Rabu, Julai 20, 2011

Malam ini malam sedih..

Apabila memperkatakan tentang cinta..semua insan tersenyum..
Meskipun adakalanya di penghujung senyuman itu ada tangisan..
Tapi benarkah itu semua??Adakah senyuman itu ikhlas??
Atau adakah ianya sekadar sebuah senyuman..
Senyuman yang dilemparkan kepada pembicara cinta??
Entahlah..

Dulu..akulah insan yang paling bahagia..
Benar-benar bahagia apabila berbicara tentang dunia indah itu..
Indah kerana mengajar erti pengorbanan..
Indah kerana satu perkongsian telah berjaya..
Perkongsian satu perasaan..satu rasa..yang tidak pasti..
Adakah ia abadi??

Hurmmm..selalunya ketidakpastian itu tidak pernah diambilkira..
Selalunya..ia diketepikan..
Yang ada ketika itu cuma rasa percaya..rasa sayang..
Kasih yang teragung..tidak terucap dengan kata-kata..
Ahh..indahnya perasaan itu..

Apabila berjauhan..sehari tidak mendengar suara..
Aku buntu..aku keliru..rasa kehilangan menusuk jiwa..
Segala rencam rasa menghantui fikiranku..
Dia tetap jauh dariku..jauh tidak tergapai..
Namun harapan aku tetap padanya..mengapa begitu??
Perasaan aku juga tetap padanya..mengapa begitu??
Rasa kasih, rasa sayang dan rasa cintaku tetap tegar padanya..
Ahhh..mengapa begitu??

Aku menangis bila aku kehilangan dia..
Aku menangis bila terkenangkan dirinya yang makin aku sayang..
Aku menangis bila merasakan aku dan dirinya semakin jauh..
Namun..adakah dia begitu??
Adakah dirinya juga seperti aku??
Apakah perasaannya juga seperti aku??

Apakah kerana perasaan yang tidak-tidak ini maka aku kehilangan dia??
Dia yang tidak pernah menjanjikan apa {kononnya!!} telah pergi dari hidupku..
Sudah tertuliskah aku ini akan terus kehilangan...?
Terus kehilangan..kehilangan..dan terus hilang...?
Hilang selamanya...?
{sedih!!!}


~ 2003~

0 ulasan: