“ Aku minta maaf pasal dalam kelas tadi , Lan . Aku betul-betul kusut , ” suara Muzammir akhirnya sebaik sahaja dia meletak gagang .
“ Tak apalah , aku faham . Cuma yang aku tak faham apa yang kau takut sangat nak jumpa girlfriend kau tu ? Jumpa ajelah … bukan ke kau dah lama tak jumpa dia ? ” ternyata apa yang mengusutkan fikiran Muzammir sebentar tadi tidak dapat dibaca oleh Azlan .
“ Aku rasa macam dah kantoi dengan Reen ni , ”
“ Pasal apa ? Bila ? ” Azlan bertanya terkejut . Memang dia tahu ada masanya Muzammir keluar bersama kawan-kawan perempuannya yang lain namun hubungan itu hanyalah sekadar hubungan teman biasa . Tidak pernah lebih dari itu . Tidak tahulah Azlan kalau pengakuannya itu sekadar hendak melindungi karenah nakalnya dari teman-teman rumahnya !
“ Kau ingat tak minggu lepas yang aku kata aku terjumpa Diana masa aku pergi KLCC ? ” tanya Muzammir kembali .
“ Hah , kenapa ? ” berkerut dahi Azlan mengingati apa yang berlaku minggu lepas .
“ Masa pergi Kino , kawan Reen , Elise nampak kami . Masa tu pulak aku tengah tahan Diana yang nak terjatuh , so nampaklah macam aku tengah peluk dia . Baru je aku nak explain pada Elise , dia dah hilang macam tu je , ” adunya lagi membuatkan Azlan terangguk-angguk faham . Barulah dia mengerti mengapa Diana seperti marah-marah ketika dia dan Zulia menemuinya di ruang legar depan Vincci pada hari Sabtu lepas .
“ Habis sekarang ni , kau nak buat apa ? ”
“ Jumpa Reen lah . Kau tolong bawa balik beg aku ni , boleh ? ” terus Muzammir meletakkan begnya di bakul motosikal Azlan .
“ Kau nak explain macam kau explain pada aku ni ke ? ” tanya Azlan seraya tersenyum .
“ Aku belum sedia nak mati lagi . So , pandai-pandailah aku nanti , ” Muzammir masih sempat bergurau . Bukanlah maksudnya yang Arina akan mencekik lehernya hingga dia tidak bernyawa setelah mendengar penjelasannya , cuma kali ini dia benar-benar tidak dapat menjangka tindakan susulan Arina sebaik sahaja mendengar semua itu .
“ Oklah , kau selesaikanlah elok-elok , Zammir . Aku doakan kau kat rumah moga-moga kau selamat , dipanjangkan umur , ” balas Azlan pula . Kelakar pula rasanya melihat Muzammir kalut begitu . Resahnya bagai mahu ke medan perang sahaja !
“ Jadi ke Zammir datang ? ” tanya Rafidah yang sekadar mengikutinya . Arina hanya mengangguk .
“ Kalau macam tu , aku tak nak kacaulah . Kau selesaikan masalah kamu berdua ni elok-elok , ok ? Aku pergi Kinokuniya dulu . Nanti apa-apa hal kau cari aku kat sana . Takpun , aku cari kau kat sini . Mana-manalah , ” cadang Rafidah akhirnya . Sekali lagi Arina hanya menganggukkan kepalanya dan melihat Rafidah menaiki eskulator menuju ke aras yang lebih tinggi .
Arina sedar , kini dia harus menjadi seorang yang kuat dan berani menyuarakan apa yang terbuku kerana seharusnya tiada rahsia antara kami . Dan pada dirinya , apa yang Elise nampak itu bukanlah sesuatu yang masih boleh dipandang ringan ! Berjalan dengan perempuan lain dengan penuh daring . Walhal , dengan dia pun jangan haraplah Muzammir hendak jalan mesra seperti itu . Itulah yang amat Arina sedihkan . Bila memikirkan bahawa Muzammir telah memberikan dia harapan yang sangat tinggi dan bahagia tapi pada masa yang sama kasihnya juga pada orang lain . Siapalah yang tahu kalau-kalau kasihnya lebih dari kasih Zammir terhadap dirinya . ‘ AKU TIDAK BOLEH TERIMA !!!!!!!!! ’ rintih hatinya yang dihantui perasaan yang saling berbaur . Antara marah , sayang , benci dan rindu .
Dalam asyik Arina melayan perasaannya sendiri , tiba-tiba dia merasakan ada seseorang menghampirinya membuatkan pandangan Arina terdorong ke kanan . Ah , akhirnya kau tiba juga , Zammir . Sudah lama Reen menunggu supaya segala-gala yang terbuku di dada ini terjawab jua !
“ Hai , ” Muzammir tersenyum kacak . Namun Arina tahu , senyuman Muzammir hari ini adalah senyuman yang sengaja dibuat-buat . Bukan ikhlas seperti selalu .
“ Hai , ” balasnya antara dengar dengan tidak . Sempat juga dia memerhati penampilan Muzammir yang berjersey yang warnanya sama dengan blaus yang dipakai Arina . Sejuk sedikit hatinya yang diledak oleh api curiga . ‘ Sekurang-kurangnya , naluri kami masih bertaut ! ’ bisik hatinya sedikit lega .
“ Kenapa ni ? Tiba-tiba naik KL tak beritahu Zammir , alih-alih nak jumpa je . Terkejut Zammir dibuatnya , ” tanya Muzammir tenang . Arina memandang kembali ke wajah itu . Wajah yang begitu tenang dan pura-pura tidak memahami air muka Arina yang sudah merah padam menahan rasa .
“ Reen tak tahu dari mana nak mula , tapi Reen mesti tanya . Or else , sampai bila-bila pun semua ni tak terjawab , ” akhirnya Arina memulakan bicara .
“ Apadia ? Tanyalah … kalau boleh , Zammir jawab , ” pujuk Muzammir masih tenang . Dia tahu dari air muka Arina , gadis itu benar-benar marah dengan sikap sambil lewanya sejak kebelakangan ini . Malah untuk berjumpa Arina hari ini pun , jiwanya menjadi resah tidak menentu . Macam-macam perkara yang muncul di fikiran menjadikan dia semakin gentar untuk bersemuka dengan gadis pujaannya ini .
“ Cakap pada Reen … Zammir takde keluar last weekend ? ” Muzammir menggelengkan kepalanya . Sewaktu memandang Muzammir dan bertanyakan hal itu , memang Arina rasa mukanya panas betul . Terasa seperti hendak keluar asap dari mulut dan telinga ! Nasib baik dia teringat dia tiada bersangkut-paut dengan baka naga !
“ Habis tu … siapa pula yang member Reen nampak minggu lepas ? ” Arina mula menyinga . Sudahlah dia terpaksa menunggu lelaki itu sehari suntuk ! Bila ditanya , Muzammir bersikap tenang dan tidak sedikit pun tergugat . Seolah-olah semuanya telah diketahui . Mengenai tembelangnya yang sudah pecah atau kehadiran Arina ke KL .
“ Betul , Zammir tak keluar pun minggu lepas … tanyalah housemate Zammir kalau Reen tak percaya , ” jawab Muzammir dengan nada suara yang mendatar . Arina merengus seraya memandang ke tempat lain . Sakit hatinya mendengar jawapan Muzammir itu ! Agaknya kalau tangan Arina diletak ke kiri dadanya , mesti degupan jantung Muzammir yang pantas dapat dirasakan .
“ Betul …, ” Muzammir menyatakan sekali lagi apabila Arina terus diam membisu .
“ Betul …? ” Arina bertanya sekali lagi .
“ Reen tak percayakan Zammir ? ” tanya Muzammir yakin seolah kata-kata itu mampu mematikan kata-kata gadis di hadapannya yang sedang diselubungi rasa curiga yang teramat .
“ Bukan Reen tak percaya . Dua-dua Reen percaya ! Elise kawan Reen ! Zammir boyfriend Reen ! Sebab tu Reen cuba berlaku adil … dengar dari kedua-dua belah pihak ! Kalau Reen tak percayakan Zammir , dah lama Reen serang Zammir tak tentu pasal ! ” ah , terserlah betul kekecewaan pada riak wajah Arina . Tidak tergamak rasanya untuk Muzammir menceritakan segala-galanya .
“ Ha , mana awak nak pergi ? Beranilah , Reen belum habis cakap lagi … kalau Zammir pergi juga , Reen meraung kat sini sebut-sebut nama awak ! Lantak ! ” kata-kata itu membuatkan Muzammir membatalkan hasratnya untuk beredar .
“ Reen tak pernah tanya Zammir macam ni , kan ? ” ya , dalam diam Muzammir mengakui bahawa Arina tidak pernah seberang ini kepadanya . Kata-katanya tidak pernah mengugut seserius ini . Walaupun masih rendah nadanya , ia benar-benar mengesankan , benar-benar membuatkan Muzammir serba-salah . Namun dia masih cuba berlagak tenang . Betapa pantasnya degupan jantungnya ketika itu , hanya ALLAH sahaja yang tahu !
0 ulasan:
Catat Ulasan