Selasa, Julai 04, 2017

Apabila bercerita tentang persahabatan..

Dah lama kisah ini terperap dalam draft blog Cik Dezz..since 2012..buat sahabat..you know who you are..even kita dah tak macam dulu..kenangan bersama tetap abadi di dalam ingatan..

Bila bercerita tentang persahabatan..saya rindukan seseorang yg pernah berkongsi suka-duka dengan saya bertahun lamanya..bermula dengan perkenalan yang ringkas sewaktu bekerja di sektor swasta dahulu dan ianya menjadi mesra hari demi hari. Kami senang bersama..kekecewaan..kegembiraan..suka duka..semuanya dikongsi bersama..sama nakal..sama degil..kadangkala sama-sama keras hati tapi kami cuba untuk tidak merajuk terlalu lama..hehe!

Apabila dia tidak pulang ke rumah kerana pergi bercuti atau pulang ke kampung...atau mungkin sekadar menyelesaikan urusan kerja di pejabat..dan mungkin kerana tidak bertemu di rumah kerana berselisih waktu kerja..kami berhubung melalui telefon..sms..dan maya. Apabila saya sakit..dia jaga waktu makan ubat saya.. dan begitulah sebaliknya..kadangkala seronok masa sakit sebab dia buat bubur sedapppp...dan masakan dia memang sedap-sedap..Dia memang seorang sahabat yang menghiburkan..ada masanya juga memeningkan kepala..namun itu lah erti persahabatan..walau apa pon..segala suka duka dikongsi bersama..gelak ketawa..tangis hiba..semuanya dengan dia..kami memang rapat..tambahan pula kami sebaya..semuanya mudah untuk dikongsi bersama..

Ada masanya kami sama-sama ambil cuti/mc kerana tiada mood nak bekerja..mandi air terjun..ada masanya ke shopping complex..paling selalu kami berkaraoke..hehe!Bila-bila masa kami rasa ingin melepak ke kedai mamak..kami on je..walaupun hanya secawan teh tarik..sesekali kami cuci kereta sama-sama.pendek kata..susah senang kami kongsi bersama..

Namun..setelah erti persahabatan itu saya dalami..setelah erti persahabatan itu saya lalui..konflik yang kecil telah memisahkan kami..dia memilih jalan hidup dia..dan saya tetap dengan keputusan yang telah saya buat..keegoan menjarakkan kami..sifat keras hati menjadikan masing-masing tidak mahu mengalah..dan kami saling menyalahkan..menyebabkan ia berkesudahan dengan kesedihan yang masing-masing cuba sembunyikan.

I miss our moment..i miss her jokes..i miss her cook..i miss her anger..ada masanya dia menceceh seperti mak nenek..tapi saya hanya sekadar gelak dan buat-buat tak layan. Namun saya tahu dia tahu yang saya akan ikut nasihatnya..cuma cepat atau pon lambat..

Entah di mana dia sekarang..terlalu banyak untuk dikongsi dan diceritakan..mungkin jika kami bertembung dimana-mana selepas ini..dia akan pura-pura tidak mengenali saya..atau mungkin juga kami berpelukan erat dan menangisi kebodohan masing-masing yang menjadikan persahabatan kami terkorban begitu sahaja..

Sejak dia tiada dalam hidup saya..saya belajar untuk hidup seorang diri..saya takut dengan gelaran sahabat..saya risau jika saya kehilangan sahabat buat kesekian kalinya..sahabat bukan lah sekadar seorang insan yang biasa-biasa dalam kehidupan kita..adakalanya biarpun dia biasa-biasa sahaja..dia mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..biarpun adakalanya kami berselisih pendapat..itu perkara juga biasa..perkara apa yang tiada jalan penyelesaian??Yang penting tolak ansur..

Adakah kami masih menyalahkan sesama sendiri hingga kini??Saya tidak tahu..yang saya tahu saya ingin mengetahui khabarnya..saya ingin kami bermaaf-maafan biarpun mungkin selepas ini hubungan kami takkan sama seperti dulu..i miss her.. =(

0 ulasan: