Isnin, Disember 19, 2011

Berapa Lama Wanita Boleh Tahan??

Ibn Juraij berkata : "Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar aseorang wanita sedang melantunkan syair..

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap gelita disekelilingnya..
Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu..
Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya..
Sudah pasti ranjang ini digoyang oleh yang lainnya!

Ketika Umar r.a. mendengar syairnya ity, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, "Apa yang terjadi padamu?" Wanita itu menjawab, "Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan." Umar r.a bertanya, "Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?" Wanita itu menjawab, "Saya berlindung kepada Allah." Umar r.a berkata, "Kuasailah dirimu!Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suamimu."

Setelah itu Umar r.a bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r. anha, "Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?" Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r. anha menundukkan kepala kerana berasa malu. Umar r.a berkata "Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan." Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan kari tangannya, "Tiga sampai empat bulan." Kemudian Umar r.a menulis surat kepada setiap amir(pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan. "

(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s 308)

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a keluar (untuk melihat hal ehwal orang ramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersyair  :

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya..
Aku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu..

Kemudian Umar r.a bertanya kepada Hafsah r.anha, "Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?" Hafsah r.anha menjawab, "Enam atau empat bulan." Maka Umar r.a berkata, "Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu."

(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29) [seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

sumber : dari sini

6 ulasan:

Ciklong [Nak balas komen]berkata...

kebanyakan isteri yg lebih rindukan suami yang berjauhan (outstation, mungkin). suami jarang nak rindu kecuali yang memang sayang sgt2 pada isterinya. hehe :)

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@maxlone : Sebab tu isteri susah nak curang kalo kene tinggal lama2..
suami ni..pantang lepaaaaaa!!
kan?? =P

Ciklong [Nak balas komen]berkata...

yup2!! biasa kalau ikut real life situation, suami lebih suka outstation lama2. tapi bukan semua la. most of them je. haha

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@maxlone : hehehe..i suke kalo si suami outstation lama2..
=P

Ciklong [Nak balas komen]berkata...

ha....ni mesti ada pape? kihkih! :P

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@maxlone : More time 4 me..OPS! =p