Sudah beberapa kali Balqis cuba menggagahkan diri mencapai ubat di meja belajarnya . Namun usahanya masih sia-sia . Dalam keadaan yang masih sedar , Balqis tidak mampu untuk melihat dengan jelas . Segala-galanya kabur dan berpusing-pusing !
“ Ya ALLAH …! ” dalam kelemahan yang teramat , bibirnya tidak lupa mengingati Yang Esa .
“ Qis ! Ya ALLAH …! ” Salina yang mahu mengajaknya ke kelas segera menerpa sebaik sahaja dia membuka pintu .
“ Lina … sakit ! Ya ALLAH … sakitnya …! ” rintihnya kerana tidak tahan menahan sakit .
“ Itulah kau … bila sakit , diam aje ! Bukan nak beritahu ! Nasib baik aku teringat nak ajak kau pergi kelas . Mana ubatnya ? ” sambil mulut Salina mengomel matanya meliar mencari ubat milik teman baiknya ini .
“ Atas meja …, ” balas Balqis lemah . Cepat-cepat Salina mencari . Bila sudah panik , ubat depan mata pun tak nampak ! Kronik aku ni ! Sempat lagi Salina mengomel sendiri sambil menyuakan pil dari botol ubat kepada Balqis . Balqis segera menelan pil tersebut lalu meneguk air yang juga disuakan oleh Salina .
“ Nak aku telefon emak kau ke? ” tanya Salina lagi setelah melihat keadaan temannya yang beransur lega dan tenang .
“ Hmm …, ” Balqis hanya mampu menganggukkan kepalanya lantaran matanya sudah tidak larat dibuka . Salina segera menghubungi ibu Balqis . Selalunya memang begitu apabila Balqis sakit . Seboleh-bolehnya , dia memang tidak mahu menyusahkan orang lain . Tambahan pula ibunya yang memang selalu mengingatkan begitu walau apapun yang berlaku , jangan sesekali menyusahkan orang lain .
Mujurlah sakit migrainnya ini menyerang tidak sekerap sewaktu zaman persekolahannya dahulu . Namun , apabila sesekali ia menyerang , lebih-lebih lagi apabila musim ujian dan peperiksaan , sakitnya hanya ALLAH yang tahu !
“ Aku dah contact Mak engkau . Kita tunggu sampai family kau tiba , ok ? ” Salina menawarkan khidmatnya buat kesekian kali . Balqis sudah tidak mampu berkata apa . Hanya linangan air mata yang mengalir melalui matanya yang terpejam rapat itu yang menjadi tanda betapa dia berterima kasih kepada teman sekelasnya yang seorang ini .
“ Assalammualaikum , ” Norita yang baru pulang dari kelas memberi salam . Mukanya sedikit terkejut melihat teman sebiliknya terlantar lagi .
“ Dah lama ke Kak ? ” risiknya kepada Salina yang masih menunggu .
“ Lama juga … dekat setengah jam . Tengah tunggu family dia sampailah ni …, ” jawab Salina sambil mengilas jam di tangan .
“ Kalau Kak Lina ada kelas , pergilah . Kelas Ita dah habis . Malam nanti baru kena attend meeting , ” beritahu Norita setelah meletakkan buku-bukunya di atas meja belajarnya dan menanggalkan tudung .
“ Memang kena pergi kelas ni . Ada kuiz . Beside , kena inform Mr Raja tentang Balqis . Oklah , kirim salam pada family Balqis nanti , ya ? ” dengan hati yang berat , terpaksa juga Salina meminta diri . Norita hanya menghantar dengan pandangan melihat teman baik teman sebiliknya keluar dari bilik . Sesudah itu pandangannya kembali ke arah Balqis .
“ Mana Kak Balqis ? ” tanya Elise setibanya Salina di kelas .
“ Akak dari bilik dia lah ni . Itu yang lambat . Roomate dia seorang pun tak ada . Tengah tunggu-tunggu tadi , si Ita balik . Itu yang sempat pergi kelas ni . Kuiz macam mana ? ” terang Salina panjang lebar setelah melabuhkan punggung ke kerusi . Jarak kompleks kediaman menuju ke kelas sejauh 15 minit itu memang agak memenatkan !
“ Nasib engkaulah , Kak Lina . Mr Raja hendak buat kuiz sebelum habis kelas nanti , ” balas Farah sambil menghulurkan tisu kepada Salina yang tua setahun dari mereka .
“ Fuh , selamat ! ” cepat-cepat Salina menarik nafas lega . Tumpuan mereka kembali kepada pengajaran Mr Raja .
4 ulasan:
nice one..boleh digilap lg ni..smoga jadi novelis terkenal nanti..amin..=)
@alyea : Thanxs dear...dh lama tulis tp baru beberapa hari ni ada keberanian nk publish..
hehe..
come on teruskan mnulis cik mendezz...xsabar nk baca episod seterusnya ni...cpt2lh publish...watak balqis tu ada kena mengena dgn u ker?
@OdahOne OdahOneBizz : hehehe..ada..tapi bukan nama sebenar..hehehe! =P
Catat Ulasan