Isnin, Februari 06, 2012

Isteri Tua Gasak Madu Di Tepi Jalan!!

GULP!!Dah lama Cik Mendezz tak bapa akhbar online..tiba-tiba bila tengok isu utama Metro hari ini, Cik Mendezz tergamam seketika. Lagi cerita madu kena gasak. Apa reaksi anda sebagai masyarakat apabila membaca berita sebegini??Tersenyum sambil mnggeleng kepalakah??Atau pun laju sahaja mulut berkata, "Padan muka perempuan ni!Siapa suruh ambil suami orang!" ataupun "Apahal la paper ni..dah tak ada cerita lain ke??"



Pandangan peribadi Cik Mendezz..kalau Cik Mendezz di tempat isteri pertama, memanglah marah kot??Tapi nak bergaduh sampai tak pandang kiri kanan memang tidaklah! Mungkin sebagai isteri pertama, kita marahkan si suami kerana merasakan cintanya sudah beralih arah..kita diketepikan!

Tapi sedarkah kita wahai para isteri, jika benar si suami sudah tidak mencintai kita lagi, kita tidak akan berkongsi kasih dengan cik 'madu kesumat' kita itu..sebaliknya dengan tidak semena-mena kita bergelar janda/ibu tunggal, baru lah si suami kahwin lain..dan baru lah itu benar-benar tanda si suami tidak cintakan kita lagi!Logik bukan??Tapi saya pasti ramai yang berkata, "Ahhh..kau tak kahwin lagi, senang lah kau cakap!Esok-esok kau dah kahwin, kau rasa apa yang aku rasa baru kau tahu kenapa aku gasak perempuan ni!!" ya betul, saya belum berkahwin. Dan kita perempuan ini lumrahnya lebih dikuasai emosi hingga kadangkala kita abaikan akal yang waras.

Dan isteri kedua {atau isteri-isteri yang seterusnya!OPSS!!} pula..mungkin secara mentalnya mereka sudah bersedia menghadapi semua ini. Mungkin si madu merelakan sahaja bila 'Kak Yong' naik hantu seraya mengamuk semahu-mahunya. Atau mungkin juga dia menjangkakan semuanya akan baik-baik sahaja menjadikan dia sendiri tidak menjangkakan semua ini akan terjadi. Mungkin dia juga seperti si suami, ingin kan sebuah perdamaian dan suasana rumahtangga berpoligami yang harmoni. Dan yang pasti, gelaran yang akan terima adalah tidak lain tidak bukan, "PERAMPAS!!!Perempuan tak tahu malu!!Kau dah tak ada lelaki lain??Kenapa kau kacau rumahtangga aku??" dan macam-macam lagi!

Kita mungkin tidak tahu, tiada perempuan pun yang benar-benar sanggup bermadu, biar pun Allah menjanjikan payung emas di syurga nanti di atas keredhaan mereka berkongsi suami ketika di dunia. Mungkin isteri kedua ini juga seperti itu. Kita tidak tahu apa yang dia lalui hingga biarpun ramai lelaki yang hadir dalam hidup dia, masih suami kita ini dipilihnya. Saya sendiri tiada alasan yang kukuh yang mampu hendak menyokong mereka-mereka yang tidak menjadi isteri pertama ini. Akan tetapi, hasil pemerhatian saya sendiri, kebanyakan yang berpoligami ini lebih selesa jika mereka tidak tahu siapa madu mereka {biasanya yang mahu begini adalah isteri pertama!} biarpun rasa ingin tahunya membuak-buak. Dan isteri kedua pula biasanya berpegang pada, "Kalau kakak tak kacau saya, saya takkan kacau dia.." sedangkan dia tak tau kalau Kak Yong dengar apa yang dia cakap tu memang sure kene sepuk lagi..kehkehkeh!

Wahai para isteri, saya sangat maklum, bercinta sebelum dan selepas berkahwin tidak pernah sama. Jika tiada ikatan perkahwinan, cinta itu sekadar cinta nafsi-nafsi yang tiada arah juga rasa tanggungjawab. Berbanding cinta selepas perkahwinan, penuh tanggungjawab dan perancangan masa depan itu tampak pasti dan lebih meyakinkan. Akan tetapi, siapa kita untuk menjangka apa yang bakal terjadi di masa hadapan??Dan siapalah kita hendak menafikan hukum Allah yang menghalalkan poligami itu sendiri??

Manakah yang lebih diterima agama??Si suami berpoligami atau bebas bersama mana-mana perempuan sesuka hatinya hingga kita sendiri risau untuk bersama dengan suami kita??

Apakah layak isteri baru suami anda digelar perampas kerana pada pandangan saya dia tidak merampas, dia hanya berkongsi kasih dengan isteri pertama. Melainkan isteri pertama ditalakkan, baru betul isteri baru itu perampas!

Dan, sampai bila kita harus menyalahkan perempuan lain yang berkahwin dengan suami kita sedangkan yang bersalaman dengan wali wanita yang hendak dijadikan isteri itu adalah tangan suami kita sendiri??Tidak bersalah langsungkah suami kita di dalam hal ini??Terlalu dungukah dia hingga lurus bendul menikahi perempuan lain tanpa ada niat ingin memperisterikannya??Alahaii..lupa lagi kan?? 

Si suami juga memikirkan hala tuju hidupnya. Jika dia benar-benar suka dan sayangkan perempuan lain hingga bersama isteri pun sudah banyak terbayangkan cik 'madu kesumat' daripada wajah isterinya, mengapa mesti dia duduk diam sahaja sedangkan wanita yang disukai itu halal dinikahi..dan tiada halangan untuk dinikahi! {Well..mungkin terbayang amukan isteri pertama..mungkin juga terbayang dihayun parang oleh bakal mertua isteri baru!}. Tapi apa sahaja yang di dalam dunia ini tiada cabaran kan?? Selagi boleh disahut, mengapa tidak??Mengapa membuatkan wanita itu menerima kamu jika kamu sekadar berniat mempermain-mainkan perasaannya??Bukankah itu lebih menambah dosa-dosa yang sedia ada??

Apakah kita rela dibohongi oleh suami kita sendiri ke mana dia pergi berbanding kita tahu dia ke mana dan bersama siapa jika dia tidak bersama kita??Mungkin itu juga tujuan si suami ini apabila dia berniat menemukan isteri-isterinya ini. Dia sekadar mahu berlaku jujur setelah 2 tahun menyembunyikan siapa yang berkongsi kasih dengan isteri pertamanya. Dia cuba mewujudkan suasana poligami yang harmoni biar pun dia sedar perempuan-perempuan Melayu ni bukan macam perempuan-perempuan Arab yang selamba dan redha sahaja bila si suami bawak pergi makan angin sama-sama..kan??


P/S : Confirm pas ni cakap, "Mesti Cik Mendezz ni tengah bercinta dengan suami orang!" Well..kene tengok lah nanti dengan siapa saya berkahwin, baru kita cakap ok?Wallahhualam.. =)

5 ulasan:

odahonebizz [Nak balas komen]berkata...

madu? manisnya...hoho...monogami or poligami yg mana satu cik mendezz pilih?

nOOrsha [Nak balas komen]berkata...

waaa..takut tengok og gado.. x suke x suke.. pendapat sy sbg wanita kite kene jage personaliti..x kirelah sakkitt ati n marah camne pun, tp kene kawal diri...bertindak profesional, insyaallah ramai yg akan hormat nanti...tp x tau lah kalo da ada kat tmpat is3 pertama tu..mungkin la kot hot temper tahap x blh kawal.. :)wallahualam

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@OdahOne OdahOneBizz : Cik Puan Odah darling..kalau diberi pilihan sudah semestinya Cik Mendezz mahukan yang terbaik dalam kehidupan Cik Mendezz..
Monogami ke poligami??
Origami boleh ke??
Kehkehkeh! =P

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@nOOrsha : Tu la kan..we will never noe..
tapi sebaik-baiknya jagalah maruah kita sebagai seorang wanita..
walaupun pahit bagaimana pun sebuah hakikat, jangan lah kita hilang pertimbangan..
itu hanya akan menyebabkan kita akan dipandang lebih rendah kerana tidak pandai menguruskan emosi..
Cik Mendezz sendiri kalau rasa nak mengamuk sangat memenag berusaha untuk tidak mengamuk di khalayak ramai..
malu oiiii!!

Hans Hanis [Nak balas komen]berkata...

gaduh satu hal
malu pun satu hal
haihhh
bahaya kalau bermadu tak rela nih


P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html