Ahad, Jun 03, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#36


“ Ha , macam ni lah Arina Zainal yang aku kenal . Dah jom , ” Fara bersuara riang melihat Arina sudah bersiap-siap dengan pakaian taekwondonya sebaik sahaja dia menjengah ke bilik temannya itu . Arina hanya tersenyum lebar lalu mencapai tali pinggang teakwondonya dan keluar dari bilik menyertai Elise dan Farah ke tempat latihan .

“ Kita dah semester akhir pun tahun ini kan ? ” ucap Arina dengan tidak semena-mena .

“ Eh , ye ke ? Tak perasanlah ! ” sambut Mila yang tiba-tiba muncul . Terkejut mereka bertiga .

“ Kau ni macam hantulah Mila ! Mana kau hilang ? Lama betul tak nampak kau ! ” cepat-cepat Arina memaut bahu Mila girang .

“ Ada hal sikit , tu yang lama tak muncul . Ni dah muncul habis la kamu semua menjadi mangsa bulian aku balik ! ” gelak Mila terkekeh-kekeh . Ada-ada sahaja selorohnya membuatkan yang lain turut ketawa tidak kering gusi .

“ Kau tahu tak tempoh kau hilang tu , sampai tak sempat nak tengok muka Rina masa dia frust menonggeng ? ” usik Elise pula .

“ Amboi ! Bukan main kau ye Elise ? Tunggu lah kau kejap lagi .. lepas ni Ezuan tau la sape yang suka selit coklat kat beg dia sampai dia tak berani nak bawak beg masa latihan ! ” ugut Arina kembali nakal . Mencerlang mata Elise mendengarnya .

 Oooooooooooooooo.. kau punya kerja rupanya ! Tak pasal-pasal dia cakap aku yang angau kat dia tahu tak ? ” sambut Fara seraya mengejar Elise yang sudah berlari-lari anak mendahului mereka . Terkebil-kebil Fara dengan kata-kata Ezuan yang tidak semena-mena .

“ Fara , aku cuma anggap kau sebagai kawan saja. Tak lebih dari itu . Aku sukakan orang lain , ” Ezuan memberikan coklat kepadanya dengan tidak semena-mena .

“ Kalau kau suka orang lain kenapa kau bagi coklat ni pada aku ? ” jawab Fara pelik .

“ Eh , bukan kau ke yang bagi ? Aku nak pulang balik kat kau , ” giliran Ezuan  pula yang tersipu-sipu.

“ Daripada aku bagi pada kau , baik aku makan sendiri ! Kau ingat senang ke nak jumpa coklat ni kat sini ? Terima kasihlah ye walaupun kau tak suka aku , tapi aku suka Black Forest ni ! ” dengan selamba Fara mengoyak sampul dan menikmati coklat itu membuatkan Ezuan tersipu dan berlalu pergi .

“ Aaaaaaaa….malu aku tau tak ? Aku makan coklat tu pun sebab nak cover malu dengan Ezuan je ! Kalau aku tau la kau yang bagi Elise memang aku kantoikan kau malam tu tau ! ” habis digeleteknya Elise sebaik sahaja Fara berjaya menangkap sahabatnya . Mila dan Arina ketawa terkekeh-kekeh . Elise menjerit kerana kegelian . Akhirnya ketawa mereka pecah berderai apabila terlihat kelibat Ezuan yang turut menghampiri gelanggang latihan dari arah yang bertentangan dengan mereka .


0 ulasan: