Ahad, April 15, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#15


Hello , Zammir … kat mana ni ?

Zammir on the way kelas ni . Reen kat mana ?

Kat Sungei Wang . Zammir habis kelas pukul berapa ?

Pukul 4 , kenapa ? ” eh , buat-buat tak tahu pula !

Okay , Reen tunggu sampai pukul 5 kat KLCC . Zammir datang ke tak datang ke , Reen tunggu juga . Reen nak jumpa Zammir , ” ternyata Arina sudah tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang terbuku di dada .

Nantilah , Zammir cuba . Tapi Zammir tak boleh janji , tau ? ” suara di hujung talian itu seperti teragak-agak .

Apasal pulak tak boleh janji ? Sebelum ni sanggup ponteng kelas datang jumpa Reen . Ni tiba-tiba tak boleh pulak , ” balas Arina sinis namun masih mampu mengawal nadanya .

Oklah , macam ni , Zammir nak masuk kelas ni . Nanti Zammir sms . Tu pun kalau dapat jumpalah . Setuju ? Tapi pukul 5 awal sangat , pukul 6 la , ok ? ” pujuk Muzammir seolah-olah dapat meneka mengapa kekasih hatinya bertindak begitu .

Ok , pukul 6 . Reen tunggu . Bye … study elok-elok , ” sempat juga Arina berpesan .

Ok , ” dan talian diputuskan . Muzammir melintasi koridor menuju ke bilik tutorial lambat-lambat . Berderau darahnya mendengar suara Arina sebentar tadi . Ah , ada-ada sahaja yang dilakukan oleh Arina !

Pelbagai persoalan yang menyesakkan ruang fikirannya kembali bertandang menjadikan Muzammir tiba-tiba dibuai amarah . Namun , mestikah kemarahan itu ditujukan kepada Arina sahaja ?

Kau nak ke mana tu ? Dah sampai kelas ni , ” siku Azlan apabila Muzammir tidak masuk ke kelas sebaliknya terus melangkah . Bagai tersedar dari khayalan , Muzammir berpatah semula lalu mengambil tempat di dalam kelas tutorialnya .

Kau ni kenapa , Zammir ? Macam tak betul je aku tengok hari ni ! Apa yang tak kena ni ? Kau kena marah dek lecturer ke ? ” soal Azlan bertalu-talu .

Aku lagi sanggup kena marah lecturer hari ni , tau tak ?! ” bisik Muzammir keras membuatkan Azlan semakin tertanya-tanya . Macam berat je masalahnya !

Apasal ?

Reen tengah tunggu aku sekarang ni , ” beritahu Muzammir akhirnya . Dia meraup mukanya lesu . Entahkan kesal entahkan marah tidak dapat Azlan menekanya . Yang pasti , air muka teman serumahnya ini bertukar menjadi keruh dan tidak bermaya seolah-olah ada bencana yang bakal menimpa .

Habis tu , kenapa ? Kau tak gembira ke dia buat surprise macam ni ? ” tanya Azlan lantas tersenyum . Hai , memang romantiklah kekasih Muzammir yang ini ! Malangnya Azlan tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya .

Kau boleh tak jangan nak sindir aku ?! ” hampir-hampir Muzammir menaikkan suara menyebabkan semua pandangan terarah kepadanya . Cepat-cepat Muzammir mengangkat tangan tanda meminta maaf lalu pura-pura mengeluarkan barang dari beg sandangnya . Azlan diam tidak terkata !

Macamana ? ” tanya Rafidah yang ternanti-nanti .

Zammir lambat lagi . Pukul 6 . Teman aku beli baju dulu , boleh ? ” Arina memaniskan mukanya seperti anak-anak kecil . Rafidah menarik telinganya .

Hish ! Tengah sedih-sedih pun boleh buat lawak ! Ok lah , jom , ” mereka masuk kembali ke kompleks membeli-belah tersebut lantas menemani Arina membeli pakaian . Setelah memilih blaus lengan pendek berwarna coklat bersama sehelai skirt denim paras lutut , Arina pantas membayar dan mengenakan pakaian itu ke tubuhnya . Sesudah itu barulah mereka menaiki teksi menuju ke KLCC .

Setibanya di KLCC , 2 gadis ini menuju ke sebuah restoran makanan segera untuk mengisi perut mereka yang memang kosong sejak pagi tadi . Sesudah itu barulah mereka kembali bersiar-siar di sekitar Suria KLCC yang turut menjadi salah satu mercu tanda ibu negara ini .

Pelbagai ragam manusia yang dapat diperhatikan . Ada yang begitu asyik membeli-belah , ada yang asyik bergambar . Tidak ketinggalan juga yang bermadu kasih . Yang lain-lain pula sepertinya , asyik memerhatikan gelagat manusia .

Akhirnya Arina mendapatkan sebuah telefon awam lalu segera menghubungi Muzammir buat kali kedua .

Reen balik pukul berapa ni ?

Eh , Zammir . Reen baru tiba , kan ? Apasal Zammir sibuk sangat nak tanya bila Reen nak balik ni ?! Yang Zammir ni nak datang ke tak jumpa Reen ni ? ” ternyata Arina benar-benar marah dengan sikap sambil lewa Muzammir kali ini . Kenapa Muzammir macam tidak sabar pula hendak Arina pulang ke Johor ?

Oklah … Reen tunggu ya ? Kejap lagi Zammir tiba ,

Reen tunggu kat level 2 . Bye , ” Arina terus meletak gagang . Di dalam fikirannya , pelbagai prasangka melanda . Dan semua yang difikirkan itu menjadikan gadis ini bertambah sedih dan terhiris . Bila difikirkan betul-betul , meskipun dia berasa sangat terluka , namun tiada yang lebih melukakan dari kehilangan seorang lelaki yang sangat Arina sayang !




2 ulasan:

odahonebizz [Nak balas komen]berkata...

sambunglah lagi cik mendezz...hoho

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@OdahOne OdahOneBizz : Jommm..next episode nk post jap g..
=)