Apabila berlembut bukan lagi jalan penyelesaian..kita marah..berantakan..mula saling menyakiti dan semakin sukar memaafkan..rasa cinta yang pada mulanya begitu indah dan membahagiakan kini bertukar menjadi duka dan tangisan..luka tidak terperi..
Luka itu akan pergi..keceriaan akan kembali..namun kamu tidak akan pernah berubah..bukan saya ego..malah terlalu banyak beralah..terlalu banyak bertolak ansur..terlalu banyak bersabar..jika itu adalah cara saya untuk meredakan suasana yang tegang..kamu menggunakan sikap yang ini untuk diambil kesempatan..
Sudah terlalu banyak kamu menguji kesabaran saya..sudah terlalu banyak sikap toleransi saya kamu gunakan untuk kepentingan sendiri..maka untuk apa lagi saya membiarkan kamu untuk terus memperlakukan ini pada saya??Siapa kamu untuk memperlakukan saya sebegini rupa??
Ya..saya tidak sempurna..tapi ketidaksempurnaan itu tidak menjadikan saya memperlakukan manusia lain sesuka hati..ketidaksempurnaan saya menjadikan saya sedar tidak perlu membuang masa pada kamu yang tidak mahu mengerti..ketidaksempurnaan saya menjadikan saya tidak perlu menjadi sempurna demi memuaskan hati orang lain yang pada dasarnya tidak sempurna juga.. =)
Lebih baik pergi dari terus disakiti..saya manusia biasa..sabar saya ada hadnya..sudah berkali-kali saya ingin melangkah pergi..tapi kamu tahan..kamu kata kamu tidak boleh lupakan saya..kamu tidak boleh hidup tanpa saya..kamu perlukan saya untuk terus berada disisi kamu..sedarkah kamu..sudah terlalu banyak kamu berjanji..dan janji itu tidak mampu kamu tunaikan menjadikan kamu lemas dengan janji-janji kamu sendiri??
Dan lupakah kamu..saya berjauh hati dan pergi bukan kerana saya sudah bencikan kamu..perasaan saya tidak pernah berubah! Akan tetapi saya memilih untuk pergi kerana kamu yang berubah..kerana kamu yang sudah tidak menyintai saya lagi..dan setelah berbulan-bulan kamu berperangai begini..saya amat yakin kamu sebenarnya sudah boleh hidup tanpa saya..sebab itu sewenang-wenangnya kamu memperlakukan sesuka hati kamu..
Ahh..retak lagi hati saya..hancurnya berderai-derai..sekali lagi kamu mempersia-siakan hati dan perasaan saya buat kesekian kalinya setelah saya menerima kamu kembali dengan susah payah..sedikit pun kamu tidak pernah mahu mengerti!Buat kamu..tidak mengapalah..saya ok..baik-baik sahaja..perasaan ini akan sembuh asalkan kamu tidak ganggu saya lagi..pergilah ke mana pun sesuka hati kamu..saya tidak akan peduli lagi..ini lah yang kamu mahukan..keegoan kamu mengiyakan semua itu..Ya..saya tahu..sangat tahu! =)
Kesabaran saya semakin hari diuji dengan perangai dan tindakan kamu yang tidak masuk akal!Saya tidak mahu dipersia-siakan oleh lelaki yang tidak sedar diuntung..lagi tidak tahu menghargai..penantian saya bukan suatu yang sia-sia..semakin hari saya semakin mengerti mengapa begini perjalanan hidup kamu..ah..tidak mengapalah..itu jalan hidup yang kamu pilih..siapa saya untuk mengiya atau menidakkan semua itu??
Mungkin juga kamu telah jumpa apa yang kamu cari..sebab itu kamu dengan sewenang-wenangnya menyakiti hati saya tanpa rasa bersalah walau sedikitpun..malah kamu salahkan saya kerana bersedih..kamu salahkan saya kerana kecewa..tidak mengapa..kerana kamu sedang megah di atas..tidak sudi menyelami apa rasa saya yang sedang terkapai-kapai di bawah..
Kelak nanti..apabila roda kehidupan itu berputar lagi..dan kamu kembali di bawah..pada waktu itu kamu akan ingat kembali betapa saya tidak pernah mengenepikan kamu pada saat kamu melalui hari-hari yang sukar..saya hadapinya bersama kamu..saya memberi kamu 1001 jalan untuk mencari penyelesaian berbanding kamu yang suka beralasan..saya sudah penat dengan semua itu..kebongkakan kamu sangat-sangat menyakitkan hati saya..keegoan kamu telah merubah kamu menjadi lebih tidak terjangka!
Cukup..cukup..cukup..cukup untuk saya meluahkan rasa ini..saya tidak mahu meluahkan rasa-rasa yang sebegini lagi pada masa akan datang..kamu sudah terlalu banyak berbohong..memberi saya harapan palsu..memujuk saya di kala saya sedih..tapi bila saya gembira dan bahagia kamu sakitkan hati saya lagi..cukuplah sebelum ini..saya tidak mahu lagi..kamu bukan untuk saya..kamu bukan jodoh saya..mungkin saya terlalu kurang untuk kamu hingga kamu merendah-rendahkan perasaan saya sewenang-wenangnya..atau kamu terlalu kurang untuk saya hingga saya merasakan kamu sudah tidak menyayangi dan menyintai saya seperti dulu..Wallahualam..
#OPPSSS!!Emosi pula Cik Mendezz hari ini..maaflah..dah berhari-bari hati saya berasa berbuku-buku..hari ini baru terluah! =)
0 ulasan:
Catat Ulasan