Selasa, Oktober 25, 2011

Bila hati harus memilih.. =)

Hari demi hari..rasa yang melukakan itu semakin terubat..maka..mungkin benar kata pujangga..masa mampu mengubati luka yang ada..biarpun parutnya entah bila akan hilang.. =)



Mungkin sudah sampai masanya hati ini memilih untuk meneruskan langkah tanpa kamu yang cuba sehabis baik menjatuhkan..kamu yang sehabis baik berusaha untuk melukakan..mungkin kerana tidak pernah tahu apa rasanya luka itu..menjadikan kamu tidak pernah berasa sesal menyakiti orang lain..mungkin juga kerana merasakan kelukaan yang bakal dirasai itu hanya sedikit dan seketika maka kamu tegar menyakiti tanpa rasa kasihan walau sedikit pun..





Maka..untuk apa aku melayan rasa sakit dan kecewa itu??Jika rasa-rasa itu menggembirakan kamu yang begitu menagih airmata ku??Dan untuk apa aku mengharap andai  kamu hanya mampu memberi harapan palsu lantaran tiada apa yang boleh dijanjikan lagi..





PERSETAN KAMU!!!Benci aku mengingati kata-kata penuh hipokrasi kamu itu!!Ternyata kamu masih sama..tiada apa yang berubah..selain menyakiti dan terus menyakiti..mengecewakan dan terus mengecewakan!Kerana apa??Ya..kini aku tahu..kamu tidak sekuat aku..maka kamu cuba menjadikan aku selemah kamu!Ketawa sendiri aku memikirkannya..kerana akhirnya aku ketemu juga jawapan yang aku cari! =)






Untuk apa aku menangis jika tangisan aku adalah kegembiraan buat kamu??Pada saat aku setia kamu turut mencipta bahagia bersama mereka yang kamu rasa jauh lebih layak dari aku..ternyata kamu masih belum ketemu apa yang kamu cari..dan mungkin apabila apa yang kamu cari itu ada pada aku..rasa tidak pernah puas kamu mendorong kamu untuk terus mencari dan mencari hingga ada masanya kamu sendiri hilang arah memikirkan apa lagi yang kamu cari..





Semua ini semakin hari semakin memenatkan..aku sudah tidak nampak kesudahan antara kamu dan aku..melainkan perangai kamu yang suka mempermainkan dan sikap aku yang mengharapkan setia ini berbalas..pandangan kita sudah terlalu berbeza kini..sedih??Owh..percayalah..aku sudah tidak mampu bersedih!Dan jika benar aku berasa sedih..masih tidak mampu membuat aku menangis..kamu sudah tidak layak menagih airmata aku! =)




Kadangkala..aku penat untuk terus kuat..tetapi hanya itu pilihan yang aku ada untuk menempuhi hidup yang semakin dipenuhi mereka seperti kamu yang tidak tahu bertimbang rasa..dan kejam barangkali!Kamu juga bukan kanak-kanak yang masih boleh dipujuk itu dan ini..kamu sudah dewasa..setiap langkah bijak dan silap itu menunjukkan sejauh mana kematangan kamu untuk meneruskan hidup..jikalau masih janji-janji kosong itu permainan lelaki seperti kamu..apa lagi yang bolah aku katakan??

Itu pilihan kamu..bukan aku..juga kemahuan kamu..bukan aku..semoga kamu ketemu apa yang kamu cari..dan apabila pencarian itu sampai ke penghujungnya, aku harap kamu takkan kehilangannya biarpun ia telah digenggam kemas dalam tangan kamu.. =)

P/S : Berasa stress sangat hari ini sebab stil tak boley buka game The Sims Cik Mendezz..hampessss...dah bape hari nii??? (*____*)



Siyess Cik Mendezz stress tahap Wolverine!!Huwarrghhhh!!


***PSSSTTTT!!Seblom lupa..credit 2 google 4 d nice picca..& my sista yg comel yang sangat rajin mengGOOGLE semalam..Sis Linda..

Khamis, Oktober 20, 2011

Spontaneous Thursday.. #14

KAHWIN HANTARAN MURAH ~ "Ish..Murahnya hantaran dia...mesti sengkek
ni!"
KAHWIN HANTARAN MAHAL ~ "Ish..Mahalnya?Nak jual anak ke apa?"


KAHWIN UMUR MUDA ~ "Ish..muda-muda dah kahwin, ini mesti ada buat benda tak baik ni..tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT ~ "Ish..dah tua baru nak kahwin!Tu la..muda-muda tak mahu kahwin, orang dah beranak pinak-pinak dia baru nak kahwin..Tak laku kot??"


KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ~ "Ni kahwin ke apa??Kedekutnya!Makanan pun entah apa-apa!Bukan 
selalu pun..buat lah besar sikit!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ~ "Besarnya majlis...kalah anak datuk!Nak berlagak lah tu!Macam anak dia saja yang nak kahwin kat dunia ni!"


Moralnya..

  • kalau nak diikutkan hati dan perasaan orang lain..memang boleh gila!Jadilah katak yang pekak..ia berjaya melompat tinggi ke puncak kerana tidak mendengar kata orang lain! =)
  • bersangka baik..jangan dengar kata orang..dengar kata ALLAH!InsyaAllah bahagia..Nak kahwin tak susah..tapi mereka & kita yang buat kahwin jadi satu bebanan & terseksa!






Rabu, Oktober 19, 2011

Wordless Wednesday..#11

Bibir tidak perlu bersuara apabila hati berkata-kata..
And this is my pix 4 thix wex..



Selasa, Oktober 18, 2011

Kelar Bayi Dalam Asrama!

Nauzubillah hi min za~~ lik!!!Tak habis lagi sedih Cik Mendezz tentang kes bayi yang kene liwat minggu lepas..Ini dah kelar-kelar pulak!Puncanya semata-mata kerana teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab atas bayi itu!Ya Rabbi..kenapa??Kenapa??Kenapa??

Keratan Metro 18/10/2011
Ya!Memang Cik Mendezz tak ada pada tempat remaja perempuan itu..juga pada situasi teman lelakinya yang dasar sial lagi jahanam itu!Memang itu anak mereka..setitik darah pun tiada kene mengena dgn Cik Mendezz!Tapi itu tidak bermakna remaja itu sewenang-wenangnya memperlakukan sebegitu rupa kepada darah dagingnya sendiri yang dikandung selama 9 bulan 10 hari!Berbaloikah penantian itu jika lahirnya amanah Allah yang cukup sifat itu akhirnya dikelar-kelar semata kerana dendam sesama manusia??Apa hak dia untuk menghukum anak yang tidak berdosa itu??

Kalaulah Cik Mendezz tahu siapa perempuan itu!!Kalaulah Cik Mendezz tahu siapa lelaki jahanam yang tahu nak berseronok tak fikir masa depan tu!!EEEEIIIIEEEEEEE~~~ mampossss korang aku kerjakan!Mak bapak hantar ke sekolah suruh belajar!!Belajar!!Belajar ilmu yang cikgu ajar kat sekolah tu!Segala macam jenis silibus yang kadang-kadang semput cikgu-cikgu nak habiskan!Bukannya suruh buat lab eksperimen tentang subjek yang tak pernah wujud dalam silibus!!Bila dah rasa..umur pun setahun jagung lagi..mana nak fikir 4-5 tahun akan datang punya cerita??Mesti yang esok lusa punya sedap aje la yang difikirnya!!

Yang lagi satu..mana pergi lelaki jahanam yang tak nak bertanggungjawab tu??Apsal dia tak disebut-sebut pun??Apa pula tindakan pada dia yang menjadi punca bayi tidak berdosa itu mati??Dilepaskan ajekah??Sebab apa?Bukan dia yang kelar??No!!No!!NO!!Ketidakadilan akan terus berlangsung..dan kes-kes remaja mengandungkan anak luar nikah tidak akan berakhir!Yang lelaki akan terus sewenang-wenangnya bersikap lepas tangan manakala yang perempuan samada dia melahirkan atau tidak akan terus menanggung derita emosi yang sangat dalam!


Apa dosa bayi ini??

Dan..nekadnya seorang perempuan itu menjadi lebih liar dan pendendam hanyalah kerana marahnya kepada insan yang bernama lelaki..yang pernah bertahta dalam hidupnya!

Isnin, Oktober 17, 2011

Bila dah sayang baru tahu kekasih hati milik orang..

"GERAMNYA!!!Ingatkan selama ini dia berlaku jujur tetapi rupa-rupanya lidah bercabang!"Itu antara ungkapan pertama yang akan dilemparkan setelah mendapat tahu si dia kekasih hati, rupa-rupanya milik orang.

Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai cahaya mata."Kenapa aku tidak diberitahu lebih awal??" atau "Mengapa ini yang terjadi??" adalah antara persoalan yang bermain di kotak fikiran anda ketika itu. (jarang lelaki mengeluh tentang ini..biasanya wanita yang mengeluh sebab berasa tertipu!)

  1. Cuba alih renungan wajahnya - Sewaktu berbual, si dia akan cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah anda kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.
  2. Berjumpa di tempat awam - Si dia jarang mengajak anda keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran, Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan olah orang lain yang mengenali dirinya, Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli apa sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.
  3. Bola mata tidak ketentuan - Ketika anda dan si dia sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia sekeliling. Ini mungkin kerana si dia bimbang terserempak dengan rakan-rakan atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.
  4. Sukar untuk dihubungi - Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.
  5. Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya - Anda tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan dari kamu. Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah, intonasi suaranya ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.
  6. Elak berjumpa orang tuanya - Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput anda datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.
  7. Pengalamannya begitu luar biasa - Pengetahuannya tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.
  8. Kegatalan yang melampau - Sewaktu bersama anda, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, anda seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki seperti ini.
  9. Masa yang terhad - Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon. Menyedari masalah itu, kamu pula yang terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya..dia sibuk!Sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain.
  10. Menjauhi perbualan telefon - Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar agak jauh daripada anda atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.
sumber : SINI

Pandangan peribadi Cik Mendezz..semua ni betul. Tapi ada juga yang berani mati menidakkan semua ini demi membuktikan dia bukan milik sesiapa. Bila semua kebenaran telah terbentang dihadapan mata..nah..segala pujuk rayu dan janji-janji indah dilambakkan pada kita.

Persoalannya..akan terpancing lagikah kamu andai sayang itu hadir terlebih dahulu dari status dirinya yang telah berpunya itu??Adakah kamu terus mempercayai atau terus melangkah pergi??Atau adakah kamu hanya tunggu & lihat sejauh mana hubungan itu boleh pergi??

Cik Mendezz sendiri??Tiada jawapan..masih menunggu..dan melihat..OPSS! =P

P/S : Selalu maklum orang ini sedang berbohong..tapi aku diamkan demi melihat sejauh mana kamu sanggup membohongi aku! =)

Rabu, Oktober 12, 2011

Wordless Wednesday..#10

Ok..it's a wordless Weds again ev1!!
dimana pada hari ini semua bloger post the pic without d description seperti yg dinyatakan di sini..
terpulang pd yg menilainya..enjoy! =D








Aku Redha..

Redha??Cik Mendezz tak redha..sepenuhnya..masih cuba untuk belajar untuk meredhai suatu keputusan..yang mesti diambil untuk kebahagiaan semua pihak..apa gunanya masih bersama jika pertengkaran menjadi hiasan cinta kita??Apa guna terus bersama jika kesetiaan bukan lagi perkara utama??Apa guna bermadah indah jika hubungan ini tiada penghujungnya??

Sakit??ya..jiwa ini sangat3 sakit & menderita..melepaskan dia yang amat bermakna dalam hidup ini bukan perkara yang mudah..namun sampai bila harapan terus menjadi angan2??kata2 terus menjadi janji palsu..kesetiaan yg makin tipis dipersoalkan saban kali curiga menerpa??Sampai bila??

Cik Mendezz tak mahu dia pergi..tetapi..pada masa yang sama..jiwa ini tidak mampu menahan luka yg semakin hari semakin berdarah dengan perubahan sikapnya yang semakin ketara..terlalu banyak alasan-alasan dungu yang makin tidak mampu dicernakan minda..sedangkan penantian ini semakin lama semakin banyak memakan diri..semakin banyak persoalan yang menerjah hati..

Akan berakhirkah penantian ini??Atau ia sekadar penantian yang sia-sia??Kerana dia masih seperti dulu..tidak pernah meyakinkan diri ini dalam berbincang tentang masa depan..Cik Mendezz berhak mendapatkan jawapan setelah apa yang kami lalui!Setelah apa yang dia janjikan biarpun diri ini tahu itu semua mungkin sekadar harapan yang tidak tertunai!

Buat kamu..Berhentilah mementingkan diri sendiri..&perasaan kamu seorang..diri ini cuma manusia biasa..yang mahukan kebahagiaan seperti pasangan lain..aku cuma mahukan kesudahan yang baik-baik setelah pelbagai rencam rasa kita lalui bersama..namun nampaknya kamu lebih selesa berjanji dari menunaikan..kamu lebih selesa menyakiti dari terus membahagiakan..Maka..apa gunanya lagi aku berdiri di sini menanti kamu??Kerana kamu hanyalah seorang lelaki yang sekadar membiarkan aku kecewa dalam penantian..

Akhirnya..mengertilah aku..kamu benar-benar ingin kan aku pergi..namun kerana kamu terlanjur menjanjikan yang indah-indah padaku..maka kamu tidak mampu untuk menyatakan semua itu..Buat kamu..jangan risau..aku akan pergi..dan jangan cari lagi diri ini selepas ini..

Aku akan berusaha untuk belajar erti redha..INI YANG TERBAIK!!Kerana tiada apa lagi yang mahu kamu jelaskan & mahu perdengarkan kepada ku..Maafkan diri ini kerana tidak sanggup menjadi bonekamu selamanya..&bertahta dihatimu hanya apabila dia tiada disisimu!!  =((





Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku
Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu
Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan

Isnin, Oktober 10, 2011

Kisah janji dimungkiri lagi...

Malam ini malam sedih..buat kesekian kalinya..dan kesedihan yang kali ini barangkali tidak mungkin terubat lagi..hati ini semakin sakit hari demi hari..diperlakukan seolah2 diri ini tidak mngenali kamu..diperlakukan seolah2 kamu tidak mengenali diri ku..maka atas apa tujuan hubungan ini berlansung lagi??Kamu kembali memperlakukan diri ini seperti dulu!!

Sepermergian aku sebelum ini..kamu tercari-cari..terintai-intai khabar diri..tertanya-tanya apakah diri ini sekadar menguji atau pun kerana sudah membenci..setelah kehilangan itu ketemuan kembali..kamu hanya berlembut pada awalnya..dan semakin lama kamu semakin tidak dapat dimengertikan!Aku sudah tidak mengenali dirimu lagi!Aku kembali diperlakukan sesuka hatimu!Seolah-olah diri ini yang begitu memahukan dirimu!!Seolah-olah diri ini yang beria-ia menjanjikan langit ke-7 buat kita!!

Buat kamu yang bergelar lelaki..lelaki yang sekadar menanam tebu ditepi bibir..lelaki yang pandai berjanji namun tidak tahu menepati..lelaki yang tidak pernah jemu berusaha untuk menyakiti aku..sila lah pergi dari hidup aku!!Kerana aku tidak perlukan lelaki yang semacam kamu dalam hidup aku!Aku tidak perlukan lelaki yang sikapnya suka menyakiti & menjatuhkan semangat aku untuk menempuh hari-hari muka!

Airmata ini sudah kering buat kamu..menjadikan aku sudah tidak mampu untuk menangisi setiap perbuatan kamu terhadapku!Menjadikan diri ini mula berasa muak & jelak dengan perangai kamu yang tidak pernah serik & belajar dari kesilapan kamu sebelum ini!!

Pergilah wahai kamu..saya tidak mahu berbicara tentang kamu lagi..kerana ianya tidak lebih dari sekadar menambah luka yang sedia ada di hati ini..benarlah detik hati..kamu tidak pernah layak untuk mendapat peluang kedua..benarlah detik hati ini kamu tidak pernah mahu menjadikan aku surimu..sebaliknya sekadar tempat kamu melampiaskan sisa-sisa cinta yang masih ada pada dirimu..dan sisa-sisa cinta itu juga sudah tiada dalam jiwa kamu..

Makanya..untuk apa kita teruskan??Untuk apa kita pertahankan??Kamu tidak pernah tahu menghargai apa yang ada didepan mata..sekadar suka mencari apa yang telah pergi!Oleh itu..teruskan lah begitu..namun..bukan dengan aku.. =((





Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Kumengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Kumengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku




P/S : Buat kesekian kalinya..entry ini diiringi air mata..Sorry..cant help it! =((

Sabtu, Oktober 08, 2011

Bayi 23 hari diliwat bapa..Astaghfirullah!!!

Marah sungguhlah Cik Mendezz bila baca salah satu tajuk akhbar di Metro hari ini..mengucap panjang membacanya..apaaaaaa lah binatang sgt perangai bapaknye??Bukan darah daging dia ke sampai langsung xde rasa kasih sayang & belas pada zuriatnya sendiri yang baru 23 hari melihat dunia??

NAUZUBILLAH HI MIN ZAA LIK!!


Serius Cik Mendezz sedih..geram..dan marah..dannnn sangat-sangat berharap agar hukuman yang berat dikenakan pada lelaki bernafsu binatang ni!Kalau anak sendiri dia sanggup buat macam tu..anak2 orang lain esok2 apatah lagi!Eiieeeee~~ bagus jugak kalo ditanam separuh badan kat simpang empat jalan lepas tu direjam aje sampai mampus!!!Geram sungguh la haihh!!

Dunia dah akhir zaman agaknya!Macam-macam perangai manusia yang tak dijangka oleh akal manusia!Dah x ada belas langsung pada zuriat sendiri!!Sudah lah sebelum ni kes campak bayi dari tingkat atas..campak anak dalam laut..anak sendiri diberhentikan sekolah jadi pelacur..ni meliwat anak sendiri pulak!

GERAM!GERAM!GERAM!!!!

Petikan Metro 08/10/11

Jumaat, Oktober 07, 2011

Meroyan di Kenny Rogers Alamanda!!

Kisah ini terjadi pada hari Ahad yang lepas..bertarikh 02/10/2011..pertemuan ini tidak dirancang..tambahan pula disebabkan kereta kesayangan Cik Mendezz tersadai di workshop selama 2 hari..dalam pukul 11 pagi macam tu baru la orang workshop telefon..ateee~~ katenye clutch plate kereta Cik Mendezz masih sihat sejahtera..punca kereta Cik Mendezz jadi semput tak hengat tu hanyalah kerana disebabkan ada 1 cabel plug tercabut..kalaulah dari hari Jumaat hari tu dia perasan..mesti Cik Mendezz tak patah kaki hujung minggu..adehh!!


Muka baru ada mood nak bercanda! =P


Ni satu hal plax nak amik kete kat workshop..terkedek2 lah Cik Mendezz turun dari blok..tengah imagine mengatur langkah dengan ganas menuju ke LRT..tapi apa kan daya..tiba2 teksi lalu..maka angan2 hanya tinggal angan2.."Giant Kelana Jaya ye uncle.." xsampai 20minit dah sampai ke worshop..tengok2 meter teksi dh mencanak2..makk aii..masa ni baru la Cik Mendezz berasa kasihan pada mereka2 yang suka naik teksi & mula mengira2 untung rugi pakcik2 teksi..hihihihi! =P

Lepas je bayar tambang, Cik Mendezz kuar dari teksi dan terus masuk ke workshop. En Azwan yang handsome tu dah tunggu dengan muka malu2 alah..nanti ko!

"Alamak..macam mana mekanik u boleh xperasan..xpasal2 dua hari i patah kaki!" lembut jek suara Cik Mendezz berbahasa..nasibla..hahahahaahah!!Dan En Azwan selaku orang workshop situ bercerita lah tentang itu & ini. Selepas selesai menerangkan..{nasib baik kali ini tiada charge dikenakan!!} dia terus kembalikan kunci kereta.

"Betul dah ok ni erk En Azwan??I nak terus shoot ke Nilai ni.." Cik Mendezz sengaja menduga. En Azwan muka dia still tenang & sejuk seperti selalu sekadar bertanya atas urusan apa..

"Bukan outstation la..jumpa adik..my sister yang bongsu ada kat sana," Cik Mendezz senyum lawa2..lupa kejap kat incik hubby..OPSS!!Kikikii!! =P

"Ok..hati2 drive Cik Zura..apa2 masalah kereta nanti telefon saya.." 

"Baik..terima kasih.." dan Cik Mendezz terus memecut laju menuju ke Nilai melalui Lebuhraya MEX..dalam 45minit Cik Mendez dah sampai ke Nilai..sebaik sahaja adik Cik Mendezz si Bella masuk ke dalam kereta..Cik Mendezz teru memecut laju menuju ke Putrajaya.

And you wanna know the best part??I dont know where's the hell the Alamanda is!!So..walaupon perjalanan ke Putrajaya melalu Dengkil xsejauh mana..hampir sejam juga kereta Cik Mendezz berlegar-legar mencari arah tuju.Mujur lah jumpa..sudah la masing2 lapar..cepat2 kami beli tiket wayang..

Selesai membeli tiket wayang..bermula la adegan buruk lantak kami..haahahahaahah!! =P


Beef bolognese..Grilled Chic Salads..Quarter plate..agak2 berapa orang punya makan ni?? =P


My sister Bella


My quarter plate with rice..mashed potato & coleslaw as the side dishes! 


The yummy yumm grill chicken salads! =P


Air Bella yg xigt apa ke namanya! =P


Selesai! =P


Banana muffin dh telan..tinggal vanilla dgn chocolate jek! =P


muke org dh kenyang!


Ah haa~~ the recent me! =)

Selesai menikmati hidangan Kenny Rogers yang lazat tu..kami pon menonton wayang berjudul Bini2ku Gengster. Cerita dia memang layan habissssss!!Cik Mendezz kira tengok kali kedua ni nk temankan adik punya pasal..Tapiiiiiii...yang jadi xbest nye panggung GSC Alamanda ni berbau semacam la..entah bau apa tu xpasti la..tapi bau dia memang pengapppppp semacam!Mujur la adik Cik Mendezz ada bawak perfume dia..habis semua baju dengan kerusi Cik Mendezz sekali dia sembur!Hihihi!Makanya ini akan jadi kali pertama  terakhir lah Cik Mendezz tengok wayang kat sini.. =P

Tamat je wayang, Cik Mendezz hantar adik Cik Mendezz ke Nilai..& Cik Mendezz kembali semula ke ibu kota & sampai di rumah seawal 10.30malam..memang hari yang mengujakan..lama xkuar dengan adik Cik Mendezz yang ni..macma2 cerita keluar sepanjang kami keluar..

Ok la..itu sahaja untuk hari ini..kita jumpa di lain entry..daa~~ =)

Selasa, Oktober 04, 2011

Lain dicari..lain pula yang Cik Mendezz beli!

Kisah ini berlaku sekitar 2 minggu lepas..bertarikh 26/09/2011..mungkin entry ini agak basi kerana lambat dimuat turun..tapi apa nak buat apabila empunya kamera dilarikan oleh boss kami..menjadikan pada minggu seterusnya barulah kami berkesempatan untuk memuat turun gambar2 ini..hehehe!

Dan..hendak dijadikan hikayat..pada hari angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..dan ketika Cik Mendezz sedang merajinkan diri hendak melihat-lihat perabot baru untuk bilik peraduan.Alahai..cari robok je pon..bukan la set bilik tido bagai..hehe!

Teman sepejabat Cik Mendezz mencadangkan kami ke IKEA..Makanya bila habis je keroje kami..kami pon bertolak ke sana. Mujur la tak sesak trafik memandangkan kami meninggalkan pejabat tepat-tepat pukul 5 ptg..{sepatutnya pukul 5 tu baru kuar ofiz kan??} =P

Ok..xmo citer panjang-panjang..biarlah gambar2 ini yang bercerita..hehe! =P

Meatball Ikea..lapo punye pasal..sorang amik 10ketul! =P


Isk..iskk...ayunya la dia makan erk??Makan dulu ye!


Kalau la tag2 harga ni xde!Owhh indahnye!!

Ni katalog tahun bila?? =P


Posing mode perasan model jap! =P


Nak jugak posing tu!Wit my ofizmate Gegurlz!

Bila dah habis meronda Ikea..Cik Mendezz masih tak jumpa robok yang dicari..tapi kat tangan memasing dah amik barang lain ke kaunter bayaran..hamparan kecil ala2 material bulu kambing dengan bekas kutleri..Hahaaahahahah!!

Akhirnya kami berdua pun mengatur langkah menuju ke Courts Mammoth bersebelahan..malangnya gudang perabut itu pula sedang mengadakan jualan penghabisan stok.Kenapa malang??Sebab yang mana robok yang Cik Mendezz berkenan semuanya dah di wrapping sekemas2nya untuk pelanggan yang telah membeli. Dah ler harganya drop gila2!!

Apa nak buat..bukan rezeki Cik Mendezz..redha saje la.. =)

Isnin, Oktober 03, 2011

Belajar tinggi-tinggi..jadi peragut sudahnya kamu dik??

Terpanggil dengan petikan Metro hari ini..lebih geram bila mengetahui peragut baru berusia seawal 20 & 23 tahun.Alasan meragut adalah kerana mereka tidak mempunyai wang serta pekerjaan kerana baru menamatkan pengajian di sebuah kolej swasta.

Alahaiii..ko dah kenapa dik??Penat-penat orang tua kamu dok cari duit demi nak memastikan kamu ni jadi manusia berguna!Rupa-rupanya kamu habis je belajar kamu dok salahguna pulak ilmu yang ada.Otak letak kat mana tu dik ye??

Kat kepala lutut??Patutla!!Huh!!