Khamis, Jun 07, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#39


Now Arina , now . I want you to be at Times Square right now ! ” perlahan sahaja suara majikannya memberikan arahan namun penuh ketegasan di hujung talian . Arina yang masih dibebani senarai pesanan barang beberapa cawangan bowling yang masih belum selesai segera akur . Masalah apa pula yang melanda untuk set up di Times Square ini hingga memerlukan dia sentiasa di situ ? Dia hanya menguruskan bahagian tender dan pembelian keperluan untuk pembukaan cawangan bowling di situ . Selain itu bukan di bawah bidang kuasanya ! Ada-ada sahaja Mr Danny ni !

Manu , I nak ke site Times Square , kalau ada apa-apa I nak you yang call my handphone , don’t give them my number ok ? Thank you , ” pesan Arina pada telefonis sebelum meninggalkan pejabatnya . Manu segera akur . Dia faham mengapa Arina berpesan begitu . Ini kerana sebelum ini dia sewenang-wenang memberitahu nombor telefon peribadi eksekutif itu sehingga Arina diganggu panggilan pada lewat malam oleh pembekal-pembekal yang tidak kenal erti siang atau malam .

Miss Rina , nanti you balik office semula ke tak ?

It’s depend on how long Mr Danny want me to meet him , Manu . Will let you now , ” balas Arina ringkas sebelum berlalu pergi . Dia bergegas ke tempat meletak kereta . Segera dia menghidupkan enjin kereta dan memandu menuju ke Berjaya Times Square .
Jalan yang sedikit sesak di Bukit  Bintang sebelum sampai ke destinasi menguji kesabarannya . Tambahan pula keretanya yang berenjin manual , menyebabkan Arina pantas berdoa agar dia segera sampai .

Sorry Mr Danny , I’m a lil bit late . Anything urgent Sir ? ” ujar Arina sebaik sahaja sampai .

I just want to know who supply the carpet ? I don’t like the design , dear , ” Mr Danny menunjukkan carpet yang sedang dipasang oleh pekerja kontrak .

Oh , the carpet . I memang tak boleh nak cakap lebih-lebih boss .You know when we are talking about our GGM’s supplier ? ” Arina mengangkat kedua belah tangannya tanda tidak dapat berbuat apa-apa . Segala budget keperluan syarikat memang dibayar oleh GGM menjadikan serba-sedikit Arina agak tertekan apabila usahanya mendapatkan pembekal untuk sesuatu barang adakalanya ditolak mentah-mentah .

I see ! No wonder the carpet look like her ! Seriously , I hate the design ! Semua dah cantik , tiba-tiba carpet I buruk ! Huh ! ” dengus Mr Danny geram . Arina hanya tersenyum pendek . Gelihati juga sesekali melihat majikannya ini mengomel ! Tapi apakan daya , kuasanya juga terbatas menyebabkan ada masanya dia mesti akur tanpa sebarang bantahan .

It’s ok Arina , you may go back to the office now . I thought it was your supplier , so I want you to tell them that I don’t want this design but since it’s her supplier , ikut suka dialah ! I malaslah…semua benda dia mahu campur . Susah mahu kerja macam ni ! “ rungut majikannya yang berbangsa baba nyonya ini . La..ini je dia dok cakap urgent..urgent ? Aduh !

Ok , Mr Danny . Anything else before I’m going back to the office ? ” Arina seperti memujuk majikan utamanya ini sebelum dia pulang ke pejabat .

Nothing , if there’s any I’ll hello you as usual , ” Mr Danny memberitahu tanpa memandangnya . Arina sudah maklum sangat jika majikannya ini sedang marah . Memang dia tidak akan memandang wajah ketika bercakap .

Ok Mr Danny , later then , ” Arina cepat-cepat meminta diri dan meninggalkan ruang bowling yang masih dalam peringkat pembinaan itu . Tiba-tiba perutnya berkeroncong . Arina mengilas jam di tangannya . Ah , patutlah lapar ! Sudah pukul 3 petang ! Tengahari tadi dia tidak sempat hendak keluar makan kerana terdapat pesanan penting yang perlu diselesaikan segera untuk cawangan di Bukit Mertajam .

Arina menaiki lif dari tingkat 5 menuju ke tingkat 10 . Harap-harap masih ada makanan yang boleh dijamu . Telefonnya berbunyi .

Yes Manu , I’m still here . I’ll be back after I having my lunch ok ? Anything urgent ? ” Arina menjawab tegas sambil keluar dari lif . Setelah mendengar pesanan dari telefonis itu dia mengatur langkah menuju ke cafeteria .

Amboi , sibuk sungguh Cik Arina  ni sampai tak ada masa nak pandang kiri kanan ya ? ” tegur satu suara membuatkan dia tertoleh .


0 ulasan: