Selasa, Julai 26, 2011

Mencari erti tentang keBAHAGIAan..

Beberapa hari ini..jiwa Cik Mendezz agak tenang..biarpon banyak perkara yg bermain2 di fikiran..persoalan yg hingga kini masih tidak ketemu jawapan..jiwa ini tenang..semakin tenang dan pasrah..tentang erti hidup..tentang rezeki..ketentuan Yg Esa..tentang jodoh..pertemuan..dan ajal maut..


Kebelakangan ini..Cik Mendezz lebih banyak ruang masa utk berfikir..untuk menilai kembali kekhilafan..keterlanjuran..tentang apa yg hak..tentang apa yg bathil..kadangkala jiwa ini menafikan kebenaran yg nyata..hanyalah kerana terlalu mengikutkan hati ini yg terlalu merusuh..kadangkala jiwa ini memberontak..merasakan itu tidak adil..dan ini tidak patut..Sering juga merasakan diri dianiaya..diambil kesempatan oleh insan-insan yg sedia maklum apa mahuku..apa cariku..BAHAGIA..entah kenapa..semakin lama aku merasakan bahagia itu semakin mahal harganya..entah kenapa..sejak akhir2 ini aku hampir berasa putus asa..dan sering memujuk hati, "Bahagia itu bukan utk aku!!" - betapa mudahnya hati ini mengalah..hingga aku lupa untuk menilai erti bahagia itu sendiri..

Hurmmm..mungkin sebenarnya aku ini tersilap menilai apa erti bahagia itu..menjadikan aku sering menberontak merasakan jiwa ini tidak pernah bahagia..Setelah aku fahami..setelah aku dalami..sedarlah aku bahawa bahagia itu sebenarnya sangat luas dan sangat besar skopnya..entah mengapa aku hanya melihat dari satu sudut..kerana mendambakan bahagia dengan seorg insan bergelar suami..aku lupa bahagia aku dgn nikmat2 Tuhan yang lain..


Aku lupa..aku lah yg pertama membuat mak & ayah menikmati erti bahagia utk bergelar ibu bapa..kelahiran ini disambut..ditatang..dan aku dijaga dgn penuh kasih sayang..sejak kecil hingga kini..mak & ayah sentiasa berusaha utk tidak mengecewakan hati ini..biarpon apa org lain kata tentang diriku yg masih belum berpunya..mak & ayah tetap senyum setiap kali kepulangan aku,..tidak pernah sekalipon mereka cuba untuk bertanya tentang perkara2 yg melukakan..hingga dalam aku berasa bahagia dalam kasih sayang mak ayah yg xbertepi..aku lupa ada luka yg tidak mahu ditunjukkan oleh mereka..demi tidak mahu aku berasa tidak bahagia..

Kasih sayang adik beradik yg tidak pernah surut..dan tidak pernah putus..itu juga bahagia..biarpon ada masanya jarang benar kami bersua muka..bila berjumpa tetap akrab..masih mampu bergurau..masih mampu berborak2..bergurau senda seperti masa lalu..aku alpakan bahagia ini juga..hanya kerana memandang bahagia itu hanya dr satu titik yg sangat kecil!!


Semangat setiakawan yg sentiasa ada pd ketika jatuh & bangun ku..juga ada masanya aku persia2kan..sedangkan mereka juga adalah antara sinar bahagia yg aku ada di kala menjadi anak rantau di negeri org..mereka ada pada saat aku menangis..apatah lagi saat aku gembira..masa yg terluang byk terisi dgn mengenali & mendalami erti persahabatan juga bertukar2 pendapat..


Hasil titik peluhku menjadi anak rantau selama lebih 6tahun di ibu kota ini..juga antara2 rs bahagia..menjadikan aku berasa tenang utk bersantai di rumah..membuatkan langkah ini panjang utk pergi ke mana2..sedangkan pada mula2 kaki ini menjejaki ibu kota..aku hanya berbekalkan sebuah beg galas..tahun demi tahun..dr menyewa bilik aku sudah mampu menyewa rumah..rumah yg dulunya kosong tiada apa kini penuh dgn perabut..kalau dahulunya aku sekadar bergantung pd pengangkutan awam..kini aku selesa berjalan2 dgn memandu..dan jika ada rezeki lebih selepas ini..aku ingin membeli motorsikal pula..masih tidak bahagiakah aku??


Masih adakah yg kurang hingga ada masanya aku meratapi bahagia yg bersinar2 dalam kehidupan orang lain??apakah bahagia yg satu ini takkan aku dapat smpi bila2 sepanjang hayat aku??Janji Tuhan itu pasti..jika pergiku sebagai seorg wanita yg tidak berkahwin..pasti ada bidadara yg menanti aku di syurga..namun, hati ini terdetik lagi..layakkah aku utk bidadara itu??Sedangkan aku begini??Byk kekurangan & ruang cacat yg perlu aku perbaiki..dan aku menangis lagi..tapi tidak mengapalah..kerana tangisan yg ini bukan kerana aku menangisi sebuah cinta lagha {lara} .. tetapi kerana aku menangisi betapa tipisnya cinta ini pd Yg Maha Esa..dan dlm ketipisan itu pula..begitu berani aku meminta bahagia yg satu itu..bahagia yg aku impikan..agar jiwa ini semakin tenang meniti langkah menuju ke sisiMu.. =|

Akhirnya aku faham bahagia itu luas..tetapi aku yg menyempitkan erti bahagia itu sendiri..bahagia itu indah..tetapi aku yg memandang ia buruk..hingga berasakan ia mahal & sukar utk ditemui..bahagia itu di mana2..bertebaran serata alam..dunia & akhirat..sebab itu org selalu berkata, "Bahagia itu kita yg cari.." Ya..kini aku mengerti..dan semoga selepas ini..jiwa ini xkn merintih sehiba dulu..meratapi kehilangan bahagia yg secebis itu..jika tidak ada bahagia aku di sini..akan pasti bahagia aku disana..asalkan aku sabar & redha dgn setiap dugaan dariNya..semoga aku kuat menghadapinya..dan kini..aku ingin bertanya..apa erti BAHAGIA buat kamu??

4 ulasan:

maxlone [Nak balas komen]berkata...

sangat suka post ni! boleh tak nak copy beberapa main point? nak tampal kat dalam bilik. hehe

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@maxlone : Boleh dear..with permission..
semoga bila u berasa down..
u have sumting dat kan keep u muv on & become a stronger person.. =)

maxlone [Nak balas komen]berkata...

yay!! thanks!!
saya ni tak berapa pandai nak buat ayat2 power menusuk kalbu macam ni. tapi sy mmg suka dengan sajak dan kata2 hikmat macam ni. hehe :)

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@maxlone : Ni bukan ayat2 power atau sajak dear..
ini luahan rasa Cik Mendezz..purely from my heart.. =)