Jumaat, September 12, 2014

Ziarah

Alhamdulillah.. Finally it's Friday..Cuti sekolah pon dh mula..balik kerja tadi tengok jalan pon jem semacam.Info trafik pulak maklum ada treler terbalik.Entah kat mana entah la mangsa jem nanti..nasib la aku merempit jek pergi kerja..jadi takde lah nak pening fikir-fikir jem ke tidak jalan-jalan di ibu kota ni.

Tapi tengahari tadi kene fikirkan jugak jalan mana yang jem..jalan mana yang clear..gara-gara ofizmate; Wanie, Kak Asmah dan Mak Buyung Noli berhajat nak ziarah ofizmate ; Mama Ayuzie yang cuti bersalin.Tambah pulak tasking jadi supir...waduhhhh..memang kene betol-betol la pilih jalan. Sian Mek Na tinggal kat ofiz..ingat tak sempat tadi sebab last week lepak rumah mama lambat kami sampai ofiz.

Mama Ayuzie ni masalahnya satu jek..dia risau kalau orang datang rumah dia kelaparan.So dia mesti kalut nak masak macam-macam walaupon sebelah tangan kendong baby..seblah  tangan pedang sudip..salute!!Hehe!

So..kami berempat bertolak dari pejabat lebih kurang 12.30 tghari.Dalam 25minit sampai dah rumah Mama Ayuzie.


Wanie tolong mekap kek minyak Mama Ayuzie

Nasi Ayam yang akhirnya licin kami kerjakan. Hahahahahah!


Kek Minyak yang yummy!!



Mak Buyung Noli yang teruja bau baby!

Setelah lebih kurang 2 - 3 kali tambah nasi..plus makan kek, kami kembali ke pejabat. Alhamdulillah.. jalan clear. Laju je tekan pedal minyak kereta Wanie. Dia pulak tidur di seat penumpang.Cisss!!

Great day.. Fantastic Friday! IM LUVVING IT!!

0 ulasan: