Kebiasaannya pada hujung minggu memang Cik Mendezz akan masak di rumah. Tapi sejak akhir-akhir ni selera nak makan kurang..jadi masakan pun yang ringkas-ringkas sahaja. Bukannya apa, bimbang kalau dah masak beria-ria nanti tak habis. Bila duduk seorang ni memang Cik Mendezz suka nak masak..mencuba resipi-resipi baru..tapi memang tau dah bila nak makan sorang-sorang ni makan KFC pun tak habis. Hehe!
Ini antara menu yang Cik Mendezz suka masaklah kalau dah tak ada selera nak makan..confirm makan banyak! Kadang-kadang makan macam tu je!Hehe!
Ikan bilis dan kentang yang dihiris nipis siap digoreng. |
Sambal yang tengah ditumis. Haa..berasap-rasap kuali haihh! |
Sambal goreng yang dah siap di masak. Bon Appetite! =D |
2 genggam ikan bilis
2 biji kentang yang dihiris nipis
27 batang cili kering digunting dan direbus untuk dibuang biji (kalau tak suka pedas kurangkan..tapi pastikan angkanya ganjil)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 keping asam keping
garam, gula dan serbuk perasa(Cik Mendezz guna jenama Faiza)
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang dan ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan
3. Tumis dengan sedikit minyak dan biarkan sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
4. Setelah bahan tumisan pecah minyak, masukkan asam keping dan biarkan seketika.
5. Akhir sekali masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaulkan hingga rata. Angkat dan hidangkan. Bolehlah dimakan bersama lauk pauk lain.
Senangkan??Selamat mencuba! =D
0 ulasan:
Catat Ulasan