bersuara ala-ala diva {konon!!} untuk berlatih nasyid dan berzanji. Memang seronok..kawan-kawan pun saling bersaing nak tunjuk bakat jadi solo berzanji..tapi apakan daya, cikgu-cikgu suka suara Cik Mendezz..jadilah saya solo nasyid dan berzanji di zaman sekolah rendah..sebenarnya..apa-apa pertandingan nyanyian moden dan nasyid pun memang Cik Mendezz antara muka yang jadi solo..ada jugaklah lagi dua-tiga orang yang cikgu suruh..tapi depa wat malu-malu kan..makanya muka tak berapa malu Cik Mendezz la yang cikgu nampak..hehe..

Bila masa sekolah agama pula takde nasyid-nasyid ni ok??Berzanji..khatam Quran..haa..berani nak lari??Tu Ustazah Salmi dengan Ustazah Zainun dah tunggu dengan pembaris kuning..tinggal nak libasss jek kalau degil!Hehehe! Memang seronoklah bila maulud nabi masa sekolah dulu..paling best sekali mestila masa makan..pilih kawan 4 orang..kongsi makan satu dulang..jangan tamak-tamak eh..Semua bagi sama rata..kalau kata ada tahun tu makan kat masjid pon macam tu..memang best la makan dalam dulang tu..rasa macam mesraaa je..korang ada??silap-silap ada yang cakap tak lalu!Chaiitt~~ Sunnah nabi tu tau..makan dalam talam..berkongsi ramai-ramai..banyak sama dilapah..sikit sama dicicah..orang suka makan sorang-sorang..pastu tak reti nak pelawa..tak pandang kiri kanan ni sellfish tau!Sebab tu memang betul lah bila ustaz dan ustazah pesan..dari cara makan juga kita dapat mengungkap nilai peribadi seseorang..maka tertiblah anda di kala makan atau bahasa sopannya menghadap rezeki.. =)

Bila dah masuk sekolah menengah pula..Cik Mendezz dah takde geng-geng nasyid atau berzanji ni..sekolah pun kalau tak silap cuti kot masa maulud nabi..jadi ikut lah mak dengan ayah ke Masjid Jamek Segamat tu..tak pun Masjid Buluh Kasap yang sebelah sekolah agama tu..makan dalam dulang jugak..heheheh..pendek kata..bila maulud nabi mesti ingat : kene cari geng 4 orang : pastu makan bersama dalam satu dulang..ada jugak masanya tak kenal pun dengan makcik yang kongsi sedulang tu..tapi lepas makan terus kenal..kehkehkeh!Biasa la makcik-makcik ni..bila tengok budak-budak lajuu je makan depa pun seronok tengok kita makan je la..hihihi!

Best nya!!Best nya!!Rasa macam nak kembali ke zaman persekolahan dulu..lagi-lagi sekolah rendah..best sangat-sangat...maklumlah..Cik Mendezz dulu sekolah desa..jadi acara-acara keagamaan ni sangat hidup!tidak pernah dibiarkan berlalu sepi..

Kamu semua bagaimana pula??Meriah kah sambutan maulud nabi samada dahulu atau masa kini??Kongsilah kalau sudi..Cik Mendezz nak pejam mata dah..selamat malam..Wallahualam.. =)

P/S : Ehhh...td tengok tv commercial..tapi ingat-ingat lupa la tema maulidur rasul tahun ni..apa eh??PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH ke silap eh??Ampunn..ampuunnn...xperasan sangat td..hehe!

Sabtu, Februari 04, 2012

Mencari Arah Kiblat

Cik Mendezz baru lepas menonton drama arahan Murali Abdullah di TV9..drama ini dibintang oleh Johan Chong (sebagai Alvin/Amirul), Eja (sebagai Azura), Allahyarham M. Rajoli (sebagai ayah Azura/Pak Haji), Faradhiya dan Hasnur Rahman(sebagai Joe).

Ia berkisarkan tentang Alvin yang bersahabat baik dengan Joe tanpa menyedari Joe sebenarnya mencintainya dalam diam. Mereka sama-sama suka berparti, pemabuk dan Alvin juga merupakan seorang kaki perempuan hinggalah suatu hari selepas mereka balik dari kelab dan minum di gerai mereka didatangi oleh pengemis yang buta. Setelah dia menderma pengemis itu memberinya pelekat tulisan Arab berkalimah BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM.

Sejak itu Alvin dibuai rasa ingin tahu. Dia mula membeli buku-buku berkaitan dengan agama Islam. Laungan azan pada waktu dinihari mula mendatangkan kedamaian padanya. Perkenalannya dengan Azura di bengkel keretanya juga telah banyak membantunya menjawab banyak persoalan. Bapa Azura yang merupakan seorang alim di desa turut membantu.

Namun dilemma Alvin sebagai seorang anak tunggal menjadikan Alvin berperang dengan perasaan sendiri. Ibunya yang sebatang kara bimbang akan kehilangan Alvin jika anaknya memilih Islam menjadikan Alvin berperang dengan perasaannya sendiri yang begitu terdesak ingin menganuti agama Islam pada masa yang sama inginkan restu dan pengertian dari ibunya bahawa dia tetap akan seperti dulu malah lebih baik dari dulu. 

Dilemma Alvin berakhir setelah ibunya melihat sendiri bagaimana kehidupan bermasayarakat di kampung halaman Azura. Perubahan Alvin menjadi anak yang lebih baik dan bertanggungjawab padanya sehingga ibunya sendiri menjadi saksi Alvin mengucap kalimah syahadah.

Drama yang sarat dengan isu moral dan keagamaan. Betapa seorang Islam itu jika tidak mahu mencari Islam itu sendiri mereka juga akan sesat di dalam jalan yang mereka sendiri pilih. Tanpa segan silu Joe membelakangkan agamanya dan memilih untuk mencintai Alvin yang sejenis dengannya sedangkan Islam melarang sekeras-kerasnya perhubungan seumpama itu. Dan Alvin pula biarpun menganut agama lain, akhirnya ketemu hidayah di atas kesungguhannya sendiri ingin mencari erti sebenar kehidupan ini yang jawapannya hanya ditemui setelah dia mula mempelajari Islam.

Maka apakah moral yang Cik Mendezz dapat dari drama ini?? Mudah sahaja..sesuatu yang indah, jika sentiasa dihadapan mata sepanjang masa adakala membuatkan manusia buta menilai. Menjadikan manusia kadangkala alpa dan memandang kerosakan itu sebagai perkara yang lebih baik. Berbanding mereka yang senantiasa melihat kerosakan dan kealpaan dihadapan mata..keindahan yang tiada akan diusahakan untuk dicari..dan apabila sudah ketemu, keindahan itu akan dihargai kerana ia dimiliki dengan susah payah.

Itu sahaja untuk tengahari ini..Wallahualam..

P/S : Malam tadi dok google resipi sebab malas nak keluar hari ini..so Cik Mendezz cuba resipi Nasi Ayam mudah dan ringkas dari blog ManjaIxora ni. 

Dan inilah hasilnya!!Besh!Cuma xbest makan sorang2 je..huhu!

Jumaat, Februari 03, 2012

Jika Allah Tidak Mengizinkan..

Sekuat mana saya setia..
Sehebat mana saya merancang..
Sejauh mana saya menunggu..
Sekeras mana saya bersabar..
Sejujur mana saya menerima kamu..
Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama..kita tetap tidak akan bersama..
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..
Dan sebaik-baik yang merancang itu adalah Allah SWT..

sumber : facebook threading

Berubah..



Apabila berlembut bukan lagi jalan penyelesaian..kita marah..berantakan..mula saling menyakiti dan semakin sukar memaafkan..rasa cinta yang pada mulanya begitu indah dan membahagiakan kini bertukar menjadi duka dan tangisan..luka tidak terperi..

Luka itu akan pergi..keceriaan akan kembali..namun kamu tidak akan pernah berubah..bukan saya ego..malah terlalu banyak beralah..terlalu banyak bertolak ansur..terlalu banyak bersabar..jika itu adalah cara saya untuk meredakan suasana yang tegang..kamu menggunakan sikap yang ini untuk diambil kesempatan..

Sudah terlalu banyak kamu menguji kesabaran saya..sudah terlalu banyak sikap toleransi saya kamu gunakan untuk kepentingan sendiri..maka untuk apa lagi saya membiarkan kamu untuk terus memperlakukan ini pada saya??Siapa kamu untuk memperlakukan saya sebegini rupa??

Ya..saya tidak sempurna..tapi ketidaksempurnaan itu tidak menjadikan saya memperlakukan manusia lain sesuka hati..ketidaksempurnaan saya menjadikan saya sedar tidak perlu membuang masa pada kamu yang tidak mahu mengerti..ketidaksempurnaan saya menjadikan saya tidak perlu menjadi sempurna demi memuaskan hati orang lain yang pada dasarnya tidak sempurna juga.. =)

Lebih baik pergi dari terus disakiti..saya manusia biasa..sabar saya ada hadnya..sudah berkali-kali saya ingin melangkah pergi..tapi kamu tahan..kamu kata kamu tidak boleh lupakan saya..kamu tidak boleh hidup tanpa saya..kamu perlukan saya untuk terus berada disisi kamu..sedarkah kamu..sudah terlalu banyak kamu berjanji..dan janji itu tidak mampu kamu tunaikan menjadikan kamu lemas dengan janji-janji kamu sendiri??

Dan lupakah kamu..saya berjauh hati dan pergi bukan kerana saya sudah bencikan kamu..perasaan saya tidak pernah berubah! Akan tetapi saya memilih untuk pergi kerana kamu yang berubah..kerana kamu yang sudah tidak menyintai saya lagi..dan setelah berbulan-bulan kamu berperangai begini..saya amat yakin kamu sebenarnya sudah boleh hidup tanpa saya..sebab itu sewenang-wenangnya kamu memperlakukan sesuka hati kamu..

Ahh..retak lagi hati saya..hancurnya berderai-derai..sekali lagi kamu mempersia-siakan hati dan perasaan saya  buat kesekian kalinya setelah saya menerima kamu kembali dengan susah payah..sedikit pun kamu tidak pernah mahu mengerti!Buat kamu..tidak mengapalah..saya ok..baik-baik sahaja..perasaan ini akan sembuh asalkan kamu tidak ganggu saya lagi..pergilah ke mana pun sesuka hati kamu..saya tidak akan peduli lagi..ini lah yang kamu mahukan..keegoan kamu mengiyakan semua itu..Ya..saya tahu..sangat tahu! =)

Kesabaran saya semakin hari diuji dengan perangai dan tindakan kamu yang tidak masuk akal!Saya tidak mahu dipersia-siakan oleh lelaki yang tidak sedar diuntung..lagi tidak tahu menghargai..penantian saya bukan suatu yang sia-sia..semakin hari saya semakin mengerti mengapa begini perjalanan hidup kamu..ah..tidak mengapalah..itu jalan hidup yang kamu pilih..siapa saya untuk mengiya atau menidakkan semua itu??


Mungkin juga kamu telah jumpa apa yang kamu cari..sebab itu kamu dengan sewenang-wenangnya menyakiti hati saya tanpa rasa bersalah walau sedikitpun..malah kamu salahkan saya kerana bersedih..kamu salahkan saya kerana kecewa..tidak mengapa..kerana kamu sedang megah di atas..tidak sudi menyelami apa rasa saya yang sedang terkapai-kapai di bawah..

Kelak nanti..apabila roda kehidupan itu berputar lagi..dan kamu kembali di bawah..pada waktu itu kamu akan ingat kembali betapa saya tidak pernah mengenepikan kamu pada saat kamu melalui hari-hari yang sukar..saya hadapinya bersama kamu..saya memberi kamu 1001 jalan untuk mencari penyelesaian berbanding kamu yang suka beralasan..saya sudah penat dengan semua itu..kebongkakan kamu sangat-sangat menyakitkan hati saya..keegoan kamu telah merubah kamu menjadi lebih tidak terjangka!

Cukup..cukup..cukup..cukup untuk saya meluahkan rasa ini..saya tidak mahu meluahkan rasa-rasa yang sebegini lagi pada masa akan datang..kamu sudah terlalu banyak berbohong..memberi saya harapan palsu..memujuk saya di kala saya sedih..tapi bila saya gembira dan bahagia kamu sakitkan hati saya lagi..cukuplah sebelum ini..saya tidak mahu lagi..kamu bukan untuk saya..kamu bukan jodoh saya..mungkin saya terlalu kurang untuk kamu hingga kamu merendah-rendahkan perasaan saya sewenang-wenangnya..atau kamu terlalu kurang untuk saya hingga saya merasakan kamu sudah tidak menyayangi dan menyintai saya seperti dulu..Wallahualam..

#OPPSSS!!Emosi pula Cik Mendezz hari ini..maaflah..dah berhari-bari hati saya berasa berbuku-buku..hari ini baru terluah! =)

Khamis, Februari 02, 2012

Spontaneous Thursday.. #47 - Pesanan Ustaz Azhar Idrus Kepada Lelaki

  1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia
  2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia
  3. Jangan memberi harapan kalau anda tak pasti
  4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya
  5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya
Sepatutnya tidak perlu nak tunggu ustaz/ustazah berpesan tentang semua ni. Sebagai lelaki yang berperanan sebagai khalifah di muka bumi..pemimpin..anda {Lelaki} boleh berfikir tentang ini dengan wajar!Tidak malukah kamu berterus-terusan bersikap seperti anak-anak??Hingga perlu wanita lain menjadi ibu kamu untuk mengingatkan kamu akan perkara-perkara sebegini??Kasihan sungguh!

P/S : Saya berhak dilayan sebaik-baiknya seperti mana anda mahu dilayan sewajarnya!Wallahualam..

Spontaneous Thursday.. #46

Tunjangkan resah mu di dada SOLAT..
Himpunkan peritmu di genggaman DOA..
Tutupi kekecewaan mu dengan keTAQWAan..
Dan nilaikan kesucian hatimu dengan keIKHLASan hati..

Ya Allah Ya Tuhanku..jika (NAMA ) ini adalah jodoh yang baik buat ku dan keluargaku..
Engkau satukanlah kami sebagai suami isteri..
Akan tetapi jika (NAMA) ini memudaratkan aku dan keluarga, Engkau jauhkanlah dia dari kami..

Amin..Ya Rabbal Alamin..

#Hati yang sedang berduka..sabar Cik Mendezz sabar!!

Spontaneous Thursday.. #45 - (✿◠‿◠) Kisah couple (✿◠‿◠)

Lelaki : Awak..boleh jadi awek saya??Saya berkenan sangatlah kat awak. Bagi saya..awak perfect!

Perempuan : Ok, boleh je..tak ada masalah. Couple ke??

Lelaki : Err..kalau dah minta jadi awek, maknanya couple la tu kan??

Perempuan : Ok. Bila nak kahwin??

Lelaki : Err.. boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan..Lepas tu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, Insya Allah..

Perempuan : Ok. Kita putus sekarang jugak.

Lelaki : Eh..kenapa??

Perempuan : Kerana tiga sebab.

SATU, awak ajak saya bergelumang dalam dosa untuk tiga tahun tanpa akad nikah yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal-hal berkaitan. Dalam 3 tahun itu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya tak nak hati saya terluka. Saya pun tak nak hati awak terluka.

DUA, Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan??Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah untuk mereka yang betul-betul bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya walaupun tidak kaya dan dari banyak sudut. Restu ibubapa juga perlu difikirkan sama.

TIGA, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud banyak-banyak. Istikharah rajin-rajin. Taubat selalu. Muhasabah sentiasa. Ubah slow-slow. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin. Jangan beriharapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ini, ambil yang lainlahhh..

Lelaki : Emmm...tapi daya tetap nak awak. Dah bertahun-tahun tunggu awak.

Perempuan : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon..Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ini bukan janji atau beri harapan. Jika saya masih belum berpunya, datang minta dengan mak ayah saya terus. Bincang dengan diaorang. Assalammualaikum.

Lelaki : Waalaikumussalam.

Pendapat peribadi Cik Mendezz : Hurm..memang betullah..ramai lelaki sekarang suka berniat untuk berkahwin..tapi niat ke arah itu tiada. Sudahnya pasangan kekasih lebih banyak bertengkar apabila membincangkan jaminan dan masa depan. Bukan kah lebih baik memulakan perhubungan setelah bersedia..bukan sekadar janji-janji yang masih diri sendiri tidak tahu ianya bakal tertunai atau tidak??Apa guna berjanji jika ia hanya untuk dimungkiri??Melukakan adalah perkara mudah..tetapi yang terluka tidak terperi sakitnya!

sumber : Facebook

Rabu, Februari 01, 2012

Wordless Wednesday..#21

Holla..it's Wordless Wednesday again ev1..
Macam dah lama pulak lahhhh Cik Mendezz xbuat entry ni kan??
Bukannya apa..tiada gambar yang menarik kebelakangan ni..
Disebabkan Cik Mendezz lebih suka menulis daripada bergambar..
hihihi!Ok..foto untuk minggu ini..


Makan setahun gak eh??

Hi..selamat sore..wahhh...berbahasa nusantara pula Cik Mendezz ini malemm...bukannya apa pun..tiba-tiba tergelak sendiri..dah setahun lebih buat blog baru hari ni tergerak nak buat header blog..apakahhhh??

First trial..banyak yang kurang..nanti kalo kerajinan melanda lagi Cik Mendezz try la wat header lain..so far ini lahhhh yang paling ganazz dah idea yang mammpu keluar di kala kebuangtebiatan melanda..kehkehkeh!!

Cantik tak header saya??Sila komen dengan ikhlas..saya sedia dan pasrah seadanya dengan kritikan membina anda..kritikan yang nak kasi kondem sila jauhhhh~ jauhhhhh sket ye??? Ngeee~~ =P


Ok..mata dah ngantuk..esok pon Cik Mendezz cuti..saya mahu mimpi indah-indah.. incik..incik..incik...Zzzzzzzzzzzz...