TOINGG !!!!!!!! Terbeliak mata Arina melihatkan apa yang terpampang di cermin kaunter tiket bas itu .
‘ TIKET KE SEGAMAT HARI INI HABIS DIJUAL ! ’
“ Ya ALLAH … Ida , apa kita nak buat ni ? ” tanya Arina kalut . Menyesal pula dia kerana tidak membeli tiket setibanya dia ke Pudu sebelum mereka berjalan-jalan tadi ! Tapi selalunya tiket memang tidak pernah habis . Itu yang menyebabkan Arina tidak pernah risau . Namun hari ini … ah , sudah nasib kami malang agaknya !
“ Ni Zammir punya pasallah ni ! ” rungut Arina lagi geram . Kalau tidak kerana terlalu memikirkan masalah dengan lelaki itu , mesti tidak jadi begini ! Tiba-tiba sahaja aku jadi pelupa !
Arina akui , kehadiran Muzammir benar-benar mempengaruhi hidupnya . Maka , bila dia mendengar cerita seperti ini , Arina terus jadi bingung , jadi macam tidak betul , jadi pelupa dan rasa semuanya serba tidak kena …
“ Kau tunggu , aku call Zammir . Mana tau , dia boleh suggest nama hotel yang murah-murah di KL ni untuk kita bermalam , ” pantas tangan Arina mendail nombor telefon Muzammir .
Telefon bimbit yang berdering di atas meja segera didapatkan oleh Muzammir yang baru keluar dari bilik air .
“ Hello , ”
“ Zammir , Reen ni …, ”
“ Kenapa tak balik lagi ? ” tanya Muzammir dengan nada mendatar . Walaupun rasa amarahnya masih belum reda dek tindakan Arina hari ini namun dia masih risau akan diri gadis itu yang kadangkalanya terlalu berani .
“ Tiket balik Segamat dah habis ni , Zammir tolong Reen …, ”
“ Tak tahu ! ” pintas Muzammir pantas . Biar Arina rasa marah sepertimana yang dia rasa hari ini !
“ Tak tahu dahlah ! ” pantas Arina meletak gagang telefon awam itu . ‘ Huh , ingat aku teringin sangat hendak minta tolong kau ?! Kalau tak kerana terdesak , tak ingin tau ! Macam ni nak jaga aku seumur hidup ?! ’ gumam Arina geram .
“ Zammir still marah pada aku . Elise kat kampus . Kawan-kawan aku yang lain pun di kampus . Any suggestion ? ” suara Arina akhirnya . Rafidah teragak-agak . Nampaknya terpaksa juga dia berjumpa dengan Nasir , teman internetnya yang sejak awal tadi ingin dielak-elakkan ! Tapi macam mana kalau Arina tak setuju ? Buatnya Nasir itu lelaki yang tidak boleh dipercayai , bukankah teraniaya mereka nanti ?
“ Tak mengapalah . Kita try contact kawan aku , ” giliran Rafidah pula yang mendail di telefon awam itu . Setelah berbicara seketika , kelihatan wajahnya agak lega .
“ Dia dari Rawang . So , lambat sikit , ” beritahu Rafidah yang turut kepenatan sepertimana Arina .
“ Kalau macam tu , handphone kau kita beli esok . Kita tunggu kawan kau di luarlah . Ramai sangat orang kat sini , rimaslah ! ” cadang Arina pantas lantas mengangkat bagasi mereka keluar dari perhentian bas Puduraya yang penuh sesak itu .
Waktu itu , jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam . Ini bermakna sudah hampir setengah jam mereka menunggu . Rafidah sudah resah . Tambahan pula orang lalu-lalang sudah berkurangan , menjadikan mereka berdua menjadi perhatian . Walaupun Arina turut resah sepertimana teman baiknya ini , dia berusaha untuk menyembunyikannya . Moga-moga , walau apapun yang terjadi , taekwondo yang dipelajari selama di UiTM mampu membantu !
“ Betul ke kau kenal dia , Ida ? ” tanya Arina apabila melihat teman baiknya ini kalut dibuai resah .
“ Kenal , kau jangan risaulah . Dia kata nanti dia bawa kita sewa hotel di Genting , ”
“ Genting ?! Gila apa ?! ” hampir-hampir Arina terpekik .
“ Ya , Genting . Dia selalu lepak Genting masa weekend , so dia tahulah hotel mana yang murah , hotel mana yang mahal , ” cepat-cepat Rafidah menjelaskan .
“ Oh … ok , ” perlahan-lahan Arina menarik nafas lega . Rafidah berusaha untuk tenang . Memberitahu Arina bahawa inilah kali pertama dia bertemu Nasir adalah tidak sama sekali ! Elok-elok mereka bermalam di atas katil yang empuk , terus kena bermalam di tepi jalan pula jadinya nanti disebabkan Arina tidak mahu mengikut ! Jauh disudut hatinya , dia berdoa agar Nasir tidak menganiaya mereka . Ah , Arina ada taekwondo , apa dia nak risau !
0 ulasan:
Catat Ulasan