Kenapa saya mahu menjadi kekasih halal berbanding sebagai seorang kekasih??
- Segala yang menjadi punca dosa akan menjadi antara punca pahala kita. - Sebelum halal, berdua-duaan dan bersama adalah zina dan punca zina berbanding setelah halal ia menjadi antara punca pahala. Dugaan yang paling besar buat pasangan kekasih pada masa kini adalah berdua-duaan tanpa melakukan apa-apa, kan??Setiap belaian wanita/lelaki untuk pasangannya yang halal adalah ganjaran pahala berbanding kekasih tidak halal..setiap perbuatan kita bersama menghampiri ke arah dosa.
- Berita yang mendukacitakan buat kekasih akan menjadi sebaliknya jika dia adalah kekasih halal. - Jika kekasih halal mengandung, ianya berita gembira dan dianggap rezeki serta kurniaan Allah berbanding kekasih yang tidak halal, ianya berita sedih, dianggap malapetaka dan mampu menjadi punca pergaduhan malahan perpisahan kerana tidak mahu terbelenggu dalam masalah itu. Dan banyak lagi perkara-perkara yang buruk yang datang di kemudian hari..Nauzubillah..
- Keberkatan hidup yang menjamin ketenangan emosi. - Kita yakin dan pasti dengan setiap langkah kita bersama pasangan berbanding jika belum halal.
- Setiap tindakan kekasih halal sentiasa mendapat redha dan restu orang tua berbanding jika kita belum halal.
- Menjamin hak seorang isteri/suami jika pasangan mereka memperlakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
- Hubungan kekasih halal dipenuhi dengan tanggungjawab masing-masing berbanding pasangan yang tidak halal. Di mana hubungan bersikap nafsi-nafsi (kau hal kau dan aku hal aku) menjadikan pasangan mungkin bersikap lepas tangan jika sesuatu ketidakjangkaan berlaku. Siapakah yang selalunya menjadi mangsa keadaan jika ini berlaku??Wanita yeh..lelaki jarang..malahan, sangat jarang!
Sebagai seorang wanita..kita mencari jaminan hidup. Kita berpegang pada janji. Kita juga antara golongan yang mudah teraniaya. Saya bukan seorang pejuang hak asasi wanita. Cuma saya tidak suka jika nasib seorang wanita itu ditindas. Saya percaya berbuat baik akan dibalas baik. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang kuat hatinya. Juga bukan mudah untuk kita wanita bangkit dari kelukaan yang menyakitkan. Namun saya tetap yakin dan percaya bahawa setiap penghujung derita dan dugaan adalah bahagia. Dan definisi bahagia bagi setiap manusia adalah berbeza-beza. Akan tetapi tidak mengapa..asalkan ianya masih berlandaskan iman, tidak menyalahi hukum agama, terserah kamu. Saya juga wanita biasa..yang berusaha merubah diri ke arah yang lebih baik..lebih diberkati..lebih diredhai..Wallahualam.. =)
0 ulasan:
Catat Ulasan