Cik Mendezz baru lepas menonton drama arahan Murali Abdullah di TV9..drama ini dibintang oleh Johan Chong (sebagai Alvin/Amirul), Eja (sebagai Azura), Allahyarham M. Rajoli (sebagai ayah Azura/Pak Haji), Faradhiya dan Hasnur Rahman(sebagai Joe).
Ia berkisarkan tentang Alvin yang bersahabat baik dengan Joe tanpa menyedari Joe sebenarnya mencintainya dalam diam. Mereka sama-sama suka berparti, pemabuk dan Alvin juga merupakan seorang kaki perempuan hinggalah suatu hari selepas mereka balik dari kelab dan minum di gerai mereka didatangi oleh pengemis yang buta. Setelah dia menderma pengemis itu memberinya pelekat tulisan Arab berkalimah BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM.
Sejak itu Alvin dibuai rasa ingin tahu. Dia mula membeli buku-buku berkaitan dengan agama Islam. Laungan azan pada waktu dinihari mula mendatangkan kedamaian padanya. Perkenalannya dengan Azura di bengkel keretanya juga telah banyak membantunya menjawab banyak persoalan. Bapa Azura yang merupakan seorang alim di desa turut membantu.
Namun dilemma Alvin sebagai seorang anak tunggal menjadikan Alvin berperang dengan perasaan sendiri. Ibunya yang sebatang kara bimbang akan kehilangan Alvin jika anaknya memilih Islam menjadikan Alvin berperang dengan perasaannya sendiri yang begitu terdesak ingin menganuti agama Islam pada masa yang sama inginkan restu dan pengertian dari ibunya bahawa dia tetap akan seperti dulu malah lebih baik dari dulu.
Dilemma Alvin berakhir setelah ibunya melihat sendiri bagaimana kehidupan bermasayarakat di kampung halaman Azura. Perubahan Alvin menjadi anak yang lebih baik dan bertanggungjawab padanya sehingga ibunya sendiri menjadi saksi Alvin mengucap kalimah syahadah.
Drama yang sarat dengan isu moral dan keagamaan. Betapa seorang Islam itu jika tidak mahu mencari Islam itu sendiri mereka juga akan sesat di dalam jalan yang mereka sendiri pilih. Tanpa segan silu Joe membelakangkan agamanya dan memilih untuk mencintai Alvin yang sejenis dengannya sedangkan Islam melarang sekeras-kerasnya perhubungan seumpama itu. Dan Alvin pula biarpun menganut agama lain, akhirnya ketemu hidayah di atas kesungguhannya sendiri ingin mencari erti sebenar kehidupan ini yang jawapannya hanya ditemui setelah dia mula mempelajari Islam.
Maka apakah moral yang Cik Mendezz dapat dari drama ini?? Mudah sahaja..sesuatu yang indah, jika sentiasa dihadapan mata sepanjang masa adakala membuatkan manusia buta menilai. Menjadikan manusia kadangkala alpa dan memandang kerosakan itu sebagai perkara yang lebih baik. Berbanding mereka yang senantiasa melihat kerosakan dan kealpaan dihadapan mata..keindahan yang tiada akan diusahakan untuk dicari..dan apabila sudah ketemu, keindahan itu akan dihargai kerana ia dimiliki dengan susah payah.
Itu sahaja untuk tengahari ini..Wallahualam..
P/S : Malam tadi dok google resipi sebab malas nak keluar hari ini..so Cik Mendezz cuba resipi Nasi Ayam mudah dan ringkas dari blog ManjaIxora ni.
Dan inilah hasilnya!!Besh!Cuma xbest makan sorang2 je..huhu! |
0 ulasan:
Catat Ulasan