Kita selalu terfikir..kenapa dia dah tak macam dulu??Kenapa dia dah tak kisah sekarang??Apa dah jadi??Dan kita mula menyalahkan diri sendiri..mungkin salah aku..aku selalu kecilkan hati dia..{naluri bersalah seorang perempuan!!}..
Well...hello darlingSS!!Bukan kerana kamu sudah tidak melayan dia seperti dulu..bukan juga kerana kamu selalu cari pasal dengan dia..tapi ini SOAL HATI..bila ia mula berubah..tidak pasti entah bila ia akan kembali..hati biar pun bukan rama-rama..yang terbangnya tiada arah..walau pun bukan burung yang serba serbinya bebas ke mana sahaja..tiada siapa yang mampu menduga..yang penting..kita percaya..JODOH ITU RAHSIA ALLAH..suami hanyalah pinjaman..darah daging kita yang kekal hingga ke akhirat..Insya Allah..kita tidak mudah melatah dengan keadaan yang tidak terjangka ini.. =)
Cinta yang makin pudar..apa tandanya??Jom kita skodeng!
- Malas angkat telefon - yang ini memang ketara!Telefon sebelah laptop pon dia boleh cakap tertinggal entah di mana..
- Apa-apa hal asyik cakap malas..malas..MALAS!!
- Bila ajak keluar, si dia asyik sibuk sepanjang masa..lagi-lagi la tengah perhimpunan agong ni..lagi la dia semedang dok bagi alasan SIBUK!
- Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati..
- Mula mengelakkan diri daripada berjumpa.
- Dia sudah tidak kisah kalau tidak berjumpa pun..sebulan tak jumpa lagi bagus!
- Bila sudah berjanji untuk bertemu, tapi lupa nak datang..alasan dia amat lazat untuk didengar..TERLUPA..TERTIDUR..serius makan dalam alasan kan?? =P
- Apa yang kita buat dah tak betul di mana dia..
- Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
- Taip sms pun pendek-pendek sahaja..
- Bila kita cakap "I love you.." dia balas "errrmmmmm.." jer.DUSHH!!DUSSHH!!
- Bagi alasan "Awak ni terlalu baik untuk saya..saya tidak layak untuk awak.." kelakarkan??Masa dia mengurat kita dulu tak pula fikir!Pembaziran perasaan berlaku! =P
- Bila ajak jumpa ibu bapa, macam-macam cara dia cuba mengelak..
- Dah jumpa ibu bapa pun alasan banyak.Hendak cakap hal "kahwin.." dia terus tukar topik..
- Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
- Susah betul la dia nak senyum atau bergurau macam dulu-dulu..
- Dengan orang lain dia boleh mengaku single..kalau yang kenal kita ni dia cakap dia tengah bermasalah dengan kita..tiada persefahaman katanya..{nannnnti ko!! =P }
- Dulu-dulu masa nak keluar dating mesti nak pakai baju yang sama atau sedondon..sekarang dah tak nak..rimas katanya..poyo pula katanay sekarang..
- Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan semata-mata nak keluar dengan kita..tapi sekarang terbalik sudah!
- Dulu boleh bergayut berjam-jam..bateri telefon habis siap cucuk pengecas - sambung lagi bercakap..sekarang ni..5MINIT PUN SUSAH!!Katanya..handphone cepat panas!
Jadi..bagaimana??Sudah ketemu jawapan pada pasangan anda yang seperti buang tebiat itu??Terima sahaja hakikat..hatinya sudah berubah..JOM CARI YANG BARUUUU!!Opss! =P
0 ulasan:
Catat Ulasan