Selasa, Oktober 25, 2011

Bila hati harus memilih.. =)

Hari demi hari..rasa yang melukakan itu semakin terubat..maka..mungkin benar kata pujangga..masa mampu mengubati luka yang ada..biarpun parutnya entah bila akan hilang.. =)



Mungkin sudah sampai masanya hati ini memilih untuk meneruskan langkah tanpa kamu yang cuba sehabis baik menjatuhkan..kamu yang sehabis baik berusaha untuk melukakan..mungkin kerana tidak pernah tahu apa rasanya luka itu..menjadikan kamu tidak pernah berasa sesal menyakiti orang lain..mungkin juga kerana merasakan kelukaan yang bakal dirasai itu hanya sedikit dan seketika maka kamu tegar menyakiti tanpa rasa kasihan walau sedikit pun..





Maka..untuk apa aku melayan rasa sakit dan kecewa itu??Jika rasa-rasa itu menggembirakan kamu yang begitu menagih airmata ku??Dan untuk apa aku mengharap andai  kamu hanya mampu memberi harapan palsu lantaran tiada apa yang boleh dijanjikan lagi..





PERSETAN KAMU!!!Benci aku mengingati kata-kata penuh hipokrasi kamu itu!!Ternyata kamu masih sama..tiada apa yang berubah..selain menyakiti dan terus menyakiti..mengecewakan dan terus mengecewakan!Kerana apa??Ya..kini aku tahu..kamu tidak sekuat aku..maka kamu cuba menjadikan aku selemah kamu!Ketawa sendiri aku memikirkannya..kerana akhirnya aku ketemu juga jawapan yang aku cari! =)






Untuk apa aku menangis jika tangisan aku adalah kegembiraan buat kamu??Pada saat aku setia kamu turut mencipta bahagia bersama mereka yang kamu rasa jauh lebih layak dari aku..ternyata kamu masih belum ketemu apa yang kamu cari..dan mungkin apabila apa yang kamu cari itu ada pada aku..rasa tidak pernah puas kamu mendorong kamu untuk terus mencari dan mencari hingga ada masanya kamu sendiri hilang arah memikirkan apa lagi yang kamu cari..





Semua ini semakin hari semakin memenatkan..aku sudah tidak nampak kesudahan antara kamu dan aku..melainkan perangai kamu yang suka mempermainkan dan sikap aku yang mengharapkan setia ini berbalas..pandangan kita sudah terlalu berbeza kini..sedih??Owh..percayalah..aku sudah tidak mampu bersedih!Dan jika benar aku berasa sedih..masih tidak mampu membuat aku menangis..kamu sudah tidak layak menagih airmata aku! =)




Kadangkala..aku penat untuk terus kuat..tetapi hanya itu pilihan yang aku ada untuk menempuhi hidup yang semakin dipenuhi mereka seperti kamu yang tidak tahu bertimbang rasa..dan kejam barangkali!Kamu juga bukan kanak-kanak yang masih boleh dipujuk itu dan ini..kamu sudah dewasa..setiap langkah bijak dan silap itu menunjukkan sejauh mana kematangan kamu untuk meneruskan hidup..jikalau masih janji-janji kosong itu permainan lelaki seperti kamu..apa lagi yang bolah aku katakan??

Itu pilihan kamu..bukan aku..juga kemahuan kamu..bukan aku..semoga kamu ketemu apa yang kamu cari..dan apabila pencarian itu sampai ke penghujungnya, aku harap kamu takkan kehilangannya biarpun ia telah digenggam kemas dalam tangan kamu.. =)

P/S : Berasa stress sangat hari ini sebab stil tak boley buka game The Sims Cik Mendezz..hampessss...dah bape hari nii??? (*____*)



Siyess Cik Mendezz stress tahap Wolverine!!Huwarrghhhh!!


***PSSSTTTT!!Seblom lupa..credit 2 google 4 d nice picca..& my sista yg comel yang sangat rajin mengGOOGLE semalam..Sis Linda..

6 ulasan:

Unknown [Nak balas komen]berkata...

Sedih bace


sgt memahami rase tu

Rina Rahamat [Nak balas komen]berkata...

cik mendezz sedang terluka kerana seseorang kah?


sabarlah dear..kalau begitu gayanya bermakna dia bukanlah yg terbaik utk kamu..pasti ada seseorang nnt..mungkin Allah mahu temukan kamu dgn pasangan yg silap sebelum kamu jumpa yg sebenar :)

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Iffah Afeefah : Sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati..

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty : Peluang hanya sekali dalam hidup..
sesekali hadir peluang kedua..
Mungkin Cik Mendezz bodoh nk bg dia peluang yg ketiga..
ini lah kesudahannya..
hati sendiri jugak yg merana..
dia??apa dia kesah??

forgetfulmessy^ [Nak balas komen]berkata...

Camne aku nak follow? Ajar sket

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

Ko cari kat seblah kanan ko nanti ada button followers.. Tp kalo via phone kene choose website view la..hehehe