Assalammualaikum dan salam maulud readers..pada waktu Cik Mendezz menulis ni jam baru 15 minit melepasi tarikh 5 Februari 2012Masihi bersamaan 12 Rabiul Awal 1433Hijrah di mana tarikh ini merupakan tarikh keputeraan baginda Rasullullah SAW.
Apakah program anda setiap kali maulidur rasul menjelma eh??Cik Mendezz esok tak ke mana pun..kat rumah sahaja mungkin..ada beberapa orang teman sepejabat pula akan menyertai perarakan maulidur rasul di Masjid Putrajaya esok. Mesti meriah kan??
Masa Cik Mendezz di zaman persekolahan dulu..ni cerita masa sekolah rendah dulu ye..bila nak dekat maulud je mesti cikgu-cikgu yang terlibat dengan anjuran program maulud mesti panggil Cik Mendezz dan rakan-rakan sekelas yang bersuara ala-ala diva {konon!!} untuk berlatih nasyid dan berzanji. Memang seronok..kawan-kawan pun saling bersaing nak tunjuk bakat jadi solo berzanji..tapi apakan daya, cikgu-cikgu suka suara Cik Mendezz..jadilah saya solo nasyid dan berzanji di zaman sekolah rendah..sebenarnya..apa-apa pertandingan nyanyian moden dan nasyid pun memang Cik Mendezz antara muka yang jadi solo..ada jugaklah lagi dua-tiga orang yang cikgu suruh..tapi depa wat malu-malu kan..makanya muka tak berapa malu Cik Mendezz la yang cikgu nampak..hehe..
Bila masa sekolah agama pula takde nasyid-nasyid ni ok??Berzanji..khatam Quran..haa..berani nak lari??Tu Ustazah Salmi dengan Ustazah Zainun dah tunggu dengan pembaris kuning..tinggal nak libasss jek kalau degil!Hehehe! Memang seronoklah bila maulud nabi masa sekolah dulu..paling best sekali mestila masa makan..pilih kawan 4 orang..kongsi makan satu dulang..jangan tamak-tamak eh..Semua bagi sama rata..kalau kata ada tahun tu makan kat masjid pon macam tu..memang best la makan dalam dulang tu..rasa macam mesraaa je..korang ada??silap-silap ada yang cakap tak lalu!Chaiitt~~ Sunnah nabi tu tau..makan dalam talam..berkongsi ramai-ramai..banyak sama dilapah..sikit sama dicicah..orang suka makan sorang-sorang..pastu tak reti nak pelawa..tak pandang kiri kanan ni sellfish tau!Sebab tu memang betul lah bila ustaz dan ustazah pesan..dari cara makan juga kita dapat mengungkap nilai peribadi seseorang..maka tertiblah anda di kala makan atau bahasa sopannya menghadap rezeki.. =)
Bila dah masuk sekolah menengah pula..Cik Mendezz dah takde geng-geng nasyid atau berzanji ni..sekolah pun kalau tak silap cuti kot masa maulud nabi..jadi ikut lah mak dengan ayah ke Masjid Jamek Segamat tu..tak pun Masjid Buluh Kasap yang sebelah sekolah agama tu..makan dalam dulang jugak..heheheh..pendek kata..bila maulud nabi mesti ingat : kene cari geng 4 orang : pastu makan bersama dalam satu dulang..ada jugak masanya tak kenal pun dengan makcik yang kongsi sedulang tu..tapi lepas makan terus kenal..kehkehkeh!Biasa la makcik-makcik ni..bila tengok budak-budak lajuu je makan depa pun seronok tengok kita makan je la..hihihi!
Best nya!!Best nya!!Rasa macam nak kembali ke zaman persekolahan dulu..lagi-lagi sekolah rendah..best sangat-sangat...maklumlah..Cik Mendezz dulu sekolah desa..jadi acara-acara keagamaan ni sangat hidup!tidak pernah dibiarkan berlalu sepi..
Kamu semua bagaimana pula??Meriah kah sambutan maulud nabi samada dahulu atau masa kini??Kongsilah kalau sudi..Cik Mendezz nak pejam mata dah..selamat malam..Wallahualam.. =)
P/S : Ehhh...td tengok tv commercial..tapi ingat-ingat lupa la tema maulidur rasul tahun ni..apa eh??PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH ke silap eh??Ampunn..ampuunnn...xperasan sangat td..hehe!
0 ulasan:
Catat Ulasan