Selasa, Disember 20, 2011

Bila dah hujan ni..!!!

Diam tak diam..dah 6 tahun lebih Cik Mendezz menjadi anak rantau di ibu kota..daripada ke sana sini naik kenderaan awam sekarang sudah berkereta. Tetapi yang dikesalkan bila di atas jala raya ni perangai sesetengah para pemandu masih tidak berubah..malah lebih suka bila dah terhantuk baru lahhhh nak terngadah!

Apalah Cik Mendezz membebel malam-malam ini kan??Tak tau ke orang nak tidur??Adess..maaf lah..tapi dah tak tahan sangat dah ni..dah lama sangat memendam rasa pada pemandu-pemandu perasan handal walhal kalo jadi musibah..dia la malapetaka!OPSS!!Terlebey sudah!


Pix ehsan dari google

Cuba tengok foto ni..jelas ke pandangan kita apabila hari hujan??Ini foto hujan dah reda..Cik Mendezz pula dah berhari-hari masa balik kerja je hujan mesti lebat!Bukan nak salahkan hujan lebat..dah hujan kan..rahmat!Tapi yang bikin malang para-para pemandu yang perasan power sangat ni lah..hari dah gelap gelita..jalan pon tak berapa nak nampak..dengan kereta memasing warna kelabu..warna hitam..TAK RETI-RETI NAK BUKA LAMPU KENDERAAN!Lepas tu..pandu kereta macam hari tak hujan!Laju semacam!Tak tahu nak bagi signal pula..tukar laluan sesuka hati..lepas tu bila dah berdentum.. 

"Awak tak nampak ke kereta saya yang besar ni??"

Halooooo!!Mana gaya nak nampak kalau tengah-tengah hujan tak tahu nak buka lampu kenderaan??Nak bagi isyarat tukar laluan??Pandu kereta macam di litar F1??Akal ada??Lain kali kalau hari mendung sampai nampak gaya matahari dah tenggelam ke..hujan lebat ke..hari belum siang ke..sila la buka lampu kenderaan tu!Tak payahhhhh nak sayang sangat bateri kereta tu..harga paling mahal pun RM200++ je!Tapi..kalau nyawa melayang..ADA GANTI??Sendiri mau ingat la erk??Ok..dah malam..nak tidur.. 

4 ulasan:

Ciklong [Nak balas komen]berkata...

sangat bengang kalau time hujan lebat, ada kereta kaler gelap dan besar tak buka lampu. sangat hangen!

apa guna beli kereta besar tapi tak reti nak pasang lampu, tol tak?

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@maxlone : Tu la i ckp..sayang bateri kete..
Nyawa xsayang..pelik kan org yg xde sivik ni..

Ciklong [Nak balas komen]berkata...

sangat pelik. nak kata muda, kat sekolah ada subjek sivik. nak kata tua, dah lama hidup. aiihh....

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@maxlone : Susah nak ckp..
mmg memasing stail bila dh terhantuk baru nk terngadah..