Ahad, April 22, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#19


Telefon bimbit Rafidah berbunyi setelah hampir 1 ½ jam mereka sabar dalam penantian . Cepat-cepat gadis itu menjawab .

Dah sampai ?

……..

Kat mana ? ” kelihatan Rafidah tercari-cari .

………

Oh … ok , ” Rafidah mengorak senyum bila terlihatkan lelaki itu melambai-lambai dari seberang jalan .

Jom , Rina , ” sekali lagi mereka mengangkat bagasi melintasi jalan .

Hai , ” sapa Nazri ramah .

Hai , kenalkan kawan Ida , Rina , ” cepat-cepat Rafidah memperkenalkan . Cepat-cepat Arina menghulur tangan untuk berjabat tangan . Memang menjadi tradisi dirinya berjabat tangan sewaktu perkenalan pertama .

So , kamu berdua ada nak pergi mana-mana lagi ke ni ? ” tanya Nazri sebaik sahaja mereka menaiki van pemuda itu .

Kami ni dari pagi tadi dah berjalan . Rasanya , esok sambung , kot ? ” balas Rafidah seraya menoleh ke arah Arina yang duduk di belakang . Arina hanya tersenyum hambar . Pada wajahnya terpancar kepenatan yang teramat disebabkan seharian berjalan dan ditambah pula dengan masalahnya bersama Muzammir .

Kalau macam tu , kita terus ke Genting , setuju ? ” cadang Nazri senang . Arina menangguk setuju tanpa banyak soal . Van yang dipandu pemuda itu mula bergerak pantas meninggalkan bandaraya yang penuh hiruk-pikuk yang tidak pernah reda itu .

Perjalanan menuju ke Genting memakan masa hampir 2 jam disebabkan oleh kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur . Tiba-tiba Arina tersenyum sendiri memikirkan pakaian yang dibelinya tadi . ‘ Hmm … patutlah tergerak hati aku nak beli baju sejuk tadi ! ’ bisik hatinya tiba-tiba berasa lucu .

Van mula bergerak menaiki bukit menuju ke destinasi . Permukaan tanah yang semakin tinggi dari aras laut menjadikan sedikit demi sedikit tubuh Arina digigit kesejukan . Arina mengusap-usap kakinya yang hanya memakai skirt paras lutut .  Perjalanan menuju ke Genting jauh berbeza dengan kesesakan kotaraya Kuala Lumpur – lapang dan mendamaikan juga semakin dingin ! Biarpun jalan menuju ke tanah tinggi itu berpusing-pusing dan agak curam, Nazri kelihatan cekap mengendalikan van yang dipandu. Rafidah pula hanya diam dan tidak banyak bercakap. Betul kah sudah lama dia mengenali lelaki ini ? Tapi kenapa seperti tiada butir bicara yang dibualkan ?

Ok..kita dah sampai ! ” suara girang Nazri menyentak lamunan Arina yang agak mengelamun. Arina memandang sekeliling. Tiada apa yang menarik perhatiannya selain rasa dingin yang menyegarkan dan berasa ingin sangat untuk berehat.

Sebelum check in, kita makan dulu lah ok? Di sini susah nak cari makanan kalau dah lewat-lewat sangat. Kedai-kedai di sini tutup awal. ” beritahu Nazri lagi. Mereka keluar dari kenderaan Nazri. Ariana mengeliat sedikit setelah agak lama berasa dalam kenderaan . Badannya sudah mula berasa lenguh-lenguh. Oh, cepatlah check in..tak makan pun tidak mengapa ! Tapi di sini sejuk ! Kalau tidak makan nanti kelaparan pula di tengah malam nanti !

Boleh tak kami check in dulu. Nank letak barang-barang..tak larat lah nak bawa ke hulu ke hilir ni, ” Arina memandang tepat ke muka Nazri memohon pengertian . Nazri lekas bersetuju dan membawa mereka ke apartment hotel tempat dia selalu bermalam bersama teman-temannya di kala hujung minggu. Nazri membiarkan 2 gadis ini menyelesaikan urusan mereka bermalam di apartment hotel terlebih dahulu.

Mari saya tolong bawa barang-barang kamu berdua ,” ringan tulang Nazri membawa bagasi Arina dan Rafidah lantas mengikut mereka menaiki lif menuju ke bilik . Longlai rasanya melihat bilik tidur yang selesa . Mula lah dia berasa malas hendak kembali ke bawah untuk menjamu selera . Tapi nanti apa pula kata Rafidah . Rafidah kelihatan seperti tidak mahu berdua dengan Nazri. Dia lebih selesa jika Arina menemaninya. Maka setelah meletakkan barang-barang dan sekadar membawa wallet masing-masing, dengan berada terpaksa Arina menuruti langkah Nazri dan Rafidah menuju ke kedai makan.

Banyak seloroh Nazri sepanjang mereka makan . Seperti dia bersungguh-sungguh ingin menawan hati Rafidah. Namun Rafidah pula seperti endah tidak endah . Dia hanya sekadar mengiyakan. Arina pula cepat-cepat menghabiskan makanan. Tidak mahu lama-lama di kedai makan. Kedinginan semakin menggigit-gigit tulang sumsumnya . Iya lah..biarpun kini dia lengkap berjacket namun kakinya masih memakai skirt denim paras lutut ! Memang dia tidak tahan dan berasa sangat kalah dengan kesejukan melampau di tanah tinggi ini !


0 ulasan: