Rabu, April 18, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#17


Memang benar , selama ini Arina tidak pernah bertanya seberani ini kepadanya . Dia faham sikap Arina yang tidak suka dikongkong , maka Arina turut bersikap tidak suka mengongkong . Sebaliknya Arina meletakkan sepenuh kepercayaan kepada dirinya selagi Muzammir tidak membelakangkannya . Dan … apabila Arina bertindak begini , apakah sudah hilang kepercayaan Arina terhadap dirinya ? Ah , terseksa betul jiwanya jika sangkaannya benar !

                “ Elise yang bagitau Reen , dia nampak Zammir minggu lepas . Reen tak tahu nak buat apa . Sebab tu Reen naik KL jumpa Zammir , ” jelas Arina dengan suara yang semakin kendur .

                “ Betul , Reen . Zammir tak keluar pun minggu lepas . Tanyalah Lan kalau Reen tak percaya ,

Demi ALLAH , Mir ? ” Arina memandang tepat ke wajahnya meminta kepastian buat kali terakhir . Tidak tahulah Arina jika lelaki itu sanggup menggunakan nama Tuhan demi menutup kesalahannya tapi dia perlu soal demi untuk meyakinkan dirinya bahawa Muzammir yang dikenalinya masih Muzammir yang dulu … Muzammir yang menerima dia seadanya .. yang menyayangi dia sepenuh jiwanya … dan tidak pernah berusaha memandang perempuan lain . Itu yang penting !

Demi ALLAH , Reen . Zammir tak tipu , ” jawabnya tenang . Berdosakah aku melakukan sumpah ini demi untuk menyelamatkan keadaan ? Melihat wajah Arina , dia pasti Arina masih kecewa . Kecewa yang tidak dapat digambarkan oleh Muzammir sendiri .

Kenapa Zammir dah lama tak call Reen ? ” tanya Arina lagi cuba menahan sendu yang ditahan-tahan sejak tadi .

Pointer Zammir jatuh teruk semester lepas , Reen … Zammir kena all out this semester to improve it  , ” Muzammir masih bersahaja . Ah , benci betul Arina melihatnya ! Seolah-olah dia tidak berbuat salah langsung ! Jauh di sudut hati , Arina percaya dengan kata-kata Muzammir walaupun jika semua itu bukan hakikatnya . Dan … Arina percaya dengan riak air mukanya . Tapi entahlah ! Bila ditanya  tentang pointer , mengapa sudah lama Muzammir tidak menghubunginya , jawapannya benar-benar mengecewakan !

Sampai tak ada masa nak call Reen lagi ? ” soal Arina lagi dengan suara yang lebih perlahan . Entah mengapa Arina  terasa hati kerana apabila Muzammir  mengabaikan dia begitu , dirinya terasa seperti dilupakan … diketepikan … diperkotakkatikkan perasaan … seolah-olah selama mereka bersama Arina telah mengganggu hidup Zammir  … pelajaran Zammir  … sedih betul hatinya .

Zammir target 4 plat semester ni . Sebab tu Zammir sibuk dengan kuliah , pergi library , lab work … sampai Zammir betul-betul tak ada masa nak hubungi Reen , ” ah , alasan semata-mata ! Itulah yang bermain di ruang fikiran Arina setelah diperdengar jawapan oleh Muzammir .

Kalau betul Muzammir ingin menumpukan perhatiannya pada pelajaran , tidak mengapalah … aku redha … aku tidak kisah selagi tujuannya masih ke arah itu … namun jika haluannya berubah arah … demi ALLAH , dia akan menjadi lelaki kedua yang takkan aku maafkan dunia dan akhirat …!!! 


0 ulasan: