Rabu, Disember 07, 2011

Bila kita sayangkan seseorang..

Bila kita sayangkan seseorang..
kita takkan pernah mementingkan diri..
Tapi dia??
Hati berkata-kata, "Tak mengapalah..terima sahaja..dia memang begitu.."

Bila kita sayangkan seseorang..
Kita sanggup buat apa sahaja demi dia..
Kita tunggu dia lama pun tidak mengapa..
Tapi bila dia menunggu kita??Tak sampai 10 minit pun dia dah marah-marah..
Adatlah..ada yang menunggu.. ada yang ditunggu..

Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak tidur pun tidak mengapa demi mahu melayankan karenah dia..
Tapi bila kita pula yang bosan..ada dia nak melayan?? 
Tapi kita pujuk juga hati ini.."Tak mengapalah..mungkin dia sibuk!"

Bila kita sayangkan seseorang..

Jika kita bergaduh dan bertengkar dengan dia..kita menangis..
Kita telan sahaja semua kesalahan dia..
Tapi dia..seronok berjimba dengan kawan-kawan..
Masih kita pujuk hati sendiri, "Tak mengapa..dia tengah tension tu.."

Bila kita sayangkan seseorang..

Kala bergaduh pun, kita tebalkan muka nak bercakap dengan dia..
Tapi dia tak jawab pun panggilan kita..ada masanya dia matikan terus telefon bimbitnya..
Bila jadi begitu..masih kita bersangka baik, "Layankan sahaja..dia tengah lepak dengan kawan-kawan dia la tu.."

Bila kita sayangkan seseorang..

Kita bercerita semua benda dengan dia..
Kita kongsi segala yang ada..
Tapi dia??Yang seronok sahaja mahu bersama..

Tatkala sedih??
Pada kita..susah dia..susah kita juga..

Pada dia..senang dia..milik dia sahaja!
Masih kita redha..kita anggap dia spesis lambat nak sedar..
Dan apabila dia yang bercerita kepada kita??

Kita perlu dengar dan beri sepenuh perhatian..
Jika tidak..dikatakan kita tidak ambil peduli..
Masih kita bertahan..dek kerana sayang..

Bila kita sayangkan seseorang..

Apabila sama-sama lapar..
Kita bahagiakan saja bahagian kita pada dia..
semata-mata kita tak mahu dia lapar..

Nak jaga perut dia..kasihankan dia..

Bila kita sayangkan seseorang..

Apabila dia letih..kita suruh dia berehat..
Tapi bila kita yang letih..dia buat tak faham je..
Kita pujuk hati ini, "Ala..bukan selalu..kasi chance sajalah!"

Bila kita sayangkan seseorang..

Tidak tentu arah rasanya apabila kita tahu dia jatuh sakit..
Berkejar nak buat segalanya untuk dia..
Tapi bila diri ini yang sakit..dia suruh berehat sahaja di rumah..
Hati kita berbisik.."Tidak mengapa..takkanlah mahu berkepit sepanjang masa??"



Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak sanggup melihat dia derita..
Tapi tidak pernah dia cuba untuk menghargai..
Apatah pula mahu ambil tahu betapa kita sayangkan dia..

Bila kita sayangkan seseorang..

Memang sukar untuk tinggalkan dia kalau kita mahu ke mana-mana..
Dan jika boleh..kita mahu dia senantiasa berada dihadapan mata..
Tapi pada dia..kawan-kawan juga kekasih-kekasih yang lain lebih utama!

Bila insan yang kita sayang memperlakukan kita begini..

Lebih baik kita berkorban rasa..
Tinggalkanlah dia dan biarkan dia buat apa sahaja yang kita suka..
Biarkan dia bahagia dengan cara dia..

Akan tetapi..bernilaikah pengorbanan ini??
Akan mengertikah dia bahawa hati ini sebenarnya telah menyimpan seribu duka??
Tidak mengapalah..kita pujukkan hati ini, "Janji dia bahagia.."

Mungkin..apabila kita sudah tinggalkan dia buat selama-lamanya..

Barulah dia sedar tentang kewujudan kita..
Barulah dia sedar yang kita selalu ada pada saat yang dia memerlukan..
Dia datang menziarahi pusara kita..
Dia sebak..menangis..dia minta maaf di atas semua kesalahan dia..
Dia tersedu-sedu.dan minta maaf lagi sebab tergamak buat kita macam tunggul kayu..
Dia minta maaf sebab selalu menyeksa perasaan kita ini tanpa rasa bersalah walau sedikitpun..
Dia berjanji 'hanya kita yang bertakhta di hatinya selama ini'..
Dan dia meminta maaf berulang kali di atas kekesalannya memperlakukan kita sebegitu rupa..

Tapi..mengertikah dia..

pada ketika itu..semuanya sudah terlambat??
Semuanya sudah tidak akan mampu memberi apa-apa makna lagi..

Semuanya sudah berakhir!!



sumber : diolah dari Facebook threading.. =)

0 ulasan: