Rabu, Oktober 12, 2011

Aku Redha..

Redha??Cik Mendezz tak redha..sepenuhnya..masih cuba untuk belajar untuk meredhai suatu keputusan..yang mesti diambil untuk kebahagiaan semua pihak..apa gunanya masih bersama jika pertengkaran menjadi hiasan cinta kita??Apa guna terus bersama jika kesetiaan bukan lagi perkara utama??Apa guna bermadah indah jika hubungan ini tiada penghujungnya??

Sakit??ya..jiwa ini sangat3 sakit & menderita..melepaskan dia yang amat bermakna dalam hidup ini bukan perkara yang mudah..namun sampai bila harapan terus menjadi angan2??kata2 terus menjadi janji palsu..kesetiaan yg makin tipis dipersoalkan saban kali curiga menerpa??Sampai bila??

Cik Mendezz tak mahu dia pergi..tetapi..pada masa yang sama..jiwa ini tidak mampu menahan luka yg semakin hari semakin berdarah dengan perubahan sikapnya yang semakin ketara..terlalu banyak alasan-alasan dungu yang makin tidak mampu dicernakan minda..sedangkan penantian ini semakin lama semakin banyak memakan diri..semakin banyak persoalan yang menerjah hati..

Akan berakhirkah penantian ini??Atau ia sekadar penantian yang sia-sia??Kerana dia masih seperti dulu..tidak pernah meyakinkan diri ini dalam berbincang tentang masa depan..Cik Mendezz berhak mendapatkan jawapan setelah apa yang kami lalui!Setelah apa yang dia janjikan biarpun diri ini tahu itu semua mungkin sekadar harapan yang tidak tertunai!

Buat kamu..Berhentilah mementingkan diri sendiri..&perasaan kamu seorang..diri ini cuma manusia biasa..yang mahukan kebahagiaan seperti pasangan lain..aku cuma mahukan kesudahan yang baik-baik setelah pelbagai rencam rasa kita lalui bersama..namun nampaknya kamu lebih selesa berjanji dari menunaikan..kamu lebih selesa menyakiti dari terus membahagiakan..Maka..apa gunanya lagi aku berdiri di sini menanti kamu??Kerana kamu hanyalah seorang lelaki yang sekadar membiarkan aku kecewa dalam penantian..

Akhirnya..mengertilah aku..kamu benar-benar ingin kan aku pergi..namun kerana kamu terlanjur menjanjikan yang indah-indah padaku..maka kamu tidak mampu untuk menyatakan semua itu..Buat kamu..jangan risau..aku akan pergi..dan jangan cari lagi diri ini selepas ini..

Aku akan berusaha untuk belajar erti redha..INI YANG TERBAIK!!Kerana tiada apa lagi yang mahu kamu jelaskan & mahu perdengarkan kepada ku..Maafkan diri ini kerana tidak sanggup menjadi bonekamu selamanya..&bertahta dihatimu hanya apabila dia tiada disisimu!!  =((





Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku
Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu
Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan

0 ulasan: