"GERAMNYA!!!Ingatkan selama ini dia berlaku jujur tetapi rupa-rupanya lidah bercabang!"Itu antara ungkapan pertama yang akan dilemparkan setelah mendapat tahu si dia kekasih hati, rupa-rupanya milik orang.
Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai cahaya mata."Kenapa aku tidak diberitahu lebih awal??" atau "Mengapa ini yang terjadi??" adalah antara persoalan yang bermain di kotak fikiran anda ketika itu. (jarang lelaki mengeluh tentang ini..biasanya wanita yang mengeluh sebab berasa tertipu!)
- Cuba alih renungan wajahnya - Sewaktu berbual, si dia akan cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah anda kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.
- Berjumpa di tempat awam - Si dia jarang mengajak anda keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran, Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan olah orang lain yang mengenali dirinya, Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli apa sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.
- Bola mata tidak ketentuan - Ketika anda dan si dia sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia sekeliling. Ini mungkin kerana si dia bimbang terserempak dengan rakan-rakan atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.
- Sukar untuk dihubungi - Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.
- Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya - Anda tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan dari kamu. Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah, intonasi suaranya ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.
- Elak berjumpa orang tuanya - Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput anda datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.
- Pengalamannya begitu luar biasa - Pengetahuannya tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.
- Kegatalan yang melampau - Sewaktu bersama anda, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, anda seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki seperti ini.
- Masa yang terhad - Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon. Menyedari masalah itu, kamu pula yang terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya..dia sibuk!Sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain.
- Menjauhi perbualan telefon - Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar agak jauh daripada anda atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.
sumber : SINI
Pandangan peribadi Cik Mendezz..semua ni betul. Tapi ada juga yang berani mati menidakkan semua ini demi membuktikan dia bukan milik sesiapa. Bila semua kebenaran telah terbentang dihadapan mata..nah..segala pujuk rayu dan janji-janji indah dilambakkan pada kita.
Persoalannya..akan terpancing lagikah kamu andai sayang itu hadir terlebih dahulu dari status dirinya yang telah berpunya itu??Adakah kamu terus mempercayai atau terus melangkah pergi??Atau adakah kamu hanya tunggu & lihat sejauh mana hubungan itu boleh pergi??
Cik Mendezz sendiri??Tiada jawapan..masih menunggu..dan melihat..OPSS! =P
Cik Mendezz sendiri??Tiada jawapan..masih menunggu..dan melihat..OPSS! =P
P/S : Selalu maklum orang ini sedang berbohong..tapi aku diamkan demi melihat sejauh mana kamu sanggup membohongi aku! =)
4 ulasan:
payah orang sekrang ni..tu pasal jgn letk 100% kprcyaan tu pada mereka
@ana raisya : Bila kita terlalu berhati2 pon tersalah langkah..
inikan pula kalo men redah je..kan??
gurls mmg selalu kena tipu & tertipu...tipah jugak selalu tertipu...kenalilh ciri2 guys yang suka menipu sebelum kita kena tipu...hoho...nice
@Odah One = OdahOne : Yessss...then let's deal how 2 handle d rascal!
Sudahnya dia yg malu sendiri kalo dh byk sgt kantoi..
trust me! =P
Catat Ulasan