Bas ekspress yang tertera perkataan Metrobus itu akhirnya tiba di perhentian bas Pekeliling pada pukul 11.00 pagi . Arina dan Rafidah bergegas menuruni bas dan menaiki LRT menuju ke stesen Plaza Rakyat . Di perhentian Pudu itu mereka meletakkan bagasi mereka di tempat menyimpan bagasi . Yang dibawa oleh Arina hanyalah sebuah beg kertas berwarna biru laut berisi barang-barang yang hendak diberikan kepada Muzammir .
“ Kau nak beli handphone yang macamana ? ” tanya Arina sebaik sahaja mereka mula berjalan kaki menuju ke Sogo .
“ Any kind . Tapi rate price tak nak lebih dari RM 850 , ” jawab Rafidah riang . Gembira benar hatinya setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke ibu kota Malaysia ini . Sebelum ini dia hanya membayangkan keindahan ibu kota itu . Untuk bersiar-siar sesuka hati , dia tidak seberani Arina . Lagipun Arina ramai kawan yang menyambung pelajarannya di sini . Saudara-maranya pun ada andai sesandainya dia tersesat . Tapi satu yang Rafidah pelik , walau susah macamana pun Arina di Kuala Lumpur , tidak pernah dia melihat Arina menghubungi saudara-maranya sekiranya mereka tersesat . Sebaliknya Arina lebih senang bertanyakan pada Muzammir atau pun menelefon Elise . Paling tidakpun , dia akan menghubungi Farah ataupun boyfriend Farah , Jimmy . Mungkin Arina kurang selesa jika saudara-maranya risau akan dirinya . Atau kerana memikirkan saudara-maranya sibuk bekerja dan menjaga keluarga sendiri maka Arina lebih selesa untuk bertanya kepada kawan-kawannya .
“ Kalau macam tu , kita cari kat Pertama dulu . Kalau tak ok , kita cari kat Sungei Wang , ok ? ” cadang Arina pantas . Rafidah pantas bersetuju . Lalu pencarian mereka bermula . Dari satu kedai ke satu kedai mereka meneliti dan bertanyakan harga . Setiap kedai menyatakan harga yang berbeza-beza dengan pakej yang berlainan menjadikan Rafidah menjadi rambang mata . Mujur Arina setia disisinya memintanya supaya lebih bersabar dan melihat dulu harga di kedai-kedai yang lain .
“ Singgah Sogo kejap , jom ! Ada sale lah …, ” cadang Arina dengan wajah manja . Kebetulan dia memang ingin menjengah barangan jenama Diesel yang begitu menepati citarasanya . Selalunya memang dia menunggu jualan murah begitu untuk membeli barangan itu .
“ Jom …, ” Rafidah turut bersetuju menemani gadis itu . Mereka terus menaiki eskulator menuju ke lady’s department dan mula melihat barangan wanita dari rambut hingga ke kaki yang terdiri dari pelbagai jenama terkenal .
“ 70% ? Tak boleh jadi ni ! ” giliran Arina pula yang ghairah melihat tawaran-tawaran harga dari jenama kesukaannya itu .
“ Cantik tak baju sejuk ni , Ida ? ” tanya Arina seraya memadankan sehelai baju sejuk ke tubuhnya . Rafidah menunjukkan ibu jarinya ke atas tanda setuju dengan pilihan temannya itu . Maka Arina mula memilih saiz dan rekaan baju sejuk yang berkenan di hatinya lalu menuju ke kaunter pembayaran .
“ Apa kata kita pergi Pertama semula ? ” cadang Rafidah lagi . Jelas sungguh gadis itu sudah tidak sabar untuk memiliki telefon bimbit yang baru .
“ Sabar , kawan . Jangan terburu-buru . Nanti menyesal tak sudah . Kita pergi Sungei Wang dulu , ok ? ” walaupun Rafidah sudah berkira-kira untuk membeli , Arina menasihatkan mereka ke Sungei Wang terlebih dahulu . Dengan hati yang berat , Rafidah menuruti langkah Arina menuju ke stesen LRT menuju ke Plaza Hang Tuah . Di kompleks membeli-belah itu , sekali lagi Rafidah rambang mata . Ah , Ida … ada saja gelagatnya ! Kadangkala , tergelak sendiri Arina dibuatnya !
1 ulasan:
Daripada segmen blog Mak Dara.. Baru sempat blogwalking..
http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/
Catat Ulasan